User Tools

Site Tools


pameran_kartun_ukm

This is an old revision of the document!


Pameran Kartun di UKM (22/10-5/11/1983)

Dirujuk oleh

Keratan Akhbar

“… Unit Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengambil daya usaha untuk mengumpulkan para kartunis yang bergiat di sekitar ibu kota dalam satu forum yang diharap mendekatkan para kartunis dengan masyarakat dalam dan luar kampus. Pada 22 Oktober ini, hari Sabtu bertempat di galeri seni Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM, Bangi pukul 10.30 pagi satu pameran kartun 83 akan berlangsung dengan dirasmikan oleh Datin Masnah Rais, isteri Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah. Di pameran itu nanti orang ramai akan berpeluang berkenalan dengan kartunis-kartunis seperti Nan, Lat, kartunis dari Kumpulan Gila-Gila seperti Zainal Buang Hussain, Kerengga, Don dan lain-lain. Beberapa kartunis yang turut mencipta nama dalam alam kartun Malaysia seperti Dino, Annan, Imuda, Yuzal, Zohal akan juga turut berada di luar perasmian itu. Penganjur pameran kartun 83, Encik Zafaruddin bin Zainuddin yang juga dikenali sebagai kartunis Apayee memberitahu bahawa di pameran yang akan berlangsung sehingga 5 November ini orang ramai akan berpeluang melihat lebih 200 buah kartun yang telah dilukiskan selama ini oleh para kartunis tersebut. Di samping itu pengunjung-pengunjung pameran akan turut berpeluang menonton beberapa demonstrasi melukis kartun yang dilakukan oleh kartunis-kartunis. Untuk hidangan istimewa terutama kepada kanak-kanak, satu tayangan filem animasi “Kancil” terbitan Filem Negara akan juga disajikan.”

Jaafar Taib, Nan, Lat

Sumber

Keratan Tarikh Butiran Sumber
Utusan Malaysia, 22/10/1983 1983.10.22 Rashid Haji Ahmad @ Utusan Malaysia, 22 Oktober 1983: "PAMERAN KARTUN DI UKM, BANGI BERMULA HARI INI". Profil Kartunis Jon @ Facebook, 13 Mei 2020: |"Petikan dari akhbar Utusan Malaysia, 22/10/1983". Profil Kartunis Jon @ Facebook, 13 Mei 2020: "Petikan dari akhbar Urusan Malaysia, 27/10/1983".
Petikan dari akhbar Urusan Malaysia, 27/10/1983 1983.10.27 Rashid Haji Ahmad @ Utusan Malaysia, 27 Oktober 1983: "Pameran Kartun di UKM Bangi dapat sambutan".
Mingguan Malaysia, 30/10/1983 1983.10.30 Rashid Haji Ahmad @ Mingguan Malaysia, 30 Oktober 1983: "Kartunis lebih popular dari bintang filem". Profil Kartunis Jon @ Facebook, 13 Mei 2020: "Keratan akhbar Mingguan Malaysia, 30/10/1983".

Koleksi Gambar

Pameran Kartun 1983Foto di sebelah kiri ialah Allahyarham Zafaruddin Zainuddin (Apai Apayee)

Kiri: “Pameran Kartun 1983 adalah Pameran Kartun Pertama yang diadakan di Malaysia. Berita Perasmian Pameran adalah Berita Utama Radio jam 1.30 tengah hari pada hari pameran tersebut dirasmikan oleh YBhg Datin Masnah Rais pada 22 Oktober 1983 di Galeri Tun Seri Lanang UKM Bangi. Pameran ini menghimpunkan karya2 dari kartunis2 tempatan yang bernaung di bawah majalah2 humor ketika itu seperti Gila-Gila, Gelihati dan lain2 lagi.” (Profil Kartunis Jon @ Facebook, 15 Julai 2020: "Pameran Kartun 1983").
Kanan: “Foto di sebelah kiri ialah Allahyarham Zafaruddin Zainuddin (Apai Apayee) seorg guru atau Pensyarah ketika saya di Jabatan Seni Halus ITM Shah Alam (1978-1981) dan sesama warga kerja UKM sebelum Arwah menamatkan perkhidmatan lebih awal. Dua dari kanan ialah Datuk M Nor Khalid (Lat), Tokoh Seni Lukis Kartun Negara dan seterusnya Sdra Jaafar Taib (paling kanan), Pelopor Majalah Gila-Gila yang mana majalah tersebut masih lagi diterbitkan sehingga sekarang. Lokasi foto tahun 1983 ini ialah di Galeri Tun Seri Lanang UKM Bangi ketika Pameran Kartun Pertama di Malaysia berlangsung. Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu anhu..” (Profil Kartunis Jon @ Facebook, 15 Oktober 2020: "Foto di sebelah kiri ialah Allahyarham Zafaruddin Zainuddin (Apai Apayee)").

Perasmian Pameran di Galeri Tun Seri Lanang, UKM Bangi (Foto hitam putih: PTP UKM)Perasmian Pameran tersebut di Galeri Tun Seri Lanang, UKM Bangi (Foto: PTP UKM)
“Menerima cenderamata penyertaan Pameran Kartun ‘83 daripada YBhg Datin Masnah Rais pada 22 Oktober 1983 sempena Perasmian Pameran tersebut di Galeri Tun Seri Lanang, UKM Bangi (Foto: PTP UKM)” (Profil Kartunis Jon @ Facebook, 22 Julai 2020: "Menerima cenderamata penyertaan Pameran Kartun ‘83" (Gambar kiri), "Menerima cenderamata penyertaan Pameran Kartun ‘83" (Gambar kanan)).

Petikan dari Buku Cenderamata Pameran Kartun ‘83, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Kiri: “Petikan dari Buku Cenderamata Pameran Kartun ‘83, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.” (Profil Kartunis Jon @ Facebook, 24 Mac 2020: "Petikan dari Buku Cenderamata Pameran Kartun ‘83").
Kanan: “Memori Pameran Koleksi Kartun bersama Chic @ Wait Baharum pada 5 hingga 8 November 1986 di Ruang Legar PUSANIKA UKM Bangi, anjuran Unit Kebudayaan HEP UKM” (Profil Kartunis Jon @ Facebook, 16 Jun 2020: "Memori Pameran Koleksi Kartun bersama Chic @ Wait Baharum").

Sumber

pameran_kartun_ukm.1634800355.txt.gz · Last modified: 2021/10/21 15:12 by sazli