User Tools

Site Tools


puspati

This is an old revision of the document!


PUSPATI

Dirujuk oleh

Perihal

Reaktor TRIGA PUSPATI atau dikenali sebagai RTP merupakan satu-satunya reaktor penyelidikan nuklear di Malaysia. TRIGA bermaksud “Training, Research, Isotope production and General Atomic”.

“Sebenarnya, penubuhan PUSPATI diilhamkan oleh Tun Dr. Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu selepas beliau melawat pusat penyelidikan nuklear Indonesia di Bandung.” (Haji Yaziz Yunus, July 22, 2012: |"SEJARAH PERINTIS TEKNOLOGI NUKLEAR - PART 1").

Sejarah Ringkas

  • 1971 (11 November): Jawatankuasa Pusat Penyelidikan dan Aplikasi Tenaga Nuklear (CRANE) ditubuhkan, bagi mengkaji kemungkinan Malaysia menceburi bidang teknologi Nuklear.
  • 1972 (19 September): Usul pusat penyelidikan ini diluluskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
  • 1973 (Ogos): Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara menamakan pusat ini sebagai Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSPATI) dan diiktiraf sebagai pusat penyelidikan kebangsaan, lalu diletakkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam sekitar (MOSTE).
  • 1976-1977: Menurut catatan Yaziz Yunos (2012), mulai tahun 1976-1977, para pegawai PUSPATI mula dihantar ke US untuk menjalani latihan teknologi nuklear:-

    “Saya merupakan antara beberapa kerat pelajar Melayu yang dipilih sebagai perintis kepada program membangunkan keupayaan teknologi nuklear oleh kerajaan Malaysia melalui Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSPATI) hampir 34 tahun yang lampau. Kebanyakan kami telah dihantar ke Radiation Center, Oregon State University, USA untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dalam kejuruteraan nuklear dan kendalian reaktor. Masih saya ingat tanggal September 1978, empat (4) anak muda Melayu berangkat ke US menaiki penerbangan MAS ke Tokyo dan kemudiannya menyambung perjalanan kami ke San Fransisco sebelum menaiki penerbangan ke Lapanganterbang Eugene, Oregon. Di sana seorang senior kami (pegawai PUSPATI) sudah sedia menunggu untuk membawa kami ke bandar Corvallis, Oregon. Dari hari itu bermulalah kehidupan kami sebagai mahasiswa selama 3 ½ tahun di Oregon State University (OSU).”
    Bergambar dengan jurulatih dan professor kami di Radiation Center, Oregon State Univ.Duduk di depan konsol sambil mengawasi kendalian
Reaktor TRIGA Mark II, Oregon State University
    Kiri: “Satu dari kiri - Dr. Puad Abu, tiga dari kiri - Dr. Idris Besar dan dua dari kanan saya - Yaziz Yunus. Jurulatih bagi pengendalian reaktor, Bill Carpenter berdiri dua dari kiri.”
    Tengah: “Duduk di depan konsol sambil mengawasi kendalian Reaktor TRIGA Mark II, Oregon State University”

