User Tools

Site Tools


sungai_merab

This is an old revision of the document!


Kampung Sungai Merab (1896)

Dirujuk oleh

Latar Pembukaan: Penghijrahan Keluarga Tambusai

“Cerita terakhir soal pelarian Tuanku Tambusai muncul di buku Rokan: Tuanku Tambusai Berjuang karya Mahidin Said yang terbit 1969 silam. Disebutkan, Tuanku Tambusai berhasil menyelamatkan diri dengan sampan di Sungai Batang Sosa setelah penaklukan Benteng Dalu-Dalu pada 1838. Tokoh yang dijuluki belanda De Padrische Tijger van Rokan (Harimau Padri dari Rokan) itu lalu meneruskan perjalanan menembus Rimba Mahato hingga sampai di Kota Pinang (sekarang Sumatera Utara). Dari sana, Tambusai menyeberangi Selat Malaka menuju Negeri Sembilan, Malaysia. Tuanku Tambusai pun meneruskan hidup di kampung bernama Rasah dan meninggal di sana.”

Tuanku Tambusai
Kiri: Tuanku Tambusai (Dinas Sosial Provinsi Riau, 2017: |"Tuanku Tambusai").
Kanan: Penghijrahan Tuanku Tambusai: Dalu-Dalu → Kota Pinang → Rasah, Negeri Sembilan (Edmiraldo Siregar @ Kumparan, 5 November 2021: |"Cerita Pelarian Tuanku Tambusai: Wafat di Malaysia atau Hidup Hingga Akhir Masa?").

“Lebai Zakaria anak Tambusai yang berhijrah ke Semenanjung di akhir abad ke-19/awal abad 20 (tak siapa yang tahu) dan datang ke Teras Jerenang sebelum berkampung di Bangi. This must have been a rather large migration, kerana kelompok yang datang itu bersebar di Jenderam, Teras Jerenang/Sg. Merab, Bangi, Kg. Balun (Slim River) dan Sempa (Behrang).” (Shaharuman Shahadan @ Blog abdulhalimshah, February 24, 2008: |"The "Makam Tuanku Tambusai"").

Peta penghijrahan dari Rambah dan Tambusai, secara kasarContoh pokok Terap
Kiri: Penghijrahan dari Rambah dan Tambusai, secara kasar, berdasarkan peta oleh I. Dornseiffen, 1904 @ Bartele Gallery: "Atlas van Nederlandsch Oost- en West-Indië’: MAP OF THE EAST COAST OF SUMATRA – DORNSEIFFEN C.1900"
Kanan: Contoh pokok Terap, yang dikatakan asal-usul nama “Sungai Merab” (Wikipedia: Artocarpus).

1860-an: Penerokaan Sungai Merab dan Teras Jernang


“Kampung Teras Jernang merupakan kawasan perkampungan orang-orang Melayu dalam kawasan Bangi. Kampung ini telah diteroka kira-kira dalam tahun 1860-an. Sebelum kawasan ini diteroka oleh orang-orang Melayu, kawasan perkampungan ini didiami oleh Orang Asli. Orang-orang Melayu yang meneroka kawasan ini adalah terdiri dari orang-orang Kelang yang lari menyelamatkan diri semasa berlaku perang saudara di Selangor dalam tahun 1866-1873. Mereka telah memudeki Sungai Langat hingga kesatu kawasan yang dikenali sebagai Kuala Sungai Merab. Peneroka-peneroka tersebut telah diketuai oleh Dato' Saad bin Katib. Rombongan ini adalah terdiri dari kaum keluarganya. Apabila mereka sampai di kawasan Kuala Sungai Merab itu, didapati oleh mereka kawasan itu amat sesuai untuk dijadikan kawasan kediaman. Bermula dari waktu itu, kawasan tersebut telah dibersihkan dan dijadikan kawasan perkampungan.” (Sumber: Habibah Ismail, 1982: “Sejarah Bangi (1870an - 1970an)”. Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia. @ Harith Faruqi Sidek, 12 Jun 2025: "Kampung Teras Jernang berusia sekitar 165 tahun.").

