User Tools

Site Tools


sejarahbangi-1960-1964

Jadual Kandungan

Keratan Akhbar Berkaitan Bangi: 1960-1964

1960-05-09: Kursus Ketua Kampung

Kursus ketua-ketua kampung dari seluruh Selangor (termasuk Bangi, Jenderam, Sungai Ramal, Kajang, dll), dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Negeri Selangor di Kuala Lumpur.

NOTA Kemungkinan kursus ini adalah susulan pelancaran Buku Merah beberapa hari sebelumnya (6 Mei 1960) oleh Tun Abdul Razak (ketika itu beliau adalah Menteri Pembangunan Luar Bandar yang pertama), suatu rancangan pembangunan kampung secara sistematik melalui 3 peringkat, iaitu peringkat Pusat, Negeri dan Daerah. (Kementerian Pembangunan Luar Bandar, 2020: |"Latar Belakang Pembangunan Luar Bandar").
Buku Merah
Buku Merah (Gambar: Muzium Negara)
Maklumat lanjut: Hasnah Hussiin, 2010: |"TRANSFORMASI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DI MALAYSIA 1960-2010".

1960-05-31: Jambatan Dibaiki

Jalan Kajang-Bangi ditutup selama 2 minggu (20 Jun - 4 Julai) untuk kerja-kerja baik pulih jambatan.

1960-07-27: Sahabat Pena

Tarikh Butiran Keratan
SAHABAT PENA 1960.07.27 "SAHABAT PENA". Berita Harian, 27 July 1960, Page 6

Seorang anak muda Jenderam / Bangi mencari sahabat pena melalui ruangan khas / “feature” di dalam Berita Harian.

1960-09-22: Permohonan Warganegara

Maklumbalas terhadap aduan beberapa orang warga Dengkil, Beranang, dan Bangi yang tidak dapat membuat permohonan warganegara disebabkan ketiadaan borang atau pegawai, serta tidak cukup maklumat mengenainya, di pusat-pusat pendaftaran. Pihak berwajib menjelaskan punca sebenar, iaitu tunggakan kerja disebabkan terlalu banyak permohonan, serta diproses oleh pegawai yang tidak berpengalaman.

NOTA: Kemungkinan lambakan permohonan ini berlaku apabila kad pengenalan untuk Persekutuan Tanah Melayu mula dikeluarkan hampir 2 bulan sebelumnya, iaitu pada 2 Ogos 1960. (Jabatan Pendaftaran Negara, 2016: |"Sejarah").

1960-10-19: Kursus @ Kg Batu 5 Bangi

Tarikh Butiran Keratan
Berkursus 1960.10.19 "Berkursus". Berita Harian, 19 October 1960, Page 5

Penduduk kampung mengikuti kursus tatarakyat di sebuah sekolah agama di Kampung Batu 5, Jalan Bangi.

NOTA 1:
Kampung Batu 5, Jalan Bangi
“Kampung Batu 5, Jalan Bangi terletak di Bangi, Selangor. Tahun 1940-an nama kampung ini ada tercatat di dalam geran tanah penduduk tertua kampung ini. Rata-ratanya penduduknya adalah berbangsa Jawa dari suku kendal dan karanganyar di Jawa Tengah. Kini tahun 2004 mereka yang tertua di kampung ini yang bertanggungjawab membangunkan kampung ialah Tn. Hj. Sangit Bin Jamal (PJK) (Ketua Kampung), di samping Tn. Hj. Noh (Imam), Tn. Hj. Rawi (Imam),Tn. Hj Hamdani Saw@ As-Sanussi(Bilal) Tn. Hj. Mustanir (Setiausaha Surau/amil), Cikgu Tn. Hj. Kahar (Pengerusi Surau), En. Ahmad Delowo (Amil 2) dan Tn. Hj. Keliwoon (j/k kampung). Nama-nama mereka ini jika disebut sahaja semua orang kampung akan kenal kerana jasa mereka membangun dan merancang kemajuan kampung batu 5 Bangi.” (Wikipedia). Namun tidak diketahui di mana terletaknya sekolah agama ini (yang ada di Google Maps, cuma Sekolah Agama Kampung Batu 3), dan apakah sejarah serta kesudahannya. Mungkin boleh ditanyakan kepada warga yang disebut di atas.

NOTA 2: Maklumat lanjut tentang kursus tatarakyat ini:-

1960-11-08: Bah Se-Malaya

Banjir seluruh Malaya di musim tengkujuh. Antara kesan yang dilaporkan ialah di Batu 19 Jalan Bangi (paras banjir 11 inci, dan masih naik).

1961-03-12: Kemalangan di atas Keretapi

Malang buat seorang murid sekolah di Ipoh, yang dalam perjalanan pulang bercuti di kampungnya di Johor: kepalanya terhantuk galang/palang sebuah jambatan di Bangi, lalu meninggal dunia di tempat kejadian.

NOTA: Kejadian yang hampir sama berlaku pada tahun 1932, melibatkan seorang ahli bomba.

1961-06-12: Projek Rumah Asap

Persatuan Koperasi Pekebun Kecil Getah Melayu Kajang merancang untuk membina rumah asap, stor, dan kilang di Bangi, untuk kemudahan pekebun kecil di 10 buah kampung di antara Sungai Kembong Ulu dan Sungai Merap (Sungai Merab).

