ws-hl-2024-s2-rekoh-bbb
Differences
This shows you the differences between two versions of the page.
Both sides previous revisionPrevious revision | |||
ws-hl-2024-s2-rekoh-bbb [2024/03/19 14:13] – [17. 1945-1948: Selepas Perang] sazli | ws-hl-2024-s2-rekoh-bbb [2024/03/19 14:14] (kini) – [20. 1960-1970: Perkembangan di Hutan Simpan Bangi] sazli | ||
---|---|---|---|
Line 1: | Line 1: | ||
+ | ====== WS-HL-2024-S2: | ||
+ | |||
+ | ===== 01. Pendahuluan ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Terima kasih tuan pengerusi, sdr Khairil Hisham, pihak penganjur, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), juga para hadirin sekalian, kerana meluangkan masa dan memberi peluang kepada saya untuk membentangkan wacana kali ini (Siri 2 bagi tahun 2024), berjudul " | ||
+ | |||
+ | Ini adalah sambungan pembentangan pertama di Pusat Warisan Kajang: [[ws-hl-2023-s3-rekoh|Cebisan Sejarah Rekoh]]. | ||
+ | |||
+ | Pengenalan diri: Syahrul Sazli Shaharir @ TMK Pulasan, Pekerja bebas, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Pengalaman dalam TMK/IT sejak 1997 (27 tahun). | ||
+ | |||
+ | Pendekatan berbeza: " | ||
+ | |||
+ | * Maklumat dikumpul dari sumber-sumber primer yang boleh dicapai di Internet (Arkib Negara, Arkib Akhbar Singapura), atau sumber-sumber sekunder (buku/ | ||
+ | |||
+ | * Bukan ahli sejarah. Baru mula ambil kursus sejarah di USM. Ini sekadar kompilasi sumber-sumber dalam susunan kronologi, tanpa proses persejarahan yang mendalam / meluas. Lebih kepada perkongsian bersama, mungkin ada kalangan hadirin dan penonton yang ada sumber-sumber fakta lain yang boleh dikongsikan di sini. | ||
+ | |||
+ | Tujuan: kronologi ringkas, dengan persembahan poin-poin pemula wacana, pencetus kajian, atau perkongsian sesama peminat sejarah dalam kalangan orang awam. | ||
+ | |||
+ | ===== 02. Latar Belakang ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Gambar: Atas kiri: Jalan Reko lama, berhampiran Perkuburan lama Sungai Tangkas, menghadap Vista Bangi dan jalan Reko baru (Cheery Cheong @ KNIGHT WORLD REALTY (M) SDN BHD, 8 Oct 2023: {{ : | ||
+ | |||
+ | Bagaimana terlibat? | ||
+ | |||
+ | * Tinggal di Bandar Baru Bangi sejak 1981 (Fasa 1) & 1983 (Fasa 3). Tak ada pekan, cuma ada kedai runcit saja, kedai Maniam (1979), Desa & Tanjung (1980-an), Kiat Seong (1988). Nak shopping atau beli buku dan alatulis, kena pergi Kajang. Jadi hampir setiap bulan naik bas Sum ke Kajang, lalu Jalan Reko. Selalu tertanya, di manakah Reko ini? Apakah maksud atau rahsianya? Namun lupa setelah sekolah asrama, masuk universiti, membina keluarga dan kerjaya. | ||
+ | |||
+ | * Pada masa lapang masih berbincang santai hal-hal sejarah dengan keluarga dan kenalan medsos. Sekitar 2017, saya cadangkan anak di sekolah mengkaji sejarah Bandar Baru Bangi. Mula gelintar OFA dan akhbar buat pemula. Harapannya disambut oleh sekolah atau institusi suatu masa nanti. Namun terbengkalai setelah anak semakin sibuk mengejar silibus sekolah dan peperiksaan, | ||
+ | |||
+ | * 2020: PKP: oleh kerana banyak masa lapang, mula gelintar arkib OFA, akhbar, dan Internet dengan lebih giat. Antara cebisan maklumat awal di Internet ialah blog Dr Shafie Abu Bakar (mantan ADUN Bangi, antara warga awal UKM dan Bandar Baru Bangi), arwah Dr Mohamed Salleh Lamry (Andin Salleh, 2012 - menyebut " | ||
+ | |||
+ | ===== 03. Statistik Sumber ===== | ||
+ | |||
+ | ==== Sumber Primer ==== | ||
+ | |||
+ | * **Arkib Negara - 18** (Terima kasih, OFA!) | ||
+ | * OFA: Aplikasi Online Finding Aids (OFA). Kertas Cadangan Projek Panducari Online (Seksyen Panduan, 14/1/2005) -> Jawatankuasa Panducari Online (2008, diketuai Dr. Hjh Samsiah Muhamad) -> direalisasikan melalui salah satu skop Projek MyCreative Content (MyCC - 2011) -> OFA (Mac 2013): 3,400,000 mukasurat bahan arkib dan terbitan serta 2,242 jam bahan arkib audio visual berbentuk digital. Sudah amat baik, tapi pastinya boleh dipertingkatkan lagi (tempahan ada masalah, salinan kurang kualiti, carian perlu dinaiktaraf - AI?) | ||
+ | |||
+ | * **Laporan Akhbar Sezaman - National Library Board, Singapore - 13** (Terima kasih, NewspaperSG!) | ||
+ | * National Library Board, Singapore: arkib digital 200 akhbar (220,000 terbitan) di Singapura (meliputi hal ehwal Malaya) 1827-1989 | ||
+ | |||
+ | * Sumber primer lain | ||
+ | * Pengarah Pemetaan Negara Malaysia - 2 (peta) | ||
+ | * Australian National University - 1 (peta) | ||
+ | * Australian Red Cross Society - 1 | ||
+ | * Berita Harian (Malaysia) - 1 | ||
+ | * Gemasiswa - 1 | ||
+ | * Selangor Gazette 1906 - 1 | ||
+ | * University of Minnesota Libraries - 1 (peta) | ||
+ | * Yale University Library - Digital Collections - 1 (peta) | ||
+ | |||
+ | ==== Sumber Sekunder ==== | ||
+ | |||
+ | * J.M. Gullick - 9 | ||
+ | * J.M. (John Michael) Gullick: (Lahir 6 February 1916 di Bristol, UK. Bekas pentadbir tentera ketika WW2, masuk perkhidmatan awam Malaya (1946), pernah bekerja rapat dengan Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman, SU syarikat Guthrie, England (1956-1962), | ||
+ | * Tanarata International Schools - 5 | ||
+ | * Dr Shafie Abu Bakar - 4 | ||
+ | * Arnold Wright - 3 | ||
+ | * Kamarudin Mat Salleh - 3 | ||
+ | * Khairil Hisham Mohd Ashaari - 3 | ||
+ | * Voon Phin Keong - 3 | ||
+ | * Voon Phin Keong: ilmuwan Human Geography, Chinese Studies, Regional Studies. PhD (University of Hull), M.A. (University of Malaya), B.A. (Hons) (University of Malaya). Prof UM -> VP Kolej New Era, Kajang. | ||
+ | * Abdur-Razzaq Lubis - 2 | ||
+ | * Dr Mohamed Salleh Lamry - 2 | ||
+ | * History of Indian Labourers in Malaya (HILMA) FB Group - 2 | ||
+ | * James Hagan, Andrew Wells - 2 | ||
+ | * P. Ramasamy - 2 | ||
+ | * Yeo Kim Wah - 2 | ||
+ | * Adnan Haji Nawang - 1 | ||
+ | * Alain Leger @ Les entreprises coloniales francaises - 1 | ||
+ | * Amarjit Kaur - 1 | ||
