Both sides previous revisionPrevious revisionNext revision | Previous revision |
hutan_simpan_bangi [2025/08/06 23:18] – [Alur Ilmu] sazli | hutan_simpan_bangi [2025/08/06 23:34] (kini) – [Alur Ilmu] sazli |
---|
==== Alur Ilmu ==== | ==== Alur Ilmu ==== |
| |
{{youtube>yExLef3nsn4?large|Alur Ilmu UKM}} Alur Ilmu UKM (UKM Tube - Universiti Kebangsaan Malaysia, 14 Disember 2018: [[https://youtu.be/yExLef3nsn4|"Alur Ilmu UKM"]]). \\ | * [[alur_ilmu|Alur Ilmu]] |
//"Alur Ilmu UKM. Merupakan sebuah aliran sungai kecil yang mengalir merentasi kampus UKM Bangi. Ia merupakan sebuah sistem saliran air bagi kampus UKM untuk mengalirkan air hujan dari kawasan sekitar lingkungan pertama kampus ke Sungai Langat. Alur Ilmu telah dibina dengan simen konkrit yang berasaskan saliran semula jadi sejak pembinaan kompleks bangunan kampus Bangi pada awal 70an. Alur Ilmu yang berukuran 1.8km panjang ini bermula dari kawasan Tasik Ghazali yang berdekatan dengan bangunan Fakulti Sains & Teknologi dan mengalir melalui bangunan2 lain seperti Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Perpustakaan Tun Seri Lanang, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, masjid universiti dan akhirnya diluahkan ke Sungai Langat. Alur Ilmu yang merupakan sungai yang mengalir di sepanjang kampus UKM bukan sahaja berfungsi sebagai saliran dan sumber air tetapi juga merupakan antara mercu tanda landskap utama kampus."// | |
| |
{{:peta:462969887_8385305938257653_1022488907303624112_n.png?450|Ketahui Kawasan tadahan Alur Ilmu}} \\ | |
**Kiri**: Sungai Alur Ilmu UKM @ Facebook, 18 Ogos 2014: [[https://www.facebook.com/photo?fbid=584595214995470&set=a.456225274499132|"Ketahui Kawasan tadahan Alur Ilmu"]]. \\ | |
| |
{{peta:alurilmu.png?450|Alur Ilmu}} \\ | |
//"Air yang mengalir di Alur Ilmu dibekalkan dari Hutan Simpan Kekal dan Hutan Pendidikan Alam UKM dan mengalir ke kawasan pembinaan fakulti-fakulti dan terus mengalir ke Sungai Langat, Selangor, Malaysia. Alur ini telah diubahsuai dengan simen konkrit berasaskan saliran semulajadi sejak pembinaan kompleks bangunan kampus UKM Bangi pada awal tahun 1970-an (rujuk Rajah 1). ... Alur Ilmu dibina bertujuan untuk pengawalan aliran air hujan, air bawah tanah dan apa-apa bendalir dari kampus UKM Bangi (lingkungan pertama) terus ke Sungai Langat [11]. Walau bagaimanapun, jumlah hujan yang diterima dan proses hakisan dari kawasan hulu serta kesan pembinaan bangunan baru telah melumpuhkan perangkap sedimen sedia ada lalu mengubah nilai kualiti air dan corak luahan sedia ada. Di samping itu, apabila hujan, air larian permukaan berlaku dan membawa bahan-bahan mengalir ke saluran yang tersedia dan terus ke dalam Alur Ilmu. Sisa kumbahan dan air basuhan dari kafeteria juga didapati tersalur ke alur ini tanpa rawatan sebelum di lepaskan ke Sungai Langat."// (Haslinur Md Din, Mohd Ekhwan Toriman, Mazlin Mokhtar, Rahmah Elfithri, Nor Azlina Ab.Aziz, | |
Nur Munirah Abdullah, Mohd Khairul Amri Kamarudin, 2012: {{ :lampiran:loading_concentrations_of_pollutant_in_a.pdf ||}}[[http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=68208|"KEPEKATAN BEBAN BAHAN PENCEMAR DI ALUR ILMU KAMPUS UKM BANGI: KAEDAH MIN KEPEKATAN PERISTIWA (EMC)"]]). | |
| |
//"Keseluruhan panjang sungai ini adalah sekitar 1.79km bermula dengan stesen persampelan pertama iaitu di Tasik Ghazali dan berakhir di Masjid UKM. Masalah kualiti air yang kian meruncing dari semasa ke semasa telah menyebabkan keadaan fizikal Alur Ilmu dilihat semakin tercemar dan tidak menyenangkan. Justeru, satu kajian kualiti air yang terkini telah dilakukan bermula pada Jun 2019 sehingga Ogos 2019 dengan menggunakan kaedah ex-situ dan in-situ di kawasan kajian. Parameter kajian yang terlibat adalah seperti Oksigen Terlarut (DO), Permintaan Oksigen Kimia (COD), Jumlah Pepejal Terampai (TSS), Pemintaan Oksigen Biokimia (BOD), pH dan Ammonia Nitrogen (NH3-N). Sebanyak empat kali data diambil untuk mewakili kajian semasa cuaca kering dan sebanyak lima kali semasa cuaca basah atau selepas hujan. Indeks Kualiti Air (IKA) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia telah digunakan untuk mengukur tahap pencemaran dan kesesuaian jenis guna air seperti yang disarankan oleh Piawaian Kualiti Air Kebangsaan (NWQS). Seterusnya, keseluruhan hasil kajian dibandingkan untuk membezakan keadaan kualiti air semasa cuaca kering dan cuaca basah. Penggunaan aplikasi ArcGIS turut digunakan dalam konteks spatial khususnya untuk mewakili hasil data IKA di setiap stesen persampelan yang telah ditetapkan. Dapatan kajian mendapati, keadaan stesen persampelan di bahagian hulu dan tengah Alur Ilmu mencatatkan kelas IKA yang tercemar berbanding di kawasaan hilir. Kemerosotan kualiti air di stesen persampelan hulu dan tengah Alur Ilmu adalah disebabkan oleh keterdedahan kawasan stesen | |
persampelan dengan kafeteria dan fakulti. Kerjasama daripada pelbagai pihak khususnya segenap lapisan warga UKM amat diperlukan bagi menjamin kelestarian kualiti air di Alur Ilmu ini dapat dijaga dan dipelihara."// (Anne Sakina Iman Syaiffudin, Mohd Ekhwan Toriman. Geografia; Bangi Vol.16, Iss. 1 (2020): {{ :lampiran:08e31110d89b25e54d3a6677bc90e5df.pdf ||}}[[https://www.proquest.com/scholarly-journals/penilaian-indeks-kualiti-air-alur-ilmu-ukm-sub/docview/2488634889/se-2?accountid=14645|"Penilaian indeks kualiti air Alur Ilmu UKM, sub-lembangan Sungai Langat"]]). | |
| |
==== Tasik Ghazali ==== | ==== Tasik Ghazali ==== |