Both sides previous revisionPrevious revisionNext revision | Previous revision |
rkt_sgmerab [2025/09/16 12:32] – [1963-10-24: Pembukaan Sekolah] sazli | rkt_sgmerab [2025/09/16 20:02] (kini) – [1960-02-05: Rancangan Pembukaan Tanah di Selangor] sazli |
---|
| |
* [[sungai_merab|Sungai Merab (1860-an)]] | * [[sungai_merab|Sungai Merab (1860-an)]] |
| |
| ===== Latar Peristiwa ===== |
| |
| ==== 1960-02-05: Rancangan Pembukaan Tanah di Selangor ==== |
| |
| //"Hanya 6,583 permohonan tanah sahaja yang maseh belum di-selesaikan oleh Kerajaan Selangor sa-hingga 30 September tahun yang lalu. Menurut Pesurohjaya Tanah Selangor Inche Ma'arof bin Sheik Ahmad jumlah ini kechil kalau di-bandingkan dengan negeri2 lain. Menurut Inche Ma'arof lagi, kebanyakan dari permohonan2 itu ia-lah di-daerah Ulu Langat (2,581) dan di-Sabak Bernam (1,427). Kerajaan telah membekukan semua permohonan tanah semenjak bulan June yang lalu. Permintaan2 sa-chara beramai2 ada-lah di-utamakan. Tiap2 pemohon akan di-beri sa-banyak tidak kurang dari enam ekar tanah. Sa-orang yang tidak dilayani akan di-galakkan supaya meminta tanah di-bawah ranchangan pembukaan tanah sa-chara beramai2. Dengan jalan ini Kerajaan berharap akan dapat menyelesaikan permohonan2 yang telah ada itu, kata Inche Ma'arif lagi. Selangor sekarang mempunyai ranchangan2 pembukaan tanah sa-chara berkampong di-lima buah tempat - Sungai Tekali (1,200 ekar), Sungai Merab (500 ekar) kedua2 ini di-daerah Ulu Langat, Sungai Sabai (1,962 ekar), Jerang Belanga (1,100 ekar) kedua2 di-Ulu Selangor, dan Labu di-daerah Kuala Langat (900 ekar). Satu lagi kerumitan berkenaan dengan pembahagian tanah di-Selangor ia-lah kebanyakan dari tanah2 yang belum lagi di-buka itu memerlukan parit dan tali-ayer."// (Berita Harian, 5 February 1960, Page 1: {{ :akhbar:beritaharian19600205-1-2-13.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19600205-1.2.13|"Soal tanah ta' begitu rumit di-Selangor"]]). |
| |
===== Rancangan Pertama (1961) ===== | ===== Rancangan Pertama (1961) ===== |
| |
| ==== 1961-12-28 - 1962-07-23: Konflik Cawangan UMNO Kampung Sebelas ==== |
| |
| //"Sa-ramai 10 orang ahli UMNO chawangan Kampong Sungai Merab, 8 batu dari Kajang, telah memutuskan untok keluar beramai2 daripada menjadi ahli UMNO Kerana bersengketa dengan Ketua chawangan itu. Mereka yang keluar itu di-katakan hendak memasoki sa-buah parti lain. Juru chakap mereka, Inche Abdul Rahim bin Haji Amin, menyatakan kapada Berita Harian: 'Kami keluar kerana tidak puas hati dengan sikap Ketua UMNO Bahagian Sepang merangkap Menteri Besar Selangor, Dato Abu Bakar Baginda yang menolak permintaan pendudok2 Kampong Sa-belas menubohkan sa-buah chawangan UMNO'. Mereka hendak menubohkan chawangan di-Kampong Sa-belas itu kerana 'tidak puas hati' dengan Yang di-Pertuan chawangan Sungai Merab, Inche Mohd. Yunos bin Mihad. Mereka mengatakan Inche Mohd. Yunos 'sangat lembab' dan 'tidak mengambil berat' terhadap ahli2-nya yang sa-ramai 1,000 orang di-Kampong Sungai Merab itu. 