LATAR PERISTIWA: Rekoh: 1867-1875: Pelarian Perang Klang

1896: Keluarga dari Rembau

Sekitar tahun 1896, kawasan Sungai Merab telah pun diterokai oleh 40 buah keluarga yang berasal dari Rembau, untuk penanaman padi. Ketika itu, bandar Kajang sedang mula dibangunkan: “In October, three blocks of waste land, aggregating 960 acres, were granted to Messrs. Walsh and Mitchell for coffee-planting purposes, this being the first occasion on which premium has been charged on agricultural land in Ulu Langat District. Other applications for smaller aras, amounting altogether to 791 acres, were received during the course of the month, and 485 acres were applied for mining purposes. A large contingent of Rembau people, numbering 40 families, have lately arrived in the district and are taking up land for rice-cultivation at Sungei Merap, situated on the Langat River some three miles below Reko. A large extent of suitable land is available in this locality, and the present applications may form the nucleus of an extensive settlement. Clearing operations on a large scale have been commenced at Braemar by Goh Ah Ngee, the new proprietor, who has also started work on his settlement for Chinese Christians near Semenyih. Building operations in the town of Kajang continue to show rapid development; by the end of the year, there should be between 30 and 40 double-storied brick houses there either completed during the year on in course of construction.” (The Straits Budget, 1 December 1896, Page 3: | "KUALA LANGAT").

1916-09-28: Cadangan Perluasan Rizab Melayu

1918: Pembukaan Kampung Sungai Merab

Pada tahun 1918, 11 buah keluarga perantau keturunan Rambah dan Tembusai dari Sumatera yang diketuai oleh Abdul Ghani bin Lison (dikenali sebagai Tok Dagang Morah), telah turut menerokai kawasan Sungai Merab, lalu menamakannya sebagai Kampung Sungai Merab:-

“Kampung Sungai Merab Luar terletak di daerah Sepang, Selangor, Malaysia. Kampung ini telah dibuka oleh seorang pahlawan melayu yang berasal daripada Sumatera dari kerurunan Rambah Temusai bernama Abdul Ghani bin Lison pada tahun 1918. Beliau adalah ayah kepada Haji Ibrahim bin Abdul Ghani (Tok Yat) dan merupakan mantan ketua kampung Persekutuan atau dikenali dengan nama Tok Morah(nama ini telah diabadikan sebagai nama jalan , Jalan Tok Morah di Kampung Paya ).” (Merab Tech of UKM, 2016: |"SEJARAH KAMPUNG SUNGAI MERAB LUAR").

“Kampung Sungai Merab telah dibuka pada sekitar tahun 1918. Peneroka awal kampung ini ialah Tok Dagang Morah dari Sumatera, Indonesia. Beliau telah mengetuai 11 keluarga peribumi suku kaum Rambah dan Tembusai (Temusai) menyeberangi Selat Melaka ke pinggir Sepang dan menyusuri hutan tebal sehingga tiba di sebuah kawasan berhampiran Bangi. Seterusnya, ada di kalangan mereka yang meneruskan perjalanan arah ke Hulu Langat dan telah membuka penempatan orang Minang di sepanjang kawasan Sungai Langat.

Mereka telah berusaha menebang hutan untuk membuat pondok dan bercucuk tanam. Mereka juga hanya menggunakan beliung untuk menebang pokok di hutan kerana ketika itu gergaji dan kapak masih belum wujud. Peneroka awal ini juga menternak ayam itik serta kambing bagi menampung keperluan harian. Lama-kelamaan penempatan yang dibuka itu berkembang menjadi sebuah kampung yang sempurna. Mereka juga menjadikan sungai yang mengalir di tepi kampung itu sebagai jalan utama ke tempat lain selain menggunakan airnya untuk minuman, membasuh pakaian dan mandi manda. Suku kaum Rambah dan Tembusai ini kebanyakannya berasal dari Pasir Pengaraian di Rokan Hulu, Riau. Bahasa mereka lebih kurang seperti orang Minang. Bahasa orang Rambah dan Tembusai masih digunakan dengan meluas di Jenderam Hilir tetapi agak kurang digunakan di Sungai Merab.

