ws-kp-2024-s1-hubungan-selangor-ns
Differences
This shows you the differences between two versions of the page.
Both sides previous revisionPrevious revisionNext revision | Previous revision | ||
ws-kp-2024-s1-hubungan-selangor-ns [2024/03/04 18:04] – [Latar Era Awal Selangor-Negeri Sembilan] sazli | ws-kp-2024-s1-hubungan-selangor-ns [2024/04/28 23:15] (kini) – [1878: Persempadanan Baru Selangor-Negeri Sembilan] sazli | ||
---|---|---|---|
Line 1: | Line 1: | ||
+ | ====== WS-KP-2024-S1: | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Suatu ringkasan, disediakan oleh Syahrul Sazli Shaharir. | ||
+ | |||
+ | ===== Latar Era Awal Selangor-Negeri Sembilan ===== | ||
+ | |||
+ | Krisis Bugis-Minang peringkat awal bermula ketika [[https:// | ||
+ | |||
+ | ==== Kawasan Tumpuan ==== | ||
+ | |||
+ | === Linggi === | ||
+ | |||
+ | * Sebelum 1796: [[https:// | ||
+ | |||
+ | * Selepas 1796: baru merujuk [[https:// | ||
+ | |||
+ | === Lukut === | ||
+ | |||
+ | * Lukut dulu: Dari Kuala Lukut sehingga Simpang Sungai Raya (pertemuan Sungai Linggi dan Sungai Raya), bukan Kota Simpang (pertemuan Sungai Linggi / Batang Penar dan Sungai Rembau), dan bukan Lukut sekarang. | ||
+ | * Setiap pangkalan ada penguasanya (Kuala Lukut, Tanjung Kemuning (Pekan Port Dickson), Tanjung Tuan). | ||
+ | * Keempat-empat pangkalan ini adalah di bawah Sultan Selangor. | ||
+ | |||
+ | ==== Sebelum 1895: Sejarah Tradisi Negeri Sembilan ==== | ||
+ | |||
+ | Fokus sebelum 1895: Sejarah tradisi (Negeri Sembilan yg terpisah, namun ada hubungkait di antaranya), bukan 1895/ | ||
+ | |||
+ | === Semenyih, Beranang, Rekoh, dan Ulu Langat === | ||
+ | |||
+ | Semenyih, Beranang, Rekoh, dan Ulu Langat - di dalam Sungai Ujong. | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | Peta sempadan Selangor-Sungai Ujong, 1876. Ketika itu kawasan Rekoh (Recko), termasuk Semenyih, Beranang, dan Ulu Langat, masih di bawah pengaruh Sungei Ujong, manakala Lukut di bawah Selangor: //" | ||
+ | |||
+ | === Klang === | ||
+ | |||
+ | Klang dahulu, bukan Klang sekarang:- | ||
+ | * Menurut [[https:// | ||
+ | * Di dalam [[https:// | ||
+ | * Di manakah "Klang Lama"? | ||
+ | |||
+ | Hubungan kekeluargaan Sg Ujong dan Klang:- | ||
+ | * [[https:// | ||
+ | * Makamnya tidak ada di Klang, tapi di [[https:// | ||
+ | |||
+ | ===== Hubungan Bugis-Minang 1724-1785 ===== | ||
+ | |||
+ | ==== 1724: Perang Bugis-Minang Terakhir ==== | ||
+ | |||
+ | 1724: Perang terakhir di Negeri Sembilan di antara Bugis dengan Minang, berlangsung di Sungai Petai, Alor Gajah, antara [[https:// | ||
+ | |||
+ | ==== 1725: Perjanjian Gunung Sahilan / Persumpahan Besi Kawi ==== | ||
+ | |||
+ | 1725: Berlaku [[https:// | ||
+ | |||
+ | Perwakilan yang hadir: Sultan Abdul Jalil (Pagaruyung), | ||
+ | |||
+ | Perjanjian ini disebut di dalam Tuhfat al Nafis, Hikayat Negeri Johor, Buku Belanda di Siak dan Johor 1602-1865, Kingdom of Words, dokumen-dokumen Belanda. Intipatinya: | ||
+ | |||
