User Tools

Site Tools


puspati

This is an old revision of the document!


PUSPATI

Dirujuk oleh

Perihal

Reaktor TRIGA PUSPATI atau dikenali sebagai RTP merupakan satu-satunya reaktor penyelidikan nuklear di Malaysia. TRIGA bermaksud “Training, Research, Isotope production and General Atomic”.

“Sebenarnya, penubuhan PUSPATI diilhamkan oleh Tun Dr. Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu selepas beliau melawat pusat penyelidikan nuklear Indonesia di Bandung.” (Haji Yaziz Yunus, July 22, 2012: |"SEJARAH PERINTIS TEKNOLOGI NUKLEAR - PART 1").

Sejarah Ringkas

  • 1971 (11 November): Jawatankuasa Pusat Penyelidikan dan Aplikasi Tenaga Nuklear (CRANE) ditubuhkan, bagi mengkaji kemungkinan Malaysia menceburi bidang teknologi Nuklear.
  • 1972 (19 September): Usul pusat penyelidikan ini diluluskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
  • 1973 (Ogos): Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara menamakan pusat ini sebagai Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSPATI) dan diiktiraf sebagai pusat penyelidikan kebangsaan, lalu diletakkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam sekitar (MOSTE).
  • 1976-1977: Menurut catatan Yaziz Yunos (2012), mulai tahun 1976-1977, para pegawai PUSPATI mula dihantar ke US untuk menjalani latihan teknologi nuklear:-

    “Saya merupakan antara beberapa kerat pelajar Melayu yang dipilih sebagai perintis kepada program membangunkan keupayaan teknologi nuklear oleh kerajaan Malaysia melalui Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSPATI) hampir 34 tahun yang lampau. Kebanyakan kami telah dihantar ke Radiation Center, Oregon State University, USA untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dalam kejuruteraan nuklear dan kendalian reaktor. Masih saya ingat tanggal September 1978, empat (4) anak muda Melayu berangkat ke US menaiki penerbangan MAS ke Tokyo dan kemudiannya menyambung perjalanan kami ke San Fransisco sebelum menaiki penerbangan ke Lapanganterbang Eugene, Oregon. Di sana seorang senior kami (pegawai PUSPATI) sudah sedia menunggu untuk membawa kami ke bandar Corvallis, Oregon. Dari hari itu bermulalah kehidupan kami sebagai mahasiswa selama 3 ½ tahun di Oregon State University (OSU).”
    Bergambar dengan jurulatih dan professor kami di Radiation Center, Oregon State Univ.Duduk di depan konsol sambil mengawasi kendalian
Reaktor TRIGA Mark II, Oregon State University
    Kiri: “Satu dari kiri - Dr. Puad Abu, tiga dari kiri - Dr. Idris Besar dan dua dari kanan saya - Yaziz Yunus. Jurulatih bagi pengendalian reaktor, Bill Carpenter berdiri dua dari kiri.”
    Kanan: “Duduk di depan konsol sambil mengawasi kendalian Reaktor TRIGA Mark II, Oregon State University”