Oleh kerana kampung ini tidak bernama maka nama Kampung Sungai Merab diambil namanya sempena pokok Terap yang tumbuh meliar di tebing sungai. Suku Tembusai menyebut Terap sebagai Merab. Kulit pokok ini boleh dibuat dinding pondok dan pokok yang lebih kecil boleh digunakan untuk membuat tali. Sebutan terap ini lama kelamaan bertukar menjadi Terab. Oleh itu kampung ini pun dinamakan Kampung Sungai Merab. Tapak asal kampung ini ialah di Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar yang ada sekarang ini.

Sejak kampung ini dibuka, ramailah masyarakat berketurunan Minang, Jawa dan Bangkahulu selain orang Melayu yang menetap di kampung ini. Keturunan masyarakat Rambah dan Tembusai yang mula-mula meneroka kampung ini masih ramai yang tinggal di sini. Mereka hidup bersama sebagai satu keluarga yang saling bantu-membantu dan harmoni. Kerajaan juga telah mengeluarkan geran tanah kepada penduduk yang menetap lama di kampung ini. Pada masa kini keluasan kampung ini ialah 864 ekar.”

(Sumber: Discovery Research Consultant Management Sdn. Bhd. b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: “Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang”, m.s. 42-44).

1921-03-07: Rizab Perkuburan

1925-05-01: Sekolah Melayu

Arkib Negara 1957/0235968W, 01/05/1925: |"NEW MALAY SCHOOLS AT DINGKIL AND SUNGEI MERAB".

1933-01-06: Permohonan Pembaharuan Lesen Pengedar Getah Oon Lee Ee

1933-04-10: Penjualan Tanah Haji Ensah

1961-09-29: Penubuhan Perkumpulan Perempuan Sungai Merab

“Perkumpulan Perempuan Sungai Merab, Kajang telah mengadakan jamuan teh kerana menyambut genap sa-tahun tertuboh-nya persatuan tersebut dan juga untok merai'kan Che'gu Jamilah binte Ahmad yang telah memenangi hadiah pertama dalam Peraduan Mengarang Sajak untok ahli2 Perkumpulan Perempuan Sa-Malaya pada 14 September yang lalu. Jamuan ini telah di-adakan di-Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Kajang pada hari Sabtu 29 September yang lalu, dan telah di-hadhiri oleh lebeh dari 100 orang jemputan yang terdiri dari pemuda2 UMNO dan juga ibu bapa di-kampong itu. Perkumpulan Perempuan ini telah di-tubohkan pada bulan September tahun 1961 dengan mempunyai sa-ramai 50 orang ahli.” (Berita Harian, 3 October 1962, Page 9: | "W.I. SUNGAI MERAB MERAYAKAN ULANG TAHUN YG PERTAMA").

1962-07: Kegiatan Perkumpulan Perempuan di Sekolah

“Menteri Besar Selangor, Dato' Abu Bakar Baginda akan merasmikan permulaan temasha sukan Sekolah2 Kebangsaan Sungai Merab, Kajang pada hari Sabtu ini, dan pertukangan tangan yang akan di-adakan oleh orang2 kampong pada hari itu juga akan di-buka oleh Menteri Besar itu.” (Berita Harian, 28 July 1962, Page 10: |"Temasha sukan Sungei Merab").

sa-bahagian daripada ahli2 Perkumpulan

“Gambar di-atas menunjokkan sa-bahagian daripada ahli2 Perkumpulan Perkumpulan [sic: Perempuan] Sungai Merab, Kajang yang di-pimpin oleh Che'gu Maimunah binte Yunos bergambar ramai sa-belum memulakan kelas masak memasak dan ilmu rumahtangga yang diadakan dua kali saminggu di-Sekolah Kebangsaan Sungai Merab.” (Berita Harian, 20 July 1962, Page 7: |"Mereka giat belajar masak memasak").

