This is an old revision of the document!
Jadual Kandungan
Balai Polis Bangi (1914)
Dirujuk oleh
Ringkasan
“Balai Polis Bangi pada asalnya dibangunkan sekitar tahun 1914 -15 yang terletak di lokasi strategik bertentangan dengan Sekolah Agama Bangi (kini Tabika Kemas Bangi) juga berdekatan Masjid Kariah Bangi dan Stesen Keretapi Bangi di laluan menghala ke Pekan Bangi. Balai Polis yang awal dibina lengkap dengan berek polis dan padang kawat, kemudian balai ini berpindah ke lot rumah teres di kawasan perumahan Taman Angsana Pekan Bangi pada tahun 1983 sebelum berpindah sekali lagi ke lot kedai di Bandar Seri Putra pada sekitar awal tahun 2000 sehinggalah ke hari ini. Penubuhan Balai Polis Bangi sejak zaman penjajahan British Malaya yang mencecah usia 110 tahun ini telah berjasa memberi khidmat dalam menjamin keamanan dan keselamatan buat penduduk Bangi di pekan, di kampung - kampung, di estet - estet dan juga di bandar - bandar dan taman - taman perumahan di sekitarnya.” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 9 Julai 2025: "Sekilas Catatan Sejarah Balai Polis Bangi 1915 - 2025").
Kronologi
1914-03-18: Pembinaan
| Tarikh | Butiran Keratan | |
|---|---|---|
| | 1914.03.18 | "CONSTRUCTION OF POLICE STATION AND BARRACKS, BANGI. TENDERS FOR:-". SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR @ Arkib Negara Malaysia |
Pernyataan tender bagi pembinaan balai polis Bangi.
1915: Pembukaan
“Wajah Balai Polis Bangi - sekitar tahun 70an. Dibina pada tahun 1914 dan siap sekitar penghujung 1915 dengan kos sekitar $7,000 untuk membina balai dan barrack Polis. Balai Polis ini terletak berdekatan Stesen Keretapi Bangi (1902), Masjid Kariah Bangi (1924) dan Pekan Bangi, di sisi jalan Bangi - Semenyih dan di belakangnya mengalir Sungai Bangi yang jernih. (Foto Koleksi Angah Zainal).” (Faizal Hj Zainal @ Selangor 10, 16 Ogos 2020: |Sejarah Tempatan: Wajah Balai Polis Bangi - sekitar tahun 70an).
“Balai Polis yang diasaskan oleh Kerajaan British Selangor di Pekan Bangi lengkap dengan kubu, padang & rumah Polis.” (Faizal Ajai Zainal @ Facebook, 5 Mei 2022).
1980-an (Penghujung): Berpindah ke Taman Angsana Bangi
Balai Polis Bangi 1980-1990an, di No. 46 Lorong Bunga Melor 2, Taman Angsana (POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM), 1980-1990an @ Arkib Negara Malaysia: |"BALAI POLIS BANGI. TARIKH BALAI - IBU PEJABAT POLIS DAERAH KAJANG, NEGERI SELANGOR").
“Balai Polis ni di Taman Angsana Pekan Bangi, Balai ni dipindahkan dari Balai Polis Lama Pekan Bangi sekitar penghujung 80an…kemudian Balai Polis Bangi berpindah ke Bandar Seri Putra Bangi.” (Faizal Ajai Zainal @ Facebook, 5 Mei 2022).
No. 46 Lorong Bunga Melor 2, kini: “Corner lot, Depan simpang tiga bangi lama tu… landmark dewan orang ramai bangi & kuil” (Azrul Hamzah Nor Hamzah @ Facebook, 5 Mei 2022).
Gambaran perpindahan Balai Polis Bangi sekitar akhir 1980-an:-
Petak merah (sebelah kanan): Tapak balai polis asal (1914-1980an): “Balai Polis yang diasaskan oleh Kerajaan British Selangor di Pekan Bangi lengkap dengan kubu, padang & rumah Polis. … mula dibina sekitar 1914 … tanah masih milik pdrm” (Faizal Ajai Zainal @ Facebook, 5 Mei 2022).
Petak kuning (sebelah kiri): Balai polis 1980an-2000an.
(Sumber: Google Maps).
2000 - Kini: Bandar Seri Putra
“Balai Polis yang awal dibina lengkap dengan berek polis dan padang kawat, kemudian balai ini berpindah ke lot rumah teres di kawasan perumahan Taman Angsana Pekan Bangi pada tahun 1983 sebelum berpindah sekali lagi ke lot kedai di Bandar Seri Putra pada sekitar awal tahun 2000 sehinggalah ke hari ini.”