+ | * Mana-mana anak Minang yang berada di Johor, hendaklah memberi taat setia kpd Sultan Johor. | ||
+ | * Mana-mana anak Bugis yang berada di Pagaruyung, hendaklah memberi taat setia kpd kesultanan Pagaruyung. | ||
+ | * Sesiapa yang melanggar perjanjian ini, dia akan " | ||
+ | |||
+ | Sejak itu, tidak ada peperangan lagi, kecuali di antara Raja Kechil dgn Johor dan Daeng 5 beradik. Orang Minang tidak lagi menyokong Raja Kechil. Penyatuan lebih kukuh apabila bersama-sama bantu-membantu menentang Belanda. | ||
+ | |||
+ | ==== 1728: Raja Melewar Datang ke Rembau ==== | ||
+ | |||
+ | - Raja Melewar datang ke Rembau, tahun 1728 (bukan 1773 - berdasarkan dokumen-dokumen Belanda). | ||
+ | |||
+ | ==== 1746: Raja Adil Datang ke Rembau ==== | ||
+ | |||
+ | - 1743: Raja Lumu (Bugis) ditabalkan Sultan Selangor yang pertama. | ||
+ | - 1746: Raja Melewar (Minang) dah naik ke Seri Menanti, jadi Rembau ada kekosongan. Adik Raja Melewar, Raja Adil, datang ke Rembau. | ||
+ | - Raja Adil datang ke Rembau pada tahun 1746 itu untuk membantu Johor dan Bugis menentang Belanda. Juga mengimbangi serangan-serangan Raja Kechil terhadap Belanda di pesisir pantai Rembau. | ||
+ | - Peristiwa ini selepas Perjanjian Belanda-Perak tahun 1746. | ||
+ | - Persahabatan di antara Bugis di Selangor dengan orang Minang di Negeri Sembilan terjalin erat, sehinggalah babak permusuhan pada akhir tahun 1800-an. | ||
+ | |||
+ | ==== 1758: Dua Perjanjian Belanda ==== | ||
+ | |||
+ | Latar Peristiwa 1758: 26 tahun sebelum Perang Teluk Ketapang (1784). Belanda mengawal dua kuasa yang berasingan: Klang dan Selangor. | ||
+ | |||
+ | **1 Januari 1758**: Perjanjian di antara Belanda dengan Bugis(Daeng Kemboja), Rembau(Raja Adil), Klang(Raja Tuo Klang), bertempat di Kuala Linggi. Objektifnya memberi kuasa autonomi untuk perniagaan. | ||
+ | |||
+ | **8-12 Januari 1758**: Perjanjian di antara Belanda dengan Selangor(Raja Ibrahim), juga di Kuala Linggi tetapi di tempat yang berbeza. Ada 12 fasal, antaranya: | ||
+ | * Perdagangan Belanda di Selangor. | ||
+ | * Selangor tidak dibenarkan berdagang dengan Johor. | ||
+ | * Kapal Selangor yang berdagang di Melaka harus mendapatkan kebenaran atau lesen. | ||
+ | * Perdagangan hamba dilarang sama sekali. | ||
+ | * Musuh Belanda adalah musuh Selangor. | ||
+ | |||
+ | **1 November 1759**: Belanda tidak memegang kepada perjanjian di atas, lalu berlaku perjanjian kali kedua. Perjanjian dibuat di antara Belanda dan Daeng Kemboja, Raja Adil, Raja Tuo Klang, dan pembesar-pembesar Rembau (Selangor tidak disebut). Intipatinya: | ||
+ | * Hasil cukai tidak diberi seadilnya, menyebabkan serangan2 terhadap Belanda | ||
+ | * Kuasa autonomi perdagangan | ||
+ | |||
+ | ==== 1782: Raja Ibrahim dilantik Sultan Selangor yang kedua ==== | ||
+ | |||
+ | ==== 1784: Perang Teluk Ketapang ==== | ||
+ | |||