Sa-bahagian dari kaum ibu yang datang ka-pameran perusahaanSa-bahagian dari ahli2 Perkumpulan Perempuan Sungai Merab Kajang Kiri: “Sa-bahagian dari kaum ibu yang datang ka-pameran perusahaan tangan Perkumpulan Perempuan Sungai Merab sedang memerhatikan bunga2an kertas dan kain buatan kaum ibu yang di-adakan pada hari Ibu Bapa di-Sekolah Kebangsaan Sungai Merab pada hari Sabtu yang lalu.” (Berita Harian, 3 August 1962, Page 6: |"Kaum ibu lihat perusahaan").
Kanan: “Sa-bahagian dari ahli2 Perkumpulan Perempuan Sungai Merab Kajang waktu mengadakan pertunjokan perusahaan tangan pada hari ibu bapa di-sekolah kebangsaan Sungai Merab baharu2 ini. Berdiri di-tengah ia-lah Che'Gu Maimunah Yunos, Pengerusi perkumpulan di-sini.” (Berita Harian, 10 August 1962, Page 6: |"Di-pameran kerajinan tangan").

1961-12-28: Konflik Cawangan UMNO

“Sa-ramai 10 orang ahli UMNO chawangan Kampong Sungai Merab, 8 batu dari Kajang, telah memutuskan untok keluar beramai2 daripada menjadi ahli UMNO Kerana bersengketa dengan Ketua chawangan itu. Mereka yang keluar itu di-katakan hendak memasoki sa-buah parti lain. Juru chakap mereka, Inche Abdul Rahim bin Haji Amin, menyatakan kapada Berita Harian: 'Kami keluar kerana tidak puas hati dengan sikap Ketua UMNO Bahagian Sepang merangkap Menteri Besar Selangor, Dato Abu Bakar Baginda yang menolak permintaan pendudok2 Kampong Sa-belas menubohkan sa-buah chawangan UMNO'.” (Berita Harian, 28 December 1961, Page 2: |"Ahli2 keluar UMNO akibat sikap MB").

“Sa-ramai 60 orang ahli UMNO Kampong Sebelas Sungai Merab Kajang telah menolak sama sa-kali rayuan yang di-buat oleh Setiausaha UMNO Bahagian Sepang supaya ahli2 UMNO di-kampong itu bergabong sa-mula dengan Chawangan UMNO Kampong Sekolah Sungai Merab.” (Berita Harian, 2 May 1962, Page 7: |"Anggota2 tidak mahu rujo'").

1962-07-27: Sekolah Dewasa

pelajar2 Sekolah Dewasa Sungai Merab

“Gambar menunjukkan pelajar2 Sekolah Dewasa Sungai Merab, Kajang bergambar ramai dengan ketua kampong mereka, Inche Muhammad Yunus bin Mihad yang menjadi penasihat sekolah dewasa tersebut. Di-antara pelajar2 ini ada yang sudah larut umur-nya tetapi bersemangat untok belajar.” (Berita Harian, 27 July 1962, Page 6: |"Pelajar2 dewasa").

