====== Kronologi Peristiwa Berkaitan Bangi: 1960-1969 ====== | [[start|Laman Utama]] | [[sejarahbangi-1900-1909|1900-1909]] | [[sejarahbangi-1910-1919|1910-1919]] | [[sejarahbangi-1920-1929|1920-1929]] | [[sejarahbangi-1930-1939|1930-1939]] | [[sejarahbangi-1940-1949|1940-1949]] | [[sejarahbangi-1950-1959|1950-1959]] | [[sejarahbangi-1960-1969|1960-1969]] | [[sejarahbangi-1970-1979|1970-1979]] | [[sejarahbangi-1980-1989|1980-1989]] | [[sejarahbangi-1990-1999|1990-1999]] | [[pesanan|Hubungi Kami]] | [[start#pengakuan_pentingkami_bukan_ahli_sejarah|Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.]] {{:gambar:penduduk_bangi_di_depan_balai_raya-awal_1960an.jpg?600|Penduduk Bangi di depan balai Raya -sekitar awal 60an}} \\ //"Penduduk Bangi di depan balai Raya -sekitar awal 60an"// (Faizal Hj Zainal, September 14, 2008: {{ :laman:sejarah_bangi.pdf ||}}[[http://sejarahbangi.blogspot.com/|"Sejarah Bangi"]]). ===== 1960-05-09: Kursus Ketua Kampung ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19600509-1-2-69-4.png?5|LAYANAN2 DALAM MASA KURSUS DI-PUJI}} | 1960.05.09 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19600509-1.2.69.4|"LAYANAN2 DALAM MASA KURSUS DI-PUJI". Berita Harian, 9 May 1960, Page 7]] | Kursus ketua-ketua kampung dari seluruh Selangor (termasuk Bangi, Jenderam, Sungai Ramal, Kajang, dll), dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Negeri Selangor di Kuala Lumpur. \\ **CATATAN 1**: Ini adalah salah satu daripada siri kursus sivik / tatarakyat kelolaan kerajaan yang telah dijalankan di seluruh negara. Beberapa laporan lain tentang siri kursus ini:- * [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19600701-1.2.18|"Kursus sivik utk ketua kampong". Berita Harian, 1 July 1960, Page 2]] * [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19600830-1.2.23|"KURSUS SIVIK". Berita Harian, 30 August 1960, Page 2]] * [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19600913-1.2.16|"Peringatan mengadakan kursus". Berita Harian, 13 September 1960, Page 2]] * [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19600917-1.2.77|"Kursus sivik". Berita Harian, 17 September 1960, Page 7]] * [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19600930-1.2.61.7|"Puas hati sa-telah mengikuti kursus". Berita Harian, 30 September 1960, Page 7]] * [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19600930-1.2.14|"Tata Ra'ayat". Berita Harian, 30 September 1960, Page 2]] {{:gambar:kursusketuakampong-beritaharian19600701-1-2-18.png?600|}}{{:gambar:kursusketuakampong-beritaharian19600701-1-2-18-2.png?200|}} \\ (Gambar: Berita Harian, 1 July 1960, Page 2: {{ :akhbar:beritaharian19600701-1-2-18.pdf ||}} [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19600701-1.2.18|"Kursus sivik utk ketua kampong"]]). **CATATAN 2**: Di dalam sesi soal-jawab parlimen pada 7 Disember 1960, pihak parti pembangkang ketika itu mendakwa siri kursus sivik/tatarakyat ini telah menyelitkan unsur-unsur propaganda kepartian, lalu dipertahankan oleh pihak kerajaan. (Parlimen Malaysia, Wednesday 7th December, 1960: {{ :lampiran:dr-07121960.pdf ||}}[[https://www.parlimen.gov.my/hansard-dewan-rakyat.html?uweb=dr&arkib=yes|"PARLIAMENTARY DEBATES: DEWAN RA'AYAT"]], m.s.21,29,35). **CATATAN 3**: Kemungkinan antara perisian kursus ini adalah pelancaran Buku Merah beberapa hari sebelumnya (6 Mei 1960) oleh [[https://en.wikipedia.org/wiki/Abdul_Razak_Hussein|Tun Abdul Razak]] (ketika itu beliau adalah Menteri Pembangunan Luar Bandar yang pertama), suatu rancangan pembangunan kampung secara sistematik melalui 3 peringkat, iaitu peringkat Pusat, Negeri dan Daerah. ([[https://ms.wikipedia.org/wiki/Kementerian_Pembangunan_Luar_Bandar_Malaysia|Kementerian Pembangunan Luar Bandar]], 2020: {{ laman:rurallink-gov-my-latar-belakang-pembangunan-luar-bandar.pdf ||}}[[https://www.rurallink.gov.my/latar-belakang-pembangunan-luar-bandar/|"Latar Belakang Pembangunan Luar Bandar"]]). \\ {{gambar:axrlbxxvcmlnaw5hbhw1nw_.png|Buku Merah}} \\ Buku Merah (Gambar: [[http://www.muziumnegara.gov.my/gallery/items/Buku_Merah_57|Muzium Negara]]) \\ Maklumat lanjut: Hasnah Hussiin, 2010: {{ lampiran:transformasi_pembangunan_luar_bandar_di.pdf ||}}[[https://www.academia.edu/14635229/TRANSFORMASI_PEMBANGUNAN_LUAR_BANDAR_DI_MALAYSIA_1960_2010|"TRANSFORMASI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DI MALAYSIA 1960-2010"]]. **LATAR PERISTIWA: [[kg_sungai_ramal|Perihal Kampung Sungai Ramal]]**. ===== 1960-05-31: Jambatan Dibaiki ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:freepress19600531-1-2-79.png?5|Repairs to bridge}} | 1960.05.31 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/freepress19600531-1.2.79|"Repairs to bridge". The Singapore Free Press, 31 May 1960, Page 7]] | | {{akhbar:beritaharian19600609-1-2-7.png?5|JALAN RAYA DI-TUTUP}} | 1960.06.09 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19600609-1.2.7|"JALAN RAYA DI-TUTUP". Berita Harian, 9 June 1960, Page 1]] | Jalan Kajang-Bangi ditutup selama 2 minggu (20 Jun - 4 Julai) untuk kerja-kerja baik pulih jambatan. ===== 1960-07-27: Sahabat Pena ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19600727-1-2-72.png?5|SAHABAT PENA}} | 1960.07.27 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19600727-1.2.72|"SAHABAT PENA". Berita Harian, 27 July 1960, Page 6]] | Seorang anak muda Jenderam / Bangi mencari sahabat pena melalui ruangan khas / "feature" di dalam Berita Harian. ===== 1960-09-22: Permohonan Warganegara ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:freepress19600922-1-2-99.png?5|Citizenship papers pile up: Shortage of clerks, forms blamed}} | 1960.09.22 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/freepress19600922-1.2.99|"Citizenship papers pile up: Shortage of clerks, forms blamed". The Singapore Free Press, 22 September 1960, Page 9]] | Maklumbalas terhadap aduan beberapa orang warga Dengkil, Beranang, dan Bangi yang tidak dapat membuat permohonan warganegara disebabkan ketiadaan borang atau pegawai, serta tidak cukup maklumat mengenainya, di pusat-pusat pendaftaran. Pihak berwajib menjelaskan punca sebenar, iaitu tunggakan kerja disebabkan terlalu banyak permohonan, serta diproses oleh pegawai yang tidak berpengalaman. \\ **CATATAN**: Kemungkinan lambakan permohonan ini berlaku apabila kad pengenalan bagi Persekutuan Tanah Melayu mula dikeluarkan hampir 2 bulan sebelumnya, iaitu pada 2 Ogos 1960: //"Kad pengenalan untuk Persekutuan Tanah Melayu telah dikeluarkan pada 2 Ogos 1960.Urusan kelahiran, kematian, pengangkatan, kewarganegaraan dan perkahwinan pada awalnya diletakkan di bawah kerajaan negeri sehingga undang-undang persekutuan dibentuk untuk memberikan perkhidmatan kepada orang awam mengenai perkara-perkara berkaitan pendaftaran. Jabatan Pendaftaran Negara Tanah Melayu telah dibentuk untuk mentadbir akta untuk Parlimen sehingga ke hari ini."// \\ {{:gambar:picture_1-2aff1019.jpeg|}}{{:gambar:picture_2_0-c50c9f02.jpeg|}} \\ Kiri: //"Proses Menyalut Kad Pengenalan Lama (Tahun 1961)"//. Kanan: //"Orang Ramai Beratur Untuk Menukar Kad Pengenalan Kertas ke Kad Pengenalan Plastik (Tahun 1961)"// \n (Sumber: [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Jabatan_Pendaftaran_Negara_Malaysia|Jabatan Pendaftaran Negara]], 2016: {{ laman:sejarah_portal_rasmi_jabatan_pendaftaran_negara.pdf ||}}[[https://www.jpn.gov.my/my/maklumat-korporat/sejarah|"Sejarah"]]). Beza kad pengenalan versi 1960, berbanding versi sebelumnya (1948):- \\ //"1948 - Kad pengenalan kertas. Diperkenalkan oleh Kerajaan British untuk melindungi negara daripada ancaman komunis dan dilaksanakan di seluruh tanah Semenanjung dari 1948 hingga 1960. \\ \\ Ciri-ciri: Tujuan untuk keselamatan, tidak bersalut, gambar hitam putih, cap ibu jari kanan saja, maklumat asal penduduk, tiada taraf kewarganegaraan. \\ \\ 1960 - Evolusi kad pengenalan semakin baik ketika itu, dengan diperkenalkan kad pengenalan plastik. Ia diperkenalkan untuk menambah baik sistem pengeluaran kad pengenalan dilaksanakan di Semenanjung pada 1 Ogos 1960 sebelum diperluaskan ke Sarawak pada 30 Mac 1966 dan ke sabah pada 1 Jun 1972. \\ \\ Ciri-ciri: Keselamatan yang baik, bersalut dan diproses secara teragih, empat warna bagi menentukan taraf warganegara, maklumat terperinci, gambar hitam putih, cap ibu jari kiri dan kanan."