wacana-20231021-rekoh
Differences
This shows you the differences between two versions of the page.
Both sides previous revisionPrevious revisionNext revision | Previous revision | ||
wacana-20231021-rekoh [2023/10/21 06:51] – [01. Pendahuluan] sazli | wacana-20231021-rekoh [2024/02/21 16:27] (kini) – [2023-10-21: Pembentangan Wacana: Cebisan Sejarah Rekoh] sazli | ||
---|---|---|---|
Line 1: | Line 1: | ||
+ | ====== WS-HL-2023-S3: | ||
+ | |||
+ | ===== 01. Pendahuluan ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Terima kasih kepada pihak penganjur, Dr Alinor dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Lee Teng dan rakan2 di Pusat Warisan Kajang, juga para hadirin sekalian, kerana meluangkan masa dan memberi peluang kepada saya untuk membentangkan pemula wacana kali ini (Siri 3), berjudul " | ||
+ | |||
+ | Pengenalan diri: Syahrul Sazli Shaharir @ TMK Pulasan, Pekerja bebas, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Pengalaman dalam TMK/IT sejak 1997 (26 tahun). | ||
+ | |||
+ | Pendekatan berbeza: " | ||
+ | |||
+ | * Maklumat dikumpul dari sumber-sumber awam (primer dan sekunder) yang boleh dicapai di Internet (Arkib Negara, Arkib Akhbar Singapura), atau perpustakaan/ | ||
+ | |||
+ | * Bukan ahli sejarah. Baru mula ambil kursus sejarah di USM (Baru Lesen L, dah nak bawa bas mesin masa, dan ajak hadirin naik sekali. Jangan risau! Di sini (dan kalangan penonton) ada sejarawan yang akan pantau, elak terbabas dan jatuh gaung lohong hitam. (Kalau paling teruk pun, mereka akan ambil alih steering!) Sebagai langkah keselamatan, | ||
+ | |||
+ | Tujuan: kronologi ringkas, dengan persembahan poin-poin pemula wacana, pencetus kajian, atau perkongsian sesama peminat sejarah dalam kalangan orang awam. | ||
+ | |||
+ | Perumpamaan (diolah dari [[https:// | ||
+ | |||
+ | * Sejarawan menggali di dasar telaga-telaga, | ||
+ | |||
+ | * Kami orang awam ada yang minat sejarah, atau ada keperluan mendesak (mempertahankan kediaman, kampung, kebun, tanah, hingga yang besar: masyarakat, hutan, alam sekitar, dsbgnya, dari ancaman seperti " | ||
+ | |||
+ | * Sesi sebegini, di tepi telaga, di waktu santai, adalah antara medan di mana masing-masing berkongsi dapatan dan persoalan, buat saling membantu dan memperbetulkan. Di kalangan orang awam pun, mungkin ada telaga tersembunyi di belakang rumah mereka, menunggu untuk digali (contohnya warga/bekas warga Kg Sg Tangkas, Hutan Bangi, Kajang, estet/ | ||
+ | |||
+ | |||
+ | ===== 02. Latar Belakang ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Bagaimana terlibat? | ||
+ | |||
+ | * Tinggal di Bandar Baru Bangi sejak 1981 (Fasa 1) & 1983 (Fasa 3). Tak ada pekan, cuma ada kedai runcit saja, kedai Maniam (1979), Desa & Tanjung (1980-an), Kiat Seong (1988). Nak shopping atau beli buku dan alatulis, kena pergi Kajang. Jadi hampir setiap bulan naik bas Sum ke Kajang, lalu Jalan Reko. Selalu tertanya, di manakah Reko ini? Apakah maksud atau rahsianya? Namun lupa setelah sekolah asrama, masuk universiti, membina keluarga dan kerjaya. | ||
+ | |||
+ | * Pada masa lapang masih berbincang santai hal-hal sejarah dengan keluarga dan kenalan medsos. Sekitar 2017, saya cadangkan anak di sekolah mengkaji sejarah Bandar Baru Bangi. Mula gelintar OFA dan akhbar buat pemula. Harapannya disambut oleh sekolah atau institusi suatu masa nanti. Namun terbengkalai setelah anak semakin sibuk mengejar silibus sekolah dan peperiksaan, | ||
+ | |||
+ | * 2020: PKP: oleh kerana banyak masa lapang, mula gelintar arkib OFA dan akhbar dengan giat. Terjumpa cebisan maklumat pertama mengenai Rekoh di blog arwah Dr Mohamed Salleh Lamry (Andin Salleh, 2012 - Andin/ | ||
+ | |||
+ | Statistik petikan/ | ||
+ | * Arkib Negara - 22 (Terima kasih, OFA!) | ||
+ | * OFA: Aplikasi Online Finding Aids (OFA). Kertas Cadangan Projek Panducari Online (Seksyen Panduan, 14/1/2005) -> Jawatankuasa Panducari Online (2008, diketuai Dr. Hjh Samsiah Muhamad) -> direalisasikan melalui salah satu skop Projek MyCreative Content (MyCC - 2011) -> OFA (Mac 2013): 3,400,000 mukasurat bahan arkib dan terbitan serta 2,242 jam bahan arkib audio visual berbentuk digital. Sudah amat baik, tapi pastinya boleh dipertingkatkan lagi (tempahan ada masalah, salinan kurang kualiti, carian perlu dinaiktaraf - AI?) | ||
+ | * J.M. Gullick - "A History of Selangor 1766-1939 (1998-2004, terjemahan IBDE 2022)" - 7 | ||
+ | * J.M. Gullick - "A Short History of Ulu Langat to 1900 (2007)" | ||
+ | * J.M. (John Michael) Gullick: (Lahir 6 February 1916 di Bristol, UK. Bekas pentadbir tentera ketika WW2, masuk perkhidmatan awam Malaya (1946), pernah bekerja rapat dengan Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman, SU syarikat Guthrie, England (1956-1962), | ||
+ | * Akhbar - National Library Board, Singapore - 7 (Terima kasih, NewspaperSG!) | ||
+ | * National Library Board, Singapore: arkib digital 200 akhbar (220,000 terbitan) di Singapura (meliputi hal ehwal Malaya) 1827-1989 | ||