+ | * Blog Kampung Sungai Tangkas - 1 | ||
+ | * Bygone Selangor - 1 | ||
+ | * Ernest Chew - 1 | ||
+ | * Faizal Hj Zainal - 1 | ||
+ | * Inch Kenneth Rubber Estates Limited - 1 | ||
+ | * J.C. Pasqual - 1 | ||
+ | * J.J. Lajuni & A. Latiff - 1 | ||
+ | * Katiman Rostam, Wan Maimunah Wan Ismail @ Akademika, UKM - 1 | ||
+ | * Kuala Lumpur Kepong (KLK) Berhad - 1 | ||
+ | * L.D. Gammans - 1 | ||
+ | * Nor Adli Firdaus, AL-Amril Othman @ Jurnal Wacana Sarjana - 1 | ||
+ | * Perpustakaan Negeri Sembilan - 1 | ||
+ | * PKNS - 1 | ||
+ | * RBG KEW - 1 | ||
+ | * Saiful Bahri Kamaruddin - 1 | ||
+ | * SUHAKAM - 1 | ||
+ | * Surau Madrasah Al Hamidiah Kg Bahagia Bangi - 1 | ||
+ | * The Star - 1 | ||
+ | * Utusan Zaman - 1 | ||
+ | * V.D. Nair - 1 | ||
+ | |||
+ | Nota kaki lengkap: sila rujuk laman laman utama: [[start|Cebisan Sejarah Bangi]] | ||
+ | |||
+ | ===== 04. SM-1880-an: Ringkasan Sejarah Awal ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Gambar: Peta sempadan Selangor-Sungai Ujong, 1876. Ketika itu Rekoh (Recko) masih di bawah pengaruh Sungei Ujong, manakala Lukut di bawah Selangor: //" | ||
+ | |||
+ | ==== Warga Purbakala ==== | ||
+ | |||
+ | Sebagaimana keseluruhan kawasan negeri Selangor, Kajang dan kawasan sekitarnya (termasuk Rekoh) diterokai dan didiami oleh orang Temuan. Hampir tiada maklumat mengenainya. Antara yang ditemui setakat ini:- | ||
+ | |||
+ | * Antara petempatan terawal di sekitar Sungai Langat ialah di Jenderam Hilir. Ia telah disahkan oleh penemuan artifak sejarah (dari zaman Neolitik 1950-1830SM, | ||
+ | |||
+ | * Bukit Tunggul (Si-jaga), yang disebut dalam teromba (puisi asal-usul/ | ||
+ | |||
+ | * Kawasan pedalaman sebelah selatan Sungai Langat adalah hutan belantara yang hanya didiami oleh orang asli (Temuan), dan menjadi sempadan di antara Klang dan Sungai Ujong. **([[sempadan_selangor_ns# | ||
+ | |||
+ | ==== Gelombang Penghijrahan dari Sumatera ==== | ||
+ | |||
+ | Kawasan hulu Sungai Langat sekitar 1700-1800an merupakan sempadan Sungai Ujong di sebelah utara. Perantau dari Sumatera mula menjalankan aktiviti perlombongan lampan di situ, di bawah pengusaha Minangkabau yang berpusat di Sungai Ujong. **([[ws-kp-2024-s1-hubungan-selangor-ns# | ||
+ | |||
+ | Migrasi warga Sumatera memuncak ketika siri Perang Padri (1816-1833) dan penjajahan Belanda selepasnya. Banyak kampung-kampung di Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, dll, termasuk daerah Hulu Langat, dibuka ketika ini. Beberapa contoh di sekitar Bangi:- | ||
+ | |||
+ | * **Kajang (Sekitar 1826-1857)**: | ||
+ | |||
+ | * **Rekoh (Sekitar 1830-1850an)**: | ||
+ | |||
+ | ==== Campurtangan Inggeris ==== | ||
+ | |||
+ | Sebagaimana Lukut, Rekoh agak jauh dari medan Perang Klang (1867-1873) dan tiada/ | ||
+ | |||
+ | Setelah tamatnya Perang Klang, dan campurtangan British selepas itu, Frank Swettenham dilantik sebagai penasihat Sultan Selangor (Sultan Abdul Samad) pada Ogos 1874, kemudiannya Pembantu Residen Selangor pada Disember 1874. Pada tahun 1875, Frank Swettenham telah menjelajah sepanjang Sungai Langat, dan merupakan pembesar British yang pertama tiba di Rekoh (dalam peta 1876, pekan paling hujung yang direkodkan - setelah itu setakat Sungai Kajang & Jebat saja). **([[rekoh# | ||
+ | |||
+ | Asalnya Sungai Langat merupakan sempadan antara Klang dan Sungai Ujong: //" | ||
+ | |||
+ | Sementara itu di Ulu Langat sebelum 1870-an, kawasan pedalaman sebelah selatan Sungai Langat adalah hutan belantara yang hanya didiami oleh orang asli (Temuan), dan menjadi sempadan di antara Klang dan Sungai Ujong. Setelah Sultan Abdul Samad menduduki Kuala Langat, warga Selangor mula meneroka ke hulu Sungai Langat sehingga ke kawasan Kajang (Rekoh). Dalam masa yang sama, Raja Hussein membuka petempatan di Beranang dan Semenyih, di bawah Dato' Klana Sungai Ujong. **([[sempadan_selangor_ns# | ||
+ | |||
+ | Setelah siri campurtangan Inggeris **([[ws-kp-2024-s1-hubungan-selangor-ns# | ||
+ | |||
+ | ===== 05. 1890-an: Perladangan Kopi ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Gambar: Peta daerah Ulu Langat Selatan (1904), termasuk Kajang-Semenyih-Rekoh-Bangi, | ||
+ | |||
+ | Pada tahun 1880-an, ladang-ladang kopi mula dibuka di Johor, Perak dan Selangor, pada mulanya oleh para pengusaha dari Ceylon. Ladang-ladang kopi terawal di Selangor ialah Weld Hill's Estate dan Batu Caves Estate di Kuala Lumpur. **([[rekoh# | ||
+ | |||
+ | Menjelang 1890-an, berkembang ke Ulu Langat (pengusaha perantau Sumatera, Cina), kemudian Kajang, dimulakan oleh pasangan adik-beradik Kindersley (R.C.M. Kindersley (1870-1939) & D.C.P. Kindersley (1873-1917)) membuka ladang kopi [[https:// | ||
+ | |||
+ | Faktor perkembangan perladangan: | ||
+ | |||
+ | * Pembinaan jalan kereta lembu 16 kaki KL -> kampung2 Ulu Langat (mula 1889) | ||
+ | |||
+ | * Jalan kereta api Klang -> KL (1886-09-16) -> Pudu (1893) -> Sungai Besi (1895) -> Kajang (1897) -> Bangi (1902) -> Batang Benar (1903) | ||
+ | |||
+ | **(Sumber: [[ws-hl-2023-s3-rekoh? | ||
+ | |||
+ | ==== Perlombongan di Sungai Ramal ==== | ||
+ | |||
+ | Sementara itu, perlombongan telah pun giat dijalankan di Sungai Ramal (mungkin sejak lama dahulu lagi). **([[lombong_sg_ramal|Arkib Negara (pelbagai)]])**. | ||
+ | |||
+ | ===== 06. 1891: Jalan Reko-Sepang ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Gambar:- \\ | ||
+ | **Kiri**: Keadaan Jalan Reko-Sepang (ditanda merah), sekitar tahun 1904. [[awal_bangi|Pekan Bangi]] telah pun dibuka dan kini ditandakan di dalam peta. Bahagian jalan dari kawasan Sungai Buah hingga ke Sepang ditanda sebagai //"Six Foot Track"//, | ||
+ | **Kanan**: Jalan Reko-Sepang yang baru secara kasar (ditanda merah), setelah siap, sekitar tahun 1929. Ia melewati bahagian barat Bukit Tunggul, menelusuri sebelah negeri Selangor, melalui Jenderam dan Salak. Mungkin perubahan laluan ini sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh perancang awalnya (H.F. Bellamy), yang mengatakan denai yang asal itu melalui kawasan Sungai Ujong (sukar dari segi pentadbiran projek dan selenggaraan), | ||
