User Tools

Site Tools


bangi_estate

This is an old revision of the document!


Bangi Estate (1905)

Dirujuk oleh

1905: Pembukaan

Bangi Estate, 1905
“Dalam foto lama ini kelihatan hutan dara di teroka pada 1905 untuk membuka ladang getah Bangi Estate yang diusahakan oleh Inch Kenneth Rubber Estate milik Kindersley bersaudara yang secara tidak langsung merubah wajah landskap Bangi daripada asalnya perkampungan Melayu tradisi (Kampung Bangi) yang kemudiannya dikelilingi kawasan estet getah. Banyak Infrastruktur dan kemudahan moden telah dibangunkan di kawasan kita ini apabila Bangi turut sama menjadi sebahagian kelompok kawasan penanaman getah terbesar di dunia semasa itu. Getah yang ditanam dan ditoreh Bangi itu mungkin menjadi tayar - tayar kereta yang bergerak di jalan - jalan raya di Amerika dan Eropah pada waktu itu. Di tanah yang sama pada hari ini telah berubah wajah menjadi penempatan baru dengan nama Bangi Avenue yang menjadi kawasan penempatan paling rancak dibangunkan di Bangi. Sumber foto (General View, Bangi Estate) yang di edit semula daripada buku Arnold Wright, 1908: “Twentieth century impressions of British Malaya: its history, people, commerce, industries, and resources”, m.s. 456). Catatan ajaizainal.” (Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 25 Ogos 2025: "Catatan Sejarah Bangi - Wajah Bangi Estate 1905").

bangi_estate.1762158551.txt.gz · Last modified: by sazli