NOTA 1:-
Kawasan Kebun-Kebun Kecil Getah di Bangi
Kemungkinan kawasan kebun-kebun kecil getah di Bangi ketika itu, di sekitar 10 buah kampung di antara Sungai Kembong Ulu dan Sungai Merab. Cadangan rumah asap, stor, dan kilang dalam bulatan merah (kawasan pekan Bangi, di tengah-tengahnya). Belum ada sebarang maklumat ditemui berkaitan koperasi ini, mahupun rumah asap, stor, dan kilang yang telah dicadangkan.

NOTA 2: Sebahagian warga kampung-kampung ini mungkin ada pertalian saudara sesama mereka. Contoh-contoh yang ada ditemui:-

  • Lebai Zakaria anak Tambusai yang berhijrah ke Semenanjung di akhir abad ke-19/awal abad 20 (tak siapa yang tahu) dan datang ke Teras Jerenang sebelum berkampung di Bangi. This must have been a rather large migration, kerana kelompok yang datang itu bersebar di Jenderam, Teras Jerenang/Sg. Merab, Bangi, Kg. Balun (Slim River) dan Sempa (Behrang). Lebai Zakaria menjadi Imam Masjid Bangi dari Tahun 1926 sehingga 1966, bila Arwah digantikan oleh anaknya Arwah Ustaz Ismail (Pak Ngah saya). Lebai Zakaria juga menjadi Ketua Kampung Mukim Bangi dari Tahun 1936-66.” (Shaharuman Shahadan, > Februari 2008 @ ruangan komen: |abdulhalimshah, 2008: "The "Makam Tuanku Tambusai"").

  • “Kampung Sungai Merab Luar terletak di daerah Sepang, Selangor, Malaysia. Kampung ini telah dibuka oleh seorang pahlawan melayu yang berasal daripada Sumatera dari kerurunan Rambah Temusai bernama Abdul Ghani bin Lison pada tahun 1918. Beliau adalah ayah kepada Haji Ibrahim bin Abdul Ghani (Tok Yat) dan merupakan mantan ketua kampung Persekutuan atau dikenali dengan nama Tok Morah(nama ini telah diabadikan sebagai nama jalan , Jalan Tok Morah di Kampung Paya ).” (Merab Tech of UKM, 2016: |"SEJARAH KAMPUNG SUNGAI MERAB LUAR").

1961-10-07: Jalan Baru Bangi

Aduan berkenaan pembinaan sebuah jalan baru yang menghubungkan Pekan Bangi dengan Kampung Bangi. Perancangan asalnya merentas sawah, tetapi dibina menyisir jalan keretapi dan melalui bukit tinggi.
Jalan Pekan Bangi - Kampung Bangi
Sekitar jalan Pekan Bangi - Kampung Bangi kini.

1961-10-27: Temasha Sukan @ SK Bangi

Pengumuman temasha sukan dan hari ibu bapa di SK Bangi, bakal diadakan pada Ahad 29 Oktober 1961.

1962-03-07: Sandiwara @ SK Bangi

Pengumuman serta laporan acara sandiwara dan aneka warna yang diadakan di SK Bangi pada 9-10 Mac 1962 (5 Syawal), oleh pemuda-pemudi Kampung Bangi. Menurut guru besar, Che'gu Saari bin Said, sandiwaranya ialah cerita sejarah bertajuk “Biar Bertindek Tulang” (karya Inche' Ahmad bin Badek), manakala aneka warna pula menampilkan Ismail Bontak (penyanyi dan pelawak terkenal ketika itu) serta rakan-rakan. Harga tiket: 50 sen (dewasa) dan 30 sen (kanak-kanak).

NOTA: Sedikit perihal Ismail Bontak yang ditemui setakat ini:-

1962-03-21: Pemuda Kampung Tanam Jagung

35 orang pemuda Kampung Batu 5 Jalan Bangi bergotong royong menanam jagung, membela ikan, dan memelihara ayam itik, untuk disumbangkan kepada dana kebajikan kampung. Usaha ini diketuai oleh En. Tarkin Hj Sakami, dengan kerjasama penghulu daerah Semenyih En. Kasim, dan ADUNnya Dato' Kampo Radjo.

NOTA: Ini mungkin ladang jagung yang sama yang dilanda banjir pada bulan berikutnya.

1962-03-25: Pementasan @ SK Bangi

Suatu ulasan kritis A Wahab Ali, berkenaan pementasan amal drama “Mati Bertindeh Tulang” (skrip dan arahan Zainal Harun, dipetik dari salah sebuah cerpen Harun Aminurrashid) di SK Bangi.

NOTA 1: Mungkinkah pengarah drama ini, Zainal Harun, adalah warga Bangi yang ditemuramah oleh pihak Berita Harian di dalam suatu rencana berkenaan Bangi, pada tahun 2015?
Zainal Harun (1962)Zainal Harun (2015)
Kiri: Zainal Harun (gambar dari keratan 1962). Kanan: Zainal Harun (gambar dari keratan 2015). Mungkin orang yang sama? (Perlu disahkan).

NOTA 2: Penulis ulasan ini, A Wahab Ali, ialah seorang tokoh budayawan kelahiran Bangi.

1962-03-31: Lawatan Abu Bakar Baginda

Antara lain, Dato' Abu Bakar Baginda melawat anak-anak getah baru di kawasan Sungai Merab, dan mendengar aduan peneroka di kawasan Kampong Baru Bangi.