+ | * Voon Phin Keong @ Malaysian Journal of Chinese Studies, Volume 2, No.2, 2013: " | ||
+ | * Voon Phin Keong: ilmuwan Human Geography, Chinese Studies, Regional Studies. PhD (University of Hull), M.A. (University of Malaya), B.A. (Hons) (University of Malaya). Prof UM -> VP Kolej New Era, Kajang. | ||
+ | * Map - W T Wood - 4 | ||
+ | * Map - Stanford - 2 | ||
+ | * Skeat - Pagan - 1 | ||
+ | * Skeat - Magic - 1 | ||
+ | * Kinta Tin Mining Museum - 1 | ||
+ | * Map - Dornseiffen - 1 | ||
+ | * Map - Daly - 1 | ||
+ | * Map - Survey Dept Sg - 1 | ||
+ | * Map - Survey Dept - 1 | ||
+ | * Swettenham - Vocab - 1 | ||
+ | * Shahabuddin Ahmad - 1 | ||
+ | * Isabella - 1 | ||
+ | * Er-Jian Yeh - Territorialising - 1 | ||
+ | * Perpustakaan NS - 1 | ||
+ | * R D Hill - Rice - 1 | ||
+ | * E Sadka - Residential System - 1 | ||
+ | * Lim Teck Ghee - Peasant agri - 1 | ||
+ | * Dato Shaharuddin Ismail - UKM - 1 | ||
+ | * K. G. Tregonning - Straits Tin - 1 | ||
+ | * Arnold Wright - Twentieth Century - 1 | ||
+ | * Salleh Lamry - 1 | ||
+ | |||
+ | Nota kaki lengkap: sila rujuk laman rencana utama: [[rekoh|Rekoh]] | ||
+ | |||
+ | Gambar: Atas kiri: Jalan Reko lama, berhampiran Perkuburan lama Sungai Tangkas, menghadap Vista Bangi dan jalan Reko baru (Cheery Cheong @ KNIGHT WORLD REALTY (M) SDN BHD, 8 Oct 2023: {{ : | ||
+ | |||
+ | ===== 03. Sejarah Awal (Sehingga 1700-an) ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Ejaan jawi dalam pelekat tahun 1879: Ra Kaf Wau Ha (RKUH / Rekoh). Inggeris jadikan Recko / Reko, kini kekal secara rasminya sebagai " | ||
+ | |||
+ | Sebagaimana keseluruhan kawasan negeri Selangor, Kajang dan kawasan sekitarnya (termasuk Rekoh) diterokai dan didiami oleh orang Temuan. Hampir tiada maklumat mengenainya. Paling dekat, Bukit Tunggul (Si-jaga), yang disebut dalam teromba (puisi asal-usul/ | ||
+ | |||
+ | Menurut [[h_f_bellamy|H.F. Bellamy]], Superintendent Public Works Department negeri Selangor ketika merancang pembinaan jalan Reko-Sepang pada 1891-05-28, orang Rekoh pasti tahu mengenai Bukit Tunggul ini (mungkin kerana ianya mercu tanda hampir kepada Rekoh, kalau mudik sungai dari Langat, atau jalan denai dari Langat atau Sepang - semacam simpang besar atau R&R sekarang): //"It is difficult to say from the Map which is Tunggoh and which is Tunggoh S'jaga but I have no doubt some one at Reko can tell you. Reko is the nearest point on the main road and a start had better be made from there following down either side of the river found most suitable and going in between the Tunggohs..."// | ||
+ | |||
+ | MPKJ/ | ||
+ | |||
+ | Makna Rekoh? Menurut majalah sekolah SMK Jalan Reko, terdapat riwayat lisan mengaitkan nama " | ||
+ | |||
+ | Ada 4 lagi petempatan bernama Rekoh di rantau ini, mungkinkah makna yang sama? | ||
+ | |||
+ | * Kampung Paya Rekoh, Lipat Kajang, Temerloh, Pahang: Kawasan pedalaman, didiami kaum Jah Hut dan Semoq Beri | ||
+ | |||
+ | * Kampung dan Sungai Rekoh, Masai, Pasir Gudang, Johor: Kini pinggir bandar | ||
+ | |||
+ | * Rekoh, Narathiwat, Selatan Thai: antara kawasan pedalaman yang diterokai oleh pasukan Walter William (W. W.) Skeat sekitar 1899-1900: sekitar Kampung Sega (kini sekitar Su-ngai Padi) dan Momang (kini sekitar Sukhirin) | ||
+ | |||
+ | * Kampung Rekoh, Desa Penaga, Teluk Bintan, Pulau Bintan, Kepulauan Riau: kini masih perkampungan | ||
+ | |||
+ | Gambar: Contoh pelekat (notis) penguatkuasaan perlindungan kegiatan arak, candu dan judi di dalam kawasan perlombongan (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 01/08/1879: {{ : | ||
+ | |||
+ | ===== 04. Perlombongan Awal (1700-1800an) ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Kawasan hulu Sungai Langat sekitar 1700-1800an merupakan sempadan Sungai Ujong di sebelah utara. Perantau dari Sumatera mula menjalankan aktiviti perlombongan lampan di situ. Contohnya, sekitar 1825-1826, orang Rawa yang terusir dari Sungai Linggi (Rembau dan Sungai Ujong), mula menduduki sempadan di sepanjang Sungai Langat dan melampan di situ. (Rujuk wacana Khairil Hisham yg lepas). | ||
+ | |||
+ | Gambar: Lombong lampan (Kinta Tin Mining Museum, 10 April 2021: {{ : | ||
+ | |||
+ | ===== 05. Migrasi Warga Sumatera (1800an) ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Migrasi warga Sumatera memuncak ketika siri Perang Padri (1816-1833) dan penjajahan Belanda selepasnya. Beberapa contoh:- | ||
+ | |||
+ | * Ketika Sultan Muhammad memerintah Selangor (1826-1857), | ||
+ | |||
+ | * Sekitar 1830-1850an, | ||
+ | |||
+ | * Dalam wawancara Abdullah Hukum oleh Warta Ahad (1935, diterbitkan oleh Adnan Haji Nawang, 1997), beliau ada menyebut perihal Raja Berayun di Kajang, dan suatu peristiwa kecil di Rekoh. | ||
+ | |||
+ | * Kawasan perlombongan dikawal ketat. Contohnya menurut W.W. Skeat, sebagaimana ditulis oleh J.M. Gullick, 1998: "A History of Selangor 1766-1939" | ||
+ | |||
+ | Gambar: Peta sebahagian Sumatera (Riau dan sekitarnya) dan Tanah Melayu (termasuk Mandailing-Natal, | ||
