User Tools

Site Tools


sejarahbangi-1965-1969

Keratan Akhbar Berkaitan Bangi: 1965-1969

1965-01-13: Sekolah Anika Jurusan

Sebanyak 210 daripada 300 orang murid darjah enam Sekolah kebangsaan daerah Kajang melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di Sekolah Anika Jurusan dalam Sekolah Menengah Melayu Kajang, lapor guru besarnya, Cikgu Awalluddin bin Malulod. Sebahagian ibu bapa, termasuk En. Othman Ali, seorang penoreh getah dari Bangi, mengadu tidak mampu membayar perbelanjaan seperti buku dan tambang ke sekolah tersebut untuk anak beliau.

NOTA: “Sistem Pendidikan Aneka Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata pelajaran aneka jurusan di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah tangga, Sains Pertanian dan Perdagangan.” (Laporan Abdul Rahman Talib @ Wikipedia). |Sesi pertama bermula pada 10 Januari 1965. Ketua Pegawai Penasihat Pelajaran ketika ini ialah En Aminuddin Baki.

1965-02-25: Peladang Kelapa

Persatuan Peladang Batu 5 Mukim Bangi, diketuai oleh Dato' Dagang Taslim bin Haji Sarkawi mendesak bantuan penuh penanaman semula kelapa, sebagaimana ladang getah.

1965-11-28: Cikgu A.P. Richards

Di dalam majlis penyampaian hadiah tahunan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Kajang, salah seorang gurunya, Puan A.P. Richards mendedahkan faktor sebahagian besar (50 peratus) murid-murid beliau gagal peperiksaan adalah disebabkan “kurang pimpinan dan makanan”, antaranya hadir ke sekolah dalam keadaan lapar dan dahaga, tiada buku dan alatulis, serta tidak cukup bimbingan ibu bapa (disebabkan kemiskinan), bukan kerana mereka tidak pintar. Beliau menyeru pihak pimpinan daerah, estet, dan kampung turut memikirkan penyelesaian masalah ini.

Pada zaman itu ramai di kalangan masyarakat (termasuk di luar bandar seperti Bangi) cenderung menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris di bandar (contohnya sekolah ini), walaupun jauh dari kediaman mereka, demi peluang pekerjaan yang lebih baik kelak.

NOTA: Sedikit maklumat berkenaan Puan A.P. Richards, serta komuniti migran Tamil dari Jaffna, Sri Lanka secara umum:-

One of the government service the Jaffna Tamil community excelled in the past and continued to do so at present is the teaching service. Among the community, teaching is considered an honourable and noble profession in line with the saying Matha, Pitha Guru, Theivam. Therefore, it is not surprising that some of the early Jaffna Tamil settlers of Kajang were teachers.

A significant number of them took up the teaching position in Kajang in the late 1940s, just as more schools were opened just after the Japanese occupation of Malaya. Among the pioneers was Mr. Mayilvaganam, who joined the profession as an English teacher at the Kajang High School (KHS). During the Japanese occupation, he even took up Japanese language. Others who served as teachers at KHS in the 1950s were Tambiah (Maths), Sivaraja (Science), Mr. Selvanayagam (reminds students who cannot recall American Independence year 1776 to remember his car number plate B 1776), H.A. Rajadurai, P.D. Rajadurai and Pathmanathan (Maths and Cricket coach).

Several Jaffnese Tamils teachers excelled further and also served as Principals of Kajang High School in the 1950s and 1960s. They were Mr. Ponniah, Mr. Kandiah, Mr. Vaniasingam and Mr. Vivekananda.

In addition to KHS, the Jaffnese Tamils also played important role in the development of other schools in Kajang. Mr. A. Jeyaratnam, Ms. Stella Richards, Mr. E. Vamadevan and Mr. Balachandran (Kirkby trained English teacher and cricket player) joined the teaching service in the 1960s and served at the Kajang Primary School, located just beside the KHS. Mrs. A.P. Richards served as the Headmistress of this primary school in the 1960s. Others who started their teaching careers in 1960s were, Mr. S. Indran, Mr. Karthigesu, Mr. T. Sathyaseelan and Mr. Subramaniam at Yu Hua Secondary School and Mr. Thurairajah at Sg Chua Chinese Primary School. Mr. T. S. Theesan and Mr. Durairajah taught at SM SAAS. Other prominent teachers were Mrs. Somasundram, Mr. Richard, Mrs Francis, Mrs. Vamathevan (wife of JCS EX President), Mr. Somasundram, Ms. Irene Salenthira, Ms. Caroline Bastiampillai and Mr. Veerasingam.
” (T. Sathyaseelan and R. Nesaratnam @ Pathfinder 2016, Koperasi Jaffnese Berhad: |"JAFFNA TAMILS EXCELLED AS TEACHERS IN KAJANG, SELANGOR" (PDF)).

