This is an old revision of the document!
Jadual Kandungan
Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Sungai Merab (1961)
Dirujuk oleh
Rancangan Pertama (1961)
1963-10-22: Kesulitan Penduduk Kampung
“Menteri Besar Selangor Dato Abu Bakar Baginda akan melawat kawasan Pembangunan Luar Bandar Sungai Merab, Kajang pada jam 4 petang esok untok menyiasat sendiri kesulitan2 yang di-hadapi oleh petani2 di-situ. Beliau akan mengadakan satu majlis temu ramah dengan petani2 di-situ.” (Berita Harian, 22 October 1963, Page 8: |"Melawat PBL").
“Sa-ramai 85 orang pendudok di-Ranchangan Kemajuan Tanah Sungai Merab Kajang telah merayu beramai2 kapada Menteri Besar Selangor untok melanjutkan lagi wang bantuan bulanan mereka seperti yang pernah di-janjikan oleh Dato' Abu Bakar Baginda sendiri. Inche' Yahya bin Othman ahli jawatankuasa kampong ini telah memberitahu Berita Harian bahawa sa-ramai 85 keluarga dari mukim Kajang telah mengerjakan tanah di-sini di bawah Ranchangan Kemajuan Tanah Negeri Selangor. Inche' Yahya juga menerangkan pada tahun(?) lalu penduduk2 di-kampong ini telah(?) menerima(?) wang bantuan sa-banyak $20 sa-bulan ? wang bantuan kapada orang2 yang mengerjakan tanah baharu ini di-bawah ranchangan pembangunan Luar Bandar. Tetapi wang bantuan ini telah di-berhentikan oleh kerajaan pada bulan June yang lalu dengan alasan pendudok2 di-sini telah menerima wang bantuan sa-lama sa-tahun. Menurut Inche' Yahya lagi kerana wang bantuan itu tidak di-terima lagi oleh pendudok2 di-sini telah kesulitan mereka yang mengerjakan tanah baharu ini telah bertambah. Inche' Yahya juga menerangkan kebanyakan keluarga yang tinggal di-kampong ini mempunyai sa-kurang2-nya empat orang anak yang bersekolah. Mata pencharian pendudok2 di-sini sa-lain mengerjakan tanah ialah mengambil upah menoreh getah di-estet2 yang berhampiran dengan kampong Sungai Merab ini. Menurut Inche' Yahya lagi pada bulan October yang lalu Menteri Besar Selangor Dato' Abu Bakar Baginda serta ahli2 jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Daerah Ulu Langat telah datang di-kampong ini untok menyiasat kesulitan2 pendudok2 kampong ini. Di-dalam perjumpaan dengan orang2 kampong Dato' Abu Bakar Baginda di-katakan telah berjanji akan meneruskan lagi wang bantuan itu kapada pendudok2 kampong ini dengan sa-chepat mungkin. Tetapi wang bantuan itu belom di-terima oleh pendudok2 kampong ini.” (Berita Harian, 26 December 1963, Page 5: |"Petani2 tuntut janji MB").
1963-10-24: Pembukaan Sekolah
“Kerajaan telah mendirikan dua buah sekolah kebangsaan dalam bidang ranchangan PLB bagi daerah Ulu Langat dan Kajang. Sekolah2 itu ia-lah di Sungai Tekali dan di-kampong Sungai Merab. Sekolah2 itu akan di-buka mu-…” (Berita Harian, 24 October 1963, Page 5: |"Dua sekolah PLB di-bena").
1963-10-25: Perancangan Pembinaan Masjid, Perkuburan, Tali Air, dan Jalan Raya
“Pegawai Daerah Kajang Tuan Syed Ismail bin Ahmad telah memuji pendudok2 kampong Ranchangan Luar Bandar Sungai Merab Kajang kerana rajin bekerja bergotong royong untok memperbaiki lagi kampong itu. Pujian ini telah di-buat oleh beliau ketika beruchap di-hadapan sa-ramai 350 orang pendudok kampong ini pada petang Thalatha yang lalu. Tuan Syed Ismail menerangkan bahawa semenjak kampong ini di-buka oleh kerajaan pada tahun 1961 pendudok2 kampong ini telah beberapa kali membuat kerja gotong royong membena tapak masjid dan menggali tali ayer sa-jauh 65 ela. Kerja gotong royong yang di-buat oleh pendudok2 di-sini boleh-lah di-beri pujian dan untok menjadi chontoh kapada pendudok2 kampong yang lain. Tuan Syed Ismail juga telah menerangkan sabuah masjid akan di-bena di-kampong ini tidak lama lagi. Dan untok memberi kemudahan kapada pendudok2 kampong ini sa-buah tanah berkuboran sa-luas sa-ekar telah di-adakan. Kerajaan juga akan menggali tali ayer dan juga membena jalan raya di-kampong ini tidak lama lagi.” (Berita Harian, 25 October 1963, Page 6: |"Pendudok rajin di-puji").
1963-11-27: Pembinaan Masjid dan Balai Raya
“Kerajaan Selangor telah membena empat buah masjid dan empat buah balai raya di-daerah Ulu Langat dan Kajang. Masjid2 dan balai2 raya ini menelan belanja sa-banyak $125,000 dan di-jangka siap pada bahagian awal tahun depan, demikian menurut Tuan Syed Ismail bin Ahmad, Pengerusi Ranchangan Pembangunan Luar Bandar daerah Ulu Langat. Masjid2 itu telah di-bena di-Kampong Batu 10 Cheras, Kajang; Kampong Luar Bandar Sungai Merab; Kampong Dengkil dan Kampong Sekolah Sungai Merab. Sementara itu balai2 raya pula telah di-bena di-Kampong Pulau Meranti, Kampong Rinching Hilir, Kampong Sungai Buah dan Kampong Sekolah Sungai Merab.” (Berita Harian, 27 November 1963, Page 6: |"Empat lagi masjid di-dirikan").