User Tools

Site Tools


surau_masjid_bbb

This is an old revision of the document!


Surau dan Masjid di Bandar Baru Bangi

Dirujuk oleh

1975: Tapak Masjid

“Tapak bagi masjid untuk Bandar Baru Bangi telah tersedia bersama pelan dan Pembangunan Bandar Baru Bangi sejak bandar itu dimulakan pembangunan mulai tahun 1975 lagi. Pendudukan awal di Bandar Baru Bangi ialah pada akhir November 1977 berikutan dari perpindahan kampus UKM dari Jalan Pantai Baru, Lembah Pantai Kuala Lumpur pada November berkenaan secara berperingkat. Tidak timbul keperluan kepada masjid di Bandar Baru Bangi, kerana penduduk yang berpindah pada peringkat awal hanya ratusan (Pada peringkat awal mereka berjamaah dari rumah ke rumah secara usrah). Pada peringkat awal perpindahan ini warga kampus UKM dan penduduk BBB kebanyakannya menunaikan solat Jumaat di Masjid Jami`, Kajang. Bagi mengadakan solat Jumaat di UKM pada permulaan diadakan di Foyer di hadapan Pejabat Pentadbiran, kemudian berpindah di Dataran FSKK dan kemudian agak lama menggunakan ruang bahagian bawah Perpustakaan Tun Seri Lanang yang perpustakaan ini mula digunakan pada 19 Sya`ban 1400 bersamaan 2 Julai 1980. Warga kampus dan penduduk Bandar Baru Bangi menumpang solat Jumaat di Kampus UKM.” (Dr Shafie Abu Bakar, November 24, 2015: |"Faktor Tertangguh Dan Keperluan Membina Masjid Al-Umm").

“Pada permulaan Bangi diteroka, maka sebahagian besar kawasannya menghijau dengan ladang kelapa sawit, hanya sebahagian kecil sahaja masih sebagai ladang getah. Termasuk ladang getah ialah tapak masjid al-Umm itu sendiri. Kawasan ladang getah juga termasuk Bukit Bangi (kini Bukit Mutiara) dan juga laluan tepi ke West Country adalah merupakan kawasan ladang getah. Manakala turun dari situ ke bawah dan ke seluruh kawasan ke selatan sejauh pandangan ke perbukitan di selatan adalah kawasan kelapa sawit, termasuk dari Teras Jernang hingga ke Sungai Merab (belum ada lebuhraya) dan dari Sungai Merab ke sempadan dengan Kajang adalah kawasan kelapa sawit.

Adapun tapak Masjid al-Umm adalah banjaran bukit yang menghubungkan bukit (kini Bukit Mutiara) dengan Bukit Bangi yang lebih tinggi (kini bersempadan dengan kawasan Bangi Golf Resort). Kawasan sederhana tinggi di sini diratakan – antara tapak (kini Sekolah Kebangsaan BBB) dengan kaki Bukit (kini Bukit Mutiara) diratakan. Dan satu kawasan lebih kurang 2 ekar diratakan baji tapak masjid yang bersempadankan kawasan padang yang juga lebih kurang dua ekar sebagai tapak padang awam.”

(Dr Shafie Abu Bakar, January 26, 2018: |"TAPAK SEJAK AZALI MENGALAMI TRANSFORMASI").

Banjaran Bukit Bangi (Sebahagian daripada [[west_country_estate|West Country Estate]]), 1920-anBanjaran Bukit Bangi dan Masjid Al-Umm, kini
Kiri: Banjaran Bukit Bangi (sebahagian daripada West Country Estate), 1920-an. Kanan: Banjaran Bukit Bangi dan Masjid Al-Umm, ,kini. Dari atas ke bawah: Bangi Golf Resort (bahagian tertinggi) di utara, diikuti kawasan yang telah diratakan (sekolah, padang, masjid), dan di selatan: Mutiara Bangi (bahagian kedua tertinggi). (Mapcarta).

“Antara kemudahan yang belum disediakan di Bandar Baru Bangi ialah tiadanya surau, apa lagi masjid. Pada peringkat permulaan untuk solat Juma`at secara selesa perlu ke Masjid Kajang atau menumpang di Masjid Kampung di Teras Jernang atau di West Country – bertaraf surau dibina dari kayu (dua tingkat).