// \\ (Sumber: Alzahrin Alias @ Berita Harian, Mac 10, 2015: {{ :akhbar:evolusi_kad_pengenalan.pdf ||}}[[https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/07/39764/evolusi-kad-pengenalan|"Evolusi kad pengenalan"]]). ===== 1960-10-19: Kursus @ Kg Batu 5 Bangi ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19601019-1-2-65.png?5|Berkursus}} | 1960.10.19 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19601019-1.2.65|"Berkursus". Berita Harian, 19 October 1960, Page 5]] | Penduduk kampung mengikuti kursus tatarakyat di sebuah sekolah agama di [[awal_bangi#ankampung_batu_5|Kampung Batu 5, Jalan Bangi]]. \\ **CATATAN**: Maklumat lanjut tentang kursus tatarakyat ini:- * Liputan akhbar: {{ akhbar:beritaharian19600903-1-2-58.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19600903-1.2.58|"Kursus tata ra'ayat kapada orang kampong membawa kesan yg baik". Berita Harian, 3 September 1960, Page 6]] \\ \\ * Dakwaan pihak pembangkang tentang kewujudan ucapan berunsur kepartian di dalam kursus tatarakyat, serta penjelasan oleh pihak kerajaan mengenainya:- - {{ lampiran:dr-07121960.pdf ||}}[[https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-07121960.pdf|Penyata Rasmi (Hansard) Parlimen, 7/12/1960]], m.s. 3549-3550, 3565, 3577-3578. - {{ lampiran:dr-08121960.pdf ||}}[[https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-08121960.pdf|Penyata Rasmi (Hansard) Parlimen, 8/12/1960]], m.s. 3641-3644, 3652, 3671-3674. \\ \\ * Penerangan di parlimen: {{ lampiran:dr21121960.pdf ||}}[[http://lib.perdana.org.my/PLF/Parliament_Hansard/1960/Dewan%20Rakyat/DR_Dec60/DR21121960.pdf|Penyata Rasmi (Hansard) Parlimen, 21/12/1960]], m.s. 4805-4806. **LATAR PERISTIWA: [[awal_bangi#ankampung_batu_5|Sejarah Awal Bangi: 1940-an: Kampung Batu 5]]**. ===== 1960-11-08: Bah Se-Malaya ===== ^ ^ Tarikh ^ Butir Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19601108.png?5|SELUROH MALAYA BAH}} | 1960.11.08 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19601108-1.2.2|"SELUROH MALAYA BAH". Berita Harian, 8 November 1960, Page 1]] | Banjir seluruh Malaya di musim tengkujuh. Antara kesan yang dilaporkan ialah di Batu 19 Jalan Bangi (paras banjir 11 inci, dan masih naik). **CATATAN**: Gambar-gambar berikut dikatakan diambil ketika banjir tahun 1960 di Temerloh, mungkin merujuk peristiwa yang sama. \\ {{:gambar:banjir1960-temerloh-1.jpg?300|Sebelum (Selepas?) banjir}}{{:gambar:banjir1960-temerloh-2.jpg?300|Ketika banjir}}{{:gambar:banjir1960-temerloh-3.jpg?300|Selepas banjir}} \\ //"Jambatan Temerloh terputus dibahagian tengah akibat banjir pada tahun 1960"//. Kiri: //"Sebelum banjir"// (atau ketika dibaikpulih?). Tengah: //"Ketika banjir"//. Kanan: //"Selepas banjir"//. (Temerloh Klasik, July 2, 2011: {{ :laman:gambar_klasik_banjir_tahun_1960.pdf ||}}[[http://gambarklasik.blogspot.com/2011/07/jambatan-temerloh-sebelum-dan-selepas.html|"Banjir Tahun 1960"]]). **LATAR PERISTIWA: [[banjir_bangi|Banjir Sekitar Bangi]]**. ===== 1961-03-12: Kemalangan di Gerabak Keretapi ===== ^ ^ Tarikh ^ Butir Keratan ^ | {{akhbar:straitstimes19610312.png?5|Student killed on way home for the holidays}} | 1961.03.12 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/straitstimes19610312-1.2.10|"Student killed on way home for the holidays". The Straits Times, 12 March 1961, Page 1]] | | {{akhbar:beritaharian19610313-1-2-6.png?5|MURID MATI JATUH K-API}} | 1961.03.13 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19610313-1.2.6|"MURID MATI JATUH K-API". Berita Harian, 13 March 1961, Page 1]] | Malang