'Pendudok2 itu tidak merasakan ni'mat pembangunan luar bandar saperti yang di-rasakan oleh pendudok2 kampong2 lain di-jajahan Ulu Langat', kata Inche Abdul Rahim. Rasa tidak puas hati pendudok2 Kampong Sa-belas itu telah pun di-kemuka-kan kapada Yang di-Pertua UMNO Bahagian Sepang. Perkara itu kemudian di-rundingkan antara jawatankuasa Bahagian itu di-pengerusikan oleh Dato Abu Bakar Baginda sendiri pada 17 Desember yang lalu. Dalam perundingan itu, pendudok2 Kampong Sa-belas mengemukakan kapada Ketua UMNO Bahagian Sepang supaya UMNO Sungai Merab di-bahagi dua chawangan. Sa-buah Chawangan baharu Kampong Sa-belas akan di-tubohkan tetapi usul ini di tolak oleh Jawatankuasa UMNO Bahagian Sepang. Menurot Inche Abdul Rahim: 'Kami di-minta tundok kapada Ketua UMNO Chawangan Sungai Merab, Inche Mohd. Yunos".// (Berita Harian, 28 December 1961, Page 2: {{ :akhbar:beritaharian19611228-1-2-22.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19611228-1.2.22|"Ahli2 keluar UMNO akibat sikap MB"]]). |
| |
| //"Abdul Rahmin bin Haji Mohamed Amin, Sungai Merab, Kajang: Saya, Abdul Rahim bin Haji Mohamed Amin, membetulkan sa-buah siaran mengenai diri saya dalam Berita Harian pada 28 Disember tahun yang lalu pada muka 2 keluaran tersebut. Saya mengatakan ranchangan luar bandar Sungai Merab ada-lah lembab. Yang sa-benar-nya ranchangan itu chukup baik. Saya mengatakan kami di tanah No. 11, tidak dibenarkan oleh Menteri Besar, Dato Abu Bakar bin Baginda, mendirikan chawangan UMNO di-tempat tersebut. Yang sa-benar kami tidak di-benarkan oleh keputusan jawatankuasa UMNO Bahagian Sepang mendirikan chawangan dn sa-balek-nya di-suroh kami masok ka-dalam chawangan UMNO Sekolah Sungai Merab kerana kampong itu berdekatan. Saya telah datang ka-rumah Yang Berhormat Dato Abu Bakar bin Baginda pada petang 29 Desember untok meminta ma'af kerana kesalahan saya yang tersebut."// (Berita Harian, 18 February 1962, Page 4: {{ :akhbar:beritaharian19620218-1-2-26.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19620218-1.2.26|"YG SA-BENAR..."]]). |
| |
| //"Sa-ramai 60 orang ahli UMNO Kampong Sebelas Sungai Merab Kajang telah menolak sama sa-kali rayuan yang di-buat oleh Setiausaha UMNO Bahagian Sepang supaya ahli2 UMNO di-kampong itu bergabong sa-mula dengan Chawangan UMNO Kampong Sekolah Sungai Merab."// (Berita Harian, 2 May 1962, Page 7: {{ :akhbar:beritaharian19620502-1-2-71.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19620502-1.2.71|"Anggota2 tidak mahu rujo'"]]). |
| |
| //"Menteri Besar Selangor, Dato Abu Bakar telah memuji pemberita2 akhbar di-kampong2 yang sentiasa menyiarkan berita2 tentang sa-suatu kejadian di-kampong hingga hal2 itu di-ketahui oleh pehak2 yang berkuasa. Dato Abu Bakar Baginda berkata demikian ketika merasmikan chawangan Kampong Sebelas Sungai Merab di-sini petang semalam. Sa-bagai chontoh, Dato Bakar menyebut tentang Kampong Sebelas itu. Beliau menerangkan pada satu masa dahulu pendudok2 Kampong Sebelas telah meminta izin ahli2 jawatan-kuasa UMNO Bahagian Sepang untok mendirikan chawangan sendiri. Tetapi permintaan itu tidak di-luluskan oleh UMNO Sepang. 'Kemudian pendudok2 itu menulis kapada surat khabar melalui penulis di-daerah mengatakan bahawa kalau UMNO Bahagian Sepang tidak membenarkan mereka mendirikan chawangan, mereka akan mendirikan chawangan Sosialis Front di-kampong mereka', kata Dato Abu Bakar. Dengan kerjasama antara pemberita surat khabar dan pendudok2 kampong itu, terpenoh-lah chita2 pendudok kampong Sebelas itu untok mempunyai chawangan sendiri, tegas Dato Bakar lagi."// |
