This is an old revision of the document!
Jadual Kandungan
Tasik Ghazali
Dirujuk oleh
Perihal
“Koordinat bagi lokasi kajian ini adalah 2.922107, 101.781739 dan terletak berdekatan dengan Bangunan Sains Nuklear (Rajah 1). Tasik Ghazali adalah salah satu tasik semulajadi yang wujud sejak penubuhan UKM pada tahun 1970-an dan pada asalnya merupakan sebuah tasik yang besar serta dikelilingi hutan tropika tetapi kini menjadi semakin kecil dan cetek dan mempunyai anggaran keluasan kurang dari 0.5 km2 (Borhanudin, 2018). Saluran airnya bersambung dengan Alur Ilmu UKM sebelum mengalir ke Sungai Langat, Selangor (Borhanudin, 2018). Tasik ini telah dipilih sebagai lokasi kajian ekoran perubahan yang pesat dari segi pembangunan infrastruktur sejak tahun 1970 hingga sekarang (Kamarudin, 1981; Borhanudin, 2018).” (Ee Leng Ng, Norfarhan Mohd Assaad, Herryawan Ryadi Eziwar Dyari, Mohd Shazrul Fazry Sa’ariwijaya dan Nur Hidayah Jamar @ Malaysian Applied Biology (2022) 51(5): 179-185: |"Mengenalpasti Kepelbagaian Spesies Hidupan Akuatik Menggunakan Analisis Taksonomi di Tasik Ghazali, UKM", hlm. 180).
Kronologi Peristiwa
2014-2018: Faktor Pencemaran Alur Ilmu
Mulai sekitar tahun 2014, pencemaran terhadap Tasik Ghazali telah dikenalpasti sebagai salah satu punca pencemaran Alur Ilmu yang mengalir ke Sungai Langat.
PUNCA 1. SISA RUNTUHAN DI FST
“Sisa runtuhan daripada Fakulti Sains Teknologi (FST) memasuki Tasik Ghazali dan menyebabkan kelodak/lumpur.”
(Sumber: Sungai Alur Ilmu UKM @ Facebook, 15 Ogos 2014: "PUNCA 1. SISA RUNTUHAN DI FST").
PUNCA 2. PENCEMARAN TASIK GHAZALI
“Berpunca dari Sungai Anak Bangi ~ Dikhuatiri terdapat kawasan pelupusan tanah tetapi tidak boleh di akses disebabkan kawasan berlumpur.”
(Sumber: Sungai Alur Ilmu UKM @ Facebook, 15 Ogos 2014: "PUNCA 2. PENCEMARAN TASIK GHAZALI").
2018: Lawatan Tapak
Lawatan Tapak ke Tasik Ghazali Alur Ilmu UKM (20 Julai 2018) (UKM Tube - Universiti Kebangsaan Malaysia, 20 Julai 2018: "Tasik Ghazali, UKM").
“Pengenalan projek penyegaran semula Tasik Ghazali dan Alur Ilmu UKM oleh PROF. MADYA IR. DR.(Ph.D) OTHMAN BIN JAAFAR, Pengarah Prasarana UKM. Rakaman & Suntingan: Hazrul Abdul Halim - Fujifilm X-H1”
“Di bawah TEKAD 17 ada 4 usaha atau 4 inisiatif. Penyegaran semula Alur Ilmu adalah salah satu daripadanya. Terdapat dua punca utama yang menyebabkan pencemaran kepada Alur Ilmu. Yang pertama adalah daripada kemasukan sedimen-sedimen. Yang kedua adalah berpunca daripada bahan-bahan organik. Kemasukan sedimen berpunca daripada tapak pembuangan tanah di jalan menuju ke Kolej Pendeta Za'ba. Apabila musim hujan tanah tersebut dihakis dan ditolak masuk ke dalam Tasik Ghazali, dan seterusnya masuk ke dalam Alur Ilmu. Lawatan ini adalah untuk membaik pulih semula Tasik Ghazali.”
2021: Keadaan Semasa
Tasik Ghazali, UKM (UKM Tube - Universiti Kebangsaan Malaysia, 19 Disember 2021: "Tasik Ghazali, UKM").