Both sides previous revisionPrevious revisionNext revision | Previous revision |
perempuan_sgmerab [2025/09/16 11:04] – sazli | perempuan_sgmerab [2025/09/16 17:33] (kini) – [1962-09-14: Che'gu Jamaliah Menang Peraduan Sajak] sazli |
---|
| |
//"Perkumpulan Perempuan Sungai Merab, Kajang telah mengadakan jamuan teh kerana menyambut genap sa-tahun tertuboh-nya persatuan tersebut dan juga untok merai'kan Che'gu Jamilah binte Ahmad yang telah memenangi hadiah pertama dalam Peraduan Mengarang Sajak untok ahli2 Perkumpulan Perempuan Sa-Malaya pada 14 September yang lalu. Jamuan ini telah di-adakan di-Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Kajang pada hari Sabtu 29 September yang lalu, dan telah di-hadhiri oleh lebeh dari 100 orang jemputan yang terdiri dari pemuda2 UMNO dan juga ibu bapa di-kampong itu. Perkumpulan Perempuan ini telah di-tubohkan pada bulan September tahun 1961 dengan mempunyai sa-ramai 50 orang ahli."// (Berita Harian, 3 October 1962, Page 9: {{ :akhbar:beritaharian19621003-1-2-83-4.pdf ||}} [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19621003-1.2.83.4|"W.I. SUNGAI MERAB MERAYAKAN ULANG TAHUN YG PERTAMA"]]). | //"Perkumpulan Perempuan Sungai Merab, Kajang telah mengadakan jamuan teh kerana menyambut genap sa-tahun tertuboh-nya persatuan tersebut dan juga untok merai'kan Che'gu Jamilah binte Ahmad yang telah memenangi hadiah pertama dalam Peraduan Mengarang Sajak untok ahli2 Perkumpulan Perempuan Sa-Malaya pada 14 September yang lalu. Jamuan ini telah di-adakan di-Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Kajang pada hari Sabtu 29 September yang lalu, dan telah di-hadhiri oleh lebeh dari 100 orang jemputan yang terdiri dari pemuda2 UMNO dan juga ibu bapa di-kampong itu. Perkumpulan Perempuan ini telah di-tubohkan pada bulan September tahun 1961 dengan mempunyai sa-ramai 50 orang ahli."// (Berita Harian, 3 October 1962, Page 9: {{ :akhbar:beritaharian19621003-1-2-83-4.pdf ||}} [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19621003-1.2.83.4|"W.I. SUNGAI MERAB MERAYAKAN ULANG TAHUN YG PERTAMA"]]). |
| |
**MAKLUMAT LANJUT: [[perempuan_sgmerab|Perkumpulan Perempuan Sungai Merab (1961)]]** | |
| |
===== 1961-11-25: Perasmian Pertubohan Perkumpulan Perempuan Kampong Sungai Merab ===== | ===== 1961-11-25: Perasmian Pertubohan Perkumpulan Perempuan Kampong Sungai Merab ===== |
| |
===== 1962-09-14: Che'gu Jamaliah Menang Peraduan Sajak ===== | ===== 1962-09-14: Che'gu Jamaliah Menang Peraduan Sajak ===== |
| |
| //"Sa-bagai mengambil sempena Bulan Bahasa Kebangsaan yang kedua tahun ini, Pertubohan Perkumpulan Perempuan Persekutuan Tanah Melayu telah menganjorkan suatu peraduan menggubah sajak yang di-bukakan kapada ahli2-nya di-seluroh Malaya. Tajok untok peraduan itu ia-lah PERKUMPULAN PEREMPUAN, dan peraduan tersebut di-kelolakan oleh sa-buah Jawatankuasa Khas dengan Puan Salmah Shamsuddin sa-bagai pengerusi, dan Puan Halimah Mansor dan Puan Hasnah Melan sa-bagai pembantu2-nya. Sajak2 yang di-pertandingkan telah di-adili di-peringkat negeri masing2, kemudian tiga dari sajak yang terbaik sa-kali dari tiap2 negeri itu telah di-kumpulkan untok pengadilan yang terakhir. Pengadilan terakhir ini telah di-lakukan oleh Puan SALMI MANJA penyajak wanita kita yang ulong. Pemenang2 peraduan menggubah sajak, yang masing2 menerima piala perak, ia-lah saperti berikut:- \\ |
| \\ |
| Hadiah Pertama: \\ |
| PUAN JAMILAH BT. AHMAD \\ |
| dari PERKUMPULAN PEREMPUAN SUNGAI MERAB, KAJANG, SELANGOR. \\ |
| \\ |
| Hadiah Kedua: PUAN HASHIMAH BT. MOHD. NOR \\ |
| dari PERKUMPULAN PEREMPUAN KAMPONG LENGA, MUAR, JOHOR. \\ |
| \\ |
| Hadiah Ketiga: PUAN UMMI Kalthum Hj. Abdul Hamid, \\ |