buat seorang murid sekolah di Ipoh, yang dalam perjalanan pulang bercuti di kampungnya di Johor: kepalanya terhantuk galang/palang sebuah jambatan di Bangi, lalu meninggal dunia di tempat kejadian: //"Sa-orang pelajar Melayu yang sedang pulang ka-kampong-nya di-Johor telah mati terbunoh malam tadi waktu menumpang kereta-api. Pelajar itu, Abdul Aziz bin Abdul Ghani, berumor 16 tahun di-perchayai telah terhantok kapada palang jambatan dan terhumban ka-tanah waktu menjegok keluar jendela ketika kereta-api itu melalui jambatan Bangi, dekat Kajang. Mayatnya telah dijumpai dengan luka2 parah di kepala dekat landasan jambatan itu pada 12.25 tengah hari tadi. Kesan2 darah juga di-jumpai pada palang jambatan. Aziz ia-lah murid Sekolah Tengku Abdul Rahman, Ipoh. Kampong-nya di-Pontian Kechil, Johor."// \\ **CATATAN**: Kejadian yang hampir sama berlaku [[sejarahbangi-1930-1939#ahli_bomba_terkorban|pada tahun 1932, melibatkan seorang ahli bomba]]. **LATAR PERISTIWA: [[landasan_rekoh_bangi|Landasan Keretapi Rekoh-Bangi]]**. ===== 1961-06-12: Projek Rumah Asap ===== ^ ^ Tarikh ^ Butir Keratan ^ | {{akhbar:straitstimes19610612-1-2-72.png?5|$40,000 plan for small planters}} | 1961.06.12 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/straitstimes19610612-1.2.72|"$40,000 plan for small planters". The Straits Times, 12 June 1961, Page 7]] | Persatuan Koperasi Pekebun Kecil Getah Melayu Kajang merancang untuk membina rumah asap, stor, dan kilang di Bangi, untuk kemudahan pekebun kecil di 10 buah kampung di antara Sungai Kembong Ulu dan Sungai Merap ([[sungai_merab|Sungai Merab]]). \\ **CATATAN 1**:- \\ {{peta:kebungetah-bangi.png|Kawasan Kebun-Kebun Kecil Getah di Bangi}} \\ Kemungkinan kawasan kebun-kebun kecil getah di Bangi ketika itu, di sekitar 10 buah kampung di antara Sungai Kembong Ulu dan [[sungai_merab|Sungai Merab]]. Cadangan rumah asap, stor, dan kilang dalam bulatan merah (kawasan pekan Bangi, di tengah-tengahnya). Belum ada sebarang maklumat ditemui berkaitan koperasi ini, mahupun rumah asap, stor, dan kilang yang telah dicadangkan. **CATATAN 2**: Sebahagian warga kampung-kampung ini mungkin ada pertalian saudara sesama mereka. Contoh-contoh yang ada ditemui:- * "//Lebai Zakaria anak Tambusai yang berhijrah ke Semenanjung di akhir abad ke-19/awal abad 20 (tak siapa yang tahu) dan datang ke Teras Jerenang sebelum berkampung di Bangi. This must have been a rather large migration, kerana kelompok yang datang itu bersebar di Jenderam, Teras Jerenang/Sg. Merab, Bangi, Kg. Balun (Slim River) dan Sempa (Behrang). Lebai Zakaria menjadi Imam Masjid Bangi dari Tahun 1926 sehingga 1966, bila Arwah digantikan oleh anaknya Arwah Ustaz Ismail (Pak Ngah saya). Lebai Zakaria juga menjadi Ketua Kampung Mukim Bangi dari Tahun 1936-66.//" ([[https://www.blogger.com/profile/05924093616368954428|Shaharuman Shahadan]], > Februari 2008 @ ruangan komen: {{ laman:dalu_dalu_the_makam_tuanku_tambusai_.pdf ||}}[[https://abdulhalimshah.blogspot.com/2008/02/makam-tuanku-tambusai.html?showComment=1400558620131#c1225100461457394546|abdulhalimshah, 2008: "The "Makam Tuanku Tambusai""]]). \\ \\ * //"Kampung Sungai Merab Luar terletak di daerah Sepang, Selangor, Malaysia. Kampung ini telah dibuka oleh seorang pahlawan melayu yang berasal daripada Sumatera dari kerurunan Rambah Temusai bernama Abdul Ghani bin Lison pada tahun 1918. Beliau adalah ayah kepada Haji Ibrahim bin Abdul Ghani (Tok Yat) dan merupakan mantan ketua kampung Persekutuan atau dikenali dengan nama Tok Morah(nama ini telah diabadikan sebagai nama jalan , Jalan Tok Morah di Kampung Paya )."