1962-09-14: Che'gu Jamaliah Menang Peraduan Sajak

Che'gu Jamaliah binti Ahmad

“Kerana posmen tidak pernah menjengah ka-kampong-nya, sa-orang anggota Perkumpulan Perempuan di-sini yang telah memenangi peraduan mengarang sajak anjoran Perkumpulan Perempuan Malaya tidak dapat menerima sendiri hadiah-nya dari Tengku Abdul Rahman. Kesah ini berlaku ka-atas Che'gu Jamaliah binti Ahmad, sa-orang guru di-Sekolah Kebangsaan Sungai Merab. Che'gu Jamaliah di-jadualkan menerima sendiri hadiah-nya di-dalam upachara yang di-langsongkan di-ibu pejabat Perkumpulan Perempuan Malaya di Petaling Jaya pada 14 September lalu. Tetapi surat itu tidak di-terima-nya hingga 21 September lalu kerana 'terpendam' di-pejabat pos Kajang sa-lama sa-minggu. Dan Che'gu Jamaliah lebeh dulu mendapat tahu tentang kemenangan-nya itu melalui Ruangan Wanita, Berita Harian pada 17 September - tiga hari sa-sudah upachara menyampaikan hadiah itu berlangsong. 'Oh betapa-lah kesal-nya hati saya. Saya telah kehilangan peluang untok hadhir dalam upachara itu…' kata-nya kapada Berita Harian hari ini. Dan Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah Kebangsaan Sungai Merab, Inche Muhamad Yunos b. Mihad bersetuju dengan-nya 'Kampong ini lapan batu sahaja dari bandar Kajang'. 'Tetapi sudah sa-tahun kami tidak melihat posmen. Surat2 orang kampong di-kirimkan sahaja kapada dreber taxi atau di-letak-kan sahaja di-sabuah kedai di-bandar Kajang untok di-ambil sendiri oleh tuan-nya.' Pegawai Pejabat Pos Kajang, Inche Nordin bin Ibrahim bila mendapat tahu rungutan2 ini berkata: 'Saya tidak tahu kejadian ini.' 'Biasa-nya sa-orang posmen bertugas menghantar surat ka-kampong ini tiga kali sa-minggu - pada hari Thalatha, Khamis dan Sabtu.' Beliau bagaimana pun berjanji akan menyiasat peristiwa itu.” (Berita Harian, 24 September 1962, Page 2: |"Jamaliah ta' dapat hadiah kerana posmen tidak ada").

1963-10-22: Lawatan Menteri Besar

“Menteri Besar Selangor Dato Abu Bakar Baginda akan melawat kawasan Pembangunan Luar Bandar Sungai Merab, Kajang pada jam 4 petang esok untok menyiasat sendiri kesulitan2 yang di-hadapi oleh petani2 di-situ. Beliau akan mengadakan satu majlis temu ramah dengan petani2 di-situ.” (Berita Harian, 22 October 1963, Page 8: |"Melawat PBL").

1963-10-24: Pembinaan Sekolah

“Kerajaan telah mendirikan dua buah sekolah kebangsaan dalam bidang ranchangan PLB bagi daerah Ulu Langat dan Kajang. Sekolah2 itu ia-lah di Sungai Tekali dan di-kampong Sungai Merab. Sekolah2 itu akan di-buka mu-…” (Berita Harian, 24 October 1963, Page 5: |"Dua sekolah PLB di-bena").

1963-11-27: Pembinaan Masjid dan Balai Raya

“Kerajaan Selangor telah membena empat buah masjid dan empat buah balai raya di-daerah Ulu Langat dan Kajang. Masjid2 dan balai2 raya ini menelan belanja sa-banyak $125,000 dan di-jangka siap pada bahagian awal tahun depan, demikian menurut Tuan Syed Ismail bin Ahmad, Pengerusi Ranchangan Pembangunan Luar Bandar daerah Ulu Langat. Masjid2 itu telah di-bena di-Kampong Batu 10 Cheras, Kajang; Kampong Luar Bandar Sungai Merab; Kampong Dengkil dan Kampong Sekolah Sungai Merab. Sementara itu balai2 raya pula telah di-bena di-Kampong Pulau Meranti, Kampong Rinching Hilir, Kampong Sungai Buah dan Kampong Sekolah Sungai Merab.” (Berita Harian, 27 November 1963, Page 6: |"Empat lagi masjid di-dirikan").