1965-11-28: Cukai Pintu

Penduduk Sungai Kantan, Kajang memohon cukai pintu diturunkan, sebagaimana di kampung baru Sungai Chua, Bangi, dan Dengkil.

1966-01-01: Bantuan Dana Sekolah Estet

Pihak kerajaan pusat memberi bantuan dana $14,000 untuk sekolah estet Prang Besar dan $7,000 untuk sekolah estet Bangi. Derma disampaikan oleh En. Shariff Ahmad, setiausaha politik Menteri Pelajaran, En. Mohamed Khir Johari.

1966-06-27: Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK)

Dewan Orang Ramai Kajang tidak dapat menampung 6,000 orang yang berkunjung dari kawasan sekitar (termasuk Bangi), untuk menyaksikan upacara penutup Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK), menyebabkan kekecohan pada malam itu. Sebelum ini, upacara ini dijalankan di padang terbuka. Kali ini, dewan tersebut dipenuhi “orang2 kaya dan berkad khas” sahaja. Speaker Dewan Negeri Selangor, Dato Abdullah Yasin turut berucap di dalam majlis tersebut.

NOTA: “Bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an. Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996),Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998).Akhirnya pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN).” (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017: |"BULAN BAHASA KEBANGSAAN").

1966-11-17: Penyakit Ganjil di Maahad Hamidiah

13 daripada 32 orang pelajar diserang penyakit ganjil di asrama Sekolah Maahad Hamidiah, dan dibawa pulang ke rumah masing-masing (antaranya di Bangi).

NOTA: “Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah mula ditubuhkan pada tahun 1977. 14 tahun sebelum diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah ini di bawah kelolaan Kerajaan Negeri dan Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri. Pada masa itu, SMKA Maahad Hamidiah dikenali dengan nama Sekolah Menengah Arab Pekan Kajang atau Sekolah Arab Kajang. Para pelajar pada masa itu berjumlah 121 dari tingkatan 1 hingga 4. Manakala kakitangan akademiknya adalah seramai 7 orang iaitu Encik Amir Khatim, Encik Tahar Husin, Puan Jemaah Saadon, Puan Saedah Sani, Puan Salihah Abdul Aziz, Puan Rohiyah @ Zainab Haji Taib dan seorang guru lagi. Pengetuanya yang pertama ialah Tuan Haji Abdul Aziz Andik Achok. Pengasas sekolah ini ialah Ustaz Haji Abdul Hadi Abdul Hamid, yang berasal dari Sumatera, Indonesia. Beliau menubuhkan sekolah ini pada tahun 1963. Bangunan asal sekolah ini terletak di Batu 14, Cheras bertentangan dengan Masjid Jamek, Kajang. Bermula 16 September 1984, pentadbiran SMKA Maahad Hamidiah telahpun berpindah ke kawasan baru yang bertempat di Jalan Sungai Ramal Luar, Kajang.” ( Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah @ Wikipedia )

1968-01-16: Saluran Bekalan Air Terbengkalai

Aduan penduduk Kampung Bahagia Bangi mengenai pembinaan saluran bekalan air yang terbengkalai di kampung mereka.

1968-01-17: Peneroka Tanah Haram

Tanah seluas 26 ekar telah diterokai secara haram untuk ditanam sayur oleh beberapa orang di sekitar Batu 31 Jalan Bangi-Sepang.

1968-03-23: Persatuan Belia Ulu Langat

Persatuan Belia Ulu Langat aktif semula setelah setahun. Pimpinan lama, En. Mohd Lot dan Cikgu Noraishah Sujak mengadakan simposium gerakan belia pada 24 Februari. Antara pesertanya ialah wakil-wakil kelab belia Bangi, disokong oleh Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC). Pada 10 Mac, gotong royong menuai padi diadakan. Perancangan seterusnya ialah gotong royong tanaman sayur-sayuran pada 23 Mac.

1968-05-26: A Wahab Ali

Pada 20 Mei 1968, budayawan kelahiran Bangi, A Wahab Ali masuk sebagai mahasiswa di Universiti Malaya. Beliau menceritakan usaha beliau untuk lulus peperiksaan Higher School Certificate (HSC), dan juga terpaksa menunda pernikahan beliau pada 14 April lalu, untuk mendapat tempat di universiti. Ketika ini beliau sedang menyiapkan novel berjudul “Pemburu”.