| dari PERKUMPULAN PEREMPUAN LENGGONG, PERAK. \\ |
| \\ |
| Di-bawah ini di-siarkan sajak gubahan Puan Jamilah bt. Ahmad, yang mendapat hadiah pertama, bagi tatapan puan2 pembacha. \\ |
| \\ |
| PERKUMPULAN PEREMPUAN \\ |
| \\ |
| Di-kau umpama chendawan tumboh, \\ |
| Di-sana sini dikau menjelma, \\ |
| Di-merata pelusok dikau menjelajah, \\ |
| Munchul tanpa mengira masa dan detik, \\ |
| Untok kepentingan kaum yang lemah longlai. \\ |
| \\ |
| Perkumpulan ini memang terkenal, \\ |
| Tegak berdiri dengan gagah dan megah, \\ |
| Memberi sumbangan sa-genap anggota, \\ |
| Berbakti pada ra'ayat murba dan nusa. \\ |
| \\ |
| Semenjak kemerdekaan menjelang, \\ |
| Dikau munchul satu demi satu, \\ |
| Bertaboran.... umpama bintang di-angkasa, \\ |
| Nama dikau semerbak saperti kembang pagi \\ |
| \\ |
| Ah! dikau di-sanjong, di-hormati, \\ |
| Berjasa, berbakti pada ibu pertiwi, \\ |
| Hidup-lah dikau tanpa mati, \\ |
| Untok kepentingan insan seluroh-nya. \\ |
| \\ |
| Sumbangan dikau sunggoh banyak, \\ |
| Umpama ubor di-malam pekat, \\ |
| Dikau menunjokkan ka-arah chita-chita. \\ |
| \\ |
| Tapi, wahai anggota \\ |
| Pupok-lah, bajai-lah daku, \\ |
| Bajai-lah dengan keluhoran hati, \\ |
| Agar sumbangan daku kekal abadi, \\ |
| Untok kepentingan anggota semua. \\ |
| \\ |
| Ta' ada kumpulan ta'ada anggota, \\ |
| Ta' ada semangat ta' ada chita-chita, \\ |
| Kedua sa-jajar dan sa-haluan, \\ |
| Bak roh dan jasad. \\ |
| \\ |
| SELANGOR, 1962."// |
| |
| (Sumber: Berita Harian, 17 September 1962, Page 6: {{ :akhbar:beritaharian19620917-1-2-56-4.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19620917-1.2.56.4|"PERADUAN MENGGUBAH SAJAK"]]; {{ :akhbar:beritaharian19620917-1-2-56-5.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19620917-1.2.56.5|"PERKUMPULAN PEREMPUAN"]]). |
| |
{{:gambar:beritaharian19620924-1-2-15-sgmerab-chegu-jamaliah.png?200|Che'gu Jamaliah binti Ahmad}} | {{:gambar:beritaharian19620924-1-2-15-sgmerab-chegu-jamaliah.png?200|Che'gu Jamaliah binti Ahmad}} |
| |
//"Kerana posmen tidak pernah menjengah ka-kampong-nya, sa-orang anggota Perkumpulan Perempuan di-sini yang telah memenangi peraduan mengarang sajak anjoran Perkumpulan Perempuan Malaya tidak dapat menerima sendiri hadiah-nya dari Tengku Abdul Rahman. Kesah ini berlaku ka-atas Che'gu Jamaliah binti Ahmad, sa-orang guru di-Sekolah Kebangsaan Sungai Merab. Che'gu Jamaliah di-jadualkan menerima sendiri hadiah-nya di-dalam upachara yang di-langsongkan di-ibu pejabat Perkumpulan Perempuan Malaya di Petaling Jaya pada 14 September lalu. Tetapi surat itu tidak di-terima-nya hingga 21 September lalu kerana 'terpendam' di-pejabat pos Kajang sa-lama sa-minggu. Dan Che'gu Jamaliah lebeh dulu mendapat tahu tentang kemenangan-nya itu melalui Ruangan Wanita, Berita Harian pada 17 September - tiga hari sa-sudah upachara menyampaikan hadiah itu berlangsong. 'Oh betapa-lah kesal-nya hati saya. Saya telah kehilangan peluang untok hadhir dalam upachara itu...' kata-nya kapada Berita Harian hari ini. Dan Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah Kebangsaan Sungai Merab, Inche Muhamad Yunos b. Mihad bersetuju dengan-nya 'Kampong ini lapan batu sahaja dari bandar Kajang'. 'Tetapi sudah sa-tahun kami tidak melihat posmen. Surat2 orang kampong di-kirimkan sahaja kapada dreber taxi atau di-letak-kan sahaja di-sabuah kedai di-bandar Kajang untok di-ambil sendiri oleh tuan-nya.' Pegawai Pejabat Pos Kajang, Inche Nordin bin Ibrahim bila mendapat tahu rungutan2 ini berkata: 'Saya tidak tahu kejadian ini.' 'Biasa-nya sa-orang posmen bertugas menghantar surat ka-kampong ini tiga kali sa-minggu - pada hari Thalatha, Khamis dan Sabtu.' Beliau bagaimana pun berjanji akan menyiasat peristiwa itu."