This is an old revision of the document!
Jadual Kandungan
Masjid Bangi (1926)


 
Masjid Bangi kini. (Sumber gambar: Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").
Dirujuk oleh
Perihal
Perihal lokasi Masjid Bangi: “Kampung ini terletak disepanjang jalan dari Pekan menghala ke Batu 6, di mana juga terletaknya Masjid Bangi. Dalam rekod pejabat Tanah Daerah Ulu Langat pada 1913 terdapat 30 rumah penduduk di kawasan ini semasa itu. Pada sekitar 80 - 90 an terdapat hanya lebih kurang 25 buah rumah sahaja disini walau bagaimanapun sejak awal 90an projek Rel Berkembar mengambil semula tanah hak milik KTM, penduduk asal terpaksa membina kembali rumah baru dan berpindah ke Kg.Bangi, Kg.Bahagia dan Bt.6.” (Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").
Kronologi
1919: Permohonan Tanah Masjid
“Tapak lot tanah Masjid Bangi mula dimohon oleh penduduk Bangi pada tahun 1919 iaitu setahun setelah Bangi mendapat Ketua Kampung yang rasmi dan telah mendapat kelulusan dan digazetkan pada tahun 1928 dengan tujuan untuk pembinaan sebuah surau. Tanah seluas 1 acre 7 perches ini terletak berdekatan Balai Polis Bangi yang telah awal dibina pada 1914. Masjid ini dikatakan dibina pada tahun 1941 dengan binaan kayu kemudian dibangunkan kembali pada tahun awal 70an dengan reka bentuk rasmi masjid-masjid kerajaan semasa itu.”
1924-1926: Pembinaan Masjid Bangi
Pembinaan masjid: “Lebai Zakaria bin Lebai Tandan merupakan Imam pertama dan pengasas Masjid Bangi pada tahun 1926. Namun tiada tarikh yang jelas dan rekod rasmi yang dijumpai setakat ini berkenaan tarikh dan masa pembinaan masjid ini. Menurut arwah nenek admin beliau melihat orang memasang atap di Masjid Bangi (mungkin dalam pembinaan) pada sekitar tahun 1924. Walau bagaimanapun dalam rekod rasmi tapak tanah Masjid Bangi telah dimohon lebih awal kepada Pentadbiran British Selangor pada Januari 1919 dan tanah yang berkeluasan 1 acre 7 perches tersebut memperolehi kelulusan dan digazetkan sebagai tapak rizab masjid pada 10 Disember 1929 iaitu hampir 10 tahun setelah permohonan dibuat. Dalam rekod lama ada juga dicatatkan telah ada surau di kawasan tapak tersebut sebelum penduduk Bangi memohon tanah tersebut pada tahun 1919. Catatan ajaizainal Sept.2025”

 
“Masjid Bangi sekitar pertengahan 1950-an” (Kiri: Gambar asal:  Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi"); Kanan: Gambar diperbaiki: Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 9 September 2025: "Masjid Pertama di Bangi"). 
1928-06-25: Pewartaan Tanah Rizab Masjid
Pewartaan tanah rizab Masjid Bangi, seluas 1 ekar (Arkib Negara 1957/0256988W, 25/06/1928: |"RESERVATION OF ONE ACRE OF STATE LAND AS A MOSQUE RESERVE AT BANGI VILLAGE").
 
Masjid Bangi kini (Jabatan Agama Islam Selangor, 2014: Masjid Kariah Bangi. Pengasas: Allahyarham Lebai Zakaria Bin Lebai Tandan").
 
Gambar hiasan: “Kanak -Kanak  Bangi -sekitar 1948” (Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").