+ | - Belanda cuba memisahkan persahabatan di antara Negeri Sembilan dan Selangor, yang telah bertaut sejak perjanjian perdamaian Minang-Bugis tahun 1725 dahulu, agar mereka dapat menguasai perdagangan di antara Perak, Pulau Pinang, Dinding, Selangor, Melaka, dan Johor. | ||
+ | - Pakatan Bugis-Minang menyerang Belanda di Melaka:- | ||
+ | * Bugis Johor dari selatan. Raja Adil dan Sultan Ibrahim membantu Raja Haji (menurut Tuhfat Al-Nafis, Raja Haji datang dari Riau, melalui Pulau Penyengat, lalu terus ke Teluk Ketapang). | ||
+ | * Raja Adil menghantar tentera Minang daripada darat (Rembau) melalui Linggi, masuk ke Sungai Petai (pangkalan). Namun bila sampai di Alai, mereka mendapat khabar bahawa Raja Haji telah terkorban, lalu terpaksa berundur. | ||
+ | * Sultan Ibrahim dari utara, melalui laut (Bugis Selangor @ Kuala Selangor). Di pertengahan jalan, mereka mendapat berita bahawa Raja Haji terkorban, lalu semua bersurai ke kawasan masing-masing. | ||
+ | - Terkorbannya Raja Haji memberi kesan yang besar terhadap kedua-dua lokasi (Rembau dan Kuala Selangor). Semangat mereka luntur. (Menurut Kajian Allahyarham Dr Norhalim yang tidak sempat diterbitkan). | ||
+ | |||
+ | **6-13 Ogos 1784 (Selepas perang Teluk Ketapang)**: | ||
+ | * Sultan Selangor tidak boleh menyokong mana2 pihak | ||
+ | * Mengawal tingkah laku | ||
+ | * Perdagangan | ||
+ | |||
+ | ==== 1784-1785: Perang Kuala Selangor ==== | ||
+ | |||
+ | **1784**: Belanda melanggar perjanjian (sebagaimana lazimnya dalam perjanjian Belanda dengan pembesar-pembesar, | ||
+ | |||
+ | **1785**: Sultan Ibrahim merampas kembali Kuala Selangor dengan bantuan Pahang. Rembau juga turut membantu:- | ||
+ | * Dipimpin oleh Raja Adil | ||
+ | * Kerana hubungan rapat dengan Bugis Johor mengekang tentera Belanda di Rembau, termasuk mengawal tentera Raja Kechil | ||
+ | * Tidak pernah disebut di mana-mana buku. Hanya ada dalam dokumen-dokumen Belanda: Rembau membantu Selangor menawan semula Kuala Selangor, seterusnya mereka bekerjasama berperang di Dinding, dan juga Pulau Pinang dalam perang tahun 1796. Peranan Rembau lebih kepada membekalkan senjata dan tentera. Malah Raja Adil sendiri turun sebagai pemimpin tentera. | ||
+ | |||
+ | ===== Hubungan Bugis-Minang Selepas 1800 ===== | ||
+ | |||
+ | ==== Latar Hubungan ==== | ||
+ | |||
+ | Sebelum 1800 (Fasa 2: 1750-1800): Bugis yang datang ketika Raja Adil di Rembau:- | ||
+ | * Masih keluarga 5 beradik. | ||
+ | * 1 membuka Linggi pada 1796 | ||
+ | * 1 ke Kuala Selangor, membuka petempatan. Dikenali sebagai Raja Lanun oleh Bugis dan British. Mengasaskan jawatan Orang Kaya Jeram / Penghulu Jeram. Jawatan yang diletakkan di dalam perjanjian ini adalah sebagai Penghulu Jeram. | ||
+ | |||
+ | Hubungan kekeluargaan Bugis-Minang: | ||
+ | * Ketika ini, perkahwinan di antara Raja Aman (anak Raja Adil) dengan Tengku Putih. Anak hasil perkahwinan ini ialah Raja Ali, yang terlibat dalam Perang Naning, Perang Raja Asil Rembau, dan Perjanjian 1831-1832. | ||
+ | * Raja Aman dan Tengku Putih kemudiannya bercerai. Tengku Putih berkahwin dengan Raja Hitam, Yamtuan Besar Negeri Sembilan yang kedua. Maka secara automatiknya, | ||