    “Bermula pada 1976/77, PUSPATI telah mula menghantar kakitangan perintis untuk melanjutkan pengajian dalam teknologi berkaitan nuklear ke luar negara. Sebelum saya sampai ke OSU, terdapat lima (5) kakitangan PUSPATI yang telah pun menjalani latihan di sana. Mereka terdiri dari Dr. Ahmad Tajudin Ali (graduan Univ. London dalan kejuruteraan nuklear, berasal dari Perlis dan sekarang bergelar Tan Sri), Ir. Kasbun Kamat (graduan Uni. of Glasgow dalam kejuruteraan mekanikal, berasal dari Klang), Ir. Razali Hamzah (graduan UK dalam bidang elektronik, berasal dari Juaseh, Kuala Pilah), Ir. Nahrul Khair Alang Rashid (graduan UK dalam kejuruteraan elektronik berasal dari Perak dan sekarang Prof Madya di UIAM) dan Yusof Ali (graduan UKM dalam fizik, berasal dari Johor). Walau bagaimanapun, empat senior saya di OSU (melainkan sdr. Yusuf Ali) ini telah pun hampir menamatkan latihan dan sudah bersedia untuk bergerak ke tempat latihan baru di US sebelum balik ke Malaysia. … Di OSU, rutin harian kami adalah sebagai pelajar dengan mengambil kursus-kursus yang berkaitan dengan teknologi nuklear dan pada masa yang sama saya dan sahabat saya dari UTM, Mohd. Puad Abu terpaksa menjalani latihan mengendali reaktor penyelidikan yang terdapat di Radiation Center, OSU dan mengambil peperiksaan sebagai Pengendali Reaktor bertauliah yang dijkendalikan oleh US Nuclear Regulatory Commission (USNRC). … Salah seorang senior kami di OSU ialah Ir. Kasbun Kamat, anak Jawa yang berasal dari Kampung Uganda, Kelang. … Beliau pernah satu masa di lantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah, PUSPATI … merupakan salah seorang pengerak utama pembinaan kompleks termasuk reaktor penyelidikan di PUSPATI, Bangi.” (Haji Yaziz Yunus, July 22, 2012: |"SEJARAH PERINTIS TEKNOLOGI NUKLEAR - PART 1").
  • 1982 (28 Jun): Reaktor TRIGA PUSPATI mencapai kegentingan pertama: “Reaktor TRIGA PUSPATI atau dikenali sebagai RTP merupakan satu-satunya reaktor penyelidikan nuklear di Malaysia. Ia mula beroperasi pada 1982 setelah mencapai kegentingan pertama pada 28 Jun 1982. TRIGA bermaksud Training, Research, Isotope production dan General Atomic.” (Agensi Nuklear Malaysia, 2020: |"Reaktor TRIGA PUSPATI").


    Menurut Yaziz Yunos (2012): “Dipendekan cerita selepas 3 ½ tahun diperantauan - saya, Puad dan Idris Besar lulus dalam pengajian dan latihan kami dan pada 1981 berangkat pulang ke Malaysia. Selepas setahun, reaktor penyelidikan jenis TRIGA yang di beli dari General Atomic, Amerika Syarikat selesai di bina dan ditauliahkan. Kumpulan projek yang berjaya membina dan mentauliahkan reaktor tersebut terdiri dari mereka-mereka yang pernah berlatih di Radiation Center, Oregon State University. Saya dan Puad menjadi tenaga utama kemudiannya dalam kerja-kerja pengendalian dan penyelenggaraan harian reaktor tersebut. Puad kemudiannya dipinjamkan ke Lembaga Perlesenan Tenaga Atom yang baru sahaja ditubuhkan sebagai salah seorang pengarah bahagian. Ketua Pengarah pertama LPTA pula ialah Ir. Kasbun Kamat yang kami panggil sebagai Wak Kasbun tu. Sistem yang kami bina di PUSPATI masih lagi digunapakai di Agensi Nuklear Malaysia (dulunya dikenali sebagai PUSPATI) termasuk semua borang dan juga manual. Kebanyakan pengendali kanan Reaktor TRIGA PUSPATI sekarang ini pun merupakan “anak murid” yang kami latih dulu.” (Haji Yaziz Yunus, July 22, 2012: |"SEJARAH PERINTIS TEKNOLOGI NUKLEAR - PART 1").
  • 1982 (Julai): Reaktor TRIGA PUSPATI mula beroperasi secara rasmi: “A TRIGA MARK II research reactor has been installed at the Tun Ismail Atomic Research Centre (PUSPATI), Selangor, Malaysia. The reactor was commissioned in July 1982.” (Dr. Ahmad Tajuddin Ali, Yaziz b. Yunus, Mohd. Puad b. Hj. Abu, 1982: |"The construction, installation and commissioning of the PUSPATI TRIGA reactor").

