User Tools

Site Tools


kilang_bbbangi

This is an old revision of the document!


Kilang-Kilang di Bandar Baru Bangi

Dirujuk oleh

Latar Pembukaan

Antara faktor pembukaan kilang yang pesat di Bandar Baru Bangi ketika itu ialah harga tanah yang rendah serta kemudahan infrastruktur yang baik: “Kata beliau (Prof Datuk Ir Dr Riza Atiq Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UKM) sebagai sebuah bandar terancang yang dibina pada tahun 1970-an, Bandar Baru Bangi dilengkapi dengan zon perumahan, zon perniagaan, zon rekreasi dan zon perindustrian. Selain itu Kawasan Perindustrian Bandar Baru Bangi mempunyai banyak kilang kerana premium tanah yang rendah dan dilengkapi dengan infrastruktur yang canggih.” (Saiful Bahri Kamaruddin, 17 Jun 2016: |"UKM Sedia Bantu Jadikan Bangi Bandar Ilmu").

1980: Pembukaan Kilang-Kilang

Antara kilang-kilang terawal yang dibuka di Bandar Baru Bangi:-

1980-12-13: Toshiba (Malaysia) membuka kilangnya. Pengerusinya ketika itu ialah Taib Hj Andak. (BUSINESS TIMES, 13 December 1980, Page 11: "Toshiba sets up new plant in Bangi estate".).

1981-03-26: Felda membuka kilang koko, dengan usahasama Nestle. (BUSINESS TIMES, 26 March 1981, Page 4: "Felda to set up more agro-joint ventures").

1983-06-07: Matsushita memindahkan bahagian pengeluaran peti ais dan mesin basuh dari kilangnya di Shah Alam ke kilang baru di Bangi. (BUSINESS TIMES, 7 June 1983, Page 11: "Bangi factory to be Melcom model").

1985-07-17: Fima Metal Box membeli tanah untuk pembinaan kilangnya di Bangi. Pengerusinya ketika itu ialah Datuk Dr Abdullah Sanusi bin Ahmad. (BUSINESS TIMES, 17 July 1985, Page 14: "Fima Metal buys factory land"). Kemungkinan tapak kilang Fima Metal Box kini ialah: |Fima Instanco Sdn Bhd.

Lantikan Pengarah Tempatan

Antara amalan biasa syarikat multinasional pada tahun-tahun 1970-an dan 1980-an ialah melantik pengarah dari kalangan pemimpin Melayu tempatan bagi mendapatkan manfaat hubungan langsung dengan kerajaan: “Figurehead Capitalists include former state officials, mainly senior bureaucrats and military officers, as well as some members of royalty, who, because of their stature in Malay society are invited to join the boards of companies - particularly those which are foreign or Chinese owned - in the expectation that their public standing and presence as directors will secure tenders, licences, contracts or other concessions from the state. Figurehead capitalists generally have little control over or interest in the companies of which they are directors, hence our terminology 'figurehead'. Figurehead capitalists can, and often do, serve on boards of companies that are in competition with one another, or companies that are totally unrelated to one another where their core economic activity is concerned. Because demand exceeded supply, particularly in the first decade of the NEP, different companies came to share many of the same public figures as directors-cumfigurehead capitalists. During the 1970's the most obvious example of a figurehead capitalist was Tan Sri Hj Mohd. Noah bin Omar, a former Speaker of the Dewan Rakyat (Parliament) and father-in-law to two Prime Ministers, the late Tun Razak and the late Tun Hussein Onn. In 1977 Tan Sri Noah, then aged 80, held directorships in at least 18 companies. Other examples of figurehead capitalists in the 1970's who held directorships in a large array of companies included Tunku Tan Sri Mohamed bin Tunku Besar Burhanuddin, Tan Sri Taib Andak and Tan Sri Abdul Aziz Mohamed Zain.” (Peter Whitford Searle, December 1994: |"'Rent-seekers' or real capitalists? : the riddle of Malaysian capitalism").

Kilang-Kilang Utama

Antara kilang-kilang utama di Bangi, dari segi saiz yang besar serta tempoh operasi yang panjang:-

Matsushita (1980-2005)

Sekitar 1982-1983, Matsushita dibuka di Bandar Baru Bangi. Mereka kemudiannya telah memindahkan bahagian pengeluaran peti ais dan mesin basuh dari kilangnya di Shah Alam ke kilang baru di Bandar Baru Bangi ini. (BUSINESS TIMES, 7 June 1983, Page 11: "Bangi factory to be Melcom model").

Barisan pemasangan di Matsushita Bangi, 1982
Barisan pemasangan di Matsushita Bangi, 1982 (Cheng Hua, 2021: |"About Us: History: SINCE 1967").