Oleh kerana tiada masjid, sedangkan pekerja UKM telah ramai, maka mulai awal 1978, maka tempat solat Jumaat disediakan secara sementara bermula di ruang legar pejabat Pentadbiran UKM, kemudian pindah ke dataran – Lantai Fakulti Sains Kemanusiaan dan Kemasyarakatan dan kemudian pindah ke aras bawah Perpustakaan Tun Seri Lanang. Penduduk Bandar Baru Bangi yang merupakan pekerja-pekerja di UKM menggunakan tempat-tempat berkenaan bagi menunaikan solat Juma`at.”
(Dr Shafie Abu Bakar, September 1, 2018: |"SEMINAR TENTANG MASJID AL-HASANAH").

1978-08-06: Pembukaan Surau Pertama

“Adapun bagi mendirikan solat berjamaah pada peringkat awal diadakan solat berjamaah dari rumah ke rumah sebagai amalan usrah, namun selepas penduduk mengadakan AJK bagi mengadakan aduan kerosakan kepada pihak PKNS, maka AJK ini sebagai persatuan penduduk yang diketuai oleh Encik Omar Jaafar dan disetiausahakan oleh Encik Salleh bin Kasim yang mana Encik Omar Jaafar sebagai Pegawai Pentadbir UKM dilantik menjadi Ahli Ahli Majlis Daerah Hulu Langat, maka beliau yang selaku YDP Persatuan Penduduk pertama BBB telah berusaha mendapat sebuah bangunan yang dapat dijadikan surau bagi penduduk BBB yang pada masa itu hanya mempunyai satu seksyen sahaja. Di atas usaha ini maka pihak PKNS bersetuju menyerahkan sebuah rumah semi D beralamat No. 6, Jalan 1/3G sebagai surau bagi penduduk. Bangunan ini secara rasmi diserahkan oleh pihk PKNS kepada Penduduk BBB pada 5 Ogos 1978. Penduduk BBB mengadakan gotong royong membersih rumah tersebut yang secara kebetulan juga bagi menyambut awal Ramadhan, maka pada 6 Ogos 1978 bersamaan 01 Ramadhan 1395 Surau mula digunakan. Nama Surau Al-Umm diberi nama, kerana inilah surau pertama digunakan oleh penduduk BBB. Nama Al-Umm bererti `Ibu` bagi surau BBB. Dengan adanya Masjid di UKM dan Surau al-Umm di Seksyen Satu BBB, maka penduduk tidak memikirkan tentang mendirikan masjid buat pada masa itu.” (Dr Shafie Abu Bakar, May 10, 2015: |"Tapak Masjid Al-Umm Setua Bandar Baru Bangi").

Surau Al-Umm, 2015Surau Al-Umm, 2016
Surau Al-Umm kini (Dr Shafie Abu Bakar, Kiri: December 10, 2015: |"Jangka Panjang: Pembangunan Tiga Peringkat", Kanan: July 6, 2016: |"ADA GARIS PILU PADA PENGHUJUNG RAMADHAN INI").

“Antara tokoh-tokoh pimpinan di surau berkenaan yang turut mengajar ialah sepereti Dr. Abdullah pensayarah Fakulti Pengajian Islam, Dr. Mahmud Sa`edon yang juga Pensyarah Fakluti Islam, Imam Supa`at Pensyarah di Maktab Perguruan Islam Bangi. Antara yang pernah tinggal di surau ini ialah En Abdul Wahab Salleh (Dr. Sebelum beliau bertolak menyambung pengajian di Mesir dan beberapa tokoh pengajar dan imam setempat. Yang pernah memimpin sebagai Pengerusi Surau ialah Tuan Haji Ghazali, Imam Supa`at dan beberapa yang lain.” (Dr Shafie Abu Bakar, December 6, 2019: |"TIADA LENGKAP TANPA TEMPAT IBADAT").