1964-03-09: Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kedua: Sungai Merab

“Sa-jumlah 85 keluarga Melayu di-sini telah menerima tanah di-bawah ranchangan kedua Pembangunan Luar Bandar Sungai Merab. Mereka akan pindah ka-tanah2 baharu tersebut pada akhir bulan ini. Tiap2 satu keluarga di-beri dua ekar tanah untok kawasan perumahan dan dusun, dan 8 ekar tanah getah. Ranchangan pertama tanah baharu di-daerah ini telah di-berikan kapada 140 keluarga pendudok2 Sungai Tekali, Ulu Langat pada tahun 1962 yang lalu.” (Berita Harian, 9 March 1964, Page 2: |"KELUARGA2 MELAYU DAPAT TANAH BARU").

1964-07-19: Lawatan Menteri Besar

“The Mentri Besar of Selangor, Inche Harun bin Haji Idris, will tour Ulu Langat district on Tuesday. He will inspect the 1,402-acre Sungei Merab Land Development Scheme seven miles from here.” (The Straits Times, 17 May 1964, Page 12: |"Ulu Langat tour").

1964-07-29: Pembukaan Sekolah Kebangsaan

“The Mentri Besar of Selangor, Inche Harun bin Haji Idris, will open a national type school at Sungei Merab here on Wednesday. The school is being built under the Sungei Merab Land Development Scheme.” (The Straits Times, 28 July 1964, Page 6: |"Mentri to open new school").

1965-10-26: Lawatan Menteri Besar

1968-01-26: Aduan Tanah Terbengkalai

“Ranchangan Kemajuan Tanah yang di-buka Oleh Dato Abu Bakar Baginda di-Kampong Sungai Merab Kajang pada masa ini tertinggal sahaja. Kebanyakan mereka yang telah di-berikan tanah dan juga rumah mereka meninggalkan Ranchangan Tanah Berkumpul itu kerana mereka tidak sanggup tinggal di-Ranchangan itu lagi kerana bantuan yang di-berikan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar itu tidak menchukupi. Tetapi sangat menghairankan kerana kerajaan nampaknya tidak menghiraukan sangat akan perkara itu sa-hingga tanah yang di-beri-kan itu yang berjumlah 4576 ekar itu telah menjadi semak samun lagi kerana tidak di-hiraukan oleh mereka yang di-berikan tanah itu. Jadi melalui ruangan ini saya merayu kapada Kementerian Pembangunan Luar Bandar supata bertindak kapada mereka yang meninggalkan ranchangan itu. Sa-belum mereka di-berikan tanah itu, mereka telah berjanji akan mengerjakan tanah itu dengan sa-baik2-nya. Jikalau perlu tanah2 yang telah di-teroka dan di-tinggalkan itu di-beri-kan sahaja kapada mereka yang betul2 sanggup mengerjakan-nya. Kerajaan telah membelanjakan beribu2 ringgit. Sa-bagaimana yang di-ketahui bahawa belanja meneroka tanah di-Ranchangan Tanah Sg. Merab itu memakan belanja besar. Ini ada-lah kenyataan Datok Abu Bakar Baginda sa-masa pembukaan ranchangan itu pada tahun 1964 lalu. Saya merayu kapada Kementerian Pembangunan Luar Bandar terutama-nya kapada Tun Razak supaya dapat melawat kawasan yang bagitu besar untok mempastikan sama ada ranchangan itu benar2 akan memberi-kan faedah kapada peneroka tanah itu nanti. Saya lihat sa-bilangan sahaja dari getah2 yang di-tanam pada tahun 1964 itu hidup sedang-kan sa-bilangan besar mati dengan sendiri-nya. Sama-ada mati kerana tidak di-bela atau pun mati di-makan binatang yang berkeliaran di-kawasan ranchangan itu. Semoga apa yang berlaku di-masa ini tidak akan berlaku di-masa hadapan.” (M. Sham, Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor @ Berita Harian, 26 January 1968, Page 8: |"Projek Kemajuan Tanah terbiar").

