Krisis Bugis-Minang peringkat awal bermula ketika Daeng Lima Bersaudara membantu Johor menentang Raja Kecil (1724). Raja Kecil adalah anak kepada Sultan Johor. Beliau diambil oleh Pagaruyung sebagai anak angkat dan diberi kuasa cap mohor, menyebabkan dia mendapat sokongan orang Minang di pesisir pantai Selat Melaka seperti Kuala Linggi.
Fokus sebelum 1895: Sejarah tradisi (Negeri Sembilan yg terpisah, namun ada hubungkait di antaranya), bukan 1895/1898-ke atas: Sejarah moden selepas Penyatuan Negeri Sembilan (1898) melalui Perjanjian di antara Tuanku Muhammad dengan Undang Empat.
Semenyih, Beranang, Rekoh, dan Ulu Langat - di dalam Sungai Ujong.
Peta sempadan Selangor-Sungai Ujong, 1876. Ketika itu kawasan Rekoh (Recko), termasuk Semenyih, Beranang, dan Ulu Langat, masih di bawah pengaruh Sungei Ujong, manakala Lukut di bawah Selangor: “compiled from sketch surveys made by Captain Innes R E, J W Birch and D Daly, and Admiralty Charts. Lithographed under the direction of Lt. Col. R. Home C.B.R.E” (Royal Geographical Society, London; Royal Geographical Society (Great Britain), 1876: |"Map of Part of The Malay Peninsula, 1876").
Klang dahulu, bukan Klang sekarang:-
Hubungan kekeluargaan Sg Ujong dan Klang:-
1724: Perang terakhir di Negeri Sembilan di antara Bugis dengan Minang, berlangsung di Sungai Petai, Alor Gajah, antara Daeng Perani dan Raja Kecil. Raja Kecil telah kalah.
1725: Berlaku Perjanjian Gunung Sahilan / Persumpahan Besi Kawi: perdamaian / perjanjian damai di antara Bugis dengan Minang. Sesiapa yang melanggar sumpah perjanjian ini, akan “dimakan sumpah besi kawi”.
Perwakilan yang hadir: Sultan Abdul Jalil (Pagaruyung), Budi Jamilan, Sultan Selangor, Daeng Merewah, Raja Tuo Klang, Daeng Kemboja, dan Raja Kechil (beliau dijemput tetapi tidak hadir).
Perjanjian ini disebut di dalam Tuhfat al Nafis, Hikayat Negeri Johor, Buku Belanda di Siak dan Johor 1602-1865, Kingdom of Words, dokumen-dokumen Belanda. Intipatinya:-
Sejak itu, tidak ada peperangan lagi, kecuali di antara Raja Kechil dgn Johor dan Daeng 5 beradik. Orang Minang tidak lagi menyokong Raja Kechil. Penyatuan lebih kukuh apabila bersama-sama bantu-membantu menentang Belanda.
Latar Peristiwa 1758: 26 tahun sebelum Perang Teluk Ketapang (1784). Belanda mengawal dua kuasa yang berasingan: Klang dan Selangor.
1 Januari 1758: Perjanjian di antara Belanda dengan Bugis(Daeng Kemboja), Rembau(Raja Adil), Klang(Raja Tuo Klang), bertempat di Kuala Linggi. Objektifnya memberi kuasa autonomi untuk perniagaan.
8-12 Januari 1758: Perjanjian di antara Belanda dengan Selangor(Raja Ibrahim), juga di Kuala Linggi tetapi di tempat yang berbeza. Ada 12 fasal, antaranya:
1 November 1759: Belanda tidak memegang kepada perjanjian di atas, lalu berlaku perjanjian kali kedua. Perjanjian dibuat di antara Belanda dan Daeng Kemboja, Raja Adil, Raja Tuo Klang, dan pembesar-pembesar Rembau (Selangor tidak disebut). Intipatinya:-
6-13 Ogos 1784 (Selepas perang Teluk Ketapang): Perjanjian antara Sultan Ibrahim dan Belanda. Isi kandungannya:-
1784: Belanda melanggar perjanjian (sebagaimana lazimnya dalam perjanjian Belanda dengan pembesar-pembesar, pihak Belanda mengikut tafsiran mereka sendiri lalu melanggarnya). Peperangan tercetus di antara Sultan Ibrahim dengan Belanda, yang mengakibatkan Kuala Selangor ditawan oleh Belanda.