+ | |||
+ | **(Sumber: [[jalan_reko_sepang|Arkib Negara 1957/ | ||
+ | |||
+ | ===== 07. 1896: Pembukaan West Country dan Belmont Estate ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Gambar: **Kiri**: Peta tahun 1904. **Kanan**: Peta kini ([[https:// | ||
+ | **Petak berlorek hijau: sempadan keseluruhan West Country Estate (termasuk Belmont Estate) setakat tahun 1904.** \\ | ||
+ | **Petak ungu: [[west_country_estate# | ||
+ | **Petak merah jambu: [[belmont_estate# | ||
+ | **Petak merah: [[west_country_estate# | ||
+ | **Petak kuning: [[west_country_estate# | ||
+ | **Petak biru muda: [[belmont_estate# | ||
+ | |||
+ | Pada bulan Februari 1896, pemangku pegawai daerah Ulu Langat telah menerima beberapa permohonan pembukaan ladang kopi di sekitar Jalan Reko. Beliau turut mengesyorkan agar pihak kerajaan mewartakan keseluruhan kawasan hutan terbiar di situ, terutamanya kawasan hutan paya yang dianggap " | ||
+ | |||
+ | Ketika ladang ini dibuka, telah pun ada pekebun kecil tempatan di sekitar itu. Antaranya ialah Rasat bin Nakhoda Omar: diketahui daripada kesilapan pentadbir: Tanah beliau termasuk ke dalam geran Belmont Estates, dan perlu dikeluarkan daripadanya. **([[belmont_estate# | ||
+ | |||
+ | ===== 08. Latar Pembuka West Country Estate ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | **(Sumber: [[e_b_skinner# | ||
+ | |||
+ | [[e_b_skinner# | ||
+ | |||
+ | ===== 09. Latar Pembuka Belmont Estate ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Gambar: Buku terbitan M.S. Parry (bersama E.M. Muraour): "The ABC to Rubber Planting Companies in Malaya" | ||
+ | |||
+ | [[m_s_parry|Methold Sidney (M. S.) Parry (1863-1937)]]: | ||
+ | |||
+ | ===== 10. Awal 1900-an: Kejatuhan Kopi ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Gambar: West Country dan Belmont Estate **([[west_country_estate# | ||
+ | |||
+ | Namun menjelang awal tahun 1900-an, hasil kopi jatuh merudum disebabkan saingan kopi Brazil serta serangan penyakit **([[west_country_estate# | ||
+ | |||
+ | ===== 11. 1900-an: Tanaman Getah ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Gambar: Belmont Estate, sekitar awal 1900-an. **([[west_country_estate# | ||
+ | |||
+ | Tanaman getah komersial terawal dirintis oleh pasangan adik-beradik Kindersley atas cadangan H.N. Ridley pada tahun 1896 di ladang Inch Kenneth, Kajang. Kejayaan ini menjadi galakan kepada mereka serta pengusaha lain untuk membuka ladang-ladang getah di sekitar Kajang (Balgownie, Paradise), Rekoh ([[west_country_estate|West Country]], [[belmont_estate|Belmont]]), | ||
+ | |||
+ | Menjelang 1900-an, Kajang dan [[rekoh|Rekoh]] telah menjadi antara kawasan ladang getah terawal di Selangor, didominasi oleh peladang Eropah secara kolektif. Mereka kemudiannya menubuhkan Persatuan seperti Kajang Branch of the Planters' | ||
+ | |||
+ | Pada Oktober 1901, setahun setelah kematian salah seorang pengasas West Country Estate (F.B. Hicks), saudaranya F.R. Hicks, bersama rakan kongsi asal West Country dan Belmont Estates, telah bersatu menubuhkan syarikat The Kajang Coffee and Rubber Co. bagi menguruskan kedua-dua ladang ini, selain Weld's Hill Estate di KL. **([[west_country_estate# | ||
+ | |||
+ | Berikutan kejayaan ladang-ladang getah Kindersley, pada tahun 1905, West Country dan Belmont estates bergabung pula dengan Ayer Hitam Estate di sebelah baratnya, di bawah Federated Malay States Rubber Company, Ltd. **([[west_country_estate# | ||
+ | |||
+ | ==== 11a. Sungai Andangan ==== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Gambar: Tindanan peta 1904 dengan peta Google Maps kini. Sungai Andangan ditandakan biru (juga Sungai Rekoh sebagai mercu tanda, kerana ia masih wujud sekarang). Secara kasarnya, hulu Sungai Andangan (serta anak-anak sungainya) mungkin berpunca di Bangi Golf Resort skrg, mengalir ke arah tenggara melalui lembah di antara Seksyen 3 dan 4 (sekitar bekas tapak kuil lama di persimpangan Persiaran Pekeliling - Jalan 4/1), kemudian merentas Seksyen 3, dan bermuara di Sungai Langat sekitar Bangi Perdana, berseberangan dengan kondo Vista Bangi Kampung Sungai Tangkas sekarang. | ||
+ | |||
+ | Turut ditandakan: lorong pejalan kaki dan basikal yang menghubungkan SK Jalan 3 dan SK Jalan 2 (garisan hijau). Tampaknya, lokasi asalnya ialah bukit di sebelah selatan lembah Sg Andangan. Menurut Dr Shafie Abu Bakar, mantan ADUN Bangi (juga penghuni awal Bandar Baru Bangi), bukit ini dibelah untuk dibina SK Jalan 2: “Tapak adalah berada betul-betul pada pertengahan Bandar Baru Bangi. Lot ini berada di antara dua bukit , iaitu – Antara Bukit Bangi yang tertinggi bersempadan dengan di kanan (mengadap Kiblat) kawasan Golf, manakala sebelah kiri bukit yang kita namakan Bukit Mutiara, sebenarnya sambungan dari Bukit Bangi yang diratakan bahagian tengah menjadikan kawasan Seksyen Dua, BBB bersempadan dengan Seksyen Satu BBB, ditepi bukit sebelah kanan adalah kawasan persekolahan – Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi.” **([[sungai_andangan|Dr Shafie Abu Bakar, 26 Jun 2018]])**. | ||
+ | |||
+ | ===== 12. 1906: Hutan Simpan Bangi ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Gambar: **Kiri**: Peta 1904, sebelum pewartaan (1906), "The Reko Woods", | ||
+ | **Kanan**: Peta 1929, selepas pewartaan (1906), "Bangi Forest Reserve", | ||
+ | |||
+ | Sementara itu, seawal 1896 lagi (10 tahun sebelumnya), | ||
+ | |||
+ | Namun begitu perbincangan mengenai pewartaan "Reko Woods" ini hanya berlaku kira-kira 9 tahun kemudian (1905 - mungkin setelah pembukaan ladang kopi-getah yang pesat). Berlaku konflik di antara pemangku pegawai daerah Ulu Langat (pengeluaran hasil, juga kuari, di sepanjang Jalan Reko-Sepang itu) dan Jabatan Hutan (diwakili oleh [[a_b_stephens|Arthur Bligh (A.B.) Stephens]]) (simpanan hutan di kawasan yang sama). **([[hutan_simpan_bangi# | ||