Kilang Matshushita di Bangi ini telah berhenti beroperasi dan ditutup pada tahun 2005, setelah lebih 20 tahun beroperasi, oleh kerana kegiatan pembuatan mesin basuh dan peti ais tidak lagi dapat meraih keuntungan yang diperlukan: “The Malaysian arm of Matsushita Electric Industrial Co., known as Melcom, said the decision was made in response to “tough market conditions and severe price competition in the electrical home appliances business.” The company said it would close its plant in Bangi, south of Kuala Lumpur, after taking into account accumulated losses and unfavorable forecasts for growth and profitability in the washing machine and refrigerator business. Melcom will instead concentrate on its two other plants, also on the outskirts of Kuala Lumpur, which are manufacturing other home appliances and batteries.” (The Japan Times, Feb 25, 2005: |"Matsushita to shut down appliance plant in Malaysia").


Suasana Matsushita Bangi sebelum penutupan, 2005: “30 SEPTEMBER 2005 HARI TERAKHIR KERJA SEBELUM PENUTUPAN OPERASI..MATSUSHITA BANGI PLANT BEROPERASI SEBAGAI PENGELUAR MESIN BASUH DAN PETI SEJUK JENAMA PANASONIC..” (rj zul, 13 May 2019: "HARI-HARI TERAKHIR MATSUSHITA/PANASONIC@ MELCOM BANGI PLANT").

Denso (1980-kini)

Pada April 1980, Nippondenso (DENSO) Corporation dari Jepun telah menubuhkan sebuah syarikat usahasama tempatan yang dinamakan Nippondenso (DENSO) Malaysia Sdn. Bhd.: “In 1980 Nippondenso formed its first South American subsidiary, in Brazil. That same year, the company entered Malaysia with the formation of Nippondenso (Malaysia) SDN./BHD. Three years later a second Malaysian subsidiary was established. Products of the three new sales and manufacturing subsidiaries included air conditioners, air conditioner compressors, windshield washers, alternators, starters, and radiators.” (encyclopedia.com: | "Nippondenso Co., Ltd.").

“The humble beginning of DENSO Malaysia can be traced back to April 1980, when a joint venture between DENSO Corporation, Japan and a local partner, where it was called Nippondenso Malaysia then.”
Start of Production - Starter LineStart of Production - Wiper Line
Antara barisan pemasangan terawal di Denso, 1983: “Starter products commenced production with the support from Japan.”

(Sumber: Denso, 2021: |"Heritage"; |"Pacing Ahead in Automotive Technology").

Kontroversi

Pada Julai 2009, pekerja kilang Denso pernah berpiket bagi menuntut pelarasan gaji.

“Pekerja kilang DENSO di kawasan perindustrian Bangi berpiket selama sebulan bermula 13 Julai lalu menuntut pelarasan gaji. Mereka berpiket selepas waktu kerja dengan berkumpul dihadapan kilang dan menaikkan poster serta kain pemidang. … Pekerja mendakwa pelarasan gaji dibuat setiap tiga tahun, namun ada antara mereka tidak menikmati sebarang kenaikkan dalam tempoh lima tahun. Majikan menjadikan alas an kemelesetan ekonomi global sebagai alas an namun rekod menunjukkan peningkatan terus pengeluaran kilang. Pada tahun 2006 hasil pengeluaran ialah sebanyak RM 191,500 juta sementara pada tahun 2008 adalah sebanyak RM 313,105 juta.” (Dr Shafie Abu Bakar, July 21 2009: |"PEKERJA DENSO PIKET").

Hitachi (1980-kini)

Hitachi Consumer Product (M) Sdn Bhd dibuka di Bandar Baru Bangi pada 17 Mei 1980: “On 17 May 1980, Hitachi Consumer Product (M) Sdn Bhd was established in Bangi Industrial Area, Selangor. The total investment amounted to RM 17.6 million. It is a joint venture between Japanese and locals, with Japan holding the interest of 89.3 percent. The company is involved in the electrical and electronics industry through the production of electrical and electronics components.” (Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman @ SUSURGALUR, 2(2) September 2014: |"The Historical Development of Japanese Investment in Malaysia, 1971 – 1980", m.s.243).

Advanced Packaging (1985-kini)

Advanced Packaging Technology (M) Bhd dibuka pada tahun 1985: “The Company commenced operations in April 1985 at its present location at the Bangi Industrial Estate, Selangor Darul Ehsan. Its office, factory and warehouse is sited on a 8,903 square meter (“sq m”) 99-year leasehold land.“ (Advanced Packaging Technology (M) Bhd.: |"The Company and its Business").

Kini

Setakat tahun 2007, terdapat sejumlah 43 buah unit kilang di Bandar Baru Bangi: “Pada Tahun 2007, PKNS telah selesai membangunkan Bandar Baru Bangi dengan pembinaan sebanyak 11,040 unit kediaman, 308 unit kedai, 43 unit kilang. … Kebanyakan kilang-kilang di kawasan industri ini menyediakan pengangkutan bas persendirian kepada pekerja-pekerja mereka” (UPSI Holdings Sdn Bhd @ MPKj, 2018: |"LAPORAN INTERIM PELAN TINDAKAN PERBANDARAN RENDAH KARBON BANDAR BARU BANGI 2035", m.s.35, 71).

kilang_bbbangi.1639622141.txt.gz · Last modified: 2021/12/16 10:35 by sazli