| |
| {{:akhbar:beritaharian19620723-1-2-26-datoabubakar.png?200|Dato Abu Bakar Baginda}} |
| |
| (Sumber: Berita Harian, 23 July 1962, Page 3: {{ :akhbar:beritaharian19620723-1-2-26.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19620723-1.2.26|"Dato Bakar uchapkan terima kaseh kpd berita2"]]). |
| |
| |
| //"Menteri Besar Selangor, Dato Abu Bakar Baginda telah memberi amaran yang keras kapada orang2 yang di-beri tanah oleh Kerajaan melalui Ranchangan Kemajuan Luar Bandar supaya mengusahakan tanah2 mereka hingga berhasil. Amaran itu di-buat oleh Dato Abu Bakar ketika beruchap di-hadapan 200 orang penduduk dalam majlis merasmikan UMNO chawangan Kampong Sebelas Sungai Merab di-sini petang semalam. Beliau mengingatkan orang2 yang mendapat tanah itu supaya mengerjakan tanah2 mereka hingga berhasil. 'Banyak juga orang yang menerima tanah daripada Kerajaan tidak mahu mengerjakan tanah mereka dengan sempurna', kata-nya. Kapada orang2 saperti itu saya suka mengingatkan supaya jangan menyesal kalau tanah mereka di-rampas balek oleh Kerajaan dan di-berikan kapada orang lain', kata-nya. Mengenai keamanan dalam kampong, Dato Abu Bakar mengingatkan pendudok2 supaya berbaik2 sangka dan bersefahaman. 'Jaga-lah kampong halaman sendiri dengan aman', kata-nya. Beliau juga menasihatkan pemuda2 kampong supaya 'jangan lekas terpengaroh dengan keindahan bandar'. 'Kehidupan di-kampong lebeh aman. Kalau tidak ada pelajaran yang sa-suai untok bekerja di-bandar, lebeh baik tinggal di-kampong dan berusaha sendiri', kata-nya. 'Pada masa ini banyak pemuda terpengaroh untok menchari hidup di-bandar tetapi kechewa' kata-nya lagi."// (Berita Harian, 23 July 1962, Page 3: {{ :akhbar:beritaharian19620723-1-2-25.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19620723-1.2.25|"JANGAN-LAH SA-SIAKAN PEMBERIAN TANAH—MB"]]). |
| |
==== 1962-07-28: Pembinaan Sekolah Agama ==== | ==== 1962-07-28: Pembinaan Sekolah Agama ==== |
| |
//"Sa-buah sekolah ugama yang di-jangka akan menelan perbelanjaan sa-besar $15,000 apabila siap kelak sedang di dalam pembenaan di-Kampong Sungai Merab, Kajang di-bawah Ranchangan Pembangunan Luar Bandar daerah Kajang. Pengerusi Jawatankuasa Kampong Sungai Merab, Inche' Mohd. Yunos bin Mihad memberitahu Berita Harian bahawa sekolah ugama itu di-bena ia-lah untok menyenangkan ibu bapa di-kampong tersebut yang selama ini menghantar anak2 mereka bersekolah ugama sa-jauh 9 batu di-pekan Kajang. Inche' Yunos juga menerangkan bahawa dengan ada-nya sekolah ugama itu 'dapatlah ibu bapa di kampong ini meringankan perbelanjaan mereka yang membayar tambang sa-banyak $12 sa-bulan untok anak2 mereka.' Menurut beliau, sekolah ugama yang baharu itu di-bena dengan usaha Menteri Besar Selangor, Dato' Abu Bakar Baginda sa-laku wakil ra'ayat daerah itu. Sekolah ugama itu di-jangka akan siap pada pertengahan bulan August depan. Satu upachara untok membuka dengan rasmi-nya sekolah itu akan di-adakan sa-chara besar2an pada awal bulan September oleh Menteri Besar Selangor."