User Tools

Site Tools


perempuan_sgmerab

This is an old revision of the document!


Perkumpulan Perempuan Sungai Merab (1961)

Dirujuk oleh

1961-09-29: Penubuhan Perkumpulan Perempuan Sungai Merab

“Perkumpulan Perempuan Sungai Merab, Kajang telah mengadakan jamuan teh kerana menyambut genap sa-tahun tertuboh-nya persatuan tersebut dan juga untok merai'kan Che'gu Jamilah binte Ahmad yang telah memenangi hadiah pertama dalam Peraduan Mengarang Sajak untok ahli2 Perkumpulan Perempuan Sa-Malaya pada 14 September yang lalu. Jamuan ini telah di-adakan di-Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Kajang pada hari Sabtu 29 September yang lalu, dan telah di-hadhiri oleh lebeh dari 100 orang jemputan yang terdiri dari pemuda2 UMNO dan juga ibu bapa di-kampong itu. Perkumpulan Perempuan ini telah di-tubohkan pada bulan September tahun 1961 dengan mempunyai sa-ramai 50 orang ahli.” (Berita Harian, 3 October 1962, Page 9: | "W.I. SUNGAI MERAB MERAYAKAN ULANG TAHUN YG PERTAMA").

1961-11-25: Perasmian Pertubohan Perkumpulan Perempuan Kampong Sungai Merab

“Wanita2 yang sudah mempunyai kemajuan hendak-lah memimpin wanita2 yang tinggal di-kampong. Demikian Che' Kamsiah binti Ibrahim pengelola Pertubohan Perkumpulan Perempuan Negeri Selangor ketika beruchap di-hadapan sa-ramai 100 orang wanita di-masa meresmikan Pertubohan Perkumpulan Perempuan Kampong Sungai Merab 8 batu dari Kajang pada hari Sabtu 25 November 61. Pertubohan ini telah didirikan di-kampong ini kira2 dua bulan yang lalu di-pimpin oleh Che' Zahrah binti Haji Abas dan di-bantu oleh Che'gu Maimunah binti Yunus sa-orang guru sekolah kebangsaan di-sini.” (Berita Harian, 27 November 1961, Page 5: |"Wanita2 yang maju di-seru memimpin").

sa-bahagian daripada kaum ibu Kampong Sungai Merab

“Gambar menunjokkan sa-bahagian daripada kaum ibu Kampong Sungai Merab kira2 8 batu dari Kajang bergambar ramai sa-telah menubohkan Persatuan Perkumpulan Perempuan kampong tersebut pada minggu lalu. Perasmian penubohan perkumpulan itu telah di-lakukan oleh Che' Kamisah bt. Ibrahim, Pengelola Perkumpulan Perempuan Negeri Selangor. Persatuan yang baharu di-tubohkan itu di-pimpin oleh Che' Sahrah bt. Haji Abas dwan di-bantu oleh Che'gu Maimunah bt. Yunos.” (Berita Harian, 8 December 1961, Page 7: |"PERKUMPULAN PEREMPUAN MERAB").

1962-07: Kegiatan Perkumpulan Perempuan di Sekolah

“Menteri Besar Selangor, Dato' Abu Bakar Baginda akan merasmikan permulaan temasha sukan Sekolah2 Kebangsaan Sungai Merab, Kajang pada hari Sabtu ini, dan pertukangan tangan yang akan di-adakan oleh orang2 kampong pada hari itu juga akan di-buka oleh Menteri Besar itu.” (Berita Harian, 28 July 1962, Page 10: |"Temasha sukan Sungei Merab").

sa-bahagian daripada ahli2 Perkumpulan

“Gambar di-atas menunjokkan sa-bahagian daripada ahli2 Perkumpulan Perkumpulan [sic: Perempuan] Sungai Merab, Kajang yang di-pimpin oleh Che'gu Maimunah binte Yunos bergambar ramai sa-belum memulakan kelas masak memasak dan ilmu rumahtangga yang diadakan dua kali saminggu di-Sekolah Kebangsaan Sungai Merab.” (Berita Harian, 20 July 1962, Page 7: |"Mereka giat belajar masak memasak").

