User Tools

Site Tools


bangi_estate

This is an old revision of the document!


Bangi Estate (1905)

Dirujuk oleh

1905: Pembukaan

Bangi Estate, 1905 (gambar asal)Bangi Estate, 1905 (diwarnakan)
“Dalam foto lama ini kelihatan hutan dara di teroka pada 1905 untuk membuka ladang getah Bangi Estate yang diusahakan oleh Inch Kenneth Rubber Estate milik Kindersley bersaudara yang secara tidak langsung merubah wajah landskap Bangi daripada asalnya perkampungan Melayu tradisi (Kampung Bangi) yang kemudiannya dikelilingi kawasan estet getah. Banyak Infrastruktur dan kemudahan moden telah dibangunkan di kawasan kita ini apabila Bangi turut sama menjadi sebahagian kelompok kawasan penanaman getah terbesar di dunia semasa itu. Getah yang ditanam dan ditoreh Bangi itu mungkin menjadi tayar - tayar kereta yang bergerak di jalan - jalan raya di Amerika dan Eropah pada waktu itu. Di tanah yang sama pada hari ini telah berubah wajah menjadi penempatan baru dengan nama Bangi Avenue yang menjadi kawasan penempatan paling rancak dibangunkan di Bangi. Sumber foto (General View, Bangi Estate) yang di edit semula daripada buku Arnold Wright, 1908: “Twentieth century impressions of British Malaya: its history, people, commerce, industries, and resources”, m.s. 456). Catatan ajaizainal.” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 25 Ogos 2025: "Catatan Sejarah Bangi - Wajah Bangi Estate 1905"; Gambar kanan (diwarnakan): Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 5 Oktober 2025: "Dulu Bangi Estate Sekarang Bangi Avenue").

2000: Perolehan Syarikat Pemaju

Berhenti beroperasi pada tahun 2000, dan diambil alih oleh syarikat pemaju lain tanpa pengetahuan penduduk. Kerja-kerja penebangan pula telah dijalankan, tanpa memenuhi syarat-syarat terdahulu. Walaupun aduan dibuat, tindakan pihak berwajib cenderung menyebelahi pihak pemaju. (Krishnan a/l Chendermaie, Pengerusi JK Bertindak Ladang Bangi @ PSM Semenyih, 23/4/2012: |"Pekerja Ladang Bangi buat aduan terhadap 3 syarikat").

Nasib Penduduk Asal

Estet Terakhir Di BangiSuasana lewat petang di Golloway Estate suatu ketika dulu
Suasana Galloway Estate (Bangi), antara ladang di dalam Bangi Estate:-
Kiri: “Penempatan penduduk di Golloway Estet bermula pada tahun 1983 - 84 dan berakhir pada sekitar tahun 2018. Pemandangan kuarters pekerja - pekerja estet, di tengahnya mengalir Sungai Bangi yang jernih, di tebing bukitnya ditanam pokok - pokok kelapa sawit yang asalnya ladang getah. Kelihatan dua wanita memakai baju kilang Sony baru turun pulang melalui denai tebing bukit tepi jambatan jalan Bangi - Semenyih. Foto koleksi ajaizainal.” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 24 Julai 2025: "Estet Terakhir Di Bangi").
Kanan: “Suasana lewat petang di Golloway Estate suatu ketika dulu. Estate terakhir di Bangi… bermula pada 1905 dan berakhir pada 2018. Getah - getah yang ditoreh dan menitis di bumi Bangi ini telah beredar ke seluruh dunia suatu ketika dulu. Sekarang setiap ekar tanah - tanah estet bertukar wajah menjadi kawasan perumahan dan bandar - bandar baru di Bangi ini.” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 31 Oktober 2025: "Suasana lewat petang di Golloway Estate suatu ketika dulu").

Masalah penduduk di Bangi Estate (yang telah/pernah bergabung dengan Balgownie), berlarutan lebih lama lagi, selama 9 tahun: 2000-2019 (pemilik asal: Sime Darby):-

Bacaan lanjut mengenai nasib penduduk asal sesuatu tempat (penduduk kampung, pekerja ladang, dll), serta kesan terhadap keluarga, budaya, dan sosioekonomi mereka, setelah tanah yang mereka duduki diambil alih untuk pembangunan, oleh syarikat swasta mahupun kerajaan:-

Kini

Bangi Avenue

Ekonomi & Populasi Bangi
Pemandangan dari sekitar Setia Alamsari Selatan, menghadap ke arah Bangi Avenue di sebelah barat daya. Bersempadan dengan landasan kereta api dan Hutan Simpan UKM/Bangi di sebelah kanan. Kelihatan Bukit Tunggul di kejauhan: “Pertumbuhan ekonomi dan penduduk Bangi (BSP, B.Puteri, Bukit Mahkota, Bangi Avenue, Bandar Puteri, Southville) dalam 2025 - 2035 dijangka akan mengatasi Bandar Baru Bangi. - Pakar -” (Facebook Pekan Bangi, 5 Ogos 2025: "Ekonomi & Populasi Bangi").

bangi_estate.1762445264.txt.gz · Last modified: by sazli