    Menurut Yaziz Yunos (2012): “Tahun 1981, … pemasangan sebuah reaktor nuklear penyelidikan berkuasa I.0 MW yang dikenali sebagai Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP). Masa itu teringat ahli kumpulan kami terdiri dari Ir. Dr. Puad Abu (jurutera nuklear – sekarang Pengarah, Bahagian Kuasa Nuklear), Amin Sharifuldin Salleh (fizik nuklear), Syed Azmi dan Syed Nahar (jurutera, sekarang kedua-duanya “Safeguard Inspector” di IAEA, Vienna, Austria), Dr. Ashhar (jurutera elektronik – sekarang TKP, Nuklear Malaysia), Dr. Nahrul Alang Rashid (sekarang pensyarah di UIA), Yusof Ali (sekarang dah pencen sebagai ahli Fizik Kesihatan – Health Physicist), Dr. Gui Ah Au (sekarang di IAEA, Vienna, Austria). Ketua kumpulan ini ialah Dr. Ahmad Tajuddin Ali (sekarang Tan Sri). Juruteknik pula Zul Cina, Zainal Yusof, Kamaruddin serta seorang dua lagi yang saya tak ingat nama mereka. … Setelah semua komponen reaktor siap di pasang maka tibalah masanya bahanapi nuklear di isi dalam teras reaktor (reactor core). Satu, satu batang bahanapi di ukur dengan tepat dan diisi dalam kedudukan yang telah ditentukan bagi setiap batang rod bahanapi. Sebelum bahanapi mula di isi, kami telah mendapati ada sesuatu yang tak kena dengan salah satu dari rod kawalan (control rod) yang kami panggil “transient rod”. Sebagai reaktor penyelidikan, RTP boleh membuat operasi “pulsing”. Jadi rod transient inilah yang akan dilonjak keatas menggunakan sistem pneumatik bagi mendapatkan kaedah “pulsing” ini. Puas kami termasuk pakar pemasangan dari syarikat pembekal reaktor membuat pemeriksaan dan buat ujian, tak juga dapat dicari punca masalah. Tiba masanya apabila pengisian bahanapi telah hampir ke tahap “critical mass”, maka Pak Menteri Sains pun telah dijemput sama untuk menyaksikan satu detik bersejarah - the first nuclear reaction to achieve criticality on Malaysian soil. Dengan Dr. Ahmad Tajuddin Ali sebagai Ketua Kumpulan, bertugas sebagai pengendali di panel kawalan dalam control room, maka RTP telah berjaya mencapai tahap “super critical” dan di stabilkan di tahap kritikal sejurus selepasnya. Malaysia pada saat itu telah masuk ke alam teknologi nuklear. Mungkin ramai yang tersenyum bangga tapi bagi kami jurutera pemasangan hanya mampu tersenyum kambing sebab untuk membolehkan sejarah tersebut tercipta kami telah bersetuju supaya rod transient (yang masih lagi rosak) ditarik keluar secara manual dan di gantung dengan tali.” (Haji Yaziz Yunus, June 20, 2011: |"DATO DR. HARON DIN AND NUCLEAR TECHNOLOGY IN MALAYSIA").
  • 1982 (6 Disember): Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, En. Law Hieng Ding menyatakan bahawa operasi penuh PUSPATI terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapannya (1983), atas sebab-sebab tertentu. Menurut laporan sidang Dewan Rakyat pada 6 Disember 1982, Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, En. Law Hieng Ding menyatakan bahawa operasi penuh PUSPATI terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapannya (1983), atas sebab-sebab tertentu. Selain itu, beliau turut menyebut tapak perancangan asal PUSPATI ialah di Sungai Buloh, sebelum ditukar ke Bangi atas “sebab-sebab teknikal dan keselamatan serta kesesuaian kawasan”. Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap keselamatan reaktor yang bakal dibina. (Utusan Malaysia, 7 Disember 1982: |"PUSPATI akan mulakan operasi tahun hadapan").
