| {{:arkibgambar:1974-brochure-bbb-4.jpeg?220|Rumusan Pelan}} | **Penduduk**: Bandar ini adalah dirancang untuk menempatkan penduduk seramai 140,000 orang, dengan kemungkinan dicantumkan dengan bandar Kajang yang akan mempunyai seramai 40,000, diperengkat akhir pembangunan. Jumlah penduduk di-jangka akan meningkat seramai 20,000 dalam tahun 1977, 42,000 dalam tahun 1980, 77,000 dalam tahun 1985 dan 140,000 dalam tahun 1990. \\ \\ **Lorong-Lorong Berjalan Kaki / Berbasikal**: Perkara yang penting dalam rancangan Bandar Baru ini ialah konsep mengutamakan kegunaan lorong-lorong berjalan kaki dan lorong berbasikal, yang akan menyambungkan segala aktiviti-aktiviti satu-satu kawasan kediaman dengan yang lain dibandar tersebut. Lorong-lorong ini akan dapat dilihat sebagai satu tempat perkembangan bagi kawasan sekelilingnya dengan adanya kemudahan-kemudahan sosial, pelajaran dan lain-lain lagi disepanjang jaraknya. Tempat-tempat perhentian bas akan diadakan ditakat mana lorong-lorong tersebut bertemu dengan jalan besar. Lorong-lorong ini menyediakan rangka asas bagi menghubungkan kawasan-kawasan dan penduduk-penduduk sekitar. \\ \\ **Struktur Masyarakat**: Sekolah rendah dan kedai-kedai tempatan bagi kemudahan dan keperluan penduduk-penduduk seramai lebih kurang 4,000 orang adalah diambil sebagai ukuran utama dalam struktur masyarakat. Jarak yang paling jauh kepada kemudahan-kemudahan tersebut ialah 1/4 batu atau jangka masa 8 minit berjalan kaki. Berdasarkan kepada prinsip-prinsip diatas, satu yunit kawasan perumahan secara teori telah direka yang akan dapat memberi perbezaan kepada bentuk dan kepadatan penduduk-penduduk. Saiz struktur masyarakat ini akan berubah mengikut keadaan kawasan-kawasan sekitar. \\ \\ **Bentuk Perbandaran**: Satu struktur telah dibentuk didalam mana diharapkan kawasan perumahan didalam bandar tersebut akan dapat dibina sebagai satu entiti yang lengkap dalam erti bentuk pembinaan dan bukan sebagai satu siri pembangunan yang tidak ada perhubungan diantara satu kawasan sekitar yang berasingan. Lorong-lorong berjalan kaki dan berbasikal ini akan dapat mengukuhkan lagi bentuk bandar tersebut. Sektor penduduk yang mempunyai kenderaan akan diletakan berhampiran dengan jalan besar manakala kawasan yang akan mempunyai perkembangan penduduk yang padat akan menggunakan lorong-lorong. Pembangunan yang penting ialah bentuk beberapa siri yunit perumahan, kawasan pusat dan kawasan perindustrian, dihubungkan antara satu sama lain melalui satu sistem yang menggunakan dua lengkungan jalan besar dan lorong berjalan kaki/berbasikal. \\ \\ **Pekerjaan**: Bandar ini akan mengujudkan 18,000 peluang pekerjaan dalam Taman Pekerjaannya yang luasnya 350 ekar. Taman Pekerjaan ini akan menyediakan kawasan-kawasan untuk perindustrian dan lain-lain pembangunan yang berkaitan, untuk memajukan lagi bandar tersebut. Keseluruhannya, Bandar ini akan menyediakan pekerjaan yang beranika jenis untuk lebih kurang 44,000 orang. \\ \\ **Perniagaan**: Kawasan membeli belah yang diperlui ialah 2.6 juta kaki persegi dan pelan bandar ini juga menyediakan lebih kurang 1.7 juta kaki persegi kawasan untuk pusat pejabat-pejabat. Selain daripada itu kawasan-kawasan perumahan juga akan mempunyai pusat-pusat tempatan yang biasanya dikaitkan dengan kemudahan-kemudahan sekolah dan sosial. | | | {{:arkibgambar:1974-brochure-bbb-4.jpeg?220|Rumusan Pelan}} | **Penduduk**: Bandar ini adalah dirancang untuk menempatkan penduduk seramai 140,000 orang, dengan kemungkinan dicantumkan dengan bandar Kajang yang akan mempunyai seramai 40,000, diperengkat akhir pembangunan. Jumlah penduduk di-jangka