This is an old revision of the document!
Jadual Kandungan
Sekolah Ugama Bangi (1926)
Dirujuk oleh
1926: Pembukaan
“Pada tanggal 17. 7 .1925 surat permohonan daripada Raja Haji Abdullah iaitu Setiausaha Jabatan Pelajaran Ugama Islam Selangor telah diutus kepada Sec.Resident Selangor mengenai makluman permohonan perlantikan Guru Besar untuk Sekolah Ugama Bangi yang dijadualkan mula berkhidmat pada sesi persekolahan tahun 1926.
Dinyatakan juga dalam surat berkenaan gaji guru besar adalah sebanyak 20 ringgit sebulan. Dianggarkan sebanyak 40 kanak - kanak sekitar Bangi akan masuk belajar pada tahun berkenaan di sekolah ini yang akan dibina bertentangan dengan Balai Polis Bangi.
Tahun hadapan Sekolah Ugama Bangi yang kini dikenali sebagai Sekolah Rendah Agama Pekan Bangi (terletak di Kg. Bahagia) akan menyambut ulangtahunnya yang ke 100 tahun sejak penubuhannya pada tahun 1926.
- Foto sekitar pertengahan 1950an. Semua Ketua Kampung di Bangi - Kg. Bangi, Kg. Sg. Buah, Kg. Batu 5 , Kg
Rinching Hilir , Kg. Sg. Kembung, guru - guru SKB, wakil polis, telekom, letrik dan kaum bapa hadir dalam foto yang dirakamkan di hadapan bangunan lama Sekolah Ugama Bangi (kini Tadika Kemas Bangi). ”
(Sumber: Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 17 Julai 2025: "Hari Ini Dalam Sejarah Bangi").
MAKLUMAT LANJUT: Sekolah Ugama Bangi (1926).