1964-01: Perkahwinan Che'gu Jamiah

persandingan di-antara Che'gu Abdul Shukor bin Mohd. Said guru Sekolah Pasar Road Kuala Lumpur dengan Che'gu Jamiah binti Saidi guru Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Kajang

“Gambar menunjokkan persandingan di-antara Che'gu Abdul Shukor bin Mohd. Said guru Sekolah Pasar Road Kuala Lumpur dengan Che'gu Jamiah binti Saidi guru Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Kajang pada minggu yang lalu. Che'gu Shukor ia-lah guru kelulusan Maktab Perguruan Bahasa Kuala Lumpur dan Che'gu Jamiah kelulusan Maktab Harian.” (Berita Harian, 10 January 1964, Page 6: |"GURU SAMA GURU").

1964-01-17: Perlantikan Imam Mohd Zaini

Imam Mohd Zaini

“Ustaz Mohd Zaini bin haji Demang guru ugama Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Kajang telah di-persetujui ramai di-lantek menjadi imam Masjid Kajang baharu2 ini. Ustaz Zaini telah di-lantek menjadi imam kerana menggantikan imam Haji Saleh yang telah berhenti menjadi imam baharu2 ini.” (Berita Harian, 17 January 1964, Page 6: |"GANTI IMAM SALLEH").

1964-02-10: Bantuan Buku Sekolah

Sa-banyak tiga buah sekolah kebangsaan daerah Kajang telah menerima wang bantuan derma Alam Shah untok membeli buku2 pelajaran kapada murid2 yang miskin. Tiap2 sa-buah sekolah telah menerima sa-banyak $100.00 untok membeli buku2 bachaan murid darjah 6 yang ibu bapa-nya tidak kemampuan. Sekolah2 yang mendapat bantuan itu ia-lah Sekolah Kebangsaan Kajang, Sekolah Kebangsaan Sungai Sekamat dan Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Kajang.“ (Berita Harian, 10 February 1964, Page 7: |"Bantuan bagi murid2 miskin").

1964-11-11: AJK SK Sungai Merab Dalam

Ahli jawatankuasa Lembaga Pengurus Sekolah Kebangsaan Sungai Merab

“Gambar menunjokkan Ahli jawatankuasa Lembaga Pengurus Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Dalam bergambar ramai bersama2 dengan guru2 sekolah ini kerana merai'kan Pengerusi Lembaga Pengurus dan Penyelia Pembangunan Ranchangan Luar Bandar, Inche' Norizan bin Ahmad bertukar ka-Kuang, Selangor. Dudok nombor tiga dari kiri ia-lah Inche' Norizan dan dudok nombor dua Che'gu Mohd Soom bin Omar guru besar sekolah tersebut.” (Berita Harian, 11 November 1964, Page 6: |"MERA'IKAN PENYELIA KA-KUANG").

1966-07-23: Sukan Sekolah Sungai Merab Dalam

“Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Dalam akan mengadakan hari sukannya pada hari Sabtu 23 Julai ini. Guru Besar sekolah ini Che'gy Mohd Soom bin Omar memberi tahu Berita Harian semenjak sekolah ini di-bena pada tiga tahun lalu ini-lah pertama kali-nya mengadakan perayaan sukan. Ahli Dewan Negeri Kawasan Dingkil, Raja Nong Chik bin Raja Ishak, akan menyampaikan hadiah2 kapada murid2 yang berjaya.” (Berita Harian, 6 July 1966, Page 9: |"Sukan sekolah Sungai Merab").

“Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Dalam akan mengadakan hari sukan pada hari Sabtu 23 July ini. Guru Besar Sekolah ini Che'gu Mohd Soom bin Omar memberitahu Berita Harian ini-lah pertama kali-nya sekolah ini mengadakan sukan semenjak di-bena tiga tahun lalu. Orang ramai di-mukum Sungai Merab, Bangi, dan Ayer Itam di-minta datang beramai2 untok menyaksikan sukan ini. Hadiah kapada yuang menang akan di-sampaikan oleh Raja Nong Chik bin Raja Ishak Ahli Dewan Negeri Kawasan Dingkil.” (Berita Harian, 20 July 1966, Page 9: |"PERTAMA KALI ADAKAN SUKAN").