akan meningkat seramai 20,000 dalam tahun 1977, 42,000 dalam tahun 1980, 77,000 dalam tahun 1985 dan 140,000 dalam tahun 1990. \\ \\ **Lorong-Lorong Berjalan Kaki / Berbasikal**: Perkara yang penting dalam rancangan Bandar Baru ini ialah konsep mengutamakan kegunaan lorong-lorong berjalan kaki dan lorong berbasikal, yang akan menyambungkan segala aktiviti-aktiviti satu-satu kawasan kediaman dengan yang lain dibandar tersebut. Lorong-lorong ini akan dapat dilihat sebagai satu tempat perkembangan bagi kawasan sekelilingnya dengan adanya kemudahan-kemudahan sosial, pelajaran dan lain-lain lagi disepanjang jaraknya. Tempat-tempat perhentian bas akan diadakan ditakat mana lorong-lorong tersebut bertemu dengan jalan besar. Lorong-lorong ini menyediakan rangka asas bagi menghubungkan kawasan-kawasan dan penduduk-penduduk sekitar. \\ \\ **Struktur Masyarakat**: Sekolah rendah dan kedai-kedai tempatan bagi kemudahan dan keperluan penduduk-penduduk seramai lebih kurang 4,000 orang adalah diambil sebagai ukuran utama dalam struktur masyarakat. Jarak yang paling jauh kepada kemudahan-kemudahan tersebut ialah 1/4 batu atau jangka masa 8 minit berjalan kaki. Berdasarkan kepada prinsip-prinsip diatas, satu yunit kawasan perumahan secara teori telah direka yang akan dapat memberi perbezaan kepada bentuk dan kepadatan penduduk-penduduk. Saiz struktur masyarakat ini akan berubah mengikut keadaan kawasan-kawasan sekitar. \\ \\ **Bentuk Perbandaran**: Satu struktur telah dibentuk didalam mana diharapkan kawasan perumahan didalam bandar tersebut akan dapat dibina sebagai satu entiti yang lengkap dalam erti bentuk pembinaan dan bukan sebagai satu siri pembangunan yang tidak ada perhubungan diantara satu kawasan sekitar yang berasingan. Lorong-lorong berjalan kaki dan berbasikal ini akan dapat mengukuhkan lagi bentuk bandar tersebut. Sektor penduduk yang mempunyai kenderaan akan diletakan berhampiran dengan jalan besar manakala kawasan yang akan mempunyai perkembangan penduduk yang padat akan menggunakan lorong-lorong. Pembangunan yang penting ialah bentuk beberapa siri yunit perumahan, kawasan pusat dan kawasan perindustrian, dihubungkan antara satu sama lain melalui satu sistem yang menggunakan dua lengkungan jalan besar dan lorong berjalan kaki/berbasikal. \\ \\ **Pekerjaan**: Bandar ini akan mengujudkan 18,000 peluang pekerjaan dalam Taman Pekerjaannya yang luasnya 350 ekar. Taman Pekerjaan ini akan menyediakan kawasan-kawasan untuk perindustrian dan lain-lain pembangunan yang berkaitan, untuk memajukan lagi bandar tersebut. Keseluruhannya, Bandar ini akan menyediakan pekerjaan yang beranika jenis untuk lebih kurang 44,000 orang. \\ \\ **Perniagaan**: Kawasan membeli belah yang diperlui ialah 2.6 juta kaki persegi dan pelan bandar ini juga menyediakan lebih kurang 1.7 juta kaki persegi kawasan untuk pusat pejabat-pejabat. Selain daripada itu kawasan-kawasan perumahan juga akan mempunyai pusat-pusat tempatan yang biasanya dikaitkan dengan kemudahan-kemudahan sekolah dan sosial. | |
(Sumber: PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS) @ Arkib Negara 2006/0033913W, 31/12/1974: {{ :arkibgambar:online_finding_aids_-_material_detail_-_947506.pdf ||}}[[https://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/947506|"PELAN STRUKTUR BANDAR BARU BANGI - 1974"]]). | (Sumber: PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS) @ Arkib Negara 2006/0033913W, 31/12/1974: {{ :arkibgambar:online_finding_aids_-_material_detail_-_947506.pdf ||}}[[https://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/947506|"PELAN STRUKTUR BANDAR BARU BANGI - 1974"]]). |