+ | |||
+ | ===== 06. 1875: Lawatan Frank Swettenham ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Sebagaimana Lukut, Rekoh agak jauh dari medan Perang Klang (1867-1873) dan tiada/ | ||
+ | |||
+ | Pada tahun 1875, Frank Swettenham telah menjelajah sepanjang Sungai Langat, dan merupakan pembesar British yang pertama tiba di Rekoh (dalam peta 1876, pekan paling hujung yang direkodkan - setelah itu setakat Sungai Kajang & Jebat saja). Perjalanan beliau dari Bandar Langat (Kuala Langat) ke Rekoh sejauh 57 batu mengambil masa kira-kira 5 hari. Ketika itu Sungai Langat merupakan satu-satunya jalan pengangkutan hasil bijih timah dari kawasan pedalaman. Pada musim kering, perjalanan tersebut mengambil masa 13 hari, akibat aras air sungai yang cetek. Katanya, laluan Sungai Langat ke Rekoh amat sukar, arus kian deras, dan banyak rintangan besar (//"He found the river 'very difficult, the current always getting stronger, and the snags were numerous and larger'// | ||
+ | |||
+ | Perjalanan dari Bandar Termasa (Langat) ke Rekoh dijadikan contoh ayat di dalam kamus istilah karya beliau tahun 1910 (mungkin antara kenangan yang paling diingati? | ||
+ | |||
+ | ^ ^ ^ | ||
+ | | //How far is it by river from Bandar Termasa [Langat] to Rekoh?// | //Brapa jauh deri-pada Bandar Termasa mudik ka' | ||
+ | | //We can reach it with one day's rowing and six day's poling.// | //Satu hari ber-daiung anam hari ber-galah, bulih sampei.// | | ||
+ | |||
+ | (Sumber: Frank Swettenham, 1910: {{ : | ||
+ | |||
+ | //" | ||
+ | |||
+ | Setelah itu beliau menyambung perjalanan ke Kajang, Cheras, dan Kampung Ulu Langat (jumlah: 93 batu dari Bandar Langat). | ||
+ | |||
+ | Gambar: Peta sempadan Selangor-Sungai Ujong, 1876. Ketika itu Rekoh (Recko) masih di bawah pengaruh Sungei Ujong, manakala Lukut di bawah Selangor. Frank Swettenham memudiki Sungai Langat dari Bandar Langat ke Rekoh (ada di dalam peta ini), seterusnya ke Kajang, Cheras, dan Ulu Langat (tiada di dalam peta ini - hanya setakat Sungai Kajang dan Sungai Jebat sahaja): //" | ||
+ | |||
+ | Latar peta-peta D Daly:- | ||
+ | |||
+ | * Pada tahun 1875, Sir Andrew Clarke, Gabenor [[https:// | ||
+ | |||
+ | * Menurut Swettenham, Daly seorang surveyor berpengalaman, | ||
+ | A Comparison of Colonial Sciences on Land Demarcation in Japanese Taiwan and British Malaya" | ||
+ | |||
+ | ===== 07. 1878-1880: Pertukaran Rekoh dan Lukut ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Asalnya Sungai Langat merupakan sempadan antara Klang dan Sungai Ujong: //" | ||
+ | |||
+ | Peluasan pengaruh Bugis di Selangor telah pun berlangsung sejak awal kurun ke-18 lagi. Sungai Sepang yang dahulunya di dalam Negeri Sembilan, telah jatuh ke tangan mereka. Lukut khususnya, mula diduduki pada tahun 1815, seiring dengan kegiatan melombong bijih timah di sana:- | ||
+ | |||
+ | * Raja Busu (1815-1834) | ||
+ | * Raja Jumaat (1846-1864) | ||
+ | * Raja Bot bin Raja Jumaat (1864-1880) | ||
+ | |||
+ | Mereka terus memperluaskan pengaruh sehingga ke Sungai Linggi. Ini menimbulkan ketegangan di antara kedua belah pihak. Pembahagian persempadanan dalam perjanjian 1863-11-24 di antara Sultan Abdul Samad dan Dato Kelana Sendeng gagal menyelesaikannya. | ||
+ | |||
+ | Sementara itu di Ulu Langat sebelum 1870-an, kawasan pedalaman sebelah selatan Sungai Langat adalah hutan belantara yang hanya didiami oleh orang asli (Temuan), dan menjadi sempadan di antara Klang dan Sungai Ujong. Setelah Sultan Abdul Samad menduduki Kuala Langat, warga Selangor mula meneroka ke hulu Sungai Langat sehingga ke kawasan Kajang (Rekoh). Dalam masa yang sama, Raja Hussein membuka petempatan di Beranang dan Semenyih, di bawah Dato' Klana Sungai Ujong. (J. M. Gullick @ Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society | ||
+ | Vol. 22, No. 2 (148), Sungei Ujong (May 1949), pp. 1-69: [[https:// | ||
+ | |||
+ | Pada tahun 1872, Dato' Kelana Sendeng Sungai Ujong meninggal dunia dan digantikan oleh anak saudaranya Syed Abdul Rahman. Pada tahun 1875 Sulan Selangor Sultan Abdul Samad melantik puteranya Raja Kahar sebagai pentadbir (Malay Magistrate) daerah Ulu Langat. Antara faktor keputusan ini ialah kehendak baginda untuk mengembalikan pengaruh keluarganya di daerah tersebut. (J. M. Gullick @ Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society Vol. 80, No. 2 (293) (December 2007): {{ : | ||
+ | |||
+ | Pada tahun yang sama (1875), terjadi peristiwa pemberontakan Rekoh (Rekoh Wreckage), yang diakhiri dengan perjanjian damai dengan Sultan Abdul Samad. (Khairil sedang gali telaga ini). | ||
+ | |||
+ | Setelah campurtangan Inggeris di kedua-dua belah pihak selepas itu (Kapten Bloomfield Douglas (Residen British di Selangor) dan Kapten Murray (Residen British di Sungai Ujung), akhirnya pada 1878-02-10, Rekoh dan sekitarnya diserahkan kepada Selangor, manakala Lukut dan sekitarnya diserahkan kepada Sungai Ujong. | ||
+ | |||