    PUSPATI, 1980-an
    Gambar PUSPATI, 1980-an (Malaysia South-south Association: |"Agensi Nuklear Malaysia – Nuclear Technology for Malaysian Sustainable Development").
  • 1983 (April): Laporan tinjauan pemasaran radioisotop untuk tujuan industri, perubatan, serta penyelidikan di Malaysia, bagi menentukan peranan PUSPATI sebagai pembekalnya: “A market survey was carried out to study the extent of radioisotope usage in Malaysia. From the survey, the radioisotopes and their activities/quantities that are used in Industry, Medicine and Research were identified. The radioisotopes that are frequently needed or routinely used were also determined and this formed the basis of the recommendations put forward in this report. It is proposed that PUSPATI adopt the concept of a Distribution Centre in order to provide a service to the Malaysian community.” (Unit Tenaga Nuklear, Bangi, Selangor, Apr 1983: |"A report on the extent of radioisotope usage in Malaysia").
    SINGAPURA, ENCIK ONG PANG BOON MELAWAT PUSAT PENYELIDIKAN ATOM TUN DR. ISMAIL ( PUSPATI ) DI BANGI, SELANGOR; 28.1.1983.
    “SINGAPURA, ENCIK ONG PANG BOON MELAWAT PUSAT PENYELIDIKAN ATOM TUN DR. ISMAIL ( PUSPATI ) DI BANGI, SELANGOR; 28.1.1983.” (Jabatan Penerangan Malaysia, 28/01/1983: |"2001/0048117W").
  • 1983 (Jun): PUSPATI diubah namanya kepada Unit Tenaga Nuklear (UTN), di bawah pengurusan Jabatan Perdana Menteri.
  • 1989 (21 Jun): Di dalam suatu sesi parlimen Dewan Rakyat, wakil Parlimen Kampar, Ngoi Thiam Woh telah mempersoalkan hasil kegiatan di PUSPATI setakat tahun tersebut: “Pusat Nuklear PUSPATI ini sampai hari ini kita belum dapat tahu dengan jelas apakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PUSPATI dan apakah hasil-basil yang didapati selepas mengadakan Pusat Nuklear ini. Kalau Pusat ini hanya digunakan sebagai satu bahan untuk mengawal laser nuklear, saya ingat perbelanjaan yang diminta itu adalah lebih dan sampai hari ini satu bayangan yang kita dapati ialah PUSPATI ini adalah satu projek “Gajah Putih”, tidak mengadakan apa-apa hasil yang boleh mendatangkan keuntungan kepada rakyat sehingga peringkat kini. Kalau peruntukan ini diberi kepada PUSPATI dan Pusat ini melanjutkan aktiviti-aktiviti pada masa hadapan kelak , saya ingin mengesyorkan bahawa lebih baiklah pusat PUSPATI ini menjalankan penyelidikan dalam Nuclear Medicine seperti “radioisotope” untuk perubatan isotope seperti iodine supaya nuclear medicine itu boleh digunakan oleh rakyat Malaysia . Saya tidak tahu setakat hari ini adakah PUSPATI mengeluarkan sebarang bahan-bahan untuk Nuclear Medicine.” (PENYATA RASMI PARLIMEN, Rabu 21 Jun 1989: | "DEWAN RAKYAT, PARLIMEN KETUJUH, PENGGAL KETIGA", m.s.3192-3193).
  • 1990 (27 Oktober): Pengurusan UTN diletakkan kembali di bawah MOSTE.
  • 1994 (10 Ogos): UTN diubah namanya kepada Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT).
  • 2005 (13 April): MINT diubah namanya kepada Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia).

Rujukan Utama

puspati.1648768381.txt.gz · Last modified: 2022/04/01 07:13 by sazli