====== Sekolah Ugama Bangi (1926) ====== ===== Dirujuk oleh ===== * [[kg_bangi|Kampung Bangi (1870-an)]] ===== 1926: Pembukaan ===== {{:facebook:518358849_1144546174377091_1886301519148028301_n.jpg?600|Hari Ini Dalam Sejarah Bangi}} \\ //"Pada tanggal 17. 7 .1925 surat permohonan daripada Raja Haji Abdullah iaitu Setiausaha Jabatan Pelajaran Ugama Islam Selangor telah diutus kepada Sec.Resident Selangor mengenai makluman permohonan perlantikan Guru Besar untuk Sekolah Ugama Bangi yang dijadualkan mula berkhidmat pada sesi persekolahan tahun 1926. \\ \\ Dinyatakan juga dalam surat berkenaan gaji guru besar adalah sebanyak 20 ringgit sebulan. Dianggarkan sebanyak 40 kanak - kanak sekitar Bangi akan masuk belajar pada tahun berkenaan di sekolah ini yang akan dibina bertentangan dengan Balai Polis Bangi. \\ \\ Tahun hadapan Sekolah Ugama Bangi yang kini dikenali sebagai Sekolah Rendah Agama Pekan Bangi (terletak di Kg. Bahagia) akan menyambut ulangtahunnya yang ke 100 tahun sejak penubuhannya pada tahun 1926. \\ \\ - Foto sekitar pertengahan 1950an. Semua Ketua Kampung di Bangi - Kg. Bangi, Kg. Sg. Buah, Kg. Batu 5 , Kg Rinching Hilir , Kg. Sg. Kembung, guru - guru SKB, wakil polis, telekom, letrik dan kaum bapa hadir dalam foto yang dirakamkan di hadapan bangunan lama Sekolah Ugama Bangi (kini Tadika Kemas Bangi). "// (Sumber: Faizal Zainal @ Facebook Pekan Bangi, 17 Julai 2025: [[https://www.facebook.com/Bangioldtown/posts/pfbid02JfHZEKxVCrWJqj9bfpKvm6bUCxYPnLRc9ttkVgvvoyvKbModPxEEz7wjFq2hZvgrl|"Hari Ini Dalam Sejarah Bangi"]]). **MAKLUMAT LANJUT: [[su_bangi|Sekolah Ugama Bangi (1926)]]**. ===== 1929-08-15: Penyahwartaan Tanah Rekreasi (Kemudiannya Tapak SRA Pekan Bangi) ===== Pada 17 Disember 1920, sebidang tanah seluas lebih kurang 50 ekar di tepi jalan Kajang-Bangi telah diwartakan sebagai tanah rekreasi, dan bakal dijadikan padang golf di bawah selenggaraan Kelab Golf Bangi. Namun kira-kira sembilan tahun selepas itu, iaitu pada 15 Ogos 1929, Residen Selangor James Lornie telah mengeluarkan notis pembatalannya. Tiada bantahan diterima setelah notis ini diwartakan pada 13 dan 27 September 1929, lalu penyahwartaan dimuktamadkan pada 26 Oktober 1929. {{arkibgambar:19570257727d02-01.png?200|}}{{arkibgambar:19570257727d02-02.png?200|}}{{arkibgambar:19570257727d02-03.png?200|}} \\ //"It is notified under Section 24 (iii) of "The Land Code, 1926", that the Resident of Selangor intends to revoke the reservation of the reserve, described in the schedule hereto, which was created by Notification No. 5671, published in the Federated Malay States Government Gazette of the 17th. December, 1920 for the purpose of a Recreation Ground, viz. to be maintained by the committee and members of the Bangi Golf Club. \\ ... \\ District: Ulu Langat \\ Mukim: Kajang \\ Plan No.: 13351 \\ Lot No.: 4820 \\ Area: 50 acres 2 roods 05 poles \\ Boundaries: \\ * N. Road reserve, Portions 4536, 1265 to 1268 and main road from Kajang to Bangi \\ * E. Portions 1270, 1269 and 1767 \\ * S. State Land and Portion 1137 \\ * W. Portion 1137//" \\ (Sumber: Arkib Negara 1957/0257727W, 15/08/1929: {{ arkib:19570257727d02.pdf ||}}[[http://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/769706|"REVOCATION OF THE BANGI GOLF RESERVE IN KAJANG MUKIM"]]). {{peta:tapak-golf-1920-1929.png?410|Kemungkinan kawasan rizab golf (1929), ditanda biru}}{{peta:tapak-golf-kini.png?400|Kemungkinan kawasan rizab golf (kini), ditanda biru}} \\ Kemungkinan kawasan rizab golf, ditanda biru. \\ **Kiri**: 1929: Dinyatakan sebagai //Other Reserve// (berdasarkan peta Edward Stanford @ F.M.S. Survey Department, 1929: {{ :laman:selangor_1929._geographicus_rare_antique_maps.pdf ||}}[[https://www.geographicus.com/P/AntiqueMap/selangor-fms-1929|"1929 F.M.S. Wall Map of Selangor (Kuala Lumpur)"]]). \\ **Kanan**: kawasannya kini, di sekitar Sekolah Rendah Agama Pekan Bangi ([[https://mapcarta.com/15815272|Mapcarta]]). **CATATAN**: Kemungkinan permohonan kelab golf Bangi ini sekitar 06/09/1920 (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, 06/09/1920: {{ :arkibgambar:online_finding_aids_-_kelab_golf_bangi_1920.pdf ||}}[[http://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/245888|"GOLF CLUB, BANGI"]]).