+ | Residen Selangor, Douglas menganjurkan acara proklamasi di Rekoh bagi mengumumkan penyerahan ini. Di dalam laporan beliau, dikatakan ada "kubu lama" dan beberapa pondok saja di Rekoh ketika itu. Beliau memanggil penduduk Ulu Langat, Kajang, dan Semenyih. Antara 200 orang yang hadir ketika itu ialah:- | ||
+ | |||
+ | * Haji Tahir, Dato' Dagang Kuala Lumpur | ||
+ | * Sheikh Mohamed Ali | ||
+ | * Inche Ambo, ketua pasukan Pahang yang menakluki Ulu Selangor ketika itu | ||
+ | |||
+ | Douglas dan Murray (Residen Sungai Ujong) diiringi pasukan polis mengetuai acara. Dengan das tembakan, bendera Selangor dinaikkan, perjanjian persempadanan baru dibaca, diakhiri sorakan. Seekor kerbau dikorbankan untuk acara kenduri selepasnya. | ||
+ | |||
+ | (Sumber: J. M. Gullick @ Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society Vol. 80, No. 2 (293) (December 2007): {{ : | ||
+ | |||
+ | Gambar: Peta cadangan sempadan Selangor-Sungei Ujong (1877), bersama perincian cadangan. Antaranya, Bukit Tunggul menjadi salah satu mercu tanda serta bucu sempadan tersebut (Survey Department, Singapore, 1877: {{ : | ||
+ | |||
+ | ==== 07A. 1880: Perjanjian Lukut ==== | ||
+ | |||
+ | Raja Bot di Lukut membantah kerana tidak diajak berunding. Setelah perundingan dibuat antara Sultan Abdul Samad, Dato Kelana Syed Abdul Rahman, dan Raja Bot pada 1880-07-30: Lukut akhirnya diserahkan kepada Sungai Ujong, dengan pampasan $20,000 dibayar kepada Raja Bot. | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | **Kanan**: Peta sempadan Selangor-Negeri Sembilan, kini ([[https:// | ||
+ | |||
+ | ===== 08. Suasana 1880-an ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | //" | ||
+ | |||
+ | Gambar: Pada awal 1880-an, Paya Kajang. serta sepanjang jalan ke utara (Cheras) dan selatannya (Rekoh) merupakan kawasan penanaman padi yang awal. (Penanaman padi yang agak meluas ada direkodkan di Rekoh sekitar 1878-1889, namun jenisnya tidak dinyatakan). Penanaman padi ini diapit oleh ladang-ladang orang Kampar dan Mandailing, yang kemudiannya meninggalkannya akibat pengenalan cukai tanah oleh pihak British. Pada tahun 1886, penanaman padi dibuka di Beranang, dan ia berkembang menjadi “jelapang padi Selangor” menjelang tahun 1905. Pengusaha utama penanaman padi di sekitar Cheras-Kajang-Rekoh-Beranang ini adalah dari kalangan orang Minangkabau tempatan (dari Sungai Ujong, Jelebu dan Rembau) juga perantau (dari Sumatera sekitar 1870-an), yang mahir dalam bercucuk tanam. Mereka membina sistem perairan di Kajang, Cheras, Kampong Bukit dan Sungei Sring. Selain padi mereka turut mengusahakan tanaman lain (kelapa, kopi, tembakau, gambir), dan melombong bijih timah. Selain sumber makanan sendiri, hasil padi dijual kepada pelombong Cina di sekitarnya. Kegiatan ini disokong oleh pihak British melalui geran-geran pembukaan tanah (termasuk kepada pengusaha Tamil), sehingga tiada lagi tanah kosong pada tahun 1886. Ketika lonjakan tanaman kopi sekitar 1894, penanaman padi hanya tertumpu di Paya Kajang, sebelum kembali pada tahun 1905 setelah kejatuhan industri kopi tempatan. (R.D. Hill, 2012: {{ : | ||
+ | |||
+ | Antara rekod kesaksian perkara ini ialah pada 29 Mei 1879: Sultan Abdul Samad, dengan diiringi dua putera baginda serta H.C. Syers, pegawai superintenden polis British (Residen Selangor pertama melantik pegawai muda Syers sebagai Penguasa Polis dan Penjara Selangor pada Julai 1875, ditugaskan untuk membina pasukan polis Selangor), melawat beberapa kawasan di pedalaman daerah Ulu Langat, termasuk Kajang dan Rekoh. Antara lain H.C. Syers melaporkan: sepanjang Sungai Langat dari Ulu Langat ke Rekoh, yang asalnya hutan belantara, telah pun diterokai dan ditanam padi dengan pesatnya, kebanyakannya oleh para peneroka dari Sumatera. Lombong bijih timah kelolaan para pemodal Cina pula sedang menghadapi masalah kewangan yang serius ketika itu (selepas itu pulih semula). | ||
+ | |||
+ | ==== 08A. Balai Polis Rekoh ==== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Ketika itu, setiap kawasan perlombongan diuruskan sepenuhnya oleh pengusaha sesebuah lombong secara autonomi, tanpa campur tangan pihak pentadbiran atau penguasa lain. (E. Sadka, December 1960: {{ : | ||
+ | |||
+ | Selain gejala sosial seperti kegiatan arak, candu, dan judi, kegiatan perlombongan besar-besaran di era Residen British turut mencemar kawasan pertanian yang berdekatan, khususnya perairan sawah padi. (Lim Teck Ghee, November 1971: {{ : | ||
+ | |||
+ | Gambar: Contoh pelekat (notis) penguatkuasaan perlindungan kegiatan arak, candu dan judi di dalam kawasan perlombongan: | ||
+ | |||
+ | " | ||
+ | |||
+ | * 1879-08-30: Lawatan H.C. Syers ke balai-balai polis di seluruh Selangor, termasuk balai polis Rekoh. Keadaannya ketika itu amat baik: bersih dan senjata serta kelengkapannya cukup. Anggotanya 6 orang polis, 1 Lans Koperal, dan diketuai Sarjan Mat Singapore. Ianya lebih baik berbanding balai polis Kajang yang agak uzur dan mungkin tahan 3-4 bulan saja lagi. Anggotanya 4 orang polis, diketuai Koperal Rassol. | ||