+ | |||
+ | Akhirnya kawasan seluas 2,338 ekar (946 hektar) diwartakan kira-kira pada 31 Disember 1906 (Nombor Warta: 827). Waktu itu Rekoh sudah tidak wujud lagi, jadi namanya bertukar dari "Reko Woods" kepada "Bangi Forest Reserve" | ||
+ | |||
+ | ===== 13. 1910-an: Gerakan Awal Pembelaan Pekerja Ladang ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Gambar: “Family picture of my grandfather when he was Kajang West Country Estate Kangany. Picture taken in 1921.” **([[west_country_estate# | ||
+ | |||
+ | ==== Sistem awal: Kuli Kontrak / Buruh Berhutang ==== | ||
+ | |||
+ | Sejak dari awal lagi, sumber utama tenaga pekerja ladang getah adalah dari selatan India (Madras), dan kebanyakannya adalah dari kalangan masyarakat rentan berlatar kasta rendah, yang sering dilanda kemiskinan dan kebuluran akibat bencana alam serta sistem percukaian yang menindas. Sebagai usaha mencari jalan keluar, mereka sanggup menjadi “buruh berhutang” (indentured worker) melalui ejen-ejen buruh yang datang ke kampung-kampung mereka. Ejen-ejen in menawarkan wang pinjaman pendahuluan untuk mereka berhijrah ke ladang-ladang di Malaya, dan bekerja untuk majikan tertentu sepanjang waktu yang ditetapkan (biasanya 3 tahun), lalu sebahagian pendapatannya digunakan bagi membayar balik hutang pinjaman tersebut, dalam waktu yang ditetapkan. Selagi tempoh kontrak belum tamat, dan/atau hutang belum dapat dilangsaikan, | ||
+ | |||
+ | ==== Sistem baru: Kangani ==== | ||
+ | |||
+ | Disebabkan pemerasan dan penindasan yang berleluasa, telah lahir beberapa gerakan memansuhkan sistem perhambaan pekerja berhutang ini. Antaranya siri pembongkaran wartawan British E.D. Morel dan diplomat Irish Roger Casement (salah seorang pengasas West Country Estate, M.S. Parry, turut menyokong beliau ketika diadili dan dihukum di Ireland pada 1916), juga gerakan nasionalis di India. **([[getah_di_malaya# | ||
+ | |||
+ | Menjelang tahun 1910-an, pihak kerajaan, melalui Lembaga Siasatan Parr, telah mendapati banyak kelemahan pada sistem ejen buruh sebelum ini. Ianya sering terdedah kepada rasuah dan penipuan, buruh sering berpindah majikan, dan tenaga buruh yang dibekalkan masih tidak mencukupi. Maka ianya digantikan dengan sistem migrasi buruh secara “bebas”, | ||
+ | |||
+ | ==== Perkembangan Lain ==== | ||
+ | |||
+ | **1912**: Dalam pameran getah antarabangsa di New York, US, pada 23 September - 4 Oktober 1912, West Country Estate telah memenangi tempat ketiga di Pameran Getah Antarabangsa dalam kategori "Pale Crepe" **([[west_country_estate# | ||
+ | |||
+ | **1917**: Ketika Perang Dunia berlangsung: | ||
+ | |||
+ | |||
+ | ===== 14. 1920-an: Selepas Perang Dunia ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Gambar: Peta tahun 1926, iaitu 7 tahun selepas tamatnya Perang Dunia Pertama (1914-1918). Hampir keseluruhan daerah ini telah pun dipenuhi perladangan (majoritinya getah). Pengecualiannya adalah Hutan Simpan Bangi dan Bukit Tunggul, serta tanah-tanah rizab seperti di sekitar Sungai Ramal (Kampung Sungai Ramal dikatakan wujud sejak kurun ke-18 lagi), Sungai Air Hitam (Kampung Bt. 2 Air Hitam (Abu Bakar Baginda kini)), Sungai Merab, Sungai Jenderam, Sungai Buah (Kampung Sungai Buah), Sungai Semenyih, Sungai Rinching (Kampung Rinching Hilir), dan Sungai Beranang. West Country Estate khususnya, turut merangkumi Belmont dan Ayer Hitam estates, dan mungkin termasuk Sungei Lui Estate di antara keduanya. **([[start# | ||
+ | |||
+ | ==== Hospital Ladang ==== | ||
+ | |||
+ | Pada tahun 1912, sebuah hospital khas untuk pekerja-pekerja ladang di sekitar Rekoh telah dibina, dan diuruskan secara usahasama di antara syarikat-syarikat perladangan di situ, di bawah The Reko Hospital Association Ltd:- | ||
+ | |||
+ | * **1912-07-08**: | ||
+ | |||
+ | * **1913-05-14**: | ||
+ | |||
+ | * **1915-06-30**: | ||
+ | |||
+ | **(Sumber: [[hospital_reko|The Straits Times (Mei-Jun 1913), Malaya Tribune (30 Jun 1915)]])**. | ||
+ | |||
+ | Namun pada tahun 1920-an, beberapa buah hospital dibina di ladang-ladang. Antaranya Hospital West Country Estate, yang merawat para pekerja di ladang-ladang West Country, Belmont, Sungei Lui, Ayer Hitam, Eastnor, Colwall, Sungei Chua dan Sedgely (merentasi BBB-Serdang kini). **([[west_country_estate# | ||
+ | |||
+ | ===== 15. 1930-an: Kemelesetan Ekonomi, Gerakan Pembelaan Pekerja (Gelombang ke-2) ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | ==== Hubungan dengan Prang Besar Estate ==== | ||
+ | |||
+ | Pada tahun 1930, sebahagian kecil daripada Hutan Simpan Bangi diberikan kepada Ladang Prang Besar (ladang ini dibuka pada 16 Ogos 1921, dianugerahi kepada 9 orang bekas tentera perang dunia pertama (Great War/Perang Besar), | ||
+ | |||
+ | ==== Pekerja Mogok ==== | ||
+ | |||
+ | Tahun 1930-an merupakan tahun-tahun kemelesetan ekonomi di seluruh dunia. Di Tanah Melayu, keadaan ini kembali pulih mulai 1934, namun banyak pengusaha menumpukan kepada pemulihan syarikat, dan mengabaikan pekerja. Menjelang tahun 1937, terdapat peningkatan dalam kes mogok dan aksi pekerja, dalam menuntut hak-hak mereka. Ladang-ladang di sekitar Bangi tidak terkecuali. Pada 29 Januari 1937, 100 orang pekerja Belmont Estate telah bertindak menyerang pembantu pengurus ladang, dikatakan setelah mereka dihukum kerana bermula kerja lewat. **([[belmont_estate# | ||
+ | |||
+ | Peristiwa ini berlaku beberapa bulan sebelum mogok besar-besaran kali pertama, melibatkan pekerja migran wanita Tionghua, | ||
+ | |||
