User Tools

Site Tools


start

This is an old revision of the document!


Cebisan Sejarah Bangi

Koleksi beberapa peristiwa di sekitar Bangi, yang ada direkodkan dalam sumber-sumber setakat yang dapat diperolehi di Internet. Disusun menurut kronologi keratan-keratan akhbar di NewspaperSG, sebuah arkib digital akhbar-akhbar tempatan yang beribu pejabat di Singapura sejak tahun 1827. Koleksi ini dikelolakan oleh National Library Board (NLB) of Singapore. Pada setiap keratan, selain ringkasan liputannya, ditambahkan juga beberapa nota dan ulasan ringkas mengenai perkara atau tempat yang berkaitan, berdasarkan makalah-makalah dan kertas kerja para ilmuwan dan pengkaji sejarah, setakat yang ada di Internet sahaja.

Pengakuan Penting: Kami Bukan Ahli Sejarah!

Perlu ditekankan, kami bukan ahli sejarah! Semua ini hanya sekadar kumpulan cebisan maklumat sejarah kawasan Bangi dan sekitarnya, setakat yang ditemui di Internet sahaja. Maka sudah pasti ianya amat tidak lengkap dan tidak menyeluruh. Perlu diingatkan juga, setiap sumber yang dinyatakan di sini adalah dari sudut pandang dan kecenderungan para ilmuwan, pengkaji, wartawan dan editor akhbar, bermula dari awal kurun ke-20 (zaman kolonial British), sehingga kini. Kami cuba menyampaikan kesemuanya secara objektif, namun perlulah juga diakui, kami juga ada kecenderungan kami sendiri, dan pasti ianya terserlah jua dalam ulasan kami. ;-) Anggaplah ini sebagai usaha pemula: selebihnya perlulah digali dari sumber-sumber berwibawa yang lain, seperti di arkib-arkib perpustakaan, muzium, atau pejabat (awam atau persendirian), termasuklah juga sejarah lisan para penduduk asalnya. Sebaiknya, semua usaha ini harus dirujuk atau diusahakan bersama para ahli/pakar bidang sejarah. Aktiviti sebegini seharusnya terus giat dijalankan dan disebarluaskan oleh sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan di sekitar Bangi.
Bangi (Baru), dari puncak bukit Mutiara Bangi
Gambar: Pemandangan dari puncak bukit Mutiara Bangi. Dari kiri: Kg Sg Tangkas (sayup kelihatan bukit-bukau Semenyih (Broga?) di belakangnya), GMI / Alam Sari, dan UKM.

Sebagai pelengkap pengakuan ini, silalah baca artikel-artikel berkaitan ini, untuk peringatan kita bersama:-

Jika ada sebarang pembetulan, cadangan, maklumbalas, dsbgnya, silalah hubungi kami di sini. Semoga bermanfaat!

Keratan Akhbar

Rujukan Pensejarahan Bangi dan Sekitarnya di Internet

Senarai rujukan utama pensejarahan Bangi dan kawasan sekitarnya di Internet:-

Sumber
Kitab Tawarikh 2.0 |"Kitab Tawarikh 2.0" (Harith Faruqi Sidek, 2005-kini)
BIODATA DR SHAFIE ABU BAKAR |"Dr Shafie Abu Bakar" (Dr Shafie Abu Bakar, 2007-kini)
SEJARAH BANGI - Sejarah Awal Bangi |"SEJARAH BANGI - Sejarah Awal Bangi" (Faizal Hj Zainal, 2008)
Bandar Baru Bangi |"Bandar Baru Bangi" (Muhammad Hasan Bashri, 14 Oktober 2009)
Bangi tempat putera terbuang |"Bangi tempat putera terbuang" (Bennie Zie Fauzi @ Berita Harian, 2015 - turut ditemubual: Faizal Hj Zainal dan bapa beliau, Zainal Harun).
Sejarah Pekan dan Bandar Baru Bangi : Bandar Ilmu Yang Islamik |"Sejarah Pekan dan Bandar Baru Bangi : Bandar Ilmu Yang Islamik" (Namri Sidek @ Illuminasi, 20 Mar 2018).
"Selangor 10" → Posts → Search: Bangi.
A Short History of Ulu Langat to 1900 "A Short History of Ulu Langat to 1900" (J.M. Gullick, 2007)
Sejarah Ulu Langat (termasuk sekitar Bangi dan Kajang). Mengandungi peta daerah Ulu Langat tahun 1894 (kawasan Bangi ditanda dalam kotak biru, bersama peta Google Maps untuk perbandingan):-
Lakaran peta daerah Ulu Langat @ 1894Peta kawasan Bangi di Google Maps
Unravelling Kajang’s past heritage
#JOM! GO: More than satay
Kajang kaya warisan sejarah
Kajang Heritage Centre - Projek arkib pensejarahan Kajang, sejak tahun 2000. Maklumat lanjut:-
1. Kurniawati Kamarudin @ Bernama, 24 Disember 2019: |"Unravelling Kajang’s past heritage"
2. Hanna Hussein @ NST, December 19, 2019: |"#JOM! GO: More than satay"
3. Rozdan Mazalan @ Berita Harian, 29 September 2019: |"Kajang kaya warisan sejarah"
History of Kajang |"History of Kajang" (Eric Lim, 2020)
Ringkasan sejarah Kajang, oleh seorang sukarelawan muzium.
start.1612021050.txt.gz · Last modified: 2021/01/30 23:37 by sazli