+ | |||
+ | * 1883-03-18: Lawatan J.P. Rodger dan H.C. Syers. J.P. Rodger: Kampung Rekoh di atas bukit, balai polis di tengah-tengahnya dalam keadaan baik (asalnya dibeli dari seorang "Raja Melayu" | ||
+ | |||
+ | * 1884-10-20: Lawatan George Bellamy: Jalan ke balai polis Rekoh menaiki bukit dengan bengkang-bengkok: | ||
+ | |||
+ | ==== 08B. Pentadbiran dan Hasil Timah ==== | ||
+ | |||
+ | Pada tahun 1883, daerah Ulu Langat ditubuhkan secara rasmi, dan terdiri daripada 5 buah mukim, setiap satunya ditadbir oleh seorang penghulu:- | ||
+ | |||
+ | * Ulu Semenyih: Raja Mahmud, putera Sultan Muhammad) | ||
+ | |||
+ | * Ulu Langat: Raja Daud | ||
+ | |||
+ | * Cheras: [[penghulu_syed_yahya|Syed Yahya]], anak kepada Syed Idris. Syed Idris berasal dari Acheh, tinggal & dikebumikan di Rekoh (jadi kubur keramat di situ), ada 3 ekar ladang lada hitam (7,000 pokok)). Syed Yahya berkahwin dengan anak Che Ngah Penghulu Cheras. (terjemahan Ashraf Khalid & Akmal Khuzairy Abd Rahman @ IBDE, 2022: [[https:// | ||
+ | | ||
+ | * Kajang & Rekoh: Raja Kahar. Namun pada tahun 1887, atas sebab kurang prestasi (katanya tak tinggal di Rekoh), ditukarkan kepada rakannya, Che Man, atas cadangan [[j_a_g_campbell|J.A.G. Campbell]] (Majistret daerah Ulu Langat). (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 12/08/1886: {{ : | ||
+ | |||
+ | (Sumber: [[https:// | ||
+ | |||
+ | Populasi penduduk Rekoh ketika itu 100 orang. Majoriti penduduk ialah orang Minangkabau, | ||
+ | |||
+ | //"Di Ulu Langat, orang Cina yang paling terkenal ialah Chan Ah Chan yang telah mendapatkan pinjaman daripada sultan untuk membuka lombong dan pada Jun 1876, dia menggaji seramai 300-400 orang. ... Pada Mac 1879, Chan Ah Chan menjadi sasaran aduan yang menyebut beliau " | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | Laporan majistret daerah Ulu Langat, [[j_a_g_campbell|J.A.G. Campbell]]. Selain melaporkan kerosakan [[jalan_reko_sepang|Jalan Reko]] dan projek pembersihan Sungai Langat ketika itu, beliau turut melaporkan statistik hasil bijih timah bagi daerah tersebut (disusun semula mengikut jumlah hasil):- \\ | ||
+ | |||
+ | **Tin Return, October (1885)** | ||
+ | |||
+ | ^ Place ^ Slabs ^ Areas ^ Approximate weight piculs ^ Value per picul ^ Approximate value in Revenue ^ From where exported ^ | ||
+ | | Kajang | 230 | 34 | 125 | $5 | $345 | Kuala Langat | | ||
+ | | Ulu Langat | 189 | 41 | 100 | $5 | $300 | Kuala Langat | | ||
+ | | Reko | 154 | 21 | 84 | $5 | $252 | Kuala Langat | | ||
+ | | Semenyih | 140 | 15 | 43 | $5 | $219 | Kuala Langat | | ||
+ | | Cheras | 64 | - | 35 | $5 | $105 | Kuala Lumpur | | ||
+ | | Cheras | 46 | 5 | 25 | $5 | $45 | Kuala Langat | | ||
+ | |||
+ | Ketika ini Reko masih lagi merupakan antara pengeluar hasil bijih timah yang utama di Ulu Langat, di bawah Kajang dan Ulu Langat. \\ \\ | ||
+ | (Sumber: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 01/10/1885: {{ : | ||
+ | |||
+ | ===== 09. 1884-07-10: Penerokaan Jalan Rekoh-Langat ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Sejak lawatan Frank Swettenham ke Rekoh pada tahun 1875, beliau mencadangkan agar dibuat jalan dari Rekoh ke Langat bagi menggantikan jalan sungai, bagi membawa hasil timah dengan lebih efisyen. Menyahut seruan Frank Swettenham, pasukan pemangku majistret Ulu Langat, Mr. [[g_c_bellamy|George Bellamy]], dengan dipandu oleh seorang orang asli, menjalankan satu ekspedisi mengesan jalan dari Rekoh ke Langat, dari Kampung Simpang Ampat (sekitar Kuala Sungai Semenyih). Setelah 4 jam berjalan dari situ melalui denai orang asli, beliau berpatah balik ke Rekoh kerana kesuntukan masa. Namun beliau dapat mengenalpasti denai yang berpotensi untuk dijadikan jalan, menembusi kawasan paya. (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 10/07/1884: {{ : | ||
+ | |||
+ | Mungkinkah ini denai yang sama yang dikatakan diterokai oleh orang temuan dari Klang, di bawah “Batin Seri Alam” ratusan tahun sebelumnya? (Shahabuddin Ahmad, 1975). | ||
+ | |||
+ | Gambar: Gambaran kasar ekspedisi penerokaan, dari Rekoh (bulatan merah di sebelah kanan sekali) jam 7 pagi. Mereka menaiki sampan (ditanda dengan garisan biru tua) ke bulatan kedua (Kampung Simpang Empat, jam 2 petang). Dari situ mereka berjalan menuju ke bulatan akhir (Kawasan Langat), dan bermalam di suatu lokasi yang tidak diketahui, sebelum pulang semula ke Rekoh (Berdasarkan peta Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: | ||
+ | |||
+ | Latar peta 1904: Peta paling tepat pada zamannya, diusahakan oleh Chief Draftsman W.T. Wood yang bertugas di Survey Department, Kuala Lumpur (beliau turut membuat peta Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dll). Pernah mohon naik gaji pada 11 September 1906 (tangga gaji dia lebih rendah dari Surveyor), bila di bawa ke atas, menurut surat sokongan pihak atasannya: //"Mr Wood's ability and usefulness is well known to Government. It is not necessary for me to write further recommendations"// | ||
