User Tools

Site Tools


persama

Persatuan Artis Filem Malaya (PERSAMA)

Dirujuk oleh

Perihal PERSAMA

“Jamil Sulong (2007:153) dan Mohamad Letfee Ahmad (1999:11-12) menyatakan Persatuan Artis Filem Malaya (PERSAMA) telah ditubuhkan pada tahun 1950(1954?) hasil cetusan idea dan sokongan para wartawan iaitu Abdullah Hussain, Usman Awang dan Hassan Hashim. Presiden pertamanya adalah P.Ramlee, mana kala Setiausaha Kehormatnya Salleh Ghani. Jamil Sulong memegang jawatan Bendahari. Ahli-ahlinya terdiri daripada para pekerja studio. Walau bagaimanapun, PERSAMA hanya mampu bertahan selama 10 tahun kerana berhadapan krisis pembayaran gaji antara pelakon dengan majikan. Kemelut ini dikatakan bertambah buruk kerana para pekerja filem pada ketika itu dibayar dengan kadar gaji yang sama meskipun sudah bekerja selama 5 hingga 7 tahun (Jamil Sulong 2007:154). Akhirnya persatuan ini dibubarkan pada tahun 1960.” (Daeng Haliza bt Daeng Jamal, Ab. Samad Kechot, 2011: |"Peranan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Perfileman", m.s. 88-90)

Mogok PERSAMA 1957

“Ketika PERSAMA mengadakan mogok pertama pada 16 Mac 1957 bagi menuntut kenaikan gaji, sekumpulan jawatankuasa PERSAMA telah bertandang ke Kuala Lumpur untuk mendapat sokongan Tunku Abdul Rahman (Jamil Sulong 2007:155). Hasil kunjungan itu, Datuk Senu Abdul Rahman yang ketika itu berjawatan Menteri Penerangan dan Penyiaran, telah dihantar oleh Tunku ke Singapura bagi membantu mengatasi kemelut ini. Mogok ini lantang diusulkan oleh Presidennya, Tan Sri P.Ramlee. Hasilnya daripada mogok tersebut telah menyebabkan gaji pelakon dinaikkan. Selain itu, perjuangan ini turut diusahakan oleh Setiausahanya, Salleh Ghani.

Pada 7 April 1957, satu lagi mogok telah diadakan dengan memperjuangkan hak yang sama iaitu menuntut kenaikan gaji (Jamil Sulong 2007:155). Walau bagaimanapun, mogok kali ini tidak agresif kerana para pelakon telah bersepakat untuk bekerja dengan kadar masa perlahan. Sekali lagi Datuk Senu Abdul Rahman dihantar ke Singapura untuk merundingkan perkara ini. SATU (Singapore Amalgamated Trade Union, sebuah kesatuan sekerja) juga bertindak campurtangan untuk menyelesaikan mogok ini. Hasilnya sekali lagi kejayaan berpihak kepada golongan para artis apabila pihak majikan berjanji untuk menaikan gaji dan menukar waktu bekerja seperti yang disuarakan oleh SATU. Waktu bekerja dihadkan kepada 8 jam sehari berbanding sebelum itu secara sebarangan mengikut kehendak pihak pengurusan. Walau bagaimanapun, sistem ini turut membawa kesan kepada produktiviti kerana pembikinan sesebuah filem memakan masa yang lama. Jika sebelum itu sebuah filem boleh dihasilkan dalam tempoh sekitar 45 hari namun selepas tindakan tersebut ia memakan lebih daripada itu.”
(Daeng Haliza bt Daeng Jamal, Ab. Samad Kechot, 2011: |"Peranan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Perfileman", m.s. 88-90).

Dari sumber lain: “Mogok Persama mendapat liputan meluas dan sokongan umum. Banyak bantuan makanan dan sokongan moral diberikan kepada pekerja yang mogok. Namun majikan tetap enggan memenuhi permintaan kesatuan itu. Hanya selepas Suruhanjaya Buruh ikut campur tangan barulah MFP bersetuju ke meja rundingan. Seorang peguam, T T Rajah mengiringi wakil Persama - diketuai P Ramlee, disertai Rohaizat, Ahmad Kecik, Jamil Sulong dan Abdullah Hussein - untuk bertemu dengan pihak majikan.

Namun tidak semua artis ketika itu menyokong tindakan Persama. S Kadarisman antara yang dikatakan sebagai promajikan. Dalam temu bual dengan Mohd Yusuf Ahmad yang disimpan dalam Arkib Singapura, S Kadarisman berkata kewujudan kesatuan sekerja menyebabkan kerjasama secara pasukan berkurangan di MFP. Katanya, masing-masing bekerja berdasarkan ruang lingkup yang diberikan sahaja. Bagi S Kadarisman, syarikat itu banyak memberi kebajikan kepada artis termasuk menyediakan rumah kepada sebahagian daripada mereka di Boon Teck Road. Dia berpendapat kesatuan sekerja lebih banyak bermain politik daripada menjaga kebajikan ahli.

