dato_kampo_radjo
This is an old revision of the document!
Jadual Kandungan
Dato' Kampo Radjo
Dirujuk oleh
Riwayat Hidup
Dato' Kampo Radjo (Nafias Bin Rasul) adalah ADUN Semenyih yang pertama (1959). Ketika itu beliau di dalam Parti Perikatan. Ringkasan riwayat hidup beliau dari |Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu jilid 4 : m/s 600 (PDF), juga dari laporan-laporan akhbar:-
- 1938: Bergiat dalam Partai Sarekat Islam Indonesia, memperjuangkan kemerdekaan Indonesia. Dilantik sebagai Ketua Cawangan Pemuda Muslimin Indonesia di Bukittinggi, Sumatera. Ditahan oleh pihak Belanda.
- 1945: Kembali bergiat dalam Sarekat Islam di Sumatera Barat.
- 1946: Menyusun Sarekat Islam di Jawa.
- 1947: Berhijrah ke Kuala Lumpur dan menganggotai UMNO. Dilantik sebagai Bendahari UMNO Hulu Langat.
- 1959: Dipilih sebagai wakil rakyat Beranang dan Semenyih.
- 1963 (11 Mac): Pengerusi Sharikat Kerjasama Penternakan dan Pasaran Ayam daerah Ulu Langat dan Kajang.
- 1963 (29 Ogos): Menubuhkan Parti Perhimpunan Kebangsaan bersama Aziz Ishak (pengerusi parti). Beliau menjadi timbalan pengerusi parti.
- 1965 (26 Januari): Ditahan dalam ISA kerana dituduh terlibat dalam pembentukan kerajaan buangan di Indonesia. Setelah ditahan, kediaman beliau diwartakan sebagai alamat rasmi Parti Perhimpunan Kebangsaan (|18 Februari 1965).
- 1967 (11 Januari): Pembebasan bersyarat dari tahanan ISA. Syarat-syarat pembebasan:-
- Tidak boleh bertukar alamat tanpa kebenaran polis
- Tidak boleh keluar antara jam 10 malam hingga 6 pagi
- Tidak boleh keluar dari daerah Ulu Langat kecuali dengan kebenaran polis
- Melapor diri kepada polis 2 kali sebulan
- Tidak boleh mengambil bahagian dalam politik
- Tidak boleh berpidato di hadapan umum
- Jamin diri $500 dengan seorang penjamin.
- 1968 (14-16 April): Pengecualian diberi untuk beliau mengunjungi anaknya, Che Shukra, yang ketika itu sedang dirawat di Hospital Assunta (|Laporan 1||Laporan 2||Laporan 3||Laporan 4||Laporan 5||Laporan 6||Laporan 7).
Che Shukra kini bertugas sebagai (|doktor di sebuah klinik swasta. Sebelumnya, beliau mungkin pernah berkhidmat di Hospital Daerah Kajang pada tahun 1994, ketika kes kematian atlet Rabia Abdul Salam (Perlu pengesahan).
- 1970 (12 Januari): |Dilantik sebagai salah seorang daripada 65 orang anggota Majlis Perundingan Negara oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) di bawah pimpinan Tun Abdul Razak, setelah pengisytiharan darurat berikutan Peristiwa 13 Mei 1969.
- 1970 (24 Januari): |Menarik balik lantikan ahli Majlis Perundingan Negara, selari dengan pendirian partinya (Parti Rakyat), berikutan penahanan 2 orang ahlinya oleh pihak kerajaan.
- 1988 (11 Ogos): Meninggal dunia.
Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.
dato_kampo_radjo.1613536171.txt.gz · Last modified: 2021/02/17 12:29 by sazli