+ | Antara faktor peristiwa mogok besar-besaran ini adalah gerakan kesatuan sekerja dan aktivis komunis yang mengambil kesempatan terhadap kesempitan ekonomi, kelemahan pentadbiran British (khususnya jabatan hal-ehwal Cina), dan peranan wanita (lonjakan bilangan buruh kontrak wanita, tuntutan termasuk hal-hal kebajikan mereka dan keluarga). Kemuncaknya ialah operasi tangkapan para pemogok serta penggeraknya, | ||
+ | |||
+ | Seterusnya, pada 3 April 1937, berlaku mogok di kalangan pekerja India pula di South Johol Estate (350 orang) dan Sengkang estate (50 orang) di Tampin, Negri Sembilan. Thanagaya, seorang pembantu guru, telah memimpin perarakan pekerja Tamil dari Sua Bentong Estate ke Port Dickson bagi menuntut kenaikan dan pelarasan gaji bagi pekerja India dan Cina. Beliau menjadi pemimpin mogok pertama dari kalangan India, sebelum H.R. Nathan memimpin gerakan mogok penoreh getah di Klang pada 1941. Sekitar tahun 1940, kesan pengaruh para aktivis nasionalis India, mereka mula menubuhkan kesatuan-kesatuan sekerja. Kenaikan gaji pekerja Tionghua hasil mogok tahun 1937 itu (menjadi lebih tinggi berbanding pekerja India) turut melatari tuntutan-tuntutan mereka, yang antara lain menuntut kenaikan gaji yang sama. Kegiatan ini mencapai kemuncaknya dalam siri mogok besar-besaran melibatkan lebih 20,000 pekerja India di daerah Klang, Selangor pada bulan April-Mei 1941.**([[mogok_pekerja_ladang_1937# | ||
+ | |||
+ | ===== 16. 1942-1945: Pendudukan Jepun ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Gambar: Peta kemaraan Jepun di Selangor tahun 1942. Kelihatan kawasan timur Sungai Langat, termasuk Sungai Tangkas Estate dan Hutan Simpan Bangi (ada riwayat mengatakan termasuk sekitar Sungai Merab / kawasan Kg Dato' Abu Bakar Baginda kini), adalah antara laluan tentera Jepun. **([[sejarahbangi-1940-1949# | ||
+ | |||
+ | Pada 11 Januari 1942, Jepun menduduki Kuala Lumpur dan tentera Jepun terus mara untuk menakluki Kajang dan Klang. Berikutan kejatuhan pertahanan British di Singapura pada 15 Februari 1942, seluruh Tanah Melayu telah jatuh ke tangan Jepun. [[leftenan_adnan|Leftenan Adnan bin Saidi]], anak kelahiran Kampung Sungai Ramal (lahir 1915), terkorban di dalam salah satu pertempuran terakhir dengan tentera Jepun di Bukit Candu, Pasir Panjang, Singapura. Sekitar waktu itu, Frederic James (F.J.) Pratt, pengurus ladang Broome Estate (sekitar Southville-Bangi-Seri Putra kini), telah ditangkap dan ditahan oleh Jepun di penjara Singapura, dan hilang selepas itu (rekod kali terakhir: 1944). **([[f_j_pratt# | ||
+ | |||
+ | Peristiwa ketika pendudukan Jepun di Kajang (1942-1945): | ||
+ | |||
+ | * Sekolah Tinggi Kajang telah dijadikan markas tentera Jepun bagi daerah Ulu Langat. **([[sejarahbangi-1940-1949# | ||
+ | |||
+ | * 75 orang pekerja West Country Estate telah dikerah oleh Jepun ke Burma untuk membina landasan kereta api di sana. Tiada yang kembali. Selepas perang, hanya seorang saja ahli keluarga yang mendapat pampasan, sekitar RM5-10 sebulan. **([[west_country_estate# | ||
+ | |||
+ | * Di Hutan Simpan Bangi, sebahagian pokok hutan ditebang, dan ditanam dengan pokok Gutta Percha (Latiff 1981). “Gutta perca” atau “nyatoh taban merah” ialah sejenis getah berketahanan tinggi yang banyak digunakan sebagai kabel dasar laut dan peralatan-peralatan lain. Permintaannya tinggi di musim-musim peperangan, oleh kerana ianya turut menjadi bahan buatan alat-alat persenjataan serta jaringan komunikasi. **([[hutan_simpan_bangi# | ||
+ | |||
+ | ===== 17. 1945-1948: Selepas Perang ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Gambar: Peta tahun 1950. **([[start# | ||
+ | |||
+ | Selepas perang, pentadbir British dan pengusaha Eropah dalam fasa pemulihan. Pengurusan menjadi longgar dan ada kalanya terabai. Banyak ladang-ladang Eropah di sekitar ini mengalami masalah selepas perang. Contohnya, di Sungei Ramal Estate, semua rekod-rekod pengurusan hilang. Proses pemulihan juga gagal, kerana mereka mengharap pampasan kerajaan, tetapi tiada. Akhirnya tutup dan dijual pada 1951. **([[sungei_ramal_estate# | ||
+ | |||
+ | Sekitar waktu ini juga, pengurusan West Country Estate terbahagi kepada 2, Eastern Division (merangkumi West Country asal dan Belmont Estate - Bandar Baru Bangi kini), dan Western Division (merangkumi Ayer Hitam Estate - sekitar/ | ||
+ | |||
+ | Dalam suasana ini, beberapa perkampungan baru terbit. Antaranya Kampung Sungai Tangkas dibuka di dalam/ | ||
+ | |||
+ | ===== 18. 1948-1960: Darurat ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Gambar: Munaianty s/o Ponnusamy, bekas warga pekerja West Country Estate yang masih muda/kecil pada waktu itu. **([[west_country_estate# | ||
+ | |||
+ | ==== Suasana Darurat di West Country Estate ==== | ||
+ | |||
+ | Darurat bagi seluruh Malaya (Malayan Emergency) telah diisytiharkan pada 18 Jun 1948 (sebelumnya Perak dan Johor pada 16 Jun, dan selepasnya Singapura pada 24 Jun), berikutan pembunuhan 3 orang pemilik ladang berdekatan Sungai Siput, Perak. Ia adalah tindakan British untuk mengekang ancaman gerakan-gerakan antikolonial secara umum (terutamanya gerakan nasionalis). **([[darurat|Azmi Arifin (2017)]])**. Sejak darurat diisytiharkan, | ||
+ | |||
+ | Pada 13 Februari 1951, kawasan sepanjang Sungai Langat di antara jambatan ladang Inch Kenneth dan West Country Estate telah dikenakan perintah berkurung, kecuali awal pagi, tengahari, dan lewat petang. Kemungkinan perintah berkurung ini ada kaitan dengan siri mogok penoreh getah kontrak West Country Estate (pekerja wanita Tionghua dari Sungai Chua) beberapa minggu sebelumnya. **([[west_country_estate# | ||
+ | |||