A. Wahab Ali @ 1968A. Wahab Ali @ 2000
A Wahab Ali (Kiri: 1968, Kanan: 2000)

NOTA: Sedikit maklumat berkenaan asal-usul dan sejarah tokoh budayawan kelahiran Bangi, A Wahab Ali:-

Sumber (selain keratan akhbar ini):-

  1. Perihal ringkas oleh Dewan Bahasa dan Pustaka:-
  2. Perihal asal-usul oleh Abdul Halim Shah dan Hafiz Ali (adik kpd A Wahab Ali - rujuk ruangan komen):-

1968-06-22: Azmira Sa'adon

Azmira Sa'adon ialah seorang penulis yang berasal dari Kampung Batu Lima Bangi. Ketika ini beliau berumur 20 tahun (lahir 1948), dan dikhabarkan selalu menulis di surat-surat khabar dan majalah, tetapi tidak pernah disiarkan. Beliau bersama 2 lagi dari Pusat Latihan Angkatan Belia Pelopor Negara Dusun Tua Ulu Langat (kini |Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua), Ramlan Abdullah (21 tahun) dan Abdul Karim Mustaffa (19 tahun), telah dipilih oleh Kementerian Budaya dan Sukan untuk menyertai bengkel penulis di Pusat Akhbar Asia Tenggara, Jalan Ampang (kini |Malaysian Press Institute (MPI)).

Azmira Sa'adon, 1968

NOTA: Pada 1 Jun 1969, beliau dilantik sebagai Yang di-Pertua Persatuan Belia Jiwa Semangat Batu Lima, Bangi. Setelah itu, belum ada maklumat lain yang dapat diperolehi mengenai beliau sehingga kini.

1968-07-24: Pembukaan SRJK(T) Ladang Broome

Tarikh Butiran Keratan
Sekolah baru 1968.07.24 "Sekolah baru". Berita Harian, 24 July 1968, Page 10

Menteri Muda Pelajaran, En. Lee Siok Yew merasmikan pembukaan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Broome, Bangi.

1969-06-02: Persatuan Belia Jiwa Semangat

Laporan mesyuarat agung ke-7 |Persatuan Belia Jiwa Semangat Batu Lima, Bangi, antaranya menggiatkan lagi pertanian dan ternakan ikan darat. Selain itu, antara keputusan pemilihan persatuan: En. Azmira Sa'adon dipilih sebagai Yang di-Pertua, En. Sallehuddin Hasan sebagai Naib Yang di-Pertua, dan En. M. Said Jamal sebagai setiausaha.

1969-09-03: Rompakan di Ladang Sungai Merab

Seorang peladang di Ladang Sungai Merab, En. K. Nagaya, telah dirompak oleh sekumpulan pemuda. Mereka kemudiannya berjaya diberkas.

Lokasi Ladang Sungai Merab kini
Lokasi Ladang Sungai Merab kini.

1969-11-23: Pendalaman Sungai Semenyih

Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato Harun Idris mengumumkan perancangan projek pendalaman Sungai Semenyih sepanjang 14 batu, dari Ulu Semenyih ke Bangi, bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di daerah Ulu Langat.

NOTA: Projek ini adalah antara pelbagai usaha kawalan banjir di Sungai Semenyih, yang masih diteruskan sehingga kini:-

  • “Pada suatu masa dahulu, iaitu tahun-tahun sebelum 1965, kawasan hilir sungai Semenyih merupakan kawasan limpahan banjir. Banjir sering berlaku di tebing-tebing sungai. Contohnya di kawasan Kampung Sungai Purun, Kampung Batu Tiga dan Rinching Hilir. Kini, banjir tidak berlaku lagi kerana sungai Semenyih telah diluruskan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS) dan terbinanya sebuah empangan di hulu sungai Semenyih.” (Wikipedia).

  • Kejadian banjir terus berlaku, dan antara kemuncaknya ialah pada tahun 2016:-
  • Berikutan itu, Pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Semenyih dilancarkan pada 1 November 2016, dan telah siap pada pertengahan tahun 2018:-
  • Namun ia masih tidak dapat menyelesaikan masalah sepenuhnya: Banjir akibat limpahan tebing Sungai Semenyih masih dilaporkan dari semasa ke semasa:-

Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

sejarahbangi-1965-1969.txt · Last modified: 2021/01/16 10:35 by sazli