Differences
This shows you the differences between two versions of the page.
Both sides previous revisionPrevious revision | |
perempuan_sgmerab [2025/09/16 14:49] – [1962-09-14: Che'gu Jamaliah Menang Peraduan Sajak] sazli | perempuan_sgmerab [2025/09/16 17:33] (kini) – [1962-09-14: Che'gu Jamaliah Menang Peraduan Sajak] sazli |
---|
| |
//"Kerana posmen tidak pernah menjengah ka-kampong-nya, sa-orang anggota Perkumpulan Perempuan di-sini yang telah memenangi peraduan mengarang sajak anjoran Perkumpulan Perempuan Malaya tidak dapat menerima sendiri hadiah-nya dari Tengku Abdul Rahman. Kesah ini berlaku ka-atas Che'gu Jamaliah binti Ahmad, sa-orang guru di-Sekolah Kebangsaan Sungai Merab. Che'gu Jamaliah di-jadualkan menerima sendiri hadiah-nya di-dalam upachara yang di-langsongkan di-ibu pejabat Perkumpulan Perempuan Malaya di Petaling Jaya pada 14 September lalu. Tetapi surat itu tidak di-terima-nya hingga 21 September lalu kerana 'terpendam' di-pejabat pos Kajang sa-lama sa-minggu. Dan Che'gu Jamaliah lebeh dulu mendapat tahu tentang kemenangan-nya itu melalui Ruangan Wanita, Berita Harian pada 17 September - tiga hari sa-sudah upachara menyampaikan hadiah itu berlangsong. 'Oh betapa-lah kesal-nya hati saya. Saya telah kehilangan peluang untok hadhir dalam upachara itu...' kata-nya kapada Berita Harian hari ini. Dan Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah Kebangsaan Sungai Merab, Inche Muhamad Yunos b. Mihad bersetuju dengan-nya 'Kampong ini lapan batu sahaja dari bandar Kajang'. 'Tetapi sudah sa-tahun kami tidak melihat posmen. Surat2 orang kampong di-kirimkan sahaja kapada dreber taxi atau di-letak-kan sahaja di-sabuah kedai di-bandar Kajang untok di-ambil sendiri oleh tuan-nya.' Pegawai Pejabat Pos Kajang, Inche Nordin bin Ibrahim bila mendapat tahu rungutan2 ini berkata: 'Saya tidak tahu kejadian ini.' 'Biasa-nya sa-orang posmen bertugas menghantar surat ka-kampong ini tiga kali sa-minggu - pada hari Thalatha, Khamis dan Sabtu.' Beliau bagaimana pun berjanji akan menyiasat peristiwa itu."// (Berita Harian, 24 September 1962, Page 2: {{ :akhbar:beritaharian19620924-1-2-15.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19620924-1.2.15|"Jamaliah ta' dapat hadiah kerana posmen tidak ada"]]). | //"Kerana posmen tidak pernah menjengah ka-kampong-nya, sa-orang anggota Perkumpulan Perempuan di-sini yang telah memenangi peraduan mengarang sajak anjoran Perkumpulan Perempuan Malaya tidak dapat menerima sendiri hadiah-nya dari Tengku Abdul Rahman. Kesah ini berlaku ka-atas Che'gu Jamaliah binti Ahmad, sa-orang guru di-Sekolah Kebangsaan Sungai Merab. Che'gu Jamaliah di-jadualkan menerima sendiri hadiah-nya di-dalam upachara yang di-langsongkan di-ibu pejabat Perkumpulan Perempuan Malaya di Petaling Jaya pada 14 September lalu. Tetapi surat itu tidak di-terima-nya hingga 21 September lalu kerana 'terpendam' di-pejabat pos Kajang sa-lama sa-minggu. Dan Che'gu Jamaliah lebeh dulu mendapat tahu tentang kemenangan-nya itu melalui Ruangan Wanita, Berita Harian pada 17 September - tiga hari sa-sudah upachara menyampaikan hadiah itu berlangsong. 'Oh betapa-lah kesal-nya hati saya. Saya telah kehilangan peluang untok hadhir dalam upachara itu...' kata-nya kapada Berita Harian hari ini. Dan Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah Kebangsaan Sungai Merab, Inche Muhamad Yunos b. Mihad bersetuju dengan-nya 'Kampong ini lapan batu sahaja dari bandar Kajang'. 'Tetapi sudah sa-tahun kami tidak melihat posmen. Surat2 orang kampong di-kirimkan sahaja kapada dreber taxi atau di-letak-kan sahaja di-sabuah kedai di-bandar Kajang untok di-ambil sendiri oleh tuan-nya.' Pegawai Pejabat Pos Kajang, Inche Nordin bin Ibrahim bila mendapat tahu rungutan2 ini berkata: 'Saya tidak tahu kejadian ini.' 'Biasa-nya sa-orang posmen bertugas menghantar surat ka-kampong ini tiga kali sa-minggu - pada hari Thalatha, Khamis dan Sabtu.' Beliau bagaimana pun berjanji akan menyiasat peristiwa itu."// (Berita Harian, 24 September 1962, Page 2: {{ :akhbar:beritaharian19620924-1-2-15.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19620924-1.2.15|"Jamaliah ta' dapat hadiah kerana posmen tidak ada"]]). |
| |
| ===== 1962-10-04: Perancangan Kelas Tarian Asli ===== |
| |
| //"Perkumpulan Perempuan Sungai Merab Kajang akan mengadakan kelas tarian asli untok mengalakkan ahli2-nya supaya lebeh chenderong mempelajari kebudayaan Melayu sendiri. Kenyataan ini telah dibuat oleh Setiausaha Perkumpulan di-sini, Che'gu Maimunah binti Yunos dalam satu majlis jamuan teh yang di-adakan kerana menyambut hari ulang tahun pertama perkumpulan ini pada hari Sabtu yang lalu. Che'gu Maimunah menerangkan bahawa Perkumpulan Perempuan Sungai Merab ini mula2 di-tubohkan pada bulan September tahun lalu. Sa-telah berjalan sa-lama tiga bulan ia telah mendapat sambutan hangat dari kaum ibu di-sini dan sekarang ahli telah bertambah menjadi 85 orang. Che'gu Maimunah juga menerangkan bahawa semenjak perkumpulan ini di-tubohkan perkumpulan ini telah dapat mengadakan kelas masak memasak dan urusan rumah tangga yang di-adakan sa-minggu sa-kali. Satu lagi kejayaan yang telah di-chapai oleh perkumpulan ini, ia-lah menghantar sa-ramai dua orang ahli-nya berkursus di Taman Asohan RIDA di-Kuala Lumpur sa-lama tiga bulan. Baharu2 ini Che'gu Jamilah binti Ahmad sa-orang ahli perkumpulan ini telah berjaya memenangi hadiah yang pertama dalam peraduan mengarang sajak yang di-anjorkan oleh Perkumpulan Perempuan Persekutuan Tanah Melayu."// (Berita Harian, 4 October 1962, Page 7: {{ :akhbar:beritaharian19621004-1-2-58.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19621004-1.2.58|"Pertubohan wanita adakan kelas tarian untok ahli"]]). |
| |