    “Bermula pada 1976/77, PUSPATI telah mula menghantar kakitangan perintis untuk melanjutkan pengajian dalam teknologi berkaitan nuklear ke luar negara. Sebelum saya sampai ke OSU, terdapat lima (5) kakitangan PUSPATI yang telah pun menjalani latihan di sana. Mereka terdiri dari Dr. Ahmad Tajudin Ali (graduan Univ. London dalan kejuruteraan nuklear, berasal dari Perlis dan sekarang bergelar Tan Sri), Ir. Kasbun Kamat (graduan Uni. of Glasgow dalam kejuruteraan mekanikal, berasal dari Klang), Ir. Razali Hamzah (graduan UK dalam bidang elektronik, berasal dari Juaseh, Kuala Pilah), Ir. Nahrul Khair Alang Rashid (graduan UK dalam kejuruteraan elektronik berasal dari Perak dan sekarang Prof Madya di UIAM) dan Yusof Ali (graduan UKM dalam fizik, berasal dari Johor). Walau bagaimanapun, empat senior saya di OSU (melainkan sdr. Yusuf Ali) ini telah pun hampir menamatkan latihan dan sudah bersedia untuk bergerak ke tempat latihan baru di US sebelum balik ke Malaysia. … Di OSU, rutin harian kami adalah sebagai pelajar dengan mengambil kursus-kursus yang berkaitan dengan teknologi nuklear dan pada masa yang sama saya dan sahabat saya dari UTM, Mohd. Puad Abu terpaksa menjalani latihan mengendali reaktor penyelidikan yang terdapat di Radiation Center, OSU dan mengambil peperiksaan sebagai Pengendali Reaktor bertauliah yang dijkendalikan oleh US Nuclear Regulatory Commission (USNRC). … Salah seorang senior kami di OSU ialah Ir. Kasbun Kamat, anak Jawa yang berasal dari Kampung Uganda, Kelang. … Beliau pernah satu masa di lantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah, PUSPATI … merupakan salah seorang pengerak utama pembinaan kompleks termasuk reaktor penyelidikan di PUSPATI, Bangi.” (Haji Yaziz Yunus, July 22, 2012: |"SEJARAH PERINTIS TEKNOLOGI NUKLEAR - PART 1").
  • 1982 (28 Jun): Reaktor TRIGA PUSPATI mencapai kegentingan pertama: “Reaktor TRIGA PUSPATI atau dikenali sebagai RTP merupakan satu-satunya reaktor penyelidikan nuklear di Malaysia. Ia mula beroperasi pada 1982 setelah mencapai kegentingan pertama pada 28 Jun 1982. TRIGA bermaksud Training, Research, Isotope production dan General Atomic.” (Agensi Nuklear Malaysia, 2020: |"Reaktor TRIGA PUSPATI").
  • 1982 (6 Disember): Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, En. Law Hieng Ding menyatakan bahawa operasi penuh PUSPATI terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapannya (1983), atas sebab-sebab tertentu. Menurut laporan sidang Dewan Rakyat pada 6 Disember 1982, Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, En. Law Hieng Ding menyatakan bahawa operasi penuh PUSPATI terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapannya (1983), atas sebab-sebab tertentu. Selain itu, beliau turut menyebut tapak perancangan asal PUSPATI ialah di Sungai Buloh, sebelum ditukar ke Bangi atas “sebab-sebab teknikal dan keselamatan serta kesesuaian kawasan”. Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap keselamatan reaktor yang bakal dibina. (Utusan Malaysia, 7 Disember 1982: |"PUSPATI akan mulakan operasi tahun hadapan").
    PUSPATI, 1980-an
    Gambar PUSPATI, 1980-an (Malaysia South-south Association: |"Agensi Nuklear Malaysia – Nuclear Technology for Malaysian Sustainable Development").
  • 1983 (Jun): PUSPATI diubah namanya kepada Unit Tenaga Nuklear (UTN), di bawah pengurusan Jabatan Perdana Menteri.
    SINGAPURA, ENCIK ONG PANG BOON MELAWAT PUSAT PENYELIDIKAN ATOM TUN DR. ISMAIL ( PUSPATI ) DI BANGI, SELANGOR; 28.1.1983.
    “SINGAPURA, ENCIK ONG PANG BOON MELAWAT PUSAT PENYELIDIKAN ATOM TUN DR. ISMAIL ( PUSPATI ) DI BANGI, SELANGOR; 28.1.1983.” (Jabatan Penerangan Malaysia, 28/01/1983: |"2001/0048117W").
  • 1989 (21 Jun): Di dalam suatu sesi parlimen Dewan Rakyat, wakil Parlimen Kampar, Ngoi Thiam Woh telah mempersoalkan hasil kegiatan di PUSPATI setakat tahun tersebut: “Pusat Nuklear PUSPATI ini sampai hari ini kita belum dapat tahu dengan jelas apakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PUSPATI dan apakah hasil-basil yang didapati selepas mengadakan Pusat Nuklear ini. Kalau Pusat ini hanya digunakan sebagai satu bahan untuk mengawal laser nuklear, saya ingat perbelanjaan yang diminta itu adalah lebih dan sampai hari ini satu bayangan yang kita dapati ialah PUSPATI ini adalah satu projek “Gajah Putih”, tidak mengadakan apa-apa hasil yang boleh mendatangkan keuntungan kepada rakyat sehingga peringkat kini. Kalau peruntukan ini diberi kepada PUSPATI dan Pusat ini melanjutkan aktiviti-aktiviti pada masa hadapan kelak , saya ingin mengesyorkan bahawa lebih baiklah pusat PUSPATI ini menjalankan penyelidikan dalam Nuclear Medicine seperti “radioisotope” untuk perubatan isotope seperti iodine supaya nuclear medicine itu boleh digunakan oleh rakyat Malaysia . Saya tidak tahu setakat hari ini adakah PUSPATI mengeluarkan sebarang bahan-bahan untuk Nuclear Medicine.” (PENYATA RASMI PARLIMEN, Rabu 21 Jun 1989: | "DEWAN RAKYAT, PARLIMEN KETUJUH, PENGGAL KETIGA", m.s.3192-3193).
  • 1990 (27 Oktober): Pengurusan UTN diletakkan kembali di bawah MOSTE.
  • 1994 (10 Ogos): UTN diubah namanya kepada Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT).
  • 2005 (13 April): MINT diubah namanya kepada Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia).

Rujukan Utama

puspati.1648720522.txt.gz · Last modified: 2022/03/31 17:55 by sazli