+ | |||
+ | Atas sebab yang tidak dapat dipastikan (mungkin hutan paya terlalu luas dan tebal?), jalan tersebut tidak dapat dibina. Pada 15 Ogos 1885, [[j_a_g_campbell|J.A.G. Campbell]] (majistret Hulu Langat) melancarkan projek pembersihan Sungai Langat untuk laluan trafik, bermula dari Rekoh ke hilirnya. Kontraktor yang dilantik bernama Haji Tahir. Pada mulanya kelulusan projek ialah dari Rekoh ke kawasan Kuala Labu dengan kos $1000 (di bawah tanggungan kedua-dua daerah Ulu dan Kuala Langat), pada 23 Mei 1885. Namun pada 1 Ogos 1885 kos tersebut dikurangkan dari $1000 kepada $750, oleh sebab kekangan peruntukan, lalu dipendekkan skopnya, iaitu dari Rekoh ke Kuala Semenyih, kemudian dilanjutkan sedikit ke Simpang Ampat. (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 23/05/1885: {{ : | ||
+ | |||
+ | ===== 10. 1890-an: Perladangan Kopi ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Pada tahun 1880-an, ladang-ladang kopi mula dibuka di Johor, Perak dan Selangor, pada mulanya oleh para pengusaha dari Ceylon. Ladang-ladang kopi terawal di Selangor ialah Weld Hill's Estate dan Batu Caves Estate di Kuala Lumpur, sebelum berkembang ke Ulu Langat menjelang 1890-an (pengusaha perantau Sumatera, Cina), kemudian Kajang (dimulakan oleh pasangan adik-beradik Kindersley Membuka ladang kopi [[https:// | ||
+ | |||
+ | Pada bulan Februari 1896, pemangku pegawai daerah Ulu Langat telah menerima beberapa permohonan pembukaan ladang kopi di sekitar Jalan Reko. Beliau turut mengesyorkan agar pihak kerajaan mewartakan keseluruhan kawasan hutan terbiar di situ, terutamanya kawasan hutan paya yang dianggap " | ||
+ | |||
+ | Sekitar 1896, pengurus Batu Caves Estate, [[e_b_skinner|E.B. Skinner]], meletakkan jawatannya berikutan perancangan pembukaan ladang kopi di Rekoh dengan rakan-rakan kongsinya (The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (Weekly), 21 January 1896, Page 4: {{ : | ||
+ | |||
+ | Pada bulan Mac 1896, penama-penama bagi permohonan ladang-ladang tersebut telah disiarkan, iaitu F. Baptist (F.B.) Hicks, [[e_b_skinner|E. B. Skinner]], Arthur Acland (A.A.) Allen, dan E.J. Allen ([[west_country_estate|West Country Estate]]), G.F.S. dan [[m_s_parry|Methold Sidney (M. S.) Parry]] ([[belmont_estate|Belmont Estate)]], dan Kindersley ([[ladang_kindersley|Reko Hill dan Sungai Reko Estate, diikuti beberapa lagi ladang lain)]] (The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (Weekly), 17 March 1896, Page 13: {{ : | ||
+ | |||
+ | Sebelum ini, pada 24/12/1895, F.B. Hicks bersama rakan-rakan kongsi beliau di sini (Allen, [[e_b_skinner|Skinner]], | ||
+ | |||
+ | Namun menjelang awal tahun 1900-an, hasil kopi jatuh merudum disebabkan saingan kopi Brazil serta serangan penyakit (Voon Phin Keong @ Malaysian Journal of Chinese Studies, Volume 2, No.2, 2013: {{ : | ||
+ | |||
+ | Gambar: Peta kawasan Kajang-Rekoh-Bangi, | ||
+ | |||
+ | Latar peta 1904: Antara peta paling tepat pada zamannya (yang ada dijumpai), diusahakan oleh Chief Draftsman W.T. Wood yang bertugas di Survey Department, Kuala Lumpur (beliau turut membuat peta Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dll). Pernah mohon naik gaji pada 11 September 1906 (tangga gaji dia lebih rendah dari Surveyor), bila di bawa ke atas, menurut surat sokongan pihak atasannya: //"Mr Wood's ability and usefulness is well known to Government. It is not necessary for me to write further recommendations"// | ||
+ | |||
+ | ==== 10A. Jalan Reko-Sepang (1891-1920-an) ==== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Sementara itu, berikutan pembukaan ladang-ladang yang kian pesat ketika itu, pada 28 Mei 1891, atas arahan [[h_f_bellamy|H.F. Bellamy]], Superintendent Public Works Department negeri Selangor, suatu ekspedisi dijalankan oleh Mr. Van Royen, Acting District Superintendent Public Works Department bagi daerah Ulu Langat, bagi meneroka denai menghubungkan Sepang dengan Reko: //"On the top of B. Tunggoh is a cairn of stones which marks the angle between the boundary line from Berhentian Kepong to Bt. Tunggoh and from there to Ulu Seppang. It is difficult to say from the Map which is Tunggoh and which is Tunggoh S'jaga but I have no doubt some one at Reko can tell you. Reko is the nearest point on the main road and a start had better be made from there following down either side of the river found most suitable and going in between the Tunggohs or better if it avoids the rivers and consequent large bridges below Bt. Tunggoh S'jaga and cross the river below Kualas Semonnieh, Beranang and Jinderam. At Seppang you will find a very large Chinese population and a large pepper plantation area?: It would be advisable to go as near Labu without crossing the Boundary as you can. The Labu is an " | ||
+ | |||
+ | Sekitar tahun 1893-1894, jalan ini mula dibina. Pada waktu yang sama, di dalam suatu laporan oleh [[https:// | ||
+ | |||