1968-04-08: Naik Taraf Sekolah Sungai Merab Luar

“Membena dan meyiapkan tiga (3) bilek darjah, kantin dan padang permainan di-Sekolah Kebangsaan Rendah, Sungai Merab Luar, dalam daerah Ulu Langat.” (Berita Harian, 8 April 1968, Page 12: |"Halaman 12 Iklan Ruangan 2").

1970an-Kini: Pembangunan

“Di peringkat awal, penduduk kampung ini merupakan petani, pekebun dan penoreh getah yang mengusahakan tanah untuk menampung hidup mereka. Pembangunan kampung ini boleh dikatakan bermula selepas pembinaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Penubuhan UKM dan institusi lain serta pembinaan kilang-kilang di kawasan Bangi dan Serdang sekitar tahun 1970-an menyebabkan ramai di kalangan penduduk yang beralih kerja sebagai pekerja kilang, jabatan Kerajaan dan ada yang berniaga sendiri.

Mengikut statistik 1987, bilangan penduduk kampung ini adalah seramai 3000 orang (350 buah keluarga penduduk asal). Perangkaan statistik 2000 pula menunjukkan bilangan penduduk bertambah kepada 4686 orang termasuk penduduk Taman Desa Sentosa 1 dan 2. Bilangan penduduk sekarang adalah melebihi 6000 orang.

Kampung ini mempunyai beberapa taman perumahan seperti Taman Desa Seri Melor 1, Taman Desa Seri Melor 2, Taman Desa Damai, Taman Desa Sentosa 1, Taman Desa Sentosa 2, dan Taman Desa Makmur. Kampung-kampung di bawah pentadbiran kampung ini ialah Kampung Sungai Merab Hulu, Kampung Sungai Merab Tengah dan Kampung Sungai Merab Luar.

Pada masa kini, kedudukan Kampung Sungai Merab amat strategik kerana terletak berhampiran dengan lebuh raya utama, institusi-institusi pengajian tinggi, pusat-pusat penyelidikan, kawasan perindustrian dan Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Cyberjaya. Kampung Sungai Merab juga merupakan salah sebuah kampung yang terlibat dalam pembangunan Putrajaya. Kampung-kampung lain adalah:
i) Kampung Dato' Abu Bakar Baginda;
ii) Kampung Desa Putra;
iii) Kampung Limau Manis; dan
iv) Kampung Dato' Ahmad Razali.

Pada Zaman Darurat, kampung ini tidak terlepas daripada gangguan komunis yang memaksa penduduk membekalkan mereka dengan makanan dan ubat-ubatan. Walau bagaimanapun, penduduk kampung telah bersepakat dengan menubuhkan pasukan kawalan kampung mereka bagi membendung kegiatan subversif daripada mengganggu gugat ketenteraman kampung mereka.

Dari segi kepimpinan kampung, senarai Ketua Kampung yang menerajui Kampung Sungai Merab Luar daripada Ketua Kampung yang pertama sehingga kini adalah:
(i) Encik Abdul Ghani bin Lison atau Dato' Dagang Morah (1918-1936);
(ii) Tuan Haji Mohd. Amin bin Tamah (1936-1948);
(iii) Tuan Haji Johan bin Abd. Hamid (1948-1950);
(iv) Tuan Haji Omar bin Abd. Malek (1950-1952);
(v) Tuan Haji Yusof Cincin (1952-1962);
(vi) Tuan Haji Abd. Rahim bin Haji Mohd. Amin (1963-1993);
(vii) Encik Abdul Rahman Sidi (1994-1995); dan
(viii) Tuan Haji Ibrahim bin Abdul Ghani (1996-sekarang).”

(Sumber: Discovery Research Consultant Management Sdn. Bhd. b/p Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, 2007: “Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Sepang”, m.s. 44-46).

MAKLUMAT LANJUT: Kampung Limau Manis

sungai_merab.1755265921.txt.gz · Last modified: by sazli