1981-06-19: Pembukaan Surau Al Ehsan

“Pada tahun 1978, penempatan baru di kawasan Bandar Baru Bangi telah siap dibina dan pada tahun 1981, bangunan teres satu tingkat telah diduduki oleh penduduk yang berhijrah ke situ. Oleh itu, pada 19 Jun 1981 penduduk dari Bandar Baru Bangi, Seksyen 2 telah bersepakat untuk menubuhkan sebuah surau fasa pertama iaitu merupakan sebuah rumah teres setingkat beralamat NO 24 Jalan 2/4C untuk kepentingan bersama. Maka , mereka menubuhkan sebuah jawatankuasa surau yang dipengerusikan oleh Ustaz Abdul Rasyid manakala jawatankuasa penduduk pertama pula dipengerusikan oleh Haji Ahmad Yunus.”

Tabika Kemas Seksyen 2 B B Bangi
Surau fasa pertama kini adalah Tabika Kemas Seksyen 2, Bandar Baru Bangi. (Sumber: Jabatan Kemajuan Masyarakat: KEMAS, 2021: |SENARAI ALAMAT TABIKA: SELANGOR, m.s.14. Gambar: Google Maps, 1 Januari 2014).

“Setelah penduduk di sekitar seksyen 2 semakin bertambah, mereka membuat keputusan untuk membina sebuah surau yang kedua pada tahun 1986. Surau Al-Ehsan fasa yang kedua ini bertahan selama 10 tahun yang dibina oleh Syeikh Ali Masyhur yang merupakan seorang pensyarah di UPM. Surau fasa kedua kini telah dijadikan sekolah tahfiz iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).”

(Sumber: Surau Al-Ehsan BBB, March 16, 2017: |"Sejarah Penubuhan Surau (Haji Ishak)").


Gambar Surau Al-Ehsan kini (Facebook, 20 Mac 2018: |"Surau Al Ehsan Bandar Baru Bangi").

1982: Pembukaan Surau Al-Ittihad

“Surau Al- Ittihad terletak di Jalan 1/5 Seksyen1, Bandar Baru Bangi. Penduduk di kawasan ini terdiri daripada 260 unit rumah, 8 unit kedai satu tingkat, 15 unit kedai dua tingkat, 1 unit pasar dan terdapat 25 unit gerai makanan. Kepadatan penduduk di Seksyen 1 ialah 99 peratus berbangsa Melayu dan beragama Islam dan 1% mewakili penduduk berbangsa Cina dan India. Sedikit sebanyak perkara ini menjelaskan bagaimana gambaran kawasan di sekitar Surau Al- Ittihad di Bandar Baru Bangi.

Pada tahun 1982, surau pertama telah dibina. Surau yang diperbuat dari kayu ini di bina setelah mendapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan diluluskan oleh Ahli Undangan Negeri (ADUN) T.M Thurai (BN- MIC). Beliau merupakan ADUN berbangsa India dan bertanggungjawab ke atas kawasan Dengkil. Pihak surau menyatakan mereka tidak dibenarkan untuk membina surau pada awalnya, tetapi permohonan berjaya apabila pihak surau memohon untuk membina balai dan dibenarkan. Maka terdirilah sebuah surau kayu yang pertama di Bandar Baru Bangi dan surau ini digunakan selama 22 tahun iaitu dari tahun 1982 hingga 2002.”

Surau asal yang diperbuat daripada kayu
Surau asal yang diperbuat daripada kayu.

“Pada tahun 2002, pihak surau telah merancang pembinaan surau baru yang lebih selesa. Pihak surau sekali lagi memohon peruntukan daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk membiayai pembinaan surau baru. Permohonan diluluskan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dengan separuh tapak padang permainan untuk pembinaan surau baru dan separuh lagi kawasan padang permainan dikekalkan. Setelah permohonan tanah diluluskan. pihak surau telah menerima peruntukan sebanyak RM 200,000.00.

Pembinaan surau baru ini bermula pada tahun 2003 dan siap pada tahun 2004. Nama Al-Ittihad diberikan kepada surau baru ini. Keluasan surau ini ialah 60 x 80 kaki persegi bersamaan 4800 kaki persegi.”


(Sumber: Surau Al-Ittihad Bandar Baru Bangi: | "TENTANG Al-ITTIHAD" |

1986-04-24: Pembukaan Surau An-Nur

“Surau An-Nur telah dibangunkan di No 2 Jalan 1/7E sejak tahun 1986. Bermula 24 April 1986, surau ini menjadi pusat ibadat bagi kaum muslim di sekitar Seksyen 1, Bandar Baru Bangi. Gambar pertama memaparkan senibina dan keadaan surau ini di awal-awal penubuhan dan operasinya.”