+ | Namun begitu perbincangan mengenai pewartaan "Reko Woods" ini hanya berlaku kira-kira 9 tahun kemudian (1905). Berlaku konflik di antara pemangku pegawai daerah Ulu Langat (pengeluaran hasil, juga kuari, di sepanjang Jalan Reko-Sepang itu) dan Jabatan Hutan (diwakili oleh [[a_b_stephens|Arthur Bligh (A.B.) Stephens]]) (simpanan hutan di kawasan yang sama). (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 20/12/1905: {{ arkib: | ||
+ | |||
+ | Akhirnya kawasan seluas 2,338 ekar (946 hektar) diwartakan kira-kira pada 31 Disember 1906 (Nombor Warta: 827). Waktu itu Rekoh sudah tidak wujud lagi, jadi namanya bertukar dari "Reko Woods" kepada "Bangi Forest Reserve" | ||
+ | |||
+ | Gambar:- \\ | ||
+ | **Kiri**: Keadaan Jalan Reko-Sepang (ditanda merah), sekitar tahun 1904. [[awal_bangi|Pekan Bangi]] telah pun dibuka dan kini ditandakan di dalam peta. Bahagian jalan dari kawasan Sungai Buah hingga ke Sepang ditanda sebagai //"Six Foot Track"//, | ||
+ | **Kanan**: Jalan Reko-Sepang secara kasar (ditanda merah), setelah siap, sekitar tahun 1929. Ia melewati bahagian barat Bukit Tunggul, menelusuri sebelah negeri Selangor, melalui Jenderam dan Salak. Mungkin perubahan laluan ini sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh perancang awalnya (H.F. Bellamy), yang mengatakan denai yang asal itu melalui kawasan Sungai Ujong (sukar dari segi pentadbiran projek dan selenggaraan), | ||
+ | ===== 11. Akhir 1890-an: Kejatuhan Hasil Timah ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Sementara itu perlombongan masih pesat dijalankan, terutamanya di kalangan pengusaha Cina, contohnya Loke Yew di Kajang (1897). Jaringan jalan raya turut pesat dibina, bagi memudahkan pengangkutan hasil timah: Kuala Lumpur-Kajang (1888), ke Semenyih, Bangi, Broga (1890). Namun sebenarnya mulai 1896 hasil timah bagi seluruh daerah Ulu Langat mula merudum, akibatnya pada akhirnya kawasan-kawasan lombong ini semakin ditinggalkan. (Voon Phin Keong @ Malaysian Journal of Chinese Studies, Volume 2, No.2, 2013: {{ : | ||
+ | |||
+ | Namun begitu, kegiatan lombong di Rekoh masih bertahan beberapa lama:- | ||
+ | |||
+ | * Tahun 1898 masih mencatatkan aktiviti perlombongan di sekitar Sungai Rekoh (K. G. Tregonning @ Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, Vol. 36, No. 1 (201) (May,1963): {{ : | ||
+ | |||
+ | * 15 September 1900: Mr. Hicks, salah seorang pemilik ladang West Country Estate, melombong di tanah seluas 25 ekar di Sungei Tankie, mukim Kajang (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 15/09/1900: {{ : | ||
+ | |||
+ | * Pada 1924-02-15, terdapat permohonan untuk perlombongan di Lembah Reko seluas 186 ekar, oleh Messrs A.H. Elowerdew and E.W. Tyler (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 15/02/1924: {{ : | ||
+ | |||
+ | Gambar: Sebahagian peta 1898, dengan kawasan-kawasan lombong di daerah Ulu Langat ketika itu (John van Cuylenburg, Edward Stanford, The Straits Branch of the Royal Asiatic Society Singapore, 1898 @ Geographicus: | ||
+ | |||
+ | ===== 12. 1890-an: Kejatuhan Rekoh ===== | ||
+ | |||
+ | {{arkibgambar: | ||
+ | **Pelan tanah Kampung Reko, 1898.** | ||
+ | |||
+ | Seiring dengan kemerosotan hasil timah, dan perkembangan perladangan kopi, Rekoh mula terbengkalai: | ||
+ | |||
+ | Ketika ini juga Tokong Shen Sze She Yar (tertua di Kajang), dipindahkan dari Rekoh ke lokasinya sekarang di Kajang (Hanna Hussein @ New Straits Times, December 19, 2019: {{ : | ||
+ | |||
+ | Pada 26/03/1897, bangunan [[rekoh# | ||
+ | |||
+ | Gambar: Suatu tinjauan dan bancian semula di Kampung Reko, untuk tujuan pengeluaran semula geran-geran pemilikan tanah penduduknya ketika itu, yang telah lama tidak terurus. Geran-geran tanah yang pernah dikeluarkan di antara 1883-1889 semuanya telah terbatal, berikutan kematian atau penghijrahan pemegang gerannya. Menurut laporan tinjauan, suatu kebakaran yang agak besar pernah berlaku beberapa tahun sebelum ini (Mungkin kesan-kesan kekacauan pada tahun 1890? - Khairil sedang gali telaga ini). Antara yang musnah di dalam kebakaran ini ialah rumah [[penghulu_syed_yahya|Syed Jahya / Yahya (Penghulu Cheras)]] dan Anjong bin Amat (yang turut memiliki 6 lot tanah di sini). Berikut adalah hasil tinjauan serta pelan tanah yang dilakarkan. | ||
+ | |||
+ | ^ Section ^ Lot ^ Claimant ^ Nature of Title ^ Recommendation ^ | ||
+ | | I | 2 | [[rekoh# | ||
+ | | | 3 | [[penghulu_syed_yahya|Syed Jahya (Penghulu of Cheras)]] - no title, but [[penghulu_syed_yahya|Syed Jahya]] appears to have held the land for very many years: formerly built on, but the house was destroyed by fire some years ago; no record of any rent having ever been paid. | Issue Grant to [[penghulu_syed_yahya|Syed Jahya]]: no premium, rent $1/- per annum. | | ||
+ | | | 5 | Anjong bin Amat - Temporary License Formerly contained a house, since destroyed by fire. - Issue Grant no premium, rent $1/- per annum. | | ||
+ | | | 6 | Sulop | Temporary License. Appears to have been held originally under Agreement 71/84, since cancelled by Notification in the Gazette. | do | | ||