1962-04-25: Ladang Jagung Dilanda Banjir

Encik Tarkin Haji Kastawi, pengerusi Syarikat Persatuan Peladang Kampung Batu 5, Jalan Bangi melaporkan, seluas 5 ekar ladang jagung mereka ditenggelami air banjir sedalam 5 kaki. 10,000 anak pokok jagung yang ditanam secara gotong-royong, musnah.

NOTA: Ini mungkin ladang jagung yang sama yang telah dilaporkan dalam keratan akhbar sebulan sebelumnya.

1962-05-30: 5 Pemuda Ditahan di Ladang Bangi

23 orang pegawai polis membuat serbuan di Ladang Bangi dan menahan 5 orang pemuda di situ. Kemungkinan ini adalah sebahagian daripada operasi pembanterasan kegiatan “samseng”.

1962-07-05: Sawah Padi Bangi

Pegawai daerah Kajang, Encik Othman bin Mohd Din melaporkan, Pejabat Pertanian Negeri Selangor membuka semula beberapa kawasan sawah padi yang terbengkalai sejak pemerintahan Jepun dahulu. Ini termasuk 150 ekar sawah, selenggaraan tali air, serta bantuan baja di kawasan Bangi.

NOTA:-

Antara kawasan sawah padi yang diperkatakan ini, kemungkinan terletak di sekitar Kampung Sungai Purun (berdekatan tebing Sungai Semenyih).

1962-07-07: PPD Ulu Langat Selatan

Di majlis perasmian salah satu bahagian PPD Ulu Langat Selatan di Semenyih, Dato' Kampo Rajo menyenaraikan 9 cawangan-cawangan PPD ketika ini, antaranya Batu 5 Bangi, dan Pekan Bangi.

1962-08-03: Acara Bulan Bahasa Kebangsaan

Upacara sempena kempen Bulan Bahasa Kebangsaan, peringkat daerah Kajang. Antara yang dianjurkan ialah pertandingan menyanyi lagu asli, ratu kebaya, dan menghias kedai-kedai. Senarai para pemenang:-

  • Ratu kebaya: Johan: Rosniara Wahab (Kajang); Naib johan: Esah Zainal Abidin (Kajang); Ketiga: Lim (Kajang)
  • Menyanyi lagu asli: Johan: Ramli Sodeh (Jalan Bangi); Naib johan: Talib Mahmud (Ulu Langat); Ketiga: Musa Raduan (Kajang)
  • Menghias kedai: Johan: |Ali Store; Naib johan: Chop Choy Soon; Ketiga: Full Chands

NOTA: Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) seluruh negara ini adalah yang julung kali diadakan, dimulai dengan acara di Padang Kelab Melaka. (Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff @ eWARTA MARA, 2017: |"MARA komited memperkasa Bahasa Kebangsaan"). Kempen seluruh negara ini telah dirancang sejak tahun 1961 (Sharifah Darmia Binti Sharif Adam, 2014: |"Cabaran Dan Reaksi Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Dalam Bidang Pentadbiran Dan Pendidikan di Malaysia, 1957–1966", dan turut dilancarkan di |Singapura dan |Brunei.

1962-09-07: Kolam Ikan

30 orang penduduk Kampung Batu 5, Jalan Bangi bergotong-royong menggali kolam ikan Lampam Jawa sebesar 100×60 kaki di bawah syarikat kerjasama kemajuan kampung, dipengerusikan oleh Taslim Haji Sakawi (Sarkawi).

1962-09-15: Balai Raya Bangi Bahagia & Sg Merab

1962-09-15: Perasmian balai raya di Kampung Baharu Bangi Bahagia oleh En. Othman bin Mohd Din, Pegawai Daerah Kajang. Antara lain beliau menyebut balai raya di Sg Merab bakal dibina pada bulan Oktober tahun yang sama.

1962-09-21: Di dalam ucapan perasmian Menteri Besar Selangor Dato' Abu Bakar Baginda, antara lain beliau menyatakan:-

  • Penduduk perlu kekal bekerja dan berusaha di kampung, berbanding mencari kerja di bandar.
  • Tanah-tanah yang diberi oleh kerajaan perlu dikerjakan, jika tidak ianya akan diberikan kepada pemohon lain.

1962-10-27: Nasib Penoreh di Musim Hujan

Mohd Noor bin Ali, warga Kampong Bangi, ialah antara penoreh getah yang terkesan oleh hujan yang turun sepanjang 12 hari berturut-turut.

1962-11-03: Jalan Beranang-Kg Bangi

Dalam suatu upacara gotong royong dan pembukaan projek luar bandar di Beranang, yang turut dihadiri Tun Abdul Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri / Menteri Luar Bandar), En Othman Mohd Din (pegawai pembangunan luar bandar daerah Kajang) mengumumkan pembinaan jalan raya sepanjang 5 batu dari Beranang ke Kg Bangi.
Peta kasar jalan Beranang-Bangi
Peta jalan Beranang-Bangi secara kasar.

1962-11-17: Banjir di Bangi & Kajang

Tarikh Butiran Keratan
BANJIR 1962.11.17 "BANJIR". Berita Harian, 17 November 1962, Page 1

Jalan Kajang-Dengkil (Batu 28) ditenggelami air dan tidak dapat dilalui, manakala Jalan Semenyih-Bangi dinaiki air tetapi masih boleh dilalui.

1962-11-21: Jirat Cina Bangi

Perkuburan jirat Cina bakal dibina di Bangi.
Jirat Cina Bangi
Kemungkinan kawasan tanah perkuburan yang dimaksudkan.

