User Tools

Site Tools


darurat

This is an old revision of the document!


Darurat (1948-1960)

Dirujuk oleh

Perihal Darurat

|Darurat bagi seluruh Malaya (Malayan Emergency) telah diisytiharkan pada 18 Jun 1948 (sebelumnya Perak dan Johor pada 16 Jun, dan selepasnya Singapura pada 24 Jun), berikutan pembunuhan 3 orang pemilik ladang berdekatan Sungai Siput, Perak, yang seterusnya mencetus peperangan gerila di antara Tentera Komanwel dengan Tentera Komunis.

LATAR PERISTIWA: Terdapat beberapa perspektif berkenaan latar situasi yang memaksa pihak British mengisytiharkan darurat ini: “Ahli sejarah yang membincangkan tentang Darurat 1948 umumnya terbahagi kepada beberapa aliran utama iaitu Ortodoks, Marxis, Revisionis, Neo-Ortodoks dan Pasca Revisionis. Pandangan umum yang dipegang oleh kebanyakan ahli sejarah khususnya daripada aliran Ortodoks dan Neo-Ortodoks menjelaskan Darurat diisytiharkan oleh pihak British sebagai reaksi terhadap keganasan komunis dan wujudnya rancangan pemberontakan bersenjata oleh PKM bagi menjatuhkan pemerintahan British. Namun mutakhir ini timbul kritikan meluas terhadap pegangan aliran tradisional itu yang dianggap terlalu bergantung kepada laporan dan pandangan rasmi khususnya yang dibawa oleh pihak perisikan dan pentadbiran British. Dengan terdapatnya bukti-bukti terbaharu melalui rekod-rekod yang baru dikeluarkan oleh pihak Arkib Kebangsaan British bermula sejak penghujung 1990-an, maka lahir pandangan alternatif yang mula mempersoalkan sama ada perisytiharan Darurat 1948 adalah disebabkan oleh pemberontakan PKM atau lebih didorong oleh tujuan lain yang berkaitan dengan kepentingan pengekalan jangka hayat penjajahan British di Tanah Melayu. Sesetengah ahli sejarah aliran Revisionis mendakwa Darurat 1948 adalah satu bentuk 'perang kolonial' yang sengaja dicipta sebagai sebahagian daripada rancangan atau konspirasi pihak British untuk mengekang ancaman gerakan nasionalis berbanding komunis, yang sengaja dihalimunankan dan sering dituduh atau dikelirukan sebagai sebahagian daripada anasir komunis.” (Azmi Arifin @ Universiti Sains Malaysia, 2017: |"Perisytiharan Darurat 1948 Di Tanah Melayu - Penelitian Terhadap Beberapa Aliran Dan Perspektif").

THE MALAYAN EMERGENCY 1948-1960
Suasana di sebuah sekatan Pasukan Pengawal Kampung / Kawalan Tempatan / Home Guard, di daerah Tanjung Malim, Perak, ketika zaman darurat: “A member of the Malayan Home Guard mans a check point on the edge of a town. Such check points allowed the authorities to search vehicles and intercept food and supplies being smuggled out to the communist terrorists.” (© IWM (K 14435), Imperial War Museums, 1948-1960: |"THE MALAYAN EMERGENCY 1948-1960"). Kemungkinan gambar ini diambil di Tanjung Malim sekitar 1952, ketika perintah berkurung dilaksanakan di sana ketika itu (British Pathé, 1952: |"Malaya: Tanjong Malim 1952"); Eric Lim, May 5, 2021: |"A Very Rough Guide To Tanjong Malim"). Maklumat lanjut tentang “Home Guard”: Mohd Razali Bin Ya'cob @ Jusoh, SEJARAH Vol. 18 No. 18, 2010: |"PASUKAN HOME GUARD PERSEKUTUAN TANAH MELAYU SEMASA DARURAT, 1948-1960").

1950-08-14: Bas SUM Dibakar Komunis

Bas SUM Dibakar Komunis
“Pada 75 tahun yang lalu iaitu pada 4 Ogos 1950 sebuah bas dalam perjalanan dari Kajang ke Dengkil telah ditahan dan kemudiannya dibakar oleh pengganas komunis di Batu 25 1/2 (jalan di antara Sg. Buah Luar - Jenderam). Dalam tempoh 1949 - 1951 sahaja direkodkan sebanyak 13 buah bas telah dirompak dan dibakar oleh pengganas komunis di dalam negeri Selangor termasuklah 3 buah bas di daerah kita ini. Kawasan Mukim Kajang merupakan salah satu kawasan hitam semasa era Darurat 1948 - 1960. Kelihatan dalam foto lama yang diwarnakan ini sebuah bas SUM berjenama Seddon dengan no. plate BC 48 di tahan untuk pemeriksaan keselamatan yang ketat di era Darurat. Syarikat Sum Omnibus Company telah didaftarkan sebelum tercetus Perang Dunia ke 2 lagi iaitu pada 21 April 1938 dan menamatkan operasinya pada Disember 2005 setelah 67 tahun memberikan jasa dan perkhidmatannya kepada penduduk daerah kita. Catatan ajaizainal Sept.2025” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 3 September 2025: "Catatan Sejarah Daerah Kita. Bas SUM Dibakar Komunis").

Maklumat lanjut tentang darurat

Maklumat lanjut mengenai Tentera Komanwel: Riley Sunderland, 1964: |"Army Operations in Malaya, 1947-1960".

Maklumat lanjut mengenai Tentera Komunis:-

Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

darurat.1762391907.txt.gz · Last modified: by sazli