“Sekolah Kebangsaan Desa Putra dibina dalam tahun 1964 di kawasan Rancangan Tanah Berkelompok Sungai Merab Dalam. Hanya satu blok sekolah sahaja dibina pada tahun 1964 iaitu blok A yang terdapat sehingga hari ini. Nama asal Sekolah Kebangsaan Desa Putra ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Dalam, Kajang, Ulu Langat atau lebih dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) oleh penduduk setempat.
Pembukaan rasmi bangunan pertama telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor ketika itu iaitu En. Harun bin Hj. Idris, pada hari Rabu, 29 Julai 1964 bersamaan dengan 19 Muharam 1384. Nama sekolah Kebangsaan Sungai Merab Dalam telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Desa Putra pada tahun 1993.
Pembinaan bangunan yang lain dijalankan secara berperingkat-peringkat. Sebagai contoh, pada tahun 1971, pembinaan blok sekolah yang kedua (Blok B), kantin dan tiga buah rumah guru dibina serentak untuk kemudahan pelajar dan guru. Sehingga kini, Sekolah Kebangsaan Desa Putra mempunyai 6 blok bangunan dan 6 buah rumah guru.
Pada tahun pembukaannya, sekolah ini mempunyai bilangan guru antara 8 - 10 orang sesuai dengan bilangan murid pada ketika itu yang tidak melebihi 200 orang. Bilangan kelas pada ketika itu hanyalah 3 buah kelas dan tenaga pengajarnya hanya terdiri daripada guru lelaki. Seiring dengan penubuhan dan pembangunan Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang berhampiran dengan SK Desa Putra, beberapa buah taman perumahan telah dibangunkan berhampiran dengan Desa Putra. Ini menyebabkan SK Desa Putra telah mengalami pertambahan murid yang ketara pada tahun 2003.
Pada tahun 2014, sebuah sekolah telah dibuka di Desa Pinggiran Putra iaitu SK Desa Pinggiran Putra bagi menampung pertambahan bilangan murid yang ramai di sekolah ini. Pada tahun 2018, dua blok bangunan setingkat telah di bina yang mengandungi empat buah kelas bagi menampung jumlah murid yang melebihi 500 orang dengan bilangan guru 40 orang.”
(Sumber: Sekolah Kebangsaan Desa Putra, 3 Mac 2024: |"Buku Pengurusan dan Takwim - Sesi Persekolahan 2024/2025", hlm.6).
“Menteri Besar Selangor Dato' Abu Bakar Baginda telah memuji pendudok2 Kampong Sungai Merab Kajang kerana bersatu hati dan selalu bergotong royong memajukan Ranchangan Kemajuan Luar Bandar daerah ini. Pujian ini telah di-buat oleh beliau ketika beruchap di-hadapan sa-ramai 700 orang ra'ayat di-dalam satu upachara merasmikan sa-buah balai raya yang menelan perbelanjaan sa-banyak $5,000 di-kampong Ranchangan Kemajuan Tanah Sungai Merab pada hari Ithnin yang lalu. Dato' Abu Bakar juga telah mengingatkan pendudok2 yang mendapat tanah di-dalam Ranchangan Kemajuan Luar Bandar di-situ supaya bersunggoh memajukan tanah mereka dan dengan berusaha menjayakan tanah itu, penghidupan orang2 yang mendapat tanah baharu itu akan terjamin pada masa yang akan datang. Dato' Abu Bakar telah berjanji kapada penduduk2 kampong di-situ akan membena sa-buah sekolah di-kawasan kampong Ranchangan Kemajuan Tanah itu pada tahun 1963. Dengan ada-nya sa-buah sekolah di-bena di-sini dapat-lah sa-ramai 80 orang kanak2 di-kampong ini melanjutkan pelajaran-nya pada tahun hadapan. Sa-lain itu daripada sekolah itu Dato' Abu Bakar juga akan membena sa-buah masjid untok di-gunakan oleh sa-ramai 85 keluarga petani2 di situ.” (Berita Harian, 26 December 1962, Page 9: |"PUJI DAN JANJI MB KAPADA PENDUDOK").
“Kerajaan telah mendirikan dua buah sekolah kebangsaan dalam bidang ranchangan PLB bagi daerah Ulu Langat dan Kajang. Sekolah2 itu ia-lah di Sungai Tekali dan di-kampong Sungai Merab. Sekolah2 itu akan di-buka mu-…” (Berita Harian, 24 October 1963, Page 5: |"Dua sekolah PLB di-bena").
“The Mentri Besar of Selangor, Inche Harun bin Haji Idris, will open a national type school at Sungei Merab here on Wednesday. The school is being built under the Sungei Merab Land Development Scheme.” (The Straits Times, 28 July 1964, Page 6: |"Mentri to open new school").
“Menteri Besar Selangor Inche' Harun bin Haji Idris telah menyeru semua orang2 Melayu supaya mengajar bangsa bukan Melayu berchakap bahasa kebangsaan dengan sa-chara sukarela demi untok meninggikan taraf bahasa kebangsaan yang akan menjadi bahasa rasmi pada tahun 1967 ini. Seruan ini di-buat oleh beliau ketika beruchap di-masa merasmikan Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Kajang pada hari Sabtu yang lalu.” (Berita Harian, 7 August 1964, Page 6: |"AJAR-LAH BAHASA KEBANGSAAN DGN SUKARELA—MB").
“Gambar menunjokkan Ahli jawatankuasa Lembaga Pengurus Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Dalam bergambar ramai bersama2 dengan guru2 sekolah ini kerana merai'kan Pengerusi Lembaga Pengurus dan Penyelia Pembangunan Ranchangan Luar Bandar, Inche' Norizan bin Ahmad bertukar ka-Kuang, Selangor. Dudok nombor tiga dari kiri ia-lah Inche' Norizan dan dudok nombor dua Che'gu Mohd Soom bin Omar guru besar sekolah tersebut.” (Berita Harian, 11 November 1964, Page 6: |"MERA'IKAN PENYELIA KA-KUANG").
“Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Dalam akan mengadakan hari sukannya pada hari Sabtu 23 Julai ini. Guru Besar sekolah ini Che'gy Mohd Soom bin Omar memberi tahu Berita Harian semenjak sekolah ini di-bena pada tiga tahun lalu ini-lah pertama kali-nya mengadakan perayaan sukan. Ahli Dewan Negeri Kawasan Dingkil, Raja Nong Chik bin Raja Ishak, akan menyampaikan hadiah2 kapada murid2 yang berjaya.” (Berita Harian, 6 July 1966, Page 9: |"Sukan sekolah Sungai Merab").
“Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Dalam akan mengadakan hari sukan pada hari Sabtu 23 July ini. Guru Besar Sekolah ini Che'gu Mohd Soom bin Omar memberitahu Berita Harian ini-lah pertama kali-nya sekolah ini mengadakan sukan semenjak di-bena tiga tahun lalu. Orang ramai di-mukum Sungai Merab, Bangi, dan Ayer Itam di-minta datang beramai2 untok menyaksikan sukan ini. Hadiah kapada yuang menang akan di-sampaikan oleh Raja Nong Chik bin Raja Ishak Ahli Dewan Negeri Kawasan Dingkil.” (Berita Harian, 20 July 1966, Page 9: |"PERTAMA KALI ADAKAN SUKAN").