1962-12-20: Pertubuhan Pemuda Desa

Pertubuhan Pemuda Desa Selatan Ulu Langat telah mengelola sebuah kursus pertanian moden, yang disampaikan oleh Mohd Yusoff bin Din di Pusat Latihan Pertanian Cheras Kajang. Cawangan Bangi menghantar 3 orang wakil, antaranya Cikgu Mohammad bin Mohd Nor dari SK Bangi.

NOTA 1: Sedikit perihal Pertubuhan Pemuda Desa: “Pada hari ini (8 September) dalam tahun 1962, Persidangan Pertubuhan Pemuda Desa yang pertama telah diadakan di Rumah UMNO, Kuala Lumpur. Persidangan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Sardon b. Haji Jubir, Menteri Pengangkutan yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Pemuda Desa, lebih 100 orang wakil dari 52 bahagian di seluruh Tanah Melayu telah menghadiri persidangan ini. Semenjak ditubuhkan pada 10 Ogos 1961, inilah kali pertama diadakan mesyuarat agung dan persidangan dan berlangsung selama 2 hari.

Di samping perbincangan dan pembentangan kertas kerja, persidangan ini juga turut membincangkan masalah-masalah tanah, persaingan kegiatan antara pertubuhan-pertubuhan, masalah keahlian dan jadual-jadual kerja. Majlis Tertinggi Pertubuhan ini juga telah menetapkan 11 November sebagai hari Pemuda sempena dengan tarikh pendaftarannya. Di persidangan ini, Buku Panduan Pertubuhan Pemuda Desa yang disusun oleh Jawatankuasa Tertinggi telah dibentang dan dipersetujui oleh semua ahli. Penerimaan buku panduan ini telah meletakkan ahli bertanggungjawab di dalam segala bidang yang dianjurkan oleh Pertubuhan termasuk kegiatan pertanian, ternakan, pemasaran, kontrak kerja dan sebagainya.

Pertubuhan Pemuda Desa ini merupakan sebuah badan sukarela yang bergabung dengan Majlis Belia Malaya. Matlamat utama Pertubuhan ini ialah bekerjasama dengan kerajaan bagi menjayakan rancangan pembangunan luar bandar, mengamalkan sifat bergotong royong dan berjimat cermat dalam segala urusan, melaksanakan rancangan-rancangan yang berfaedah, mengadakan kursus dalam bidang pembangunan desa, bekerja untuk faedah bersama khasnya masyarakat desa dan bergerak di luar pengaruh politik dan perkauman. Kegiatan-kegiatan Pertubuhan ini tidak lama kerana di sekitar tahun 1965/1966 ia telah dibubarkan.”
(446 @ Facebook, 8 September 2020: |"Pada hari ini dalam tahun 1962, Persidangan Pertubuhan Pemuda Desa yang pertama telah diadakan di Rumah UMNO, Kuala Lumpur...").

NOTA 2: Pusat Latihan Pertanian Cheras kini dinamakan Pusat Flora Cheras (Pusat Flora Cheras, 2017: |"SEJARAH PENUBUHAN PUSAT FLORA CHERAS"). Beberapa gambar lokasi ini pada tahun 2012: Thrifty Traveller, August 10, 2012: |"Pusat Flora Cheras".

1963-01-23: Naik Taraf Jalan

$50,000 diperuntukkan bagi penaik tarafan jalan dan perparitan di sekitar kampung-kampung di Dengkil dan Bangi.

1963-03-11: Sharikat Penternakan

Sharikat Kerjasama Penternakan dan Pasaran Ayam daerah Ulu Langat dan Kajang, ditubuhkan dua bulan sebelum ini, hasil gabungan 5 sharikat kerjasama di sekitarnya, antaranya di Rinching Hilir, Bangi. Sharikat ini dipengerusikan oleh Dato' Kampo Radjo.

1963-03-20: Datok Kampo Radjo Keluar UMNO

1963-03-(19-20): Dato' Kampo Radjo, ketika ini ADUN Semenyih (termasuk Kajang dan Bangi), telah keluar daripada UMNO. Selain membangkitkan isu teknikal berikutan kekalahan speaker DUN yang dicalonkan oleh pihak Perikatan pada 4 Disember 1962, keputusan ini dipercayai disebabkan suatu peristiwa melibatkan En Aziz Ishak, bekas Ketua Jawatankuasa Perhubungan UMNO Selangor dan bekas Menteri Pertanian dan Sharikat Kerjasama.
Dato' Kampo Radjo

1963-04-(02-04): Beliau kemudiannya membuat usul tidak percaya di sidang DUN Selangor, tetapi ianya ditolak.