// (Berita Harian, 28 July 1962, Page 8: {{ :akhbar:beritaharian19620728-1-2-88-10.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19620728-1.2.88.10|"Sekolah ugama berharga $15,000 di-Sg. Merab siap bulan hadapan"]]). | //"Sa-buah sekolah ugama yang di-jangka akan menelan perbelanjaan sa-besar $15,000 apabila siap kelak sedang di dalam pembenaan di-Kampong Sungai Merab, Kajang di-bawah Ranchangan Pembangunan Luar Bandar daerah Kajang. Pengerusi Jawatankuasa Kampong Sungai Merab, Inche' Mohd. Yunos bin Mihad memberitahu Berita Harian bahawa sekolah ugama itu di-bena ia-lah untok menyenangkan ibu bapa di-kampong tersebut yang selama ini menghantar anak2 mereka bersekolah ugama sa-jauh 9 batu di-pekan Kajang. Inche' Yunos juga menerangkan bahawa dengan ada-nya sekolah ugama itu 'dapatlah ibu bapa di kampong ini meringankan perbelanjaan mereka yang membayar tambang sa-banyak $12 sa-bulan untok anak2 mereka.' Menurut beliau, sekolah ugama yang baharu itu di-bena dengan usaha Menteri Besar Selangor, Dato' Abu Bakar Baginda sa-laku wakil ra'ayat daerah itu. Sekolah ugama itu di-jangka akan siap pada pertengahan bulan August depan. Satu upachara untok membuka dengan rasmi-nya sekolah itu akan di-adakan sa-chara besar2an pada awal bulan September oleh Menteri Besar Selangor."// (Berita Harian, 28 July 1962, Page 8: {{ :akhbar:beritaharian19620728-1-2-88-10.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19620728-1.2.88.10|"Sekolah ugama berharga $15,000 di-Sg. Merab siap bulan hadapan"]]). |
| |
| ==== 1962-12-26: Perancangan Pembinaan Sekolah dan Masjid ==== |
| |
| //"Menteri Besar Selangor Dato' Abu Bakar Baginda telah memuji pendudok2 Kampong Sungai Merab Kajang kerana bersatu hati dan selalu bergotong royong memajukan Ranchangan Kemajuan Luar Bandar daerah ini. Pujian ini telah di-buat oleh beliau ketika beruchap di-hadapan sa-ramai 700 orang ra'ayat di-dalam satu upachara merasmikan sa-buah balai raya yang menelan perbelanjaan sa-banyak $5,000 di-kampong Ranchangan Kemajuan Tanah Sungai Merab pada hari Ithnin yang lalu. Dato' Abu Bakar juga telah mengingatkan pendudok2 yang mendapat tanah di-dalam Ranchangan Kemajuan Luar Bandar di-situ supaya bersunggoh memajukan tanah mereka dan dengan berusaha menjayakan tanah itu, penghidupan orang2 yang mendapat tanah baharu itu akan terjamin pada masa yang akan datang. Dato' Abu Bakar telah berjanji kapada penduduk2 kampong di-situ akan membena sa-buah sekolah di-kawasan kampong Ranchangan Kemajuan Tanah itu pada tahun 1963. Dengan ada-nya sa-buah sekolah di-bena di-sini dapat-lah sa-ramai 80 orang kanak2 di-kampong ini melanjutkan pelajaran-nya pada tahun hadapan. Sa-lain itu daripada sekolah itu Dato' Abu Bakar juga akan membena sa-buah masjid untok di-gunakan oleh sa-ramai 85 keluarga petani2 di situ."// (Berita Harian, 26 December 1962, Page 9: {{ :akhbar:beritaharian19621226-1-2-104.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19621226-1.2.104|"PUJI DAN JANJI MB KAPADA PENDUDOK"]]). |
| |
==== 1963-10-24: Pembukaan Sekolah ==== | ==== 1963-10-24: Pembukaan Sekolah ==== |