This is an old revision of the document!
Jadual Kandungan
Masjid Bangi (1941)


 
Masjid Bangi kini. (Sumber gambar: Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").
Dirujuk oleh
Perihal
Perihal lokasi Masjid Bangi: “Kampung ini terletak disepanjang jalan dari Pekan menghala ke Batu 6, di mana juga terletaknya Masjid Bangi. Dalam rekod pejabat Tanah Daerah Ulu Langat pada 1913 terdapat 30 rumah penduduk di kawasan ini semasa itu. Pada sekitar 80 - 90 an terdapat hanya lebih kurang 25 buah rumah sahaja disini walau bagaimanapun sejak awal 90an projek Rel Berkembar mengambil semula tanah hak milik KTM, penduduk asal terpaksa membina kembali rumah baru dan berpindah ke Kg.Bangi, Kg.Bahagia dan Bt.6.” (Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").
Kronologi
1941: Pembinaan Masjid Bangi
Pembinaan masjid: “Tapak lot tanah Masjid Bangi mula dimohon oleh penduduk Bangi pada tahun 1919 iaitu setahun setelah Bangi mendapat Ketua Kampung yang rasmi dan telah mendapat kelulusan dan digazetkan pada tahun 1928 dengan tujuan untuk pembinaan sebuah surau. Tanah seluas 1 acre 7 perches ini terletak berdekatan Balai Polis Bangi yang telah awal dibina pada 1914. Masjid ini dikatakan dibina pada tahun 1941 dengan binaan kayu kemudian dibangunkan kembali pada tahun awal 70an dengan reka bentuk rasmi masjid-masjid kerajaan semasa itu.”

 
Kiri: “Tapak Masjid Bangi 1919. Masjid Kariah Bangi dibangunkan di tanah yang dimohon secara rasmi pada pentadbiran British Selangor pada Januari 1919 dan tanah yang berkeluasan 1 acre 7 perches tersebut hanya memperolehi kelulusan dan digazetkan sebagai tapak rizab masjid pada 10 Disember 1929 iaitu hampir 10 tahun setelah permohonan dibuat.” (Pekan Bangi @ Facebook, 23 Mac 2025: |"Tapak Masjid Bangi 1919"). 
Kanan: “Masjid Bangi, sekitar 1948”
 
Masjid Bangi kini (Jabatan Agama Islam Selangor, 2014: Masjid Kariah Bangi. Pengasas: Allahyarham Lebai Zakaria Bin Lebai Tandan").
Sumber arkib (Pewartaan tanah rizab Masjid Bangi, seluas 1 ekar):-
| Tarikh | Butiran Keratan | |
|---|---|---|
|   | 1928.06.25 | "RESERVATION OF ONE ACRE OF STATE LAND AS A MOSQUE RESERVE AT BANGI VILLAGE". PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR @ Arkib Negara Malaysia | 
 
Gambar hiasan: “Kanak -Kanak  Bangi -sekitar 1948” (Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: |"Sejarah Bangi").