// (Merab Tech of UKM, 2016: {{ laman:sejarah_sgmerabluar.pdf ||}}[[https://kgsungaimerabluar.wixsite.com/sgmerabluar/sejarah|"SEJARAH KAMPUNG SUNGAI MERAB LUAR"]]). \\ (**LATAR PERISTIWA: [[sungai_merab|Kampung Sungai Merab (1918)]]**). **CATATAN 3**: Berikut adalah koleksi gambar-gambar sebuah rumah asap yang telah dibaikpulih di Lunas, Kedah. Mungkin rumah asap yang telah dirancang di Bangi ini sedikit sebanyak menyerupai bangunan asalnya ini. \\ {{:gambar:img30272.jpg?280|Blackened, abandoned, dilapidated and ignored (2006)}}{{:gambar:10416_2.jpg?310|The rubber smokehouse before restoration}}{{:gambar:img30267.jpg?280|Children learning how to conduct a dilapidation survey (2006)}} \\ Sebelum dibaikpulih. Kiri: //"Blackened, abandoned, dilapidated and ignored (2006)"//. Tengah: //"The rubber smokehouse before restoration"//. Kanan: //"Children learning how to conduct a dilapidation survey (2006)"// {{:gambar:img30301.jpg?370|First floor balcony to the exhibition room (2010)}}{{:gambar:10416_5.jpg?140|Racks of smoking room for rubber sheets hung on bamboo poles (2007)}}{{:gambar:img30314.jpg?370|The timber in the Smokehouse was found intact and well preserved. Years of smoking the rubber, and by association the timber, had not only preserved the wood but also hardened it further (2010)}} \\ Setelah dibaikpulih. Kiri: //"Racks of smoking room for rubber sheets hung on bamboo poles (2007)"//. Tengah: //"Racks of smoking room for rubber sheets hung on bamboo poles (2007)"//. Kanan: //"The timber in the Smokehouse was found intact and well preserved. Years of smoking the rubber, and by association the timber, had not only preserved the wood but also hardened it further (2010)"//. \\ (Sumber: Archnet: {{ :laman:archnet_-_rubber_smokehouse.pdf ||}}[[https://archnet.org/sites/6450/|"Rubber Smokehouse Restoration"]]. Sumber asal: Aga Khan Foundation, 2011: {{ :laman:restoration_of_rubber_smokehouse_aga_khan_development_network.pdf ||}}[[https://www.akdn.org/architecture/project/restoration-rubber-smokehouse|"Restoration of Rubber Smokehouse"]]). ===== 1961-10-07: Jalan Baru Bangi ===== ^ ^ Tarikh ^ Butir Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19611007-1-2-36.png?5|Ranchangan jalan gagal?}} | 1961.10.07 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19611007-1.2.36|"Ranchangan jalan gagal?". Berita Harian, 7 October 1961, Page 4]] | Aduan berkenaan pembinaan sebuah jalan baru yang menghubungkan Pekan Bangi dengan Kampung Bangi. Perancangan asalnya merentas sawah, tetapi dibina menyisir jalan keretapi dan melalui bukit tinggi. \\ {{peta:jalan-kb5.png|Jalan Pekan Bangi - Kampung Bangi}} \\ Sekitar jalan Pekan Bangi - Kampung Bangi kini. ===== 1961-10-27: Temasha Sukan @ SK Bangi ===== ^ ^ Tarikh ^ Butir Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19611027-1-2-65.png?5|Temasha sukan}} | 1961.10.27 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19611027-1.2.65|"Temasha sukan". Berita Harian, 27 October 1961, Page 8]] | Pengumuman temasha sukan dan hari ibu bapa di [[skbangi|SK Bangi]], bakal diadakan pada Ahad 29 Oktober 1961. **LATAR PERISTIWA: [[skbangi|Perihal Sekolah Kebangsaan Bangi]]**. ===== 1962-03-07: Sandiwara @ SK Bangi ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19620307-1-2-64.png?5|Bersuka ria sambil chari derma sekolah}} | 1962.03.07 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19620307-1.2.64|"Bersuka ria sambil chari derma sekolah". Berita Harian, 7 March 1962, Page 8]] | | {{akhbar:beritaharian19620311-1-2-40.png?5|Sandiwara utk derma sekolah}} | 1962.03.11 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19620311-1.2.40|"Sandiwara utk derma sekolah". Berita Harian, 11 March 1962, Page 5]] | Pengumuman serta laporan acara sandiwara dan aneka warna yang diadakan di [[sejarahbangi-1930-1939#peruntukan_bagi_sekolah_bangi|SK Bangi]] pada 9-10 Mac 1962 (5 Syawal), oleh pemuda-pemudi Kampung Bangi. Menurut guru besar, Che'gu Saari bin Said, sandiwaranya ialah cerita sejarah bertajuk "Biar Bertindek Tulang" (karya Inche' Ahmad bin Badek), manakala aneka warna pula menampilkan Ismail Bontak (penyanyi dan pelawak terkenal ketika itu) serta rakan-rakan. Harga tiket: 50 sen (dewasa) dan 30 sen (kanak-kanak). **LATAR PERISTIWA: [[ismail_bontak|Perihal Ismail Bontak]]**. **LATAR