Tidak cukup dengan membawa kes tersebut ke Suruhanjaya Buruh juga mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman. Singapura pada masa itu adalah sebahagian daripada Malaysia. P Ramlee bersama yang lain-lain berkereta dari Singapura ke Kuala Lumpur. Antara yang menyertai rombongan tersebut ialah Norizan yang juga isteri P Ramlee. Dalam pertemuan dengan Tunku Abdul Rahman itu, P Ramlee sendiri menyuarakan tuntutan mereka. Tunku Abdul Rahman berjanji untuk meminta MFP mempertimbangkan tuntutan mereka dengan sewajarnya. Perdana Menteri itu melantik Senu Abdul Rahman sebagai wakil bagi menyelesaikan kemelut tersebut. Akhirnya Shaw Brother akur dengan tuntutan kesatuan dengan mengambil kira campur tangan Tunku Abdul Rahman. Omar Rojik dan Musalmah diambil bekerja oleh MFP dan gaji pekerja juga dinaikkan. Proses itu berlangsung selepas rundingan secara mendalam diadakan di antara pimpinan Persama dengan MFP. Namun P Ramlee enggan bertemu dengan bekas majikannya itu. Tidak diketahui alasan dia berbuat demikian. Setelah berpindah ke Kuala Lumpur, karya-karya P Ramlee sedikit demi sedikit merosot sehingga dia dilihat disisih dalam dunia hiburan.”
(Muhaimin Sulam @ Malaysiakini, 16 Oktober 2020: |"Kita Mogok!").

Dari sumber yang lain lagi: “By February 1957, Persama was well organised enough to confront Shaw Brothers' executives to make demands. The approximately 150 MFP Malay employees, with the exception of P. Ramlee, each received a monthly wage of less than $300. Although they received bonuses for each film and lived in the staff housing complex in Boon Teck Road, they never received any raises once their initial salaries were agreed upon. As a result, there were employees who had been receiving the same salary amount for more than 10 years.

Under those circumstances, Persama representatives made four basic demands: an agreed salary scale for all MFP employees, bigger bonuses for each completed film, prompt payment for overtime and half day off on Saturdays and a complete off day on Sundays.

Rojik was one of the three MFP employees who had their employment contracts terminated during the 1957 crisis. The reply to those demands was received on March 3, 1957 together with the employment termination of three prominent Persama members, Musalmah, Omar Rojik and H.M. Rohaizad, from MFP. Musalmah was an actress whose home on Tembeling Road served as Persama headquarters. Rojik, who was a journalist in the 1940s, had worked his way up to assistant director and supporting actor prior to the termination. In the early 1960s, after his reinstatement, Rojik became one of the leading MFP directors specialising in dramatic politically-inclined films. Rohaizad, meanwhile, was an assistant director and prominent Persama member. As the protest dragged on, two of the most vocal agitators, S. Kadarisman and Syed Hassan Safi, who were MFP assistant directors, were shown the door on March 5, 1957.
…..
The multiple terminations and Shaw Brothers' refusal to negotiate led to a retaliatory strike that began on March 16, 1957. More than 120 MFP employees picketed in front of the Jalan Ampas studio. In a show of solidarity, film stars picketed at Queens Cinema in Geylang, including Ahmad Mahmud whose film was being screened there at that time.

To garner more support, protests were organised at popular gathering places for the Malay community, including the Happy World Amusement Park, Pulau Berani and Al-Islamiah Madrasah at Pasir Panjang Road.

The screening of Dang Anom coincided with Cathay-Keris' 10th anniversary celebrations in 1962. During that crucial juncture when things were at an impasse, Cathay-Keris' Ho allegedly took advantage of the situation by sending food supplies and encouraging notes to the strikers with the ulterior intent of luring actors, directors and technicians to his studio where better remuneration and equipment beckoned.

Although the strike was finally called off on April 7, 1957 with the timely intervention of Tunku Abdul Rahman and one of his senior aides, Senu Abdul Rahman, the damage had already been done. Tensions among the Malay staff and resentment over labour issues continued to linger at MFP for many years. Within the span of a few years, most of the Shaw Brothers' Malay production employees moved to Kuala Lumpur. By 1967, it was curtains down for the final time at MFP.”
(Alan Teh Leam Seng @ New Straits Times, August 4, 2019: |"Golden age of Malay film industry").
Rumah Musalmah kiniRumah (dan Salon) Seniwati Musalmah, 1960-an
Gambar kiri: Bekas rumah Musalmah kini: “No 271,Tembeling Road. Satu deretan rumah kedai di kawasan East Coast Road yang pernah dimiliki oleh Seniwati Musalmah dan suaminya Biduan Kamsani.” (Wadah Seni Entertainment, 26 Jun 2020: |"No 271,Tembeling Road"). Gambar kanan: Rumah / Salon Musalmah dalam salah satu babak filem “Madu Tiga” (P Ramlee, 1964).

Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

persama.txt · Last modified: 2021/08/16 12:30 by sazli