NOTA: Maklumat lanjut mengenai keputusan ini, serta “peristiwa yang melibatkan Aziz Ishak”:-

  • Laporan-laporan akhbar berkenaan pemecatan Aziz Ishak, serta penjelasan daripada beliau sendiri:-
  • “Datuk Kampo Radjo turut keluar dari UMNO apabila Abdul Aziz Ishak dipecat daripada UMNO. Abdul Aziz Ishak bersama-sama Datuk Kampo Radjo kemudiannya menubuhkan Parti Perhimpunan Kebangsaan. Parti ini dipimpin oleh Abdul Aziz Ishak sebagai pengerusi sementara Datuk Kampo Radjo sebagai timbalan pengerusi. Parti ini kemudian bergabung dengan Front Sosialis Rakyat Malaya dan Datuk Kampo Radjo dipilih sebagai bendaharinya. Semasa konfrontasi dengan Indonesia, dia telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri bersama-sama Abdul Aziz Ishak, Pak Sako, Datuk Raja Hanifah dan Husin Yaakub. Dia dibebaskan empat tahun kemudiannya.” (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999: |Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu jilid 4 : m/s 600)

  • “Dalam soal pembangunan luar bandar, Tunku Abdul Rahman telah menugaskan Aziz Ishak melaksanakan rancangan pembangunan tersebut. Soal yang berhubung dengan kerjasama juga diletakkan di bahawa jagaannya. Aziz sentiasa mempunyai rancangan yang sangat menarik rakyat. Dia merancang syarikat kerjasama kilang kertas dan kilang baja urea. Dengan rancangan-rancangan lain terdapat satu rupa perkembangan bahawa begitu ramai rakyat yang mulai terpesona dengannya. Oleh yang demikian telah timbul satu macam persaingan antara Dato Abdul Razak dengan Aziz Ishak dalam barisan kedua UMNO. Dan Aziz sendiri pernah berazam untuk menandingi Dato Abdul Razak sebagai Timbalan Ketua UMNO. Perkembangan ini adalah saat paling cemas bagi Dato Abdul Razak. Bagaimanapun, rancangan pembangunan yang dirangka Oleh Aziz yang dicontohinya dari India tidak menarik minat Tunku dan pucuk pimpinan UMNO. Oleh yang demikian Tunku terpaksa menyerahkan kepada Dato Abdul Razak untuk merangka satu rancangan pembangunan. Rancangan itu diterima. Dan kemudiannya Kementerian Luar Bandar diserahkan kepada Dato Abdul Razak pada 1959 (Malaysia Official Year book 1969: 270).

    Apakah rancangan yang dibuat Oleh Aziz itu ada peranan yang dimainkan oleh Dato Abdul Razak untuk menolaknya hanya Tunku sahaja yang tahu. Tetapi apa yang nyata ialah Dato Abdul Razak dalam hal seperti ini berjaya mendapat kepercayaan pucuk pimpinan. Dan Aziz pula kerana caranya lebih banyak disokong oleh ahli-ahli UMNO di kawasan pertanian, maka ia berhadapan pula dengan perasaan curiga masyarakat lain kaum. Pada ketika yang sama MCA pula merasa bahaya dengan langkah-langkah Aziz lalu mengambil tindakan yang boleh merenggangkan lagi Aziz dengan pucuk pimpinan Tunku. Akhirnya, menjelang waktu Konfrontasi bila Tunku melakukan rombakan kabinet, Aziz telah ditukarkan ke Kementerian Kesihatan dan beliau menentang, akhirnya beliau telah disingkirkan dari kabinet. Aziz kemudiannya terus menjalankan kegiatan yang mengkritik Tunku, maka Tunku merasakan itu boleh memecah-belahkan UMNO, lalu dia dipecat. Dengan pemecatan itu berakhirlah cabaran Aziz dalam UMNO. Dato Abdul Razak terselamat dari bahaya saingan yang sangat mencemaskan (Ibid.)”
    (Mokhtar Muhammad, 1998: |"Dasar Tun Abdul Razak, Dato' Hussein Onn dan Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad dari 1970-1990 : kesinambungan dan perubahan", Bab 1, m.s. 9-11).

  • “Aziz' outspokenness and his tireless have also won him powerful enemies. His proposal to create a co-operative fertilizer factory, which he continued to press over the objections of the cabinet and the Prime Minister, brought him into opposition with the Imperial Chemicals Industries (ICI), one of the most powerful and well-organized of the British economic interests in Malaya. His unqualified allegations of corruption in departments of his own ministry have demoralized some of his staff. His combined anti-capitalist and anti-Chinese sentiments' with their policy implications' have brought him into conflict with the Malayan Chinese Association (MCA), the Chinese wing Of his own ruling Alliance Party. His success in building up a rural following brought him into conflict with the Deputy Prime Minister, Tun Abdul Razak. This last was perhaps the most significant conflict because it essentially concerned the question of who would be the next Prime Minister.

    The Aziz controversy came to a climax in the middle of last year. Timed for release just after leaving for England ana Malaysia talks, the Prime Minister, Tunku Abdul Rahman, announced a cabinet reshuffle. The Ministry of Health and Social Welfare was split in two and Aziz was moved from Agriculture to Health. In this Aziz acquired all the problems of too few doctors and hospitals and was not even allowed the patronage potential of welfare grants. Aziz balked. He announced publically that the Prime Minister had not informed him of the change, and he could not accept it in any case. In England the Malaysia talks were successfully concluded and the Tunku returned to Malaya in a blaze of glory. The success sealed Aziz's fate. It eclipsed the Aziz affair and gave the Tunku a sufficient margin of power to allow him to force Aziz out of the cabinet without any repercussions. In January of this year Aziz launched a strong attack on the government's entire development program, on its interference in the Brunei rebellion, and on its failure to maintain friendly relations with Indonesia. This gave the party leaders an opportunity, which they promptly took, to drum Aziz out of their sacred and secure ranks.”
    (Gayl D. Ness, 30 March 1963: |"Gayl D. Ness Newsletters @ Institute of Current World Affairs (ICWA): Aziz Ishak and the Anti-British Spirit").