1785: Sultan Ibrahim merampas kembali Kuala Selangor dengan bantuan Pahang. Rembau juga turut membantu:-
Sebelum 1800 (Fasa 2: 1750-1800): Bugis yang datang ketika Raja Adil di Rembau:-
Hubungan kekeluargaan Bugis-Minang:-
Kedudukan politik Lukut ketika itu:-
(Sumber - termasuk lokasi Lukut, pemerintah tempatan, dll: Rosiswandy Mohd. Salleh, 2019: "Sejarah Lukut:Kegemilangan Sebuah Pemerintahan Melayu Abad ke-19").
Hubungan Kuala Lukut dan Linggi sangat rapat. Raja Busu menghasilkan bijih timah di Lukut. Manakala Datuk Muda Katas di Linggi mempunyai 5 lombong, antaranya di Ampangan (2 lombong - 1 daripadanya lombong emas), Temiar(Temiang), Sekamat, Rasah, dan Labu.
Kenapa kapitalis di Melaka, Pulau Pinang, dan Singapura, ingin menguasai perlombongan bijih timah di Lukut dan Sungai Ujong ni? Sebabnya adalah kepentingan sumber ekonomi. Mereka rasa terancam dengan hasil timah yang banyak di kedua-dua lokasi tersebut. Hal ini tidak ada ditulis di dalam buku-buku sejarah, oleh kerana kekurangan maklumat ketika itu, oleh kerana ia tidak mudah diakses seperti sekarang. Menariknya, Khoo Kay Kim pernah menyentuh hal ini. Beliau menceritakan mengenai penguasaan ekonomi orang Melayu di Sungai Ujong (Datuk Kelana), Lukut (Selangor), dan Linggi (Rembau dan Datuk Kelana).
1800-1878: Masyarakat terdahulu ada persahabatan dan hubungan yang sangat kuat sesama mereka, namun akhirnya terpisah disebabkan kedatangan kolonial dan kapitalis. Kesannya kekal sehingga sekarang. Wujud persepsi seolah-olah masyarakat peribumi tidak pandai berniaga. Padahal dahulu mereka ada lombong-lombong bijih sendiri di Lukut dan Sungai Ujong, lebih awal daripada Perak. Malangnya perusahaan ini telah berakhir lebih awal dengan pembunuhan Raja Busu, kampung-kampung dibakar, perang-perang kecil, Perang Naning, dan lain-lain lagi (1831, 1832, 1835). Ketika operasinya, lombong-lombong ini (terutamanya di Sungai Ujong) ada perjanjian dengan syarikat British untuk mengeksport hasil bijih timah dari Sungai Ujong, terus ke London melalui Hong Kong, serta tidak melalui Singapura dan Pulau Pinang. Operasi inilah yang mencetus keresahan pihak kapitalis itu, lalu mereka menghantar memorandum kepada pesuruhjaya British di situ dan di India, namun tidak dilayan. Oleh itu mereka terpaksa melakukan sesuatu. Mereka tahu Hai San kuat di Sungai Ujong dan sedikit di Lukut. Mereka menggunakan Ghee Hin untuk menyerang Hai San. Kampung Melayu turut terbakar, lalu mencetus tidak puas hati di kalangan orang Melayu. Ghee Hin masuk ke Lukut, dan akhirnya perusahaan lombong di Lukut ranap. Demikian juga kesannya terhadap lombong Sungai Ujong. Peristiwa tahun 1832 itu adalah titik tolak berkurangnya penguasaan bijih timah di Sungai Ujong dan Lukut.
Bagaimana perpecahan berlaku di antara Selangor, Rembau, dan Sungai Ujong (termasuk Linggi)? Penjelasan: kita tidak melihat mana-mana individu ketika itu sebagai bersubahat atau belot, kerana kita tidak berada dalam jangka waktu itu.
Pada tahun 1848, berlaku suatu peperangan: Perang Rawa di Rekoh, di antara orang Rawa dengan Sungai Ujong. Orang Rawa di bawah Raja Berayun mendapat sokongan Sultan Abdul Samad dari Selangor. Syed Abdul Rahman menyerang Sungai Ujong yang ketika itu di bawah Datuk Kelana Sendeng.
Datuk Kelana Sendeng agak prejudis terhadap orang Rawa. Latarnya, ketika Raja Labuh menjadi Yamtuan Besar Seri Menanti sebentar (sekitar 1826, selama lebih kurang 2 tahun) ada peperangan di antara Raja Labuh dengan orang Rawa. Orang Rawa telah dihalau oleh Datuk Kelana Sendeng ke Rekoh dan Ulu Langat.
Pada tahun 1848 orang Rawa di Rekoh telah mendapat sokongan keluarga diraja Selangor (tentera Selangor dan Syed Abdul Rahman), untuk melawan kembali Datuk Kelana Sendeng di Sungai Ujong. Namun akhirnya Sungai Ujong menang. Peristiwa ini ada disebut oleh Douglas (ketika itu Leftenan Douglas).
