User Tools

Site Tools


rkt_sgmerab

Differences

This shows you the differences between two versions of the page.

Link to this comparison view

Both sides previous revisionPrevious revision
Next revision
Previous revision
rkt_sgmerab [2025/09/16 15:03] – [1961-12-28: Konflik Cawangan UMNO Kampung Sebelas] sazlirkt_sgmerab [2025/09/16 17:15] (kini) – [1962-12-26: Perancangan Pembinaan Sekolah dan Masjid] sazli
Line 27: Line 27:
  
 //"Sa-buah sekolah ugama yang di-jangka akan menelan perbelanjaan sa-besar $15,000 apabila siap kelak sedang di dalam pembenaan di-Kampong Sungai Merab, Kajang di-bawah Ranchangan Pembangunan Luar Bandar daerah Kajang. Pengerusi Jawatankuasa Kampong Sungai Merab, Inche' Mohd. Yunos bin Mihad memberitahu Berita Harian bahawa sekolah ugama itu di-bena ia-lah untok menyenangkan ibu bapa di-kampong tersebut yang selama ini menghantar anak2 mereka bersekolah ugama sa-jauh 9 batu di-pekan Kajang. Inche' Yunos juga menerangkan bahawa dengan ada-nya sekolah ugama itu 'dapatlah ibu bapa di kampong ini meringankan perbelanjaan mereka yang membayar tambang sa-banyak $12 sa-bulan untok anak2 mereka.' Menurut beliau, sekolah ugama yang baharu itu di-bena dengan usaha Menteri Besar Selangor, Dato' Abu Bakar Baginda sa-laku wakil ra'ayat daerah itu. Sekolah ugama itu di-jangka akan siap pada pertengahan bulan August depan. Satu upachara untok membuka dengan rasmi-nya sekolah itu akan di-adakan sa-chara besar2an pada awal bulan September oleh Menteri Besar Selangor."// (Berita Harian, 28 July 1962, Page 8: {{ :akhbar:beritaharian19620728-1-2-88-10.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19620728-1.2.88.10|"Sekolah ugama berharga $15,000 di-Sg. Merab siap bulan hadapan"]]). //"Sa-buah sekolah ugama yang di-jangka akan menelan perbelanjaan sa-besar $15,000 apabila siap kelak sedang di dalam pembenaan di-Kampong Sungai Merab, Kajang di-bawah Ranchangan Pembangunan Luar Bandar daerah Kajang. Pengerusi Jawatankuasa Kampong Sungai Merab, Inche' Mohd. Yunos bin Mihad memberitahu Berita Harian bahawa sekolah ugama itu di-bena ia-lah untok menyenangkan ibu bapa di-kampong tersebut yang selama ini menghantar anak2 mereka bersekolah ugama sa-jauh 9 batu di-pekan Kajang. Inche' Yunos juga menerangkan bahawa dengan ada-nya sekolah ugama itu 'dapatlah ibu bapa di kampong ini meringankan perbelanjaan mereka yang membayar tambang sa-banyak $12 sa-bulan untok anak2 mereka.' Menurut beliau, sekolah ugama yang baharu itu di-bena dengan usaha Menteri Besar Selangor, Dato' Abu Bakar Baginda sa-laku wakil ra'ayat daerah itu. Sekolah ugama itu di-jangka akan siap pada pertengahan bulan August depan. Satu upachara untok membuka dengan rasmi-nya sekolah itu akan di-adakan sa-chara besar2an pada awal bulan September oleh Menteri Besar Selangor."// (Berita Harian, 28 July 1962, Page 8: {{ :akhbar:beritaharian19620728-1-2-88-10.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19620728-1.2.88.10|"Sekolah ugama berharga $15,000 di-Sg. Merab siap bulan hadapan"]]).
 +
 +==== 1962-12-26: Perancangan Pembinaan Sekolah dan Masjid ====
 +
 +//"Menteri Besar Selangor Dato' Abu Bakar Baginda telah memuji pendudok2 Kampong Sungai Merab Kajang kerana bersatu hati dan selalu bergotong royong memajukan Ranchangan Kemajuan Luar Bandar daerah ini. Pujian ini telah di-buat oleh beliau ketika beruchap di-hadapan sa-ramai 700 orang ra'ayat di-dalam satu upachara merasmikan sa-buah balai raya yang menelan perbelanjaan sa-banyak $5,000 di-kampong Ranchangan Kemajuan Tanah Sungai Merab pada hari Ithnin yang lalu. Dato' Abu Bakar juga telah mengingatkan pendudok2 yang mendapat tanah di-dalam Ranchangan Kemajuan Luar Bandar di-situ supaya bersunggoh memajukan tanah mereka dan dengan berusaha menjayakan tanah itu, penghidupan orang2 yang mendapat tanah baharu itu akan terjamin pada masa yang akan datang. Dato' Abu Bakar telah berjanji kapada penduduk2 kampong di-situ akan membena sa-buah sekolah di-kawasan kampong Ranchangan Kemajuan Tanah itu pada tahun 1963. Dengan ada-nya sa-buah sekolah di-bena di-sini dapat-lah sa-ramai 80 orang kanak2 di-kampong ini melanjutkan pelajaran-nya pada tahun hadapan. Sa-lain itu daripada sekolah itu Dato' Abu Bakar juga akan membena sa-buah masjid untok di-gunakan oleh sa-ramai 85 keluarga petani2 di situ."// (Berita Harian, 26 December 1962, Page 9: {{ :akhbar:beritaharian19621226-1-2-104.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19621226-1.2.104|"PUJI DAN JANJI MB KAPADA PENDUDOK"]]).
  
 ==== 1963-10-24: Pembukaan Sekolah ==== ==== 1963-10-24: Pembukaan Sekolah ====
rkt_sgmerab.1758006223.txt.gz · Last modified: by sazli