  • “The study found that Aziz was instrumental in developing the agricultural sector and improving the living standards of the rural population. He achieved success when he implemented several ground breaking ideas which included the introduction of a paddy and fish marketing project, modernization of the agricultural sector, the use of urea fertilizer and twice a year rice planting scheme, the use of improved and better quality seeds and the introduction of larger boats and better quality fishing nets. He also set up cooperatives throughout the country to curb the activities of middlemen. Aziz’s thought and actions were considered revolutionary. They were never implemented before this by any parties, but it was not viewed favourably by the Tunku who was known to be pro-capitalist and western in outlook. He accused Aziz of deliberately seeking support and popularity among the people this resulted in a conflict between the Tunku and Aziz. Aziz who stood firm and uncompromising in his struggle and was eventually sacked from the Cabinet and it ended his political career while trying to protect the progress and development of the agricultural sector and the Malays.” (Mohamad Idris Saleh, 2013): |"Abdul Aziz Ishak: Biografi Politik 1955 hingga 1962")

  • Ulasan ringkas mengenai Aziz Ishak: Mohd Halmi Kg Gajah @ Orang Perak, 20 Julai 2020: |"Kisah Abdul Aziz Ishak Dari Trong Yang Berani".


Aziz Ishak. Sumber gambar: International Magazine Services, 1955.

1963-05-29: Kursus Menanam Cendawan

Penduduk kampung sekitar Beranang, Sungai Tekali, Bangi, dan Kajang Estet menyertai kursus penanaman cendawan menggunakan jerami batang padi sawah, anjuran Jabatan Pertanian Daerah Kajang, pimpinan En Goh Kim Swee.

1963-07-09: Kursus Untuk Orang Asli

Pegawai Penerangan Daerah Kajang, En Ishak Mohammad melaporkan kursus tatarakyat di sekitar daerahnya, termasuk Kampung Batu 5, Jalan Bangi.

NOTA: Kemungkinan kesinambungan siri kursus yang pernah dikelola di Kg Batu Lima Bangi pada tahun 1960.

1963-08-26: Kampung Tarun Borga (Broga)

Kampung baharu Tarun Borga (Broga) dimasukkan ke dalam daerah Kajang. Penduduknya dipindahkan ke perkampungan ini ketika zaman darurat dahulu.
Tarun Borga (Broga)
Lokasi Tarun Borga (Broga), di sebelah timur Bangi-Kajang.

NOTA 1: Maklumat lanjut mengenai Broga: Wikipedia.

NOTA 2: Broga pernah menjadi pencetus operasi besar-besaran memburu komunis di Semenyih, berikutan pembunuhan kejam sebuah keluarga di situ. Pengalaman ini diceritakan oleh salah seorang anggota |The Suffolk Regiment: Arthur Campbell, 1953: ||"Jungle Green" (Ringkasan) (PDF 1/PDF 2/Teks)

1963-10-13: Banjir

Banjir di sekitar Selangor dan sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia. Antara yang terkesan ialah Jalan Bangi (batu 5-6).

1963-10-18: Anjing Gila

Pegawai Haiwan daerah Ulu Langat dan Kajang, H. G. Thomes melaporkan perancangan kerja-kerja menyuntik anjing bagi menangani wabak anjing gila. Antara yang terlibat ialah Kajang dan Jalan Bangi.

1963-11-07: Banjir di Kajang

Banjir sedalam hingga 6 kaki di kawasan Kajang, termasuk Kg Jambu, Kg Sungai Balak, Kg Paya, kawasan pemancar RTM, memaksa sebahagian penduduknya berpindah ke rumah jiran-jiran. Jalan Kajang-Bangi-Dengkil turut ditenggelami air sedalam 4 kaki.
Kawasan banjir di Kajang
Kawasan banjir di Kajang.

NOTA: Kawasan tebing Sungai Langat di Kajang ini sering dilanda banjir, dan masih terancam olehnya sehingga kini:-

1963-12-20: Persatuan Belia Bangi

Persatuan Belia Bangi membuat pameran perusahaan serta persembahan drama bagi mengumpul biaya modal projek kolam ikan sebanyak $8,000. Pameran dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Abu Bakar Baginda.

1964-01-04: Guru Bertemu Guru

1964-01-13: Perkhidmatan Negara

Dato Empat Taslim bin Haji Sarkawi dari Kampung Batu 5, Jalan Bangi ialah antara yang mendaftarkan diri sebagai sukarelawan Perkhidmatan Negara.

NOTA: Maklumat lanjut berkenaan “Perkhidmatan Negara”: “Pada hari ini (25/11) dalam tahun 1963, Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Ismail bin Abdul Rahman telah mengumumkan pendaftaran untuk perkhidmatan negara. Pendaftaran tersebut ialah bagi rakyat persekutuan yang terdiri daripada pemuda berumur antara 21 hingga 28 tahun. Pendaftaran secara sukarela dibuka kepada kaum lelaki yang berumur lebih daripada 28 tahun dan wanita yang berumur lebih daripada 21 tahun. Masa pendaftaran dibuka selama sebulan bermula dari 9 Disember 1963 hingga 8 Januari 1964. Datuk Dr. Ismail menjelaskan, bahawa undang-undang Perkhidmatan Negara telah diluluskan pada tahun 1958. Bagaimana pun ia telah diisytiharkan buat kali pertama dalam tahun 1958. Antara lain undang-undang itu membolehkan kerajaan memanggil seseorang itu untuk berkhidmat dengan mana-mana pasukan keselamatan apabila diperlukan. Para majikan juga diseru melepaskan kakitangan mereka untuk mendaftar nama. Untuk tujuan itu, kerajaan membuka 163 pusat pendaftaran bagi memudahkan segala urusan. Mereka yang telah mendaftar tidak dibenarkan keluar dari Tanah Melayu tanpa surat kebenaran dari penguasa Tenaga Rakyat. Bagaimana pun suratsurat pengecualian disediakan bagi orang-orang tertentu yang telah dikecualikan. Pendaftaran untuk Perkhidmatan Negara yang diumumkan pada hari ini dalam tahun 1963 adalah penting untuk mempastikan kekuatan tenaga rakyat di samping sentiasa bersiap sedia membantu pasukan keselamatan menghadapi segala kemungkinan yang melanda negara.” (Arkib Negara Malaysia: |"PENDAFTARAN UNTUK PERKHIDMATAN NEGARA DIUMUMKAN").