Pada masa itu, perebutan kuasa di antara keluarga dan adik-beradik, kawasan-kawasan, dan sahabat-sahabat, adalah perkara biasa. Mereka perlu mencari rakan sekutu untuk melawan seteru, bagi menguasai sesebuah tempat itu. Antara cara sokongan diperolehi adalah melalui perjanjian sokongan balas di masa hadapan.
Di dalam JMBRAS, Gullick ada menceritakan jurnal Douglas tetapi hanya hal yg baik-baik sahaja, iaitu ketika Douglas menjadi Residen Selangor. Beliau tidak memasukkan kisah-kisah ketika Douglas menjadi Leftenan tentera sebelumnya, yang telah menyerang kampung-kampung Melayu. Kalau dibaca jurnal Douglas secara keseluruhannya, terdapat peristiwa di Pahang, juga peristiwa pembunuhan 2,000 orang Melayu di Sungai Ujong di Kepayang. Peristiwa di Kepayang itu dinamakan “Serangan Subuh”, kerana ia berlaku selepas waktu subuh, ketika orang kampung masih bersiap-siap untuk berkebun, atau berehat selepas subuh. Kampung-kampung telah dibakar oleh Douglas, di dalam peristiwa yang berlaku pada tahun 1874 itu, iaitu ketika peperangan tercetus di antara Datuk Bandar Abdullah Kepayang dengan Datuk Kelana Sungai Ujong, Syed Abdul Rahman.
Malah pertembungan di antara dua belah pihak itu dikatakan tidak sempat berlaku. Rombongan bantuan dari Klang bagi Datuk Kelana Syed Abdul Rahman tiba di Belangkan/Rantau, tetapi terhenti di situ oleh kerana peperangan telah pun tamat. Leftenan Douglas dari Selangor telah terlebih dahulu membakar Kampung Kepayang (perkampungan Datuk Bandar Abdullah Kepayang, Seremban 2 kini, menaiki bukit Kepayang sehingga ke sempadan). Kira-kira 2,000 orang telah terkorban, dan lombong-lombong dimusnahkan. Mana-mana ahli kongsi Cina yang menyokong Datuk Bandar Abdullah Kepayang telah ditangkap dan dibunuh. Kapitan Li Sam dijatuhkan hukuman bunuh, namun terselamat setelah membuat rayuan. Rombongan dari Klang ini adalah asal-usul “orang Klang” di Sungai Ujong kini (Klang ketika itu adalah sebahagian daripada institusi sistem undang di Sungai Ujong).
Selepas itu (1874), termeterainya Perjanjian Selangor (selepas Perak), yang memisahkan persahabatan di antara Selangor dan Negeri Sembilan (Sungai Ujong, Rembau, Linggi). Pada 1 April 1874: Perjanjian di Sungai Ujong.
Seterusnya, pada tahun 1878, berlakunya pertukaran kawasan di antara Syed Abdul Rahman dan Sultan Abdul Samad. Lukut (termasuk Tanjung Kemuning/Port Dickson hingga ke Sungai Raya) ditukar dgn Semenyih, Beranang, dan Ulu Langat, termasuk Rekoh. Saksi perjanjian: Douglas (Residen Selangor) dan Murray (Residen Sungai Ujong). Merujuk salinan asal perjanjian tahun 1878, jelas menunjukkan ia diserahkan semuanya. Khabarnya, dokumen perjanjian asal telah terbakar akibat peristiwa kebakaran rumah penyimpannya. Yang ada hanya salinan saja, dan disalin semula.
“Kenyataan Syed Abdul Rahman selepas Perjanjian Selangor-Sungai Ujong, 1878. … Ini kenyataan Dato Klana semasa menandatangani perjanjian.” (bukan salinan perjanjian). Transliterasi kenyataan secara kasar (setakat yang beliau kongsikan): “Kenyataan - Bahawasa maka adalah kita Tunku Syed Abdul Rahman Al-Qadri Kelana Petra Sungai Ujong yang mempunyai takhta kerajaan negeri Sungai Ujong serta dengan sekelian jajahan takluknya demikianlah ia kita ada memberitahu kepada sekalian orang-orang ada pun separuh tanah Semunyih dan Rekoh dan Kuala Labu itu kita sudah serah beri kepada Gaberment Selangor maka sekarang sekalian orang yang di dalam negeri yang tersebut itu maka daripada tarikh surat ini boleh ikut seperti undang-undang di dalam negeri …” (Mohd Khairil Hisham, 27 April 2024: "Belanja satu dokumen asal").