// (Berita Harian, 24 September 1962, Page 2: {{ :akhbar:beritaharian19620924-1-2-15.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19620924-1.2.15|"Jamaliah ta' dapat hadiah kerana posmen tidak ada"]]). | //"Kerana posmen tidak pernah menjengah ka-kampong-nya, sa-orang anggota Perkumpulan Perempuan di-sini yang telah memenangi peraduan mengarang sajak anjoran Perkumpulan Perempuan Malaya tidak dapat menerima sendiri hadiah-nya dari Tengku Abdul Rahman. Kesah ini berlaku ka-atas Che'gu Jamaliah binti Ahmad, sa-orang guru di-Sekolah Kebangsaan Sungai Merab. Che'gu Jamaliah di-jadualkan menerima sendiri hadiah-nya di-dalam upachara yang di-langsongkan di-ibu pejabat Perkumpulan Perempuan Malaya di Petaling Jaya pada 14 September lalu. Tetapi surat itu tidak di-terima-nya hingga 21 September lalu kerana 'terpendam' di-pejabat pos Kajang sa-lama sa-minggu. Dan Che'gu Jamaliah lebeh dulu mendapat tahu tentang kemenangan-nya itu melalui Ruangan Wanita, Berita Harian pada 17 September - tiga hari sa-sudah upachara menyampaikan hadiah itu berlangsong. 'Oh betapa-lah kesal-nya hati saya. Saya telah kehilangan peluang untok hadhir dalam upachara itu...' kata-nya kapada Berita Harian hari ini. Dan Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah Kebangsaan Sungai Merab, Inche Muhamad Yunos b. Mihad bersetuju dengan-nya 'Kampong ini lapan batu sahaja dari bandar Kajang'. 'Tetapi sudah sa-tahun kami tidak melihat posmen. Surat2 orang kampong di-kirimkan sahaja kapada dreber taxi atau di-letak-kan sahaja di-sabuah kedai di-bandar Kajang untok di-ambil sendiri oleh tuan-nya.' Pegawai Pejabat Pos Kajang, Inche Nordin bin Ibrahim bila mendapat tahu rungutan2 ini berkata: 'Saya tidak tahu kejadian ini.' 'Biasa-nya sa-orang posmen bertugas menghantar surat ka-kampong ini tiga kali sa-minggu - pada hari Thalatha, Khamis dan Sabtu.' Beliau bagaimana pun berjanji akan menyiasat peristiwa itu."// (Berita Harian, 24 September 1962, Page 2: {{ :akhbar:beritaharian19620924-1-2-15.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19620924-1.2.15|"Jamaliah ta' dapat hadiah kerana posmen tidak ada"]]). |
| |
| ===== 1962-10-04: Perancangan Kelas Tarian Asli ===== |
| |
| //"Perkumpulan Perempuan Sungai Merab Kajang akan mengadakan kelas tarian asli untok mengalakkan ahli2-nya supaya lebeh chenderong mempelajari kebudayaan Melayu sendiri. Kenyataan ini telah dibuat oleh Setiausaha Perkumpulan di-sini, Che'gu Maimunah binti Yunos dalam satu majlis jamuan teh yang di-adakan kerana menyambut hari ulang tahun pertama perkumpulan ini pada hari Sabtu yang lalu. Che'gu Maimunah menerangkan bahawa Perkumpulan Perempuan Sungai Merab ini mula2 di-tubohkan pada bulan September tahun lalu. Sa-telah berjalan sa-lama tiga bulan ia telah mendapat sambutan hangat dari kaum ibu di-sini dan sekarang ahli telah bertambah menjadi 85 orang. Che'gu Maimunah juga menerangkan bahawa semenjak perkumpulan ini di-tubohkan perkumpulan ini telah dapat mengadakan kelas masak memasak dan urusan rumah tangga yang di-adakan sa-minggu sa-kali. Satu lagi kejayaan yang telah di-chapai oleh perkumpulan ini, ia-lah menghantar sa-ramai dua orang ahli-nya berkursus di Taman Asohan RIDA di-Kuala Lumpur sa-lama tiga bulan. Baharu2 ini Che'gu Jamilah binti Ahmad sa-orang ahli perkumpulan ini telah berjaya memenangi hadiah yang pertama dalam peraduan mengarang sajak yang di-anjorkan oleh Perkumpulan Perempuan Persekutuan Tanah Melayu."// (Berita Harian, 4 October 1962, Page 7: {{ :akhbar:beritaharian19621004-1-2-58.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19621004-1.2.58|"Pertubohan wanita adakan kelas tarian untok ahli"]]). |
| |