User Tools

Site Tools


pekan_bangi

Differences

This shows you the differences between two versions of the page.

Link to this comparison view

Next revision
Previous revision
pekan_bangi [2025/11/04 15:34] – created sazlipekan_bangi [2025/11/04 18:29] (kini) – [1940-an: Gerai Nasi Lemak Pak Mentari] sazli
Line 65: Line 65:
 Kanan: Kawasan yang sama, kini ([[https://www.google.com/maps/@2.9442648,101.7865661,15z|Google Maps]]). Kanan: Kawasan yang sama, kini ([[https://www.google.com/maps/@2.9442648,101.7865661,15z|Google Maps]]).
  
-===== 1924-1926: Pembinaan Masjid Bangi ===== 
- 
-Perihal lokasi Masjid Bangi: //"Kampung ini terletak disepanjang jalan dari Pekan menghala ke Batu 6, di mana juga terletaknya Masjid Bangi. Dalam rekod pejabat Tanah Daerah Ulu Langat pada 1913 terdapat 30 rumah penduduk di kawasan ini semasa itu. Pada sekitar 80 - 90 an terdapat hanya lebih kurang 25 buah rumah sahaja disini walau bagaimanapun sejak awal 90an projek Rel Berkembar mengambil semula tanah hak milik KTM, penduduk asal terpaksa membina kembali rumah baru dan berpindah ke Kg.Bangi, Kg.Bahagia dan Bt.6."// ([[https://www.blogger.com/profile/14291848231378534608|Faizal Hj Zainal]], September 14, 2008: {{ :laman:sejarah_bangi.pdf ||}}[[http://sejarahbangi.blogspot.com/|"Sejarah Bangi"]]). 
- 
-Pembinaan masjid: //"Lebai Zakaria bin Lebai Tandan merupakan Imam pertama dan pengasas Masjid Bangi pada tahun 1926. Namun tiada tarikh yang jelas dan rekod rasmi yang dijumpai setakat ini berkenaan tarikh dan masa pembinaan masjid ini. Menurut arwah nenek admin beliau melihat orang memasang atap di Masjid Bangi (mungkin dalam pembinaan) pada sekitar tahun 1924. Walau bagaimanapun dalam rekod rasmi tapak tanah Masjid Bangi telah dimohon lebih awal kepada Pentadbiran British Selangor pada Januari 1919 dan tanah yang berkeluasan 1 acre 7 perches tersebut memperolehi kelulusan dan digazetkan sebagai tapak rizab masjid pada 10 Disember 1929 iaitu hampir 10 tahun setelah permohonan dibuat. Dalam rekod lama ada juga dicatatkan telah ada surau di kawasan tapak tersebut sebelum penduduk Bangi memohon tanah tersebut pada tahun 1919. Catatan ajaizainal Sept.2025"// (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 9 September 2025: [[https://www.facebook.com/Bangioldtown/posts/pfbid0nzTgdx3HXZBETL4qPFbhnZxjZGtt5zMREBD7U8NR2cMywbJCGCBXSZUFa5yL7TCPl|"Masjid Pertama di Bangi"]]). 
- 
-{{:gambar:masjid_bangi_sekitar_1948.jpg?450|Masjid Bangi sekitar pertengahan 1950-an (gambar asal)}}{{:facebook:544730612_1187433963421645_1954689706664039552_n.jpg?450|Masjid Bangi sekitar pertengahan 1950-an (gambar diperbaiki)}} \\ 
-//"Foto lama yang telah diperbaiki ini memaparkan wajah lebih jelas Masjid Bangi pada sekitar pertengahan 1950an."// (**Kiri**: Gambar asal:  [[https://www.blogger.com/profile/14291848231378534608|Faizal Hj Zainal]], September 14, 2008: {{ :laman:sejarah_bangi.pdf ||}}[[http://sejarahbangi.blogspot.com/|"Sejarah Bangi"]]); **Kanan**: Gambar diperbaiki: Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 9 September 2025: [[https://www.facebook.com/Bangioldtown/posts/pfbid0nzTgdx3HXZBETL4qPFbhnZxjZGtt5zMREBD7U8NR2cMywbJCGCBXSZUFa5yL7TCPl|"Masjid Pertama di Bangi"]]). \\ 
- 
-**MAKLUMAT LANJUT: [[masjid_bangi|Masjid Bangi (1926)]]** 
  