Mengapa pertukaran ini berlaku? Jawapan persoalan ini masih belum dapat ditentukan. Pada asalnya, Semenyih di bawah Engku/Raja Hussein, cucu Raja Adil (oleh kerana dia keturunan raja, maka beliau tidak boleh jadi Datuk Undang, lalu diserahkan kawasan itu). Sekitar tahun 1929-1930, terdapat petisyen oleh anaknya Raja Aman bin Engku/Raja Hussein yang menuntut semula Semenyih ke pangkuan keluarganya. Petisyen tersebut diserahkan melalui Tuanku Muhammad, dan dihantar kepada Queen of England. Di dalam petisyen tuntutan tersebut, Raja Aman telah menceritakan kronologi perjanjian 1878, sebanyak 20 muka surat. 2-3 tahun selepas itu, petisyen ini telah dijawab oleh Guillemard.
Maka setelah itu, secara undang-undangnya, Selangor dan Negeri Sembilan telah terpisah. Sejak itu tiada lagi persahabatan, tetapi persaingan (rivalry). Peranan Kapitalis dan British telah berjaya memisahkan hubungan tradisi itu, supaya tidak lagi bersatu, seolah-olah Negeri Sembilan dan Selangor ini bermusuhan.
Setelah penyerahan, sistem pentadbiran di kawasan-kawasan yang diserahkan itu terus berubah, dan berbeza berbanding sebelumnya. Namun kelompok masyarakatnya masih sama. Di Lukut (Kuala Lukut - Tanjung Kemuning/Port Dickson - Sungai Raya), walaupun pentadbirannya di bawah Sungai Ujong, tetapi masyarakatnya tidak mengamalkan sistem adat sebagaimana Sungai Ujong. Dari segi identiti dan budaya pula, makanan/masakan, pakaian dan bahasa penduduknya lebih rapat dengan Sepang, Selangor. Selain itu, ada juga Kampung Jawa, Kampung Arab dll. Demikian juga dengan Semenyih dan Beranang di Selangor, yang lebih dekat dengan Mantin, Negeri Sembilan. Budaya makanan/masakan, pakaian, dan bahasanya, adalah Minang. Penyerahan itu menyebabkan kedua-dua kawasan ini dipisahkan oleh sempadan yang berbeza, dan masyarakat kini tidak tahu berlakunya pemisahan identiti, dan pernah ada hubungan di antaranya.
Suatu contoh kesannya: pada tahun 2023, berlaku penyerahan rasmi makam Raja Busu di Lukut kepada pihak Selangor. Kawasan makam tersebut diserahkan kpd Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan PADAT, untuk mengelak berlakunya perkara-perkara yg tidak berpatutan. Lukut berada di bawah Negeri Sembilan, tapi sejarahnya ialah sejarah Selangor (maka sebab itu sesuai diserahkan kepada Selangor). Demikian juga halnya di Semenyih: sejarahnya adalah sejarah Sungai Ujong, maka cenderung diabaikan oleh kerajaan Selangor. Hal ini turut berlaku di Kota Simpang, Bukit Kutu Alor Gajah, dan makam Raja Hasil (dahulu Negeri Sembilan, kini di bawah negeri Melaka).
Selama ini kita memikirkan bahawa tidak pernah ada hubungan di antara negeri-negeri, seolah-olah setiapnya terpisah, dan kini wujud semangat kenegerian yang tebal. Padahal adanya hubungan erat di peringkat awal, sebelum berlakunya perjanjian-perjanjian sepanjang 1831-1835 (tempatan), 1874 dan 1878 (ada kesan persempadanan). Maka pertalian ini harus dilihat secara keseluruhan, sebagai rantaian pusingan yang sangat besar. Mereka pernah membantu di antara satu sama lain, melalui kegiatan ekonomi, perkahwinan, dan persahabatan. Misalnya dalam Perang Perak, pasukan Negeri Sembilan, Selangor, dan Pahang turut membantu. Pertalian ini hanya putus setelah dipisahkan oleh pihak kolonial dan kapitalis, yang menetapkan persempadanan negeri-negeri yang lebih ketat. Maka sejarah turut disempitkan, terputus, seolah-olah tiada kaitan di antara negeri-negeri ini. Seharusnya sejarah ini dilihat secara keseluruhan. Mungkin ada sejarah Selangor di Negeri Sembilan, dan sejarah Negeri Sembilan di Selangor. Di samping itu, dapat dilihat bagaimana orang-orang Melayu dahulu telah menguasai ekonomi, dengan sistem ekonomi yang cukup besar, sehingga dipecahkan oleh kuasa kolonial, lalu akhirnya diberi jawatan makan gaji oleh British. Padahal mereka dahulu pernah berniaga, namun sejarah itu beransur-ansur dilupakan.