1964-09-19: Kontroversi Politik di Bangi

Pengerusi Front Sosialis Malaya, En Hasnol Hadi memperjelaskan kritikan mereka terhadap keputusan darurat pihak kerajaan, dan mendakwa ucapan En Abdul Aziz Ishak (Parti Perhimpunan Kebangsaan) dalam suatu mesyuarat di Bangi telah diputar belit oleh pihak Berita Harian.

NOTA 1: Latar belakang laporan: sepanjang tahun-tahun Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1962-1966, Front Sosialis Malaya sering dituduh bersubahat oleh pihak media dan kerajaan, sehingga ramai pimpinannya ditahan oleh pihak kerajaan di bawah Akta Kecemasan (ISA) atas tuduhan menjalankan kegiatan subversif, termasuk Dato' Kampo Radjo, Aziz Ishak, dan Hasnol Hadi:-

  • “Polis telah menangkap sa-orang bekas ahli Parlemen dan sa-orang bekas ahli Dewan Negeri Selangor serta dua orang lagi kerana terlibat dalam satu pakatan hendak melancharkan pemberontakan bersenjata di-negeri ini. Mereka juga di-katakan telah mengator langkah2 untok mengadakan jawatankuasa2 sambutan dan pangkalan2 untok penyusup2 Indonesia. Mereka itu, di-tahan di-bawah Undang2 Keselamatan Dalam Negeri ia-lah:-
    DATO RAJA HANIFAH bin Haji Abdul Ghani. 42 tahun, Naib Yang di-Pertua PAS dan bekas ahli Parlemen.
    DATUK KAMPO RADJO, 44 tahun setiausaha agong Parti Perhimpunan Kebangsaan, dan bekas ahli Dewan Negeri Selangor. Lahir di-lndonesia (Sumatra).
    RAIS ANUAR. 42, lahir dan mendapat pendidekan di-Indonesia.
    HUSSAIN BIN YAAKOB, 35 tahun bekas ahii Parti Rakyat, dan anggota jabatan pengarang Utusan Melayu.”

    (Berita Harian, 28 January 1965, Page 1: |"RAHASIA PAKATAN BERONTAK DI-DEDAH").

  • “PAKATAN khianat tokoh2 PAS dan Socialist Front untok menubohkan “Kerajaan buangan” telah di-arahkan oleh Lt- General Djatikusumo, bekas Duta Besar Indonesia di-Kuala Lumpur. Beberapa orang ketua komplotan itu yang sekarang dalam tahanan telah pun mengaku menerima kira2 $300,000 dari Indonesia untok menentang Perikatan dalam pilehan2 raya tahun lalu dan untok gerakan2 sabersib. Dalam komplotan ltu, INCHE AZIZ ISHAK, bekas Menteri Pertanian dan Kerjasama dan kemudian ketua Parti Perhimpunan Kebangsaan di-beri nama samaran “Bapak A” atau “AI.” DR. BURHANUDDIN, Yang di-Pertua PAS di-beri nama samaran “Bapak B” atau “Dr. BD.” INCHE ISHAK HAJI MUHAMMAD, bekas pengerusi Socialist Front dikenali sa-bagai “Salleh Fadhill” atau “Pak Salleh” saja. DATUK KAMPO RADJO, setiausaha agong Parti Perhimpunan Kebangsaan di-kenali sa-bagai “DKR” saja. HUSSAIN YAAKOB, bekas pemberita Utusan Melayu - salah sa-orang yang menjalankan peranan penting di-panggil “Comrade II” atau “Che Jusof.” Dan LT. GENERAL DJATIKUSUMO, pengarah besar komplotan itu di-panggil “Bapak.” Turut memberi arahan juga ia-lah R. M. SOENITA, sa-orang pegawai perisekan Indonesia. Soenita-lah yang mengator rangkaian gerakan sabersib itu dengan tujuan menggulingkan Kerajaan Perikatan.” (Berita Harian, 1 March 1965, Page 1: |"RAHASIA PAKATAN KHIANAT DI-DEDAH").

  • “In 1963, shortly after the events of the Indonesia-Malaysia confrontation, the government took action against several opposition politicians and activists. SF was seen as pro-Indonesia and pro-China,[7][8] causing the Socialist Front leader's arrest. Among those detained and arrested were Ahmad Boestamam (PR president), Ishak Haji Muhammad (PBM president), Abdul Aziz Ishak (Gerakan Angkatan Melayu Sedar president) and Datuk Kampo Radjo (later to become president of the PRM), Tan Kai Hee, Tan Hock Hin, Dr. Rajakumar, Hasnul Hadi, Tajuddin Kahar and hundreds of others. Rallies and mass demonstrations were held on 13 February 1965 in Kuala Lumpur in conjunction with the second anniversary of the detention of Ahmad Boestamam and others to oppose the mass arrests of activists and leaders of the SF under the Internal Security Act (ISA) and the alleged involvement in “subversive” activities.” (Wikipedia: "Malayan Peoples' Socialist Front").