 ===== 1927: Kebakaran Besar ===== ===== 1927: Kebakaran Besar =====
Line 99: Line 89:
 {{:gambar:dscn31361.jpg?400|}}{{gambar:dsc_0240aj.jpg?450|}} \\  {{:gambar:dscn31361.jpg?400|}}{{gambar:dsc_0240aj.jpg?450|}} \\ 
 Pekan Bangi kini ([[https://www.blogger.com/profile/14291848231378534608|Faizal Hj Zainal]], 2008: [[http://sejarahbangi.blogspot.com/|"SEJARAH BANGI - Sejarah Awal Bangi"]]). Pekan Bangi kini ([[https://www.blogger.com/profile/14291848231378534608|Faizal Hj Zainal]], 2008: [[http://sejarahbangi.blogspot.com/|"SEJARAH BANGI - Sejarah Awal Bangi"]]).
 +
 +===== 1940-an: Gerai Nasi Lemak Pak Mentari =====
 +
 +//"Di Pekan Bangi antara yang mula - mula menjual nasi lemak adalah Pak Mentari bin Muncak bersama isterinya Inap yang menjual pulut kukus dengan rendang berharga 10 sen dan nasi lemaknya berharga 1 sen sebungkus sekitar penghujung1940an digerainya yang terletak di tapak Balai Raya Bangi sekarang ini."//
 +
 +(Sumber: Facebook Pekan Bangi, 23 Julai 2025: [[https://www.facebook.com/Bangioldtown/posts/pfbid03GPG24s6cDD6j1oCVngAqedHm9ssCgMDsswsSd7Ye62QqzwfcBmrWAthXjDwULsDl|"Nasi Lemak Bangi"]]).
 +
 +===== 1957-10-07: Sambutan Maulud Nabi =====
 +
 +{{:gambar:bangi_50an.jpg?450|Perarakan Maulid Nabi di Pekan Bangi, 1957}}{{:facebook:542751950_1184279450403763_7460012572410478120_n.jpg?450|Maulud Nabi Di Bangi 1957}}
 +
 +//"Dalam foto lama yang diwarnakan semula ini pemuda - pemuda Bangi nampak girang dan bersemangat dalam perarakan Maulud Nabi melalui Pekan Bangi bersama usungan replika berbentuk surau dan kereta yang bertulis Fiat 1957 yang cantik dan berwarna warni. Kelihatan orang - orang lama Bangi seperti Pak Andak Yusof, Yunos, Cikgu Ghafar, Wahid, Pak Lang Deraman dan ramai lagi dalam perarakan ini. Dulu - dulu orang Bangi punya tradisi di mana setiap kampung di sekitar Bangi akan menyediakan usungan masing - masing berupa replika berbentuk perahu layar, kereta, rumah, masjid atau kapal yang dihiasi dengan bunga telur dan pelbagai bunga hiasan yang dihasilkan dengan buluh dan kertas berwarna warni. Usungan itu dipikul dalam perarakan sebagai satu alatan persembahan sambil mereka berjalan dan berselawat dalam perarakan tersebut. Kemudiannya bunga - bunga telur itu akan diagih - agihkan kepada kanak - kanak dan kaum ibu. Catatan ajaizainal Sept.2025"//
 +
 +(Sumber: Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 5 September 2025: [[https://www.facebook.com/Bangioldtown/posts/pfbid02nasTvBkuQcXwo8iYNB9mrbDBfSrbUFrqNe2UTj73eLAzk9YdPeWgPCWQXS1hw9jhl|"Nostalgia Bangi. Maulud Nabi Di Bangi 1957: Bahagian 2"]]).
 +
 +(Sumber gambar-gambar asal: [[https://www.blogger.com/profile/14291848231378534608|Faizal Hj Zainal]], September 14, 2008: {{ :laman:sejarah_bangi.pdf ||}}[[http://sejarahbangi.blogspot.com/|"Sejarah Bangi"]]).