+ | * Raja Ali sering tidak dilihat sebagai watak yang baik. Beliau dikatakan punca krisis Rembau, Seri Menanti, dan Selangor. Namun ada di kalangan keluarga yang sama yang masih baik (iaitu kelompok yang berbeza dengan kelompok Raja Ali). | ||
+ | |||
+ | Kedudukan politik Lukut ketika itu:- | ||
+ | * Sungai Raya diperintah oleh Raja Hussin bin Raja Jaafar. | ||
+ | * Kuala Lukut di bawah [[sempadan_selangor_ns# | ||
+ | * Tanjung Kemuning (kini Port Dickson) | ||
+ | * Tanjung Tuan | ||
+ | |||
+ | (Sumber - termasuk lokasi Lukut, pemerintah tempatan, dll: Rosiswandy Mohd. Salleh, 2019: [[http:// | ||
+ | |||
+ | Hubungan Kuala Lukut dan Linggi sangat rapat. Raja Busu menghasilkan bijih timah di Lukut. Manakala Datuk Muda Katas di Linggi mempunyai 5 lombong, antaranya di Ampangan (2 lombong - 1 daripadanya lombong emas), Temiar(Temiang), | ||
+ | |||
+ | ===== Pembunuhan Raja Busu (1834) ===== | ||
+ | |||
+ | * Raja Busu sering diangkat sebagai seorang yang zalim dan tamak, yang menaikkan cukai hasil timah kepada 10%, sehingga menyebabkan orang Cina memberontak dan membakar istana Lukut dan membunuh keluarganyw | ||
+ | |||
+ | * Sebenarnya: **TIDAK BENAR**. Peristiwa ini bukan kerana kenaikan cukai 10%. Ada dokumen yg menunjukkan cukai 10% telah ditetapkan sejak awal lagi Raja Busu berada di situ. Terdapat laporan-laporan rasmi perisikan British mengenai gerakan-gerakan bawah tanah Orang Melayu, termasuk juga kongsi-kongsi gelap Cina. Sumber ini ada menceritakan cerita tentang peristiwa pembunuhan Raja Busu, yang tidak disebabkan oleh cukai. Ketika itu, terdapat dua pihak kongsi gelap Cina iaitu Ghee Hin dan Hai San yang menguasai Sungai Ujong, Melaka, dan Lukut. Orang-orang Ghee Hin telah menyerang satu gudang Hai San, menyebabkan orang-orang Hai San membuat serangan balas terhadap Lukut. Di dalam peperangan itu, terdapat kampung-kampung Melayu yang telah dibakar, juga pembunuhan orang-orang Melayu. Akibatnya, tentera Sungai Ujong dan Linggi melancarkan serangan balas terhadap kumpulan Ghee Hin di Lukut, dan membakar pula kampung Cina. Berikutan itu, pasukan Ghee Hin yang datang daripada Melaka telah menyerang Lukut pula. Pembunuhan Raja Busu adalah disebabkan serangan terakhir oleh orang-orang Ghee Hin terhadap Lukut. Sebenarnya, keluarga-keluarga di Rembau, Sungai Ujung, dan Linggi telah bersatu menentang kapitalis Cina yang cuba mengambil kawasan Lukut. (Sumber: (M.L. Wynne, 1941: [[https:// | ||
+ | |||
+ | ===== Perdagangan Peribumi (1800-1878) ===== | ||
+ | |||
+ | Kenapa kapitalis di Melaka, Pulau Pinang, dan Singapura, ingin menguasai perlombongan bijih timah di Lukut dan Sungai Ujong ni? Sebabnya adalah kepentingan sumber ekonomi. Mereka rasa terancam dengan hasil timah yang banyak di kedua-dua lokasi tersebut. Hal ini tidak ada ditulis di dalam buku-buku sejarah, oleh kerana kekurangan maklumat ketika itu, oleh kerana ia tidak mudah diakses seperti sekarang. Menariknya, Khoo Kay Kim pernah menyentuh hal ini. Beliau menceritakan mengenai penguasaan ekonomi orang Melayu di Sungai Ujong (Datuk Kelana), Lukut (Selangor), dan Linggi (Rembau dan Datuk Kelana). | ||
