User Tools

Site Tools


balai_polis_bangi

This is an old revision of the document!


Balai Polis Bangi (1914)

Dirujuk oleh

Kronologi

1914-03-18: Pembinaan

Pernyataan tender bagi pembinaan balai polis Bangi.

1915: Pembukaan

Wajah Balai Polis Bangi - sekitar tahun 70an
“Wajah Balai Polis Bangi - sekitar tahun 70an. Dibina pada tahun 1914 dan siap sekitar penghujung 1915 dengan kos sekitar $7,000 untuk membina balai dan barrack Polis. Balai Polis ini terletak berdekatan Stesen Keretapi Bangi (1902), Masjid Kariah Bangi (1924) dan Pekan Bangi, di sisi jalan Bangi - Semenyih dan di belakangnya mengalir Sungai Bangi yang jernih. (Foto Koleksi Angah Zainal).” (Faizal Hj Zainal @ Selangor 10, 16 Ogos 2020: |Sejarah Tempatan: Wajah Balai Polis Bangi - sekitar tahun 70an).

“Balai Polis yang diasaskan oleh Kerajaan British Selangor di Pekan Bangi lengkap dengan kubu, padang & rumah Polis.” (Faizal Ajai Zainal @ Facebook, 5 Mei 2022).

1980-an (Penghujung): Berpindah ke Taman Angsana Bangi

Balai Polis Bangi 1980-1990an, di No. 46 Lorong Bunga Melor 2, Taman Angsana
Balai Polis Bangi 1980-1990an, di No. 46 Lorong Bunga Melor 2, Taman Angsana (POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM), 1980-1990an @ Arkib Negara Malaysia: |"BALAI POLIS BANGI. TARIKH BALAI - IBU PEJABAT POLIS DAERAH KAJANG, NEGERI SELANGOR").

“Balai Polis ni di Taman Angsana Pekan Bangi, Balai ni dipindahkan dari Balai Polis Lama Pekan Bangi sekitar penghujung 80an” (Faizal Ajai Zainal @ Facebook, 5 Mei 2022).

No. 46 Lorong Bunga Melor 2, kini
No. 46 Lorong Bunga Melor 2, kini: “Corner lot, Depan simpang tiga bangi lama tu… landmark dewan orang ramai bangi & kuil” (Azrul Hamzah Nor Hamzah @ Facebook, 5 Mei 2022).

Perpindahan Balai Polis Bangi Akhir 1980-an
Gambaran perpindahan Balai Polis Bangi sekitar akhir 1980-an:-
Petak merah: Tapak balai polis asal (1914-1980an): “Balai Polis yang diasaskan oleh Kerajaan British Selangor di Pekan Bangi lengkap dengan kubu, padang & rumah Polis. … mula dibina sekitar 1914 … tanah masih milik pdrm” (Faizal Ajai Zainal @ Facebook, 5 Mei 2022).
Petak kuning: Balai polis 1980an-2000an: “kemudian Balai Polis Bangi berpindah ke Bandar Seri Putra Bangi.” (Faizal Ajai Zainal @ Facebook, 5 Mei 2022).

balai_polis_bangi.1651916534.txt.gz · Last modified: 2022/05/07 17:42 by sazli