+ | Antara catatan suasana di zaman darurat adalah oleh Munaianty s/o Ponnusamy, bekas warga pekerja West Country Estate yang masih muda/kecil pada waktu itu: "Saya lahir di West Country Rubber Estate, Hulu Langat, Kajang pada tahun 1949. Saya membesar di situ sehingga umur 10 tahun, dalam sebuah keluarga besar dengan 6 orang adik beradik lelaki dan perempuan, dan saya adalah yang kedua termuda di antara kami lapan sekeluarga. West Country Estate merangkumi dari Kampung Baru Serdang sehingga Jalan Reko dan lebuhraya Kuala Lumpur Seremban. Bapa saya tinggal di kuarters yang disediakan oleh majikan, dan saya bersekolah di Kajang Primary School. Saya menaiki bas ke sekolah setiap hari. Banyak kenangan manis saya di sekolah. Malangnya, saya tidak dapat hadir dalam banyak kegiatan di sekolah selepas waktu persekolahan oleh kerana belanjanya mahal, serta jarak sekolah yang agak jauh. Pengurus West Country Estate ketika itu ialah Mr Botham dan pembantunya Mr Foxe, dan sering bersenjatakan shot gun. Ketika darurat, kerajaan British mengarahkan semua pengurus estet menyimpan senjata api. Anggota komunis mendapatkan bekalan makanan dari kampung dan estet, dan sering menyasarkan para pengurus estet yang tidak menyebelahi mereka. Ketika itu juga, banyak keluarga Tionghua di sekitar West COuntry Estate dipindahkan secara paksa ke Kampung Baru Sungai Chua, kerana dianggap penyokong komunis. Di West Country estate, operasi keselamatan diketatkan umpama rondaan "Home Guard" | ||
+ | |||
+ | ===== 19. 1960-an: Selepas Merdeka ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Gambar: “Kathan (grdfther) Ldg west country (timur) Kajang” **([[west_country_estate# | ||
+ | |||
+ | ==== Suasana Aman di Ladang ==== | ||
+ | |||
+ | Menurut Munaianty s/o Ponnusamy, bekas warga pekerja West Country Estate: "Saya berhenti bersekolah setelah tamat Darjah 6 dan mula bekerja di West Country Estate. Sekitar waktu itu, abang sulung saya meninggal dunia dan ibu bapa saya perlukan pendapatan tambahan dari saya. Peristiwa yang tidak dapat dilupakan ketika mula bekerja ialah ketika saya menjadi ahli pasukan bolasepak West Country Barat. Kami menyertai liga tempatan bersama pasukan-pasukan dari Bangi Estate, Perang Besar Estate, Galloway Estate, JKR, Kajang Old Boys dan Empat Tenang Estate di Stadium Kajang lama. Pengurusan estet memberi sokogan padu terhadap pasukan kami dan setiap hari perlawanan, kami diberi cuti separuh hari. Kami keluar ke padang dengan kelengkapan permainan kami, untuk berentap dengan pasukan lawan di Stadium Kajang. Ketika itu, ia adalah padang besar bersebelahan balai polis, dan berseberangan dengan Pusat bandar Kajang. Terdapat perkhidmatan bas dari Kajang ke Prang Besar Estate, yang melalui West Country Estate. Perkhidmatan bas Sum itulah penghubung kami dengan bandar Kajang yang pelbagai tarikannya bagi kami warga luar bandar." | ||
+ | |||
+ | |||
+ | ===== 20. 1960-1970: Perkembangan di Hutan Simpan Bangi ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Gambar: Peta Hutan Simpan Bangi sekitar 1970-an. **([[hutan_simpan_bangi# | ||
+ | |||
+ | Sekitar akhir tahun 1957, sebahagian kecil Hutan Simpan Bangi dinyahwartakan sebagai kampung melayu **([[|Arkib Negara 1957/ | ||
+ | |||
+ | Sementara itu, sekitar akhir 1950-an itu juga, 4 buah keluarga Temuan berasal dari Bukit Dugang, Sepang, diketuai Batin Yut anak Jenang Pilis, mula menduduki kawasan hutan ini. Menjelang awal 1970-an, ia berkembang menjadi 22 keluarga, dengan jumlah ahli keluarga seramai kira-kira 100 orang. **([[hutan_simpan_bangi# | ||
+ | |||
+ | Pada akhir 1960-an, terdapat aktiviti pembalakan terpilih di Hutan Simpan Bangi (Latiff 1981). **([[hutan_simpan_bangi# | ||
+ | |||
+ | ===== 21. 1974: Pembangunan Kampus Induk UKM ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Gambar: Peringkat awal pembangunan UKM. **([[hutan_simpan_bangi# | ||
+ | |||
+ | Sekitar awal 1970-an, ladang getah mula digantikan dengan kelapa sawit. Bagi pengusaha Kindersley misalnya, ladang pertama mereka yang ditukar kepada kelapa sawit ialah Ladang Dunedin (kini Alam Sari) di Bangi (1974). (Kemungkinan nama ladang ini adalah sempena nama asal Edinburgh, Scotland). **([[ladang_kindersley|Inch Kenneth Rubber Estates Limited (2010)]])**. West Country Estate mungkin telah bermula lebih awal lagi. Pada 28 Mac 1973, Syarikat West Country Sdn Bhd (14134-U) ditubuhkan bagi mengambil alih keseluruhan West Country Estate. Ketika itu West Country Estate meliputi 6,774 ekar ladang getah dan kelapa sawit, serta 2 buah lombong seluas 346 dan 232 ekar. **([[west_country_estate# | ||
+ | |||
+ | Sementara itu, pada Januari 1972, Perdana menteri, Tun Abdul Razak, mengumumkan tapak rancangan Universiti Kebangsaan di Bangi, seluas 2,300 ekar. Sebelum itu, penubuhan UKM diumumkan pada 15 Mac 1969, dan ditubuhkan pada 18 Mei 1970 lalu memulakan operasi pertamanya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Menteri Pendidikan ketika ini ialah Tun Hussein Onn. Antara faktor pilihan lokasi ialah jaraknya yang sederhana jauhnya dari kota Kuala Lumpur, agar ianya dapat membina identitinya sendiri. Kampung-kampung di sekelilingnya akan turut dibangunkan, | ||
+ | |||
+ | Sekitar waktu itu, Hutan Simpan Bangi telah dinyahwartakan, | ||
+ | |||
+ | ===== 22. Pemindahan Penduduk Asal Hutan Simpan Bangi ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Ketika pembinaan pesat UKM sepanjang tahun 1974 ini, masyarakat Temuan di sini telah dipindahkan oleh pihak kerajaan ke kawasan hutan di Sungai Buah dan Hutan Simpan Bukit Tunggul, berhampiran pekan Bangi (Lama). Namun pada tahun 1993, sebahagian kawasan tersebut telah diambilalih pula oleh sebuah syarikat swasta untuk pembinaan padang golf. Nama kawasan tersebut juga telah diubah kepada Bukit Unggul Golf Country Resort (BUGCR). Menurut catatan-catatan sarjana, NGO dan kalangan pentadbir: | ||
+ | |||