 +
 +**MAKLUMAT LANJUT: [[kg_bangi#sambutan_maulud_nabi|Kampung Bangi: 1957-10-07: Sambutan Maulud Nabi]]**.
 +
 +===== 1974: Nasi Lemak Mak Ngah @ Che Lah =====
 +
 +{{:facebook:520345253_1148779657287076_6871641555282682307_n.jpg?450|Nasi Lemak Bangi}}{{:facebook:573619414_1234362468728794_4729057555724558206_n.jpg?450|Nasi Lemak Mak Ngah @ Che Lah 1974}} \\
 +**Kiri**: //"Foto koleksi Alen - kedai nasi lemak Mak Ngah( Che Lah) sekitar tahun 2005. Kelihatan motor Pak Imam kita parking di depan gerai."// (Facebook Pekan Bangi, 23 Julai 2025: [[https://www.facebook.com/Bangioldtown/posts/pfbid03GPG24s6cDD6j1oCVngAqedHm9ssCgMDsswsSd7Ye62QqzwfcBmrWAthXjDwULsDl|"Nasi Lemak Bangi"]]). \\
 +**Kanan**: //"Ni foto lamo...sekarang Lin dah pakai sudu garpu warna emas. Dulu - dulu tahun 80an nasik lemak Cik Iti, Cik Kuntum, Cik Esah 30 sen, Che Lah 50 sen sebungkus, roti canai Ajmeer 30 sen sekeping."// (Facebook Pekan Bangi, 2 November 2025: [[https://www.facebook.com/Bangioldtown/posts/pfbid02TXSrc1yEHo6i4f6r8AGZ6EjG9wGMoyWSkEZrCEvsV83Y4JBsX4xhAKa8k8MG4QXTl|"Nasi Lemak Mak Ngah @ Che Lah 1974"]]).
 +
 +//"Nenek dan emak admin sekitar tahun 50an pernah juga berkedai menjual nasi lemak dan kuih muih. Nasi lemak Mak Ngah pula adalah antara peniaga paling lama kekal beroperasi sejak tahun 1974 dan sekarang ini masih diusahakan oleh generasi ke 3 keluarga mereka dalam meneruskan legasi perniagaan nasi lemak di Pekan Bangi. \\
 +\\
 +Di zaman admin membesar dalam tahun 80 - 90an terdapat beberapa penjual nasi lemak yang dulu - dulu harganya 30 sen - 50 sen sebungkus, biasanya penjual nasi lemak akan juga menjual pulut kukusnya sekali. Lauk pauknya taklah banyak macam sekarang ni maklumlah zaman tu gaji minimum hanya 3 - 4 ratus saja sebulan. Di bawah ini antara senarai 'brand - brand" nasik lomak sekitar Pekan Bangi pada tahun 80 - 90an. \\
 +\\
 +Kalau tertinggal tolong tambah atau tersalah tolong betulkan. \\
 +\\
 +Nasi lemak Cik Kuntum \\
 +Nasi lemak Cik Iti \\
 +Nasi lemak Mak Ngah (Che Lah) \\
 +Nasi lemak Cik Esah \\
 +Nasi lemak Sidai Tapa \\
 +Nasi lemak Mak Teh \\
 +Nasi lemak Along \\
 +\\
 +Kebiasaannya dulu - dulu nasi lemak dijual oleh kebanyakan peniaga berketurunan Melayu Sumatera. Tapi kini dah pelbagai orang cuba menjual nasi lemak...lemaknya entah ke mana sambal tumis ikan bilis pun dah bertukar jadi 'kuah sambal' yang manis giler, lebih banyak yang tak jadi dari yang jadi...tapi laku jugakan, tekak masing - masing kata budak - budak sekarang ni, sukati kau lah..."//
 +
 +(Sumber: Facebook Pekan Bangi, 23 Julai 2025: [[https://www.facebook.com/Bangioldtown/posts/pfbid03GPG24s6cDD6j1oCVngAqedHm9ssCgMDsswsSd7Ye62QqzwfcBmrWAthXjDwULsDl|"Nasi Lemak Bangi"]]).
 +
  
pekan_bangi.1762241678.txt.gz · Last modified: by sazli