+ | |||
+ | 1800-1878: Masyarakat terdahulu ada persahabatan dan hubungan yang sangat kuat sesama mereka, namun akhirnya terpisah disebabkan kedatangan kolonial dan kapitalis. Kesannya kekal sehingga sekarang. Wujud persepsi seolah-olah masyarakat peribumi tidak pandai berniaga. Padahal dahulu mereka ada lombong-lombong bijih sendiri di Lukut dan Sungai Ujong, lebih awal daripada Perak. Malangnya perusahaan ini telah berakhir lebih awal dengan pembunuhan Raja Busu, kampung-kampung dibakar, perang-perang kecil, Perang Naning, dan lain-lain lagi (1831, 1832, 1835). Ketika operasinya, lombong-lombong ini (terutamanya di Sungai Ujong) ada perjanjian dengan syarikat British untuk mengeksport hasil bijih timah dari Sungai Ujong, terus ke London melalui Hong Kong, serta tidak melalui Singapura dan Pulau Pinang. Operasi inilah yang mencetus keresahan pihak kapitalis itu, lalu mereka menghantar memorandum kepada pesuruhjaya British di situ dan di India, namun tidak dilayan. Oleh itu mereka terpaksa melakukan sesuatu. Mereka tahu Hai San kuat di Sungai Ujong dan sedikit di Lukut. Mereka menggunakan Ghee Hin untuk menyerang Hai San. Kampung Melayu turut terbakar, lalu mencetus tidak puas hati di kalangan orang Melayu. Ghee Hin masuk ke Lukut, dan akhirnya perusahaan lombong di Lukut ranap. Demikian juga kesannya terhadap lombong Sungai Ujong. Peristiwa tahun 1832 itu adalah titik tolak berkurangnya penguasaan bijih timah di Sungai Ujong dan Lukut. | ||
+ | |||
+ | |||
+ | ===== Kronologi Permusuhan (1848-1878) ===== | ||
+ | |||
+ | Bagaimana perpecahan berlaku di antara Selangor, Rembau, dan Sungai Ujong (termasuk Linggi)? Penjelasan: kita tidak melihat mana-mana individu ketika itu sebagai bersubahat atau belot, kerana kita tidak berada dalam jangka waktu itu. | ||
+ | |||
+ | ==== 1848: Perang Rawa di Rekoh ==== | ||
+ | |||
+ | Pada tahun 1848, berlaku suatu peperangan: Perang Rawa di Rekoh, di antara orang Rawa dengan Sungai Ujong. Orang Rawa di bawah Raja Berayun mendapat sokongan Sultan Abdul Samad dari Selangor. Syed Abdul Rahman menyerang Sungai Ujong yang ketika itu di bawah Datuk Kelana Sendeng. | ||
+ | |||
+ | === Latar Peristiwa === | ||
+ | |||
+ | Datuk Kelana Sendeng agak prejudis terhadap orang Rawa. Latarnya, ketika [[https:// | ||
+ | |||
+ | Pada tahun 1848 orang Rawa di Rekoh telah mendapat sokongan keluarga diraja Selangor (tentera Selangor dan Syed Abdul Rahman), untuk melawan kembali Datuk Kelana Sendeng di Sungai Ujong. Namun akhirnya Sungai Ujong menang. Peristiwa ini ada disebut oleh Douglas (ketika itu Leftenan Douglas). | ||
+ | |||
+ | Pada masa itu, perebutan kuasa di antara keluarga dan adik-beradik, | ||
+ | |||
+ | ==== 1874: Perang di Kepayang ==== | ||
+ | |||