PERISTIWA: [[skbangi|Perihal Sekolah Kebangsaan Bangi]]**. ===== 1962-03-20: Pemuda Kampung Tanam Jagung ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19620321-1-2-67-1.png?5|Pemuda2 kampong tanam jagong}} | 1962.03.21 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19620321-1.2.67.1|"Pemuda2 kampong tanam jagong". Berita Harian, 21 March 1962, Page 8]] | 35 orang pemuda [[awal_bangi#ankampung_batu_5|Kampung Batu 5 Jalan Bangi]] bergotong royong menanam jagung, membela ikan, dan memelihara ayam itik, untuk disumbangkan kepada dana kebajikan kampung. Usaha ini diketuai oleh En. Tarkin Hj Sakami, dengan kerjasama penghulu daerah Semenyih En. Kasim, dan ADUNnya [[dato_kampo_radjo|Dato' Kampo Radjo]]. **CATATAN**: Ini mungkin ladang jagung yang sama yang [[sejarahbangi-1960-1969#ladang_jagung_dilanda_banjir|dilanda banjir pada bulan berikutnya]]. **LATAR PERISTIWA: [[awal_bangi#kampung_batu_5|Sejarah Awal Bangi: 1898: Kampung Batu 5]]** ===== 1962-03-25: Pementasan @ SK Bangi ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19620325-1-2-58.png?5|Mati Bertindeh Tulang di-Bangi}} | 1962.03.25 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19620325-1.2.58|"Mati Bertindeh Tulang di-Bangi". Berita Harian, 25 March 1962, Page 9]] | Suatu ulasan kritis [[a_wahab_ali|A Wahab Ali]], berkenaan pementasan amal drama "Mati Bertindeh Tulang" (skrip dan arahan Zainal Harun, dipetik dari salah sebuah cerpen [[https://www.goodreads.com/author/show/5203311.Harun_Aminurrashid|Harun Aminurrashid]]) di [[skbangi|SK Bangi]]. \\ Pengarah drama ini, Zainal Harun, adalah warga Bangi yang [[https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/03/39267/bangi-tempat-putera-terbuang|ditemuramah oleh pihak Berita Harian di dalam suatu rencana berkenaan Bangi, pada tahun 2015]]. \\ {{gambar:zainal-harun-1962.png?180|Zainal Harun (1962)}}{{gambar:zainal-harun-2015.jpg|Zainal Harun (2015)}} \\ Kiri: Zainal Harun (gambar dari keratan 1962). Kanan: Zainal Harun (gambar dari keratan 2015). **LATAR PERISTIWA: Penulis ulasan ini, [[a_wahab_ali|A Wahab Ali]], ialah seorang tokoh budayawan kelahiran Bangi**. **LATAR PERISTIWA: [[skbangi|Perihal Sekolah Kebangsaan Bangi]]**. ===== 1962-03-31: Lawatan Abu Bakar Baginda ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19620331-1-2-84-4.png?5|M.B. Selangor melawat projek2 kemajuan}} | 1962.03.31 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19620331-1.2.84.4|"M.B. Selangor melawat projek2 kemajuan". Berita Harian, 31 March 1962, Page 8]] | Antara lain, [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Bakar_Baginda|Dato' Abu Bakar Baginda]] melawat anak-anak getah baru di kawasan Sungai Merab, dan mendengar aduan peneroka di kawasan Kampong Baru Bangi. ===== 1962-04-24: Ladang Jagung Dilanda Banjir ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19620425-1-2-79-6.png?5|}} | 1962.04.25 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19620425-1.2.79.6|"TANAH HARAM: MB BERI PENERANGAN DLM KURSUS SIVIK". Berita Harian, 25 April 1962, Page 8]] | Encik Tarkin Haji Kastawi, pengerusi Syarikat Persatuan Peladang [[awal_bangi#ankampung_batu_5|Kampung Batu 5, Jalan Bangi]] melaporkan, seluas 5 ekar ladang jagung mereka ditenggelami air banjir sedalam 5 kaki. 10,000 anak pokok jagung yang ditanam secara gotong-royong, musnah. **CATATAN**: Ini mungkin ladang jagung yang sama yang telah dilaporkan dalam [[sejarahbangi-1960-1969#pemuda_kampung_tanam_jagung|keratan akhbar sebulan sebelumnya]]. **LATAR PERISTIWA: [[awal_bangi#kampung_batu_5|Sejarah Awal Bangi: 1898: Kampung Batu 5]]**. **LATAR PERISTIWA: [[banjir_bangi|Banjir Sekitar Bangi]]**. ===== 1962-05-30: 5 Pemuda Ditahan di Ladang Bangi ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19620530-1-2-54.png?5|}} | 1962.05.30 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19620530-1.2.54|"30 pemuda di-berkas polis di-ibukota". Berita Harian, 30 May 1962, Page 5]] | 23 orang