This is an old revision of the document!
Jadual Kandungan
Bangi Estate (1905)
Dirujuk oleh
1905: Pembukaan

“Dalam foto lama ini kelihatan hutan dara di teroka pada 1905 untuk membuka ladang getah Bangi Estate yang diusahakan oleh Inch Kenneth Rubber Estate milik Kindersley bersaudara yang secara tidak langsung merubah wajah landskap Bangi daripada asalnya perkampungan Melayu tradisi (Kampung Bangi) yang kemudiannya dikelilingi kawasan estet getah. Banyak Infrastruktur dan kemudahan moden telah dibangunkan di kawasan kita ini apabila Bangi turut sama menjadi sebahagian kelompok kawasan penanaman getah terbesar di dunia semasa itu. Getah yang ditanam dan ditoreh Bangi itu mungkin menjadi tayar - tayar kereta yang bergerak di jalan - jalan raya di Amerika dan Eropah pada waktu itu. Di tanah yang sama pada hari ini telah berubah wajah menjadi penempatan baru dengan nama Bangi Avenue yang menjadi kawasan penempatan paling rancak dibangunkan di Bangi. Sumber foto (General View, Bangi Estate) yang di edit semula daripada buku Arnold Wright, 1908: “Twentieth century impressions of British Malaya: its history, people, commerce, industries, and resources”, m.s. 456). Catatan ajaizainal.” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 25 Ogos 2025: "Catatan Sejarah Bangi - Wajah Bangi Estate 1905"; Gambar kanan (diwarnakan): Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 5 Oktober 2025: "Dulu Bangi Estate Sekarang Bangi Avenue").
2000: Perolehan Syarikat Pemaju
Berhenti beroperasi pada tahun 2000, dan diambil alih oleh syarikat pemaju lain tanpa pengetahuan penduduk. Kerja-kerja penebangan pula telah dijalankan, tanpa memenuhi syarat-syarat terdahulu. Walaupun aduan dibuat, tindakan pihak berwajib cenderung menyebelahi pihak pemaju. (Krishnan a/l Chendermaie, Pengerusi JK Bertindak Ladang Bangi @ PSM Semenyih, 23/4/2012: |"Pekerja Ladang Bangi buat aduan terhadap 3 syarikat").
Nasib Penduduk Asal

Suasana Galloway Estate (Bangi), antara ladang di dalam Bangi Estate:-
Kiri: “Penempatan penduduk di Golloway Estet bermula pada tahun 1983 - 84 dan berakhir pada sekitar tahun 2018. Pemandangan kuarters pekerja - pekerja estet, di tengahnya mengalir Sungai Bangi yang jernih, di tebing bukitnya ditanam pokok - pokok kelapa sawit yang asalnya ladang getah. Kelihatan dua wanita memakai baju kilang Sony baru turun pulang melalui denai tebing bukit tepi jambatan jalan Bangi - Semenyih. Foto koleksi ajaizainal.” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 24 Julai 2025: "Estet Terakhir Di Bangi").
Kanan: “Suasana lewat petang di Golloway Estate suatu ketika dulu. Estate terakhir di Bangi… bermula pada 1905 dan berakhir pada 2018. Getah - getah yang ditoreh dan menitis di bumi Bangi ini telah beredar ke seluruh dunia suatu ketika dulu. Sekarang setiap ekar tanah - tanah estet bertukar wajah menjadi kawasan perumahan dan bandar - bandar baru di Bangi ini.” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 31 Oktober 2025: "Suasana lewat petang di Golloway Estate suatu ketika dulu").
Masalah penduduk di Bangi Estate (yang telah/pernah bergabung dengan Balgownie), berlarutan lebih lama lagi, selama 9 tahun: 2000-2019 (pemilik asal: Sime Darby):-
- 2017: Setelah 17 tahun bergelut dengan samseng kontaktor pemaju, janji-janji yang dimungkiri, dan beberapa sesi di mahkamah, akhirnya 24 keluarga Ladang Bangi menandatangani perjanjian jual beli rumah mereka dengan pihak pemaju Trans Loyal Development Sdn Bhd. (Annabelle Lee @ Malaysiakini, 31 May 2017: |"End of 17-year suffering for Ladang Bangi folk").
Majlis sambutan kemenangan perjuangan perumahan di Ladang Bangi, 27 Ogos 2017 (Sosialis, Sep-Okt 2017, m.s.5: |"Majlis sambutan kemenangan perjuangan bekas pekerja Ladang Bangi").
- 2019: 2 tahun selepas perjanjian tersebut, 24 keluarga ini menerima kunci rumah daripada pihak pemaju Trans Loyal Development Sdn Bhd. (Tarrence Tan @ The Star, 20 Feb 2019: |"24 families of estate workers given new homes in Semenyih") (Sumber lain: Ahmad Ismadi Ismail @ Sinar Harian, 20 Februari 2019: |"Penantian 17 tahun, 24 keluarga bekas pekerja ladang berakhir"). Namun masalah lain pula timbul: mungkin pihak pemaju merasakan mereka telah menunaikan janji mereka, lalu bertindak menutup laluan ke kuil Ladang Bangi (padahal kuil itu telah pun diwartakan di bawah kerajaan negeri):-
- Sosialis, 16/5/2019: |"Pemaju Transloyal sekat laluan masuk ke Kuil Ladang Bangi"
- S. Arutchelvan @ Sosialis, 16/5/2019: |"Mengapa MPKj tidak bertindak? Mengapa pemaju begitu kebal?"
Bacaan lanjut mengenai nasib penduduk asal sesuatu tempat (penduduk kampung, pekerja ladang, dll), serta kesan terhadap keluarga, budaya, dan sosioekonomi mereka, setelah tanah yang mereka duduki diambil alih untuk pembangunan, oleh syarikat swasta mahupun kerajaan:-
- Selvi Narayanan, Katiman Rostam, 2012: |"Impak sosial pembangunan Bandar Baru Putrajaya terhadap penduduk asal: Kes isi rumah yang dipindahkan ke Taman Permata, Dengkil, Selangor" (PDF).
- Andrew C. Willford, S. Nagarajan, 2015: |"Tamils and the Haunting of Justice: History and Recognition in Malaysia's Plantations", m.s. 108-118 (PDF).
- Mangai Balasegaram @ Between The Lines, Nov 8, 2020: ||"Different Class: The Marginalisation of Indians in Malaysia".