+ | Di dalam JMBRAS, Gullick ada menceritakan jurnal Douglas tetapi hanya hal yg baik-baik sahaja, iaitu ketika Douglas menjadi Residen Selangor. Beliau tidak memasukkan kisah-kisah ketika Douglas menjadi Leftenan tentera sebelumnya, yang telah menyerang kampung-kampung Melayu. Kalau dibaca jurnal Douglas secara keseluruhannya, | ||
+ | |||
+ | Malah pertembungan di antara dua belah pihak itu dikatakan tidak sempat berlaku. Rombongan bantuan dari Klang bagi Datuk Kelana Syed Abdul Rahman tiba di Belangkan/ | ||
+ | |||
+ | Selepas itu (1874), termeterainya Perjanjian Selangor (selepas Perak), yang memisahkan persahabatan di antara Selangor dan Negeri Sembilan (Sungai Ujong, Rembau, Linggi). Pada 1 April 1874: Perjanjian di Sungai Ujong. | ||
+ | |||
+ | ==== 1878: Persempadanan Baru Selangor-Negeri Sembilan ==== | ||
+ | |||
+ | Seterusnya, pada tahun 1878, berlakunya pertukaran kawasan di antara Syed Abdul Rahman dan Sultan Abdul Samad. Lukut (termasuk Tanjung Kemuning/ | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | //" | ||
+ | |||
+ | Mengapa pertukaran ini berlaku? Jawapan persoalan ini masih belum dapat ditentukan. Pada asalnya, Semenyih di bawah Engku/Raja Hussein, cucu Raja Adil (oleh kerana dia keturunan raja, maka beliau tidak boleh jadi Datuk Undang, lalu diserahkan kawasan itu). Sekitar tahun 1929-1930, terdapat petisyen oleh anaknya Raja Aman bin Engku/Raja Hussein yang menuntut semula Semenyih ke pangkuan keluarganya. Petisyen tersebut diserahkan melalui Tuanku Muhammad, dan dihantar kepada Queen of England. Di dalam petisyen tuntutan tersebut, Raja Aman telah menceritakan kronologi perjanjian 1878, sebanyak 20 muka surat. 2-3 tahun selepas itu, petisyen ini telah dijawab oleh Guillemard. | ||
+ | |||
+ | Maka setelah itu, secara undang-undangnya, | ||
+ | |||
+ | === Kesan Selepas Penyerahan === | ||
+ | |||
+ | Setelah penyerahan, sistem pentadbiran di kawasan-kawasan yang diserahkan itu terus berubah, dan berbeza berbanding sebelumnya. Namun kelompok masyarakatnya masih sama. Di Lukut (Kuala Lukut - Tanjung Kemuning/ | ||
+ | |||
+ | Suatu contoh kesannya: pada tahun 2023, berlaku penyerahan rasmi makam Raja Busu di Lukut kepada pihak Selangor. Kawasan makam tersebut diserahkan kpd Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan PADAT, untuk mengelak berlakunya perkara-perkara yg tidak berpatutan. Lukut berada di bawah Negeri Sembilan, tapi sejarahnya ialah sejarah Selangor (maka sebab itu sesuai diserahkan kepada Selangor). Demikian juga halnya di Semenyih: sejarahnya adalah sejarah Sungai Ujong, maka cenderung diabaikan oleh kerajaan Selangor. Hal ini turut berlaku di Kota Simpang, Bukit Kutu Alor Gajah, dan makam Raja Hasil (dahulu Negeri Sembilan, kini di bawah negeri Melaka). | ||
+ | |||
+ | ===== Kesimpulan ===== | ||
+ | |||
+ | Selama ini kita memikirkan bahawa tidak pernah ada hubungan di antara negeri-negeri, | ||
+ | |||
+ | ===== Rakaman Live ===== | ||
+ | |||
+ | {{url> | ||