+ | | II | 1 | Anjong bin Amat | Temporary License | Issue Grant to Anjong; no premium rent $1/0 per annum. | | ||
+ | | | 2 | Anjong bin Amat | do | do | | ||
+ | | | 3 | Anjong bin Amat | do | do | | ||
+ | | | 6 | Saleh | Temporary License | Issue Grant to Saleh; no premium, rent $1/- per annum. | | ||
+ | | | 7 | Anjong bin Amat | do | Issue Grant to Anjong; no premium, rent $1/- per annum. | | ||
+ | | | 8 | Anjong bin Amat | do | do | | ||
+ | |||
+ | Hasil tinjauan ini turut menemui 2 buah rumah yang terletak di tebing Sungai Langat, milik Ja Pahlawan (sebelumnya Haji Daud) dan Haji Abdullah. Mereka akan ditawarkan lot kosong di dalam pelan, tetapi dibenarkan terus mendiami rumah-rumah sedia ada tersebut: //" | ||
+ | |||
+ | (Sumber: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 20/06/1898: {{ : | ||
+ | |||
+ | ==== 12A. Lokasi Rekoh Kini? ==== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | Kemungkinan kawasan Rekoh, kini? Tekaan: Bulatan merah, berdasarkan pelan Kampung Rekoh, terletak betul-betul di tebing timur Sungai Langat, di lengkok ke kiri (mudik). Bucu atas deretan sebelah kiri hanya 10 meter sahaja dari tebing sungai (berdasarkan lebar rizab jalan 1 chain (~20m), dan ditandakan sebagai kawasan banjir (berdasarkan gambar Chang Kheng Fatt @ Chester Properties Sdn Bhd, 15/10/2023: {{ : | ||
+ | |||
+ | Lain-Lain hal:- | ||
+ | |||
+ | Pada 1896-10-17, kontrak jawatan Datoh Dagang Jawa Rekoh, Ali Mustapha, dilanjutkan sehingga 30 April 1897 (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 17/10/1896: |" | ||
+ | |||
+ | Pada 1903-11-30, terdapat tanah milik pekebun kecil tempatan di pinggir Belmont Estate, milik Rasat bin Nakhoda Omar (direkod dalam pindaan geran). (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 30/11/1903: {{ arkib: | ||
+ | |||
+ | ===== 13. 1900-an: Tanaman Getah ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Tanaman getah komersial terawal dirintis oleh pasangan adik-beradik Kindersley atas cadangan H.N. Ridley pada tahun 1896 di ladang Inch Kenneth, Kajang. Kejayaan ini menjadi galakan kepada mereka serta pengusaha lain untuk membuka ladang-ladang getah di sekitar Kajang (Balgownie, Paradise), Rekoh ([[west_country_estate|West Country]], [[belmont_estate|Belmont]]), | ||
+ | |||
+ | Menjelang 1900-an, Kajang dan [[rekoh|Rekoh]] telah menjadi antara kawasan ladang getah terawal di Selangor, didominasi oleh peladang Eropah secara kolektif. Mereka kemudiannya menubuhkan Persatuan seperti Kajang Branch of the Planters' | ||
+ | |||
+ | Malah pada 1911-05-10, terdapat cadangan padang golf seluas 30 ekar di sekitar Jalan Reko (2 1/2 batu ke selatan Kajang): //"a proposal is now under consideration by the European Residents in Ulu Langat district for the formation of a new Golf Course with Club House - stables etc just 2 1/2 miles out of Kajang on the Reko road. ... The proposed site is a block of about 30 acres of undulating land at present forming part of the Kajang Rubber Companys property..."// | ||
+ | |||
+ | Sekitar akhir tahun 1912, sebuah hospital khas untuk pekerja-pekerja ladang di sekitar Rekoh telah dibina, dan diuruskan secara usahasama di antara syarikat-syarikat perladangan di situ, di bawah The Reko Hospital Association Ltd:- | ||
+ | |||
+ | * **1912-07-08**: | ||
+ | |||
+ | * **1913-05-14**: | ||
+ | |||
+ | * **1915-06-30**: | ||
+ | |||
+ | Gambar: Ladang West Country dan Belmont, sekitar awal 1900-an. Pokok kopi atau getah? Sebelah mana (bukit landai di ufuk)? //" | ||
+ | |||
+ | ===== 14. Pengakhiran Rekoh ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Menjelang 1900-an, pekan terdekat dengan kawasan Rekoh, Kajang, mula berkembang pesat sebagai pusat ekonomi serta pentadbiran British bagi kawasan selatan Selangor. Hal ini menyebabkan Rekoh mulai terpinggir dan akhirnya menjadi sebahagian daripada ladang-ladang estet yang dibuka besar-besaran ketika itu, untuk tujuan tanaman kopi dan kemudiannya getah. Pekan dan perkampungan Rekoh beransur lenyap dan semakin dilupakan, sehingga tiada kesannya lagi kini: //" | ||
+ | |||
+ | Gambar: **Kiri**: Peta tahun 1904 (Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: | ||
+ | **Kanan**: Peta kini ([[https:// | ||
+ | |||
+ | ===== 15. Ringkasan ===== | ||
+ | |||
+ | {{: | ||
+ | |||
+ | Ringkasan:- | ||
+ | |||
+ | * Sehingga 1700-an: Penerokaan dan pendudukan orang Temuan | ||
+ | * 1700-1800-an: | ||
+ | * 1800-an: Perlombongan perantau Sumatera | ||
+ | * 1870-an: British mula bertapak dan campurtangan | ||
+ | * 1880-an: Pentadbiran British: Sistem pengangkutan | ||
+ | * 1890-an: Perladangan kopi, kejatuhan Rekoh | ||
+ | * 1900-an: Perladangan getah, kehilangan Rekoh | ||
+ | |||
+ | Gambar: Peta kawasan Kajang-Bangi-Semenyih, | ||
+ | |||
+ | Soalan dan perbincangan: | ||
+ | |||
+ | **Nota Kaki Penuh: Sila rujuk laman rencana utama: [[rekoh|Rekoh]]**. | ||
+ | |||
+ | ===== Rakaman Sesi Live ===== | ||
+ | |||
+ | {{url> | ||