Surau An-Nur, 1986Bekas Surau An-Nur, 2013

Dari sumber gambar bekas Surau An-Nur di sebelah kanan (2013): “… Ini diikuti dengan perpindahan Balai Polis dari Jalan 1/7 BBB yang dianggap tidak begitu strategic ke bangunan kedai dua tingkat tepi tengah (No. 8, Jalan 1/4) mulai 1997. Bekas Balai Polis di Jalan 1/7 dijadikan surau sementara bagi Surau An-Nur di sini. Apabila Surau An-Nur siap di tapak sekarang, maka Surau An-Nur menurut Tuan Haji Ghazali Abbas berpindah ke Surau An-Nur yang rasmi pada 1998. Adapun bangunan Surau lama yang juga menjadi Balai Polis Lama menjadi Sekolah Agama di bawah kelolaan ABIM hingga sekarang.” (Dr Shafie Abu Bakar, July 14, 2013: |"Agens-Agensi Terawal Di Bandar Baru Bangi Menempatkan Pejabat Sementaranya Di Bangunan Kedai-Kedai Di Jalan 1/4 BBB").

Surau An-Nur, 1994
“Seiring pertambahan pembangunan & penduduk di sekitar , surau ini tidak dapat menampung jemaah dengan keluasan solat yang minima. Pada 27 Jan 1994, Surau An-Nur mula mendapat bangunan baru seperti gambar kedua yang dipaparkan. Surau ini juga mula dibenarkan untuk mengadakan solat Jumaat untuk kaum muslimin pada waktu ini.”

Surau An-Nur, 2008
“12 tahun kemudian, surau An-Nur telah mengutip dana untuk pembesaran bangunan surau untuk memberi lebih banyak manfaat pada penduduk Muslim setempat. Pada 1 Mac 2008 surau telah melaksanakan pembinaan tambahan bagi menambah ruang surau. Gambar ketiga memaparkan senibina dan keadaan surau ini setelah selesai pembinaan tersebut sehingga kini.”

(Sumber: Surau An-Nur Bandar Baru Bangi, 2021: |"Tentang Surau: Sejarah Surau").

1987-05-22: Pembukaan Surau Al Kauthar

“Surau Al-Kauthar telah di daftarkan pada 22 Mei, 1987M bersamaan 24 Ramadhan 1407H beralamat di No.71 Jalan 4/6, Fasa 4, BBB (rumah teres). Rujukan Fail JAIS Ruj (2) dlm. JAI. Shah Alam, Selangor. No 7022/61. Memandangkan rumah tersebut agak kecil, maka Jawatankuasa Surau pada masa itu berjaya mendapatkan tapak Bangunan Surau Tetap yang terletak dipersimpangan Jalan 4/1 dan 4/5 Bandar Baru Bangi, Selangor. Dengan adanya sumbangan daripada orang ramai dan Kerajaan Negeri Selangor, dengan kos awal berjumlah RM 81,300.00 maka bangunan surau Al-Kauthar yang baru telah dibina dan mula digunakan pada 01 Februari 1991.”

(Sumber: Surau Al Kauthar: |"SEJARAH PENUBUHAN SURAU AL KAUTHAR").

Surau Al Kauthar kini
Surau Al Kauthar kini (Facebook: |"Surau Al-Kauthar SAK, Bandar Baru Bangi").