+ | * “Pada akhir tahun 1950-an empat keluarga orang Temuan dari kampung orang Asli Bukit Dugang, Sepang telah membuka sebahagian kecil daripada kawasan hutan simpan Bangi yang sekarang menjadi tapak Universiti Kebangsaan Malaysia. Turut sama dalam pembukaan itu ialah Batin Yut anak Jenang Pilis yang sebelumnya menjadi ketua orang Asli di Bukit Dugang- Dialah yang mengetuai pembukaan kawasan hutan itu. …pada awal tahun 1970-an perkampungan Orang Temuan di Bangi yang bermula dengan empat keluarga itu telah berkembang menjadi 22 keluarga dan penduduknya kecil besar ada kira-kira 100 orang. Orang Asli yang berkenaan ada rumah, ada kerja, ada kebun getah dan pokok buah-buahan dan hidup pun agak senang. Mereka ingin terus menetap di tempat itu. Akan tetapi, nasib nampaknya tidak terus menyebelahi mereka. ... Pada 1974 tanah yang mereka duduki di kawasan Bangi diambil oleh kerajaan untuk pembinaan Universiti Kebangsaan Malaysia. Selepas itu, mereka berpindah ke kawasan hutan Sungai Buah dan Bukit Tunggul, kira-kira 10 km dari situ. Bagaimanapun, | ||
+ | |||
+ | * “Menurut Juli pengerusi MPKK Kampung Sungai Buah, kampung asal mereka terletak di tapak pembinaan UKM yang ketika itu dikenali sebagai kampung Batu 20. Ketika itu kampung tersebut dihuni lebih kurang 200 orang penduduk kampung lebih ramai dari sekarang. … Dari sini kita dapat melihat bagaimana peranan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dalam memujuk Orang Asli yang ketika itu mendiami hutan simpan kerajaan negeri Selangor untuk berpindah ke kawasan baru yang itu di Sungai Buah. Menurut encik Juli, pada ketika kejadian tersebut beliau masih lagi kecil namun masih ingat dalam ingatan apa yang terjadi. Megikut cerita Tok Batin pada ketika itu, mereka telah diberi imbuhan atas sebab kehilangan kampung dan tanah. Namun jumlah imbuhan tersebut tidak setimpal apa yang diperolehi berdasarkan cerita Tok Batin. Malah perpindahan ini juga dikatakan agak tergesa-gesa tanpa diberi apa-apa kemudahan seperti rumah. Orang Asli ketika itu terpaksa berpindah segera pada waktu malam dengan mengakut segala keperluan dan barangan mereka seperti pinggan mangkuk, haiwan ternakan dan lain-lain. Perpindahan mereka turut dibantu oleh JHEOA yang menyediakan lori untuk berpindah namun tempat yang dipindahkan itu tiada kemudahan yang sewajarnya seperti rumah dan kemudahan asas seperti elektrik dan air. Mereka dipindahkan dikawasan hutan simpan yang diberi nama Bukit Tunggul dan setelah selesai permindahan mereka terus membina penempatan sementara kerana untuk berteduh setalah malam hari ketika perpindahan berlaku. Namun ada sebahagian Orang Asli telah tinggal ke tempat asal mereka seperti di Hulu Langat dan daerah-daerah lain membawa haluan masing-masing bagi sesiapa yang tidak mahu mengikut berpindah ke Bukit Tunggul. Masyarakat Orang Asli Sungai Buah telah menerima pelbagai dugaan sepanjang mereka berpindah keluar dari tanah asal mereka di Kampung Batu 20 (sekarang UKM). Perpindahan mereka seolah-olah pelarian di mana hak dan tempat tinggal tidak disediakan sebelum perpindahan malah pampasan atau sagu hati yang diberikan tidak mengikut nilai tanah atau undang-undang yang betul pada ketika itu kerana Tok Batin ketika itu tidak tahu hak-hak mereka. dengan baik. Walaupun kerajaan memberi mereka tempat tinggal di Bukit Tunggul, namun perlu diketahui mereka perlu berteduh ketika waktu malam pada malam perpindahan dengan apa yang ada dan membuat rumah asal siap sekurang-kurangnya untuk berteduh satu malam sebelum menjelang hari siang(Temu Bual, 2019). Malah kejadian yang sama berulang pada tahun 1990-an di mana pembinaan Kelab Golf Bukit Unggul telah menjejaskan bekalan air dan elektrik pada mereka.” **([[hutan_simpan_bangi# | ||
+ | |||
+ | * “8.120 There was also apparent injustice towards the Orang Asli who used to live and forage in a large area but were moved out – some without any regard for their conditions – to make way for the rapid commercial development. The case of the Temuan from Bukit Tunggul, Dengkil (A270) who were asked to moved twice – first when the area was given to the Universiti Kebangsaan Malaysia (500 acres) and then to Bukit Unggul Resort (1378 acres). With only 20 acres of un-gazetted area for their settlement remaining, the community fear that their traditional community may soon disappear. …. 8.128 In case A270 (Bukit Tunggul, Selangor), while compensation was paid, this was inadequate to ensure that the Temuans concerned could build a new life or maintain their traditional ways of life. The witness from Universiti Kebangsaan Malaysia (W14) said of the miserable relocation exercise in the 1970s: “UKM paid the compensation amounting RM810, | ||
+ | |||
+ | * Menurut Felo Utama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Professor Emeritus Dato’ Dr Hood Salleh: “… pembangunan dan perkembangan infrastruktur UKM pada tahun-tahun 1970an yang membawa perubahan kepada kaum Asal di sekitar Bangi pada tahun 1974 apabila kawasan kediaman mereka diambil alih untuk bangunan-bangunan baru UKM. Kerajaan juga telah menggubal satu Akta pada tahun 1974 yang mensyaratkan pemindahan mandatori orang asal di kawasan Hulu Langat untuk membangunkan UKM. Orang Asli di situ mendakwa mereka tidak diberi pertimbangan ketika diarah berpindah ke tempat lain. Walaupun diberi pampasan dan perumahan baru, mereka berasa kecil hati kerana kawasan hutan rimba kediaman asal mereka mempunyai hubungan rapat dengan kehidupan harian mereka.” **([[hutan_simpan_bangi# | ||
+ | |||
+ | ===== 23. Perpindahan Penduduk Kampung Sekitar UKM ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Gambar: **Kiri**: “' | ||
+ | **Kanan**: Abdul Rahman Jaafar, salah seorang wartawan Nadi Bangi (mahasiswa tahun kedua UKM), sedang menemuramah seorang penduduk Bangi. “Nadi Bangi”, akhbar terbitan mahasiswa dan pensyarah Jabatan Perhubungan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), merupakan lidah rasmi UKM. Ia mula diterbitkan sejak Jun 1977 di kampus Pantai Baru, dan kini mula beroperasi di kampus baru di Bangi, setelah empat keluaran sebelumnya. Selain melaporkan aktiviti semasa mahasiswa (termasuk perpindahan ke kampus baru), ia juga turut melaporkan kegiatan penduduk kampung-kampung berdekatan. **([[sejarahbangi-1970-1979# | ||