Sa-bahagian dari kaum ibu yang datang ka-pameran perusahaanSa-bahagian dari ahli2 Perkumpulan Perempuan Sungai Merab Kajang Kiri: “Sa-bahagian dari kaum ibu yang datang ka-pameran perusahaan tangan Perkumpulan Perempuan Sungai Merab sedang memerhatikan bunga2an kertas dan kain buatan kaum ibu yang di-adakan pada hari Ibu Bapa di-Sekolah Kebangsaan Sungai Merab pada hari Sabtu yang lalu.” (Berita Harian, 3 August 1962, Page 6: |"Kaum ibu lihat perusahaan").
Kanan: “Sa-bahagian dari ahli2 Perkumpulan Perempuan Sungai Merab Kajang waktu mengadakan pertunjokan perusahaan tangan pada hari ibu bapa di-sekolah kebangsaan Sungai Merab baharu2 ini. Berdiri di-tengah ia-lah Che'Gu Maimunah Yunos, Pengerusi perkumpulan di-sini.” (Berita Harian, 10 August 1962, Page 6: |"Di-pameran kerajinan tangan").

1962-09-14: Che'gu Jamaliah Menang Peraduan Sajak

Che'gu Jamaliah binti Ahmad

“Kerana posmen tidak pernah menjengah ka-kampong-nya, sa-orang anggota Perkumpulan Perempuan di-sini yang telah memenangi peraduan mengarang sajak anjoran Perkumpulan Perempuan Malaya tidak dapat menerima sendiri hadiah-nya dari Tengku Abdul Rahman. Kesah ini berlaku ka-atas Che'gu Jamaliah binti Ahmad, sa-orang guru di-Sekolah Kebangsaan Sungai Merab. Che'gu Jamaliah di-jadualkan menerima sendiri hadiah-nya di-dalam upachara yang di-langsongkan di-ibu pejabat Perkumpulan Perempuan Malaya di Petaling Jaya pada 14 September lalu. Tetapi surat itu tidak di-terima-nya hingga 21 September lalu kerana 'terpendam' di-pejabat pos Kajang sa-lama sa-minggu. Dan Che'gu Jamaliah lebeh dulu mendapat tahu tentang kemenangan-nya itu melalui Ruangan Wanita, Berita Harian pada 17 September - tiga hari sa-sudah upachara menyampaikan hadiah itu berlangsong. 'Oh betapa-lah kesal-nya hati saya. Saya telah kehilangan peluang untok hadhir dalam upachara itu…' kata-nya kapada Berita Harian hari ini. Dan Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah Kebangsaan Sungai Merab, Inche Muhamad Yunos b. Mihad bersetuju dengan-nya 'Kampong ini lapan batu sahaja dari bandar Kajang'. 'Tetapi sudah sa-tahun kami tidak melihat posmen. Surat2 orang kampong di-kirimkan sahaja kapada dreber taxi atau di-letak-kan sahaja di-sabuah kedai di-bandar Kajang untok di-ambil sendiri oleh tuan-nya.' Pegawai Pejabat Pos Kajang, Inche Nordin bin Ibrahim bila mendapat tahu rungutan2 ini berkata: 'Saya tidak tahu kejadian ini.' 'Biasa-nya sa-orang posmen bertugas menghantar surat ka-kampong ini tiga kali sa-minggu - pada hari Thalatha, Khamis dan Sabtu.' Beliau bagaimana pun berjanji akan menyiasat peristiwa itu.” (Berita Harian, 24 September 1962, Page 2: |"Jamaliah ta' dapat hadiah kerana posmen tidak ada").

perempuan_sgmerab.1757991895.txt.gz · Last modified: by sazli