1989-06-01: Pembinaan Surau Al-Sobah

“Surau Al Sobah (SAS) Seksyen 3 Bandar Baru Bangi telah mula dibina pada 1 Jun 1989 di atas tanah seluas 2,148 kaki persegi milik KPM yang sekarang telah didirikan SK Jalan 3 dan SMK Jalan 3 Bandar Baru Bangi. Pada awalnya pembinaan surau ini adalah dibiayai daripada sumbangan seorang dermawan Kuwait dan seterusnya surau ini diberikan nama Surau Al Sobah sempena nama keluarga Raja Amier Kuwait. Ianya siap dibina dan telah diresmikan oleh YB Dato’ Dr Mohd Yusof Noor, Menteri di Jabatan Perdana menteri pada 11 Mac 1990. Pada tahun 2006 Jabatan Pelajaran Selangor melalui surat Bil. JPNS/SBP/TDP/A25094/01/81/01/Jld. 6 (06) bertarikh 10 April 2006 telah memberikan kebenaran secara resmi kepada surau untuk menggunakan tanah tersebut sebagai tapak bangunan surau. Seterusnya pihak surau telah memperolehi kebenaran daripada Majlis Agama Islam Selangor untuk mendirikan solat Jumaat melalui surat daripada Jabatan Agama Islam Selangor Bil. (08) dlm. JAI. Sel. BPM/01/051 Jld.4 bertarkih 26 Jun 2006. Ini telah memudahkan ahli kariah dan penduduk sekitar terutama pelajar-pelajar SK Jalan Tiga dan SMK Jalan Tiga untuk menunaikan solat Jumaat. Sebelum ini pihak sekolah dengan kerjasama PIBG perlu menyediakan bas-bas untuk menghantar pelajar-pelajar untuk menunaikan solat Jumaat ke Masjid yang berhampiran.” (Surau Al Sobah: |"Tentang Kami").




Gambar-gambar di majlis perasmian Surau As-Sobah, pada 11 Mac 1990.

(Sumber gambar: SURAU AL-SOBAH, 10 April 2017: "PERASMIAN SURAU AL-SOBAH, BANDAR BARU BANGI").

Surau As-Sobah asal (2009)Surau As-Sobah kini (2017)
Kiri: Bangunan surau As-Sobah yang asal (Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, March 13, 2009: |"Surau As-Sobah, Seksyen 3"). Kanan: “Gambar di atas menunjukkan keadaan surau ketika ini.” (SURAU AL-SOBAH BANDAR BARU BANGI, May 23, 2017: | "Sejarah Surau Al-Sobah").

1990-03-22: Pembukaan Surau Jubli Perak

Tarikh Butiran Keratan
Surau Jubli Perak Al-Ikhwan: Sejarah Surau 1990.03.22 "Sejarah Surau". Surau Jubli Perak Al-Ikhwan

“Surau Jubli Perak Jalan 4/2 Bandar Baru Bangi mula dibuka pada 22 Mac 1990 atas inisiatif jawatankuasa penduduk untuk menyediakan tempat ibadah bagi penduduk yang beragama Islam di 13 buah blok Pangsapuri Jubli Perak Jalan 4/2 dan kawasan sekitarnya. Nama unik surau ini diambil sempena pangsapuri Jubli Perak yang terletak di kawasan yang sama dengan surau. Para qariyah telah dibenarkan solat Jumaat di surau ini bermula pada 8 November 1995, iaitu 5 tahun selepas penubuhannya, kerana bilangan penduduk disekitar surau yang agak tinggi iaitu 7000 orang.

Selang beberapa tahun penubuhannya, surau Jubli Perak Al-Ikhwan telah ditutup pada 1 Februari 2003, iaitu 13 tahun selepas penubuhannya dan telah dirobohkan pada 20 Februari 2003. Keadaan ini berlaku di atas beberapa keadaan dan faktor yang tidak dapat dielakkan pada ketika itu. Mac 2003, jawatankuasa penduduk memulakan pembinaan bangunan surau yang baru di kawasan tanah lapang milik penduduk yang tidak jauh dari pangsapuri tersebut dengan wang hasil derma orang ramai. Surau yang baru telah siap dibina dalam masa 3 bulan iaitu pada bulan Jun 2003. Ianya terletak telah menggantikan peranan surau lama dalam menjadi pusat ibadah dan kegiatan Islam di kawasan Seksyen 4 Bangi. Surau Jubli Perak Al-Ikhwan yang siap dibina telah dirasmikan pada 27 July 2003 oleh Menteri Besar Selangor semasa Majlis Mesra Rakyat diadakan. Disamping itu juga, Kafa Integrasi Jubli Perak turut berkongsi lokasi dengan surau ini.”

Pandangan Panorama Kawasan Dalam Surau
Bangunan Surau Jubli Perak yang baru, kini: “Pandangan Panorama Kawasan Dalam Surau”

(Sumber: Surau Jubli Perak Al-Ikhwan: |"Sejarah Surau").

Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

surau_masjid_bbb.1639467013.txt.gz · Last modified: 2021/12/14 15:30 by sazli