+ | |||
+ | Sebahagian penduduk kampung di sekitar tapak UKM turut terkesan, dan ada yang berpindah:- | ||
+ | |||
+ | * “Tanah yang diperuntukkan kepada UKM sebanyak 2,300 ekar tidak seluruhnya hutan asal yang tidak diteroka. Terdapat kumpulan Orang Asli yang tinggal di bahagian utama Kampus UKM, manakala terdapat pula orang-orang Melayu yang tinggal di tepian jalan dari bahagian berdekatan dengan Hentian Keretapi Sungai Tangkas (kini UKM) memanjang tepi jalan hingga selekoh ke Jalan Dengkel yang dari Sungai Tangkas hingga ke sini (kiri) termasuk di bawah kawasan Kampus UKM. Melalui rundingan dan pampasan Orang Asli bersetuju berpindah ke kaki Bukit Tunggul (kini Bukit Unggul), manakala bagi orang-orang Melayu diberi pampasan dan lot tanah di Sungai Tangkas. Sebahagian daripada mereka diganti dengan tanah dan pampasan di Kg. Baharu, Pekan Bangi.” **([[hutan_simpan_bangi# | ||
+ | |||
+ | ===== 24. Kontroversi "Bangi Affair" | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Gambar: Perhimpunan pelajar di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya, membincangkan isu tapak UKM. | ||
+ | |||
+ | Pada 10 Februari 1974, hampir 5,000 pelajar dari pusat-pusat pengajian tinggi di sekitar Kuala Lumpur telah hadir ke sebuah perjumpaan di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya. Perancangan asalnya adalah sesi dialog dengan Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris, berkaitan dakwaan kegiatan pembalakan tanpa permit oleh Syarikat Dengkil Sdn Bhd di Hutan Simpan Bangi, iaitu tapak pembinaan UKM. Namun pihak Menteri Besar menolak dan mencadangkan ia ditunda ke tarikh 12 Mac di Kajang. Perjumpaan tersebut diteruskan sebagai suatu sesi pembentangan beberapa orang wakil pelajar dan penduduk Bangi. Antara pembentangnya ialah Halim Arshat (Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia - PMUKM), Hishamuddin Rais (wakil Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya - UM), Idris Jusi (Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia), Ibrahim Ali (wakil Persatuan Siswa Institut Teknoloj(g)i Mara - ITM). Antara yang hadir dan turut menyokong ialah Encik Sidek Fadhil (wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia - PKPIM), para pelajar Universiti Pertanian, dan penduduk Bangi. Turut menyatakan sokongan ialah ketua cawangan UMNO Bangi, Zainul Harun. **([[sejarahbangi-1970-1979# | ||
+ | |||
+ | Suatu ringkasan latar belakang peristiwa: “Sementara itu kerja-kerja tanah yang berlangsung mulai tahun 1973 itu menimbulkan kekocohan. Untuk membangun kampus dan mendirikan bangunan terpaksa dibersihkan bagi tapak-tapak bangunan. Sebenarnya selepas pengumuman Bangi sebagai Kampus UKM, ramai yang datang melihat dan meninjau. Melihat kepada kawasan dibersihkan, | ||
+ | |||
+ | Kemungkinan liputan ini adalah antara liputan-liputan yang dirujuk sebagai [[sejarahbangi-1970-1979# | ||
+ | |||
+ | ===== 25. 1974: Pembangunan Bandar Baru Bangi ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Menjelang tahun 1974, Gammon dan United Asbestos Cement (UAC) membeli 25 peratus saham West Country Sdn. Bhd. Antara spekulasi ketika itu ialah 4,600 ekar daripada 7,352 ekar jumlah keluasan tanah West Country Estate akan diperolehi oleh kerajaan negeri Selangor (mungkin untuk pembangunan Bandar Baru Bangi) **([[west_country_estate# | ||
+ | |||
+ | Perolehan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS): “About 1975 the Government (through PKNS) took over the land from the then owners of West Country Estate - Sipef NV (a Belgian company) to develop the South KL Educational Hub.” **([[west_country_estate# | ||
+ | |||
+ | Pembangunannya yang bermula pada tahun 1974 bagi memenuhi keperluan pembangunan kawasan pertumbuhan baru di Selatan Lembah Klang berlandaskan kepada Polisi Ekonomi Kebangsaan, yang mengkhususkan kepada Bumiputera. Dari tahun 1974 hinggalah tahun 2010, PKNS selaku peneraju pembangunan yang dipertanggungjawapkan telah menyiapkan sebanyak 11,763 unit rumah dan 308 unit lot kedai. Secara keseluruhannya, | ||
+ | |||
+ | “In 1978, I married and started a family of my own. Meanwhile, there were vast changes taking place in West Country Estate. The landscape was being changed entirely! West Country Estate had been sold to Magnum Corporation, | ||
+ | |||
+ | “Bangi mula dimajukan pada tahun 1974 dengan penghuni awal tidak sampai 1,000 orang. Pada tahun 1990, penduduknya dianggarkan seramai kira-kira 27,620 orang (PKNS 1990). Penghuni awal ini yang rata-rata berpendidikan menengah dan tinggi bekerja di institusi pengajian tinggi dan pusat penyelidikan, | ||
+ | ….. | ||
+ | Bandar Baru Bangi adalah sebahagian daripada zon pinggir Lembah Klang, dirancang berdasarkan konsep bandar taman. Bandar ini dilengkapi dengan kemudahan sosial seperti sekolah rendah dan menengah, pusat kesihatan awam dan swasta, surau, balai polis, pejabat pas, bomba, dewan serbaguna, kedai dan pasar harian yang diperlukan untuk kehidupan moden. Kawasan perindustrian menempatkan kilang-kilang yang mengeluarkan pelbagai jenis keluaran, menawarkan pekerjaan kepada penduduk sekitar Bandar Baru Bangi. Perancangan perumahannya pula dibuat dengan menerapkan konsep kejiranan bagi menggalakkan interaksi sosial dan perpaduan masyarakat. | ||
+ | ….. | ||
+ | Bandar Baru Bangi dibahagikan kepada 16 seksyen dan kawasan perumahan terdapat di Seksyen 1,2,3,4,5 dan 16 sahaja.” **([[pembangunan_bbb# | ||
+ | |||
+ | |||
+ | ===== 26. Bandar Baru Bangi 1980-an - 2000-an ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Gambar: **Kiri**: Peta Bandar Baru Bangi sekitar awal 1980-an **([[https:// | ||
+ | **Kanan**: Peta Bandar Baru Bangi sekitar awal 2000-an **([[https:// | ||
+ | |||
+ | **Nota Kaki Penuh: Sila rujuk laman utama: [[start|Cebisan Sejarah Bangi]]**. | ||
+ | |||
+ | ===== Rakaman Sesi Live ===== | ||