  • “On 8 December 1962, the left leaning Parti Rakyat Brunei (PRB) initiated an armed insurrection, through which the PRB leader A.M. Azahari advocated establishing an independent state named the North Borneo Federation by incorporating Sabah and Sarawak into Brunei. Rejected by Sultan Omar Ali Saifuddin III, the insurrection encountered tenacious resistance of the police forces that were still loyal to the Sultan. A few days later, the rebellion was put down by nearby British troops. Sharing close ties with the left-wing PRB, the Socialist Front in Malaya deemed this rebellion as a just anticolonial struggle and overtly supported the PRB by accusing the British of “invading” North Borneo territories. In response to the PRB rebellion, the governments in Malaya and Singapore made a statement to censure the communists for threatening public security by initiating this insurrection. On 2 February 1963, hundreds of left-wing leaders were arrested in Malaya and Singapore, included Ahmad Boestamam, the chairman of the Socialist Front and the Parti Rakyat. Without a doubt, the defeat of the Brunei Rebellion and the subsequent large-scale arrests of left-wing leaders in Malaya and Singapore was a bitter loss that significantly paralyzed the Socialist Front.” (Kankan Xie, 2012: |"Contesting Equality: A History Of The Malayan People's Socialist Front, 1957-1965", m.s. 53).

NOTA 2: Pada tahun 1967, sebahagian tahanan di atas dibebaskan dengan syarat tertentu. Hasnol Hadi memilih untuk kekal dalam tahanan, kerana tidak menerima syarat-syarat tersebut:-

  • Kerajaan juga telah membebaskan Datuk Kampo Radjo, bekas Ahli Dewan Negeri Selangor bersama Inche Boestamam sa-telah kedua2nya menerima sharat2 pembebasan mereka. Tetapi, Inche Hasnol Hadi bekas Presiden Munisipal Melaka TIDAK mahu menerima sharat2 pembebasan itu. Dan beliau mahu di-tahan terus kechuali di-bebaskan tanpa sharat.”
    Hasnol Hadi
    (Berita Harian, 12 January 1967, Page 1: |"HASNOL TOLAK SHARAT BEBAS").
  • “Inche Hasnul has however. categorically stated that he is not prepared to accept any conditional release and that he would wish to stay In continued detention unless he is released unconditionally.”
    (The Straits Times, 12 January 1967, Page 20: |"HASNUL: A 'NO' TO CONDITIONAL FREEDOM").

1964-10-14: Karya Adik A. Wahab Ali

Karangan Mohd Hafiz bin Haji Ali, adik kepada tokoh budayawan kelahiran Bangi, A Wahab Ali, disiarkan di Berita Harian. Ketika ini beliau murid Darjah 4 (umur 10 tahun) di Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir, Bangi.

NOTA: Kemungkinan besar, “Mohd Hafiz bin Haji Ali” di sini adalah individu yang sama di dalam rujukan berikut (Perlu pengesahan):-

1964-10-15: Tanah Rancangan Sungai Merab

Kerajaan negeri menganugerahi tanah di sekitar Sungai Merab dan Sungai Tekali, kepada 183 buah keluarga dari Ulu Langat, Semenyih, Bangi, dan Dengkil, di bawah Rancangan Pembangunan Luar Bandar (Sungai Merab: 87 keluarga, Sungai Tekali: 96 keluarga). Setiap keluarga mendapat 6 ekar tanah getah, 2 ekar tanah dusun, dan sebuah rumah. Maklumat diberikan oleh En. Harun Mahmood, pegawai daerah Ulu Langat.
Kampung Sungai Merab kini
Kampung Sungai Merab kini.

NOTA: Sejarah Sungai Merab (Luar): “Kampung Sungai Merab Luar terletak di daerah Sepang, Selangor, Malaysia. Kampung ini telah dibuka oleh seorang pahlawan melayu yang berasal daripada Sumatera dari kerurunan Rambah Temusai bernama Abdul Ghani bin Lison pada tahun 1918. Beliau adalah ayah kepada Haji Ibrahim bin Abdul Ghani (Tok Yat) dan merupakan mantan ketua kampung Persekutuan atau dikenali dengan nama Tok Morah(nama ini telah diabadikan sebagai nama jalan , Jalan Tok Morah di Kampung Paya ).” (Merab Tech of UKM, 2016: |"SEJARAH KAMPUNG SUNGAI MERAB LUAR").

1964-11-28: Warga Tertua Hulu Langat

Warga tertua Hulu Langat, Tuan Haji Rabu bin Terono (125 tahun), meninggal dunia di rumah anaknya di Batu 12, Jalan Cheras, Kajang. Beliau berhijrah ke sini dari Jawa pada tahun 1885, untuk bekerja membuka ladang Cheras dan Benos. Meninggalkan 6 orang anak dan 71 orang cucu-cicit di sekitar Kajang, Ulu Langat, dan Bangi.

Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

sejarahbangi-1960-1964.txt · Last modified: 2021/01/16 10:46 by sazli