pegawai polis membuat serbuan di [[ladang_kindersley#nasib_penduduk_asal|Ladang Bangi]] dan menahan 5 orang pemuda di situ. Kemungkinan ini adalah sebahagian daripada operasi pembanterasan kegiatan "samseng". ===== 1962-07-05: Sawah Padi Bangi ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19620705-1-2-91-9.png?5|}} | 1962.07.05 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19620705-1.2.91.9|"290 EKAR SAWAH YG KERING DARI MASA JEPUN DI-KERJAKAN". Berita Harian, 5 July 1962, Page 11]] | Pegawai daerah Kajang, Encik Othman bin Mohd Din melaporkan, Pejabat Pertanian Negeri Selangor membuka semula beberapa kawasan sawah padi yang terbengkalai sejak pemerintahan Jepun dahulu. Ini termasuk 150 ekar sawah, selenggaraan tali air, serta bantuan baja di kawasan Bangi. ===== 1962-07-07: Pertubuhan Pemuda Desa ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19620707-1-2-76-4.png?5|}} | 1962.07.07 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19620707-1.2.76.4|"Ahli Persatuan Pemuda Desa di-seru bersatu hati utk pembangunan". Berita Harian, 7 July 1962, Page 8]] | [[dato_kampo_radjo|Dato' Kampo Radjo]], ADUN Semenyih juga Yang Dipertua [[pemuda_desa|Pertubuhan Pemuda Desa (PPD)]] Ulu Langat Selatan / daerah Kajang, merasmikan cawangan baru PPD Semenyih. Ketika itu terdapat sejumlah 9 cawangan PPD di daerah tersebut, antaranya [[awal_bangi#kampung_batu_5|Batu 5 Bangi]] dan [[awal_bangi#pembukaan_pekan_bangi|Pekan Bangi]]. Pada 20 Disember tahun itu, [[sejarahbangi-1960-1969#kursus_pertanian_pemuda_desa|sebuah kursus pertanian dikelolakan oleh pertubuhan ini]], bertempat di Pusat Latihan Pertanian Cheras Kajang (kini Pusat Flora Cheras). Kursus ini telah disertai oleh wakil setiap cawangan, termasuk 3 orang wakil dari Bangi, antaranya Cikgu Mohammad bin Mohd Nor dari SK Bangi. **LATAR PERISTIWA: [[pemuda_desa|Pertubuhan Pemuda Desa]]**. ===== 1962-08-03: Acara Bulan Bahasa Kebangsaan ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19620803-1-2-57.png?5|}} | 1962.08.03 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19620803-1.2.57|"RATU KEBAYA BBK: GADIS2 KAJANG MALU". Berita Harian, 3 August 1962, Page 7]] | Upacara sempena kempen Bulan Bahasa Kebangsaan, peringkat daerah Kajang. Antara yang dianjurkan ialah pertandingan menyanyi lagu asli, ratu kebaya, dan menghias kedai-kedai. Senarai para pemenang:- * Ratu kebaya: Johan: Rosniara Wahab (Kajang); Naib johan: Esah Zainal Abidin (Kajang); Ketiga: Lim (Kajang) * Menyanyi lagu asli: Johan: Ramli Sodeh (Jalan Bangi); Naib johan: Talib Mahmud (Ulu Langat); Ketiga: Musa Raduan (Kajang) * Menghias kedai: Johan: {{ laman:ali-store-uniform-store-business-site.pdf ||}}[[https://ali-store-uniform-store.business.site/|Ali Store]]; Naib johan: [[https://www.mysbusiness.com/company/Chop-Choy-Soon|Chop Choy Soon]]; Ketiga: Full Chands {{:gambar:kajang_view_roundabout.jpg?400|Bandar Kajang Sekitar tahun 60-an)}}{{facebook:212556207_2106275539522300_4931561790857112929_n.jpg?480|An Air View' of a part of Kajang Town in the 1960's}} \\ Gambar hiasan: //"Bandar Kajang Sekitar tahun 60an (Sumber http://kajangtown.blogspot.com/)"// (**Kiri**: Harith Faruqi Sidek, August 28, 2012: {{ :laman:kitab_tawarikh_2.0_asal_usul_bandar_kajang.pdf ||}}[[http://harithsidek.blogspot.com/2012/08/asal-usul-bandar-kajang.html|"Asal Usul Bandar Kajang"]], **Kanan** (diwarnakan): Vijaya Kumar Ganapathy @ Facebook, 12 Julai 2021: {{ facebook:facebook_-_kajang_1960an_colorized.pdf ||}}[[https://www.facebook.com/groups/460620787952685/?multi_permalinks=790026385012122|"An Air View' of a part of Kajang Town in the 1960's"]]). **CATATAN**: Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) seluruh negara ini adalah yang julung kali diadakan, dimulai dengan acara di Padang Kelab Melaka. (Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff @ eWARTA MARA, 2017: {{ laman:mara_komited_memperkasa_bahasa_kebangsaan_ewarta_mara.pdf ||}}[[https://ewarta.mara.gov.my/2017/11/01/mara-komited-memperkasa-bahasa-kebangsaan/|"MARA komited memperkasa Bahasa Kebangsaan"]]). Kempen seluruh negara ini telah dirancang sejak tahun 1961 (Sharifah Darmia Binti Sharif Adam, 2014: {{ lampiran:1-s2.0-s1877042814031632-main.pdf ||}}[[https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1877042814031632|"Cabaran Dan Reaksi Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Dalam Bidang Pentadbiran Dan Pendidikan di Malaysia, 1957–1966"]], dan turut dilancarkan di {{ laman:garis_masa_bulan_bahasa.pdf ||}}[[https://www.languagecouncils.sg/mbms/my/bulan-buhasa/bulan-bahasa-timeline|Singapura]] dan {{ lampiran:the_guardian_of_the_malay_language.pdf ||}}[[http://bruneiresources.blogspot.com/2011/09/guardian-of-malay-language.html|Brunei]]. **LATAR PERISTIWA: [[bulan_bahasa_kebangsaan|Bulan Bahasa Kebangsaan]]** ===== 1962-09-07: Kolam Ikan ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19620907-1-2-50.png?5|Pendudok membena kolam ikan}} | 1962.09.07 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19620907-1.2.50|"Pendudok membena kolam ikan". Berita Harian, 7 September 1962, Page 6]] | 30 orang penduduk [[awal_bangi#kampung_batu_5|Kampung Batu 5, Jalan Bangi]] bergotong-royong menggali kolam ikan Lampam Jawa sebesar 100x60 kaki di bawah syarikat kerjasama kemajuan kampung, dipengerusikan oleh Taslim Haji Sakawi (Sarkawi): //"Sa-ramai 30 orang pendudok kampong Batu 5 Jalan Bangi telah bergotong royong menggali sa-buah kolam untok memelihara ikan Lampam Jawa di-bawah ranchangan sharikat kerjasama kemajuan kampong. Pengerusi sharikat kerjasama kemajuan kampong ini Inche' Taslim bin Haji Sakawi menyatakan bahawa berkerja gotong royong ini telah di-jalankan oleh pendudok2 kampong ini sa-minggu empat kali dari jam 2.30 sampai jam 5 petang untok menyiapkan kolam ikan yang panjang-nya 100 kaki dan lebar-nya 60 kaki. Inche' Taslim menerangkan kolam ini hampir pun siap dan pemeliharaan ikan Lampam Jawa ini akan dimulakan pada pertengahan bulan September ini. Menurut Inche' Taslim anak2 ikan ini akan diberi oleh sharikat pertanian dan akan di-pelihara bersama2 oleh ahli sharikat kerjasama di-kampong ini."// **CATATAN**: Menurut Admin [[https://www.facebook.com/kgbatulimabangi/|Facebook KG BATU 5 BANGI]], kolam ini telah lama tertimbus. {{:gambar:img-20141205-wa0008.jpg?450|}}{{:gambar:img-20141205-wa0009.jpg?450|}} \\ Gambar hiasan: Menurut Admin [[https://www.facebook.com/kgbatulimabangi/|Facebook KG BATU 5 BANGI]], kolam yang dinyatakan di laman web Kampung Baru Lima Jalan Bangi ini juga telah tertimbus: //"Kolam ikan air tawar ini menjadi tempat penduduk kampung dan orang luar yang minat memancing meluangkan masa mereka menjalankan aktiviti memancing di sini. Terdapat juga kawasan penternakan kambing berdekatan kolam ini.// (Kampung Batu Lima Jalan Bangi, 14 Disember 2014: {{ :laman:kawasan_penternakan_kampung_batu_lima_jalan_bangi.pdf ||}}[[http://kgbatulimajalanbangi.blogspot.com/2014/12/kawasan-penternakan.html|"Kawasan Penternakan"]]). ===== 1962-09-15: Balai Raya Bangi Bahagia & Sg Merab ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19620915-1-2-66.png?5|Enam balai raya baru untok pendudok}} | 1962.09.15 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19620915-1.2.66|"Enam balai raya baru untok pendudok". Berita Harian, 15 September 1962, Page 6]] | | {{akhbar:beritaharian19620921-1-2-56.png?5|Amaran kapada pemilek2 tanah}} | 1962.09.21 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19620921-1.2.56|"Amaran kapada pemilek2 tanah". Berita Harian, 21 September 1962, Page 6]] | 1962-09-15: Perasmian [[https://kampungbahagiabangiblog.wordpress.com/2016/10/13/gotong-royong-balai-raya/|balai raya di Kampung Baharu Bangi Bahagia]] oleh En. Othman bin Mohd Din, Pegawai Daerah Kajang. Antara lain beliau menyebut [[https://www.streetdirectory.com/malaysia/selangor/travel/travel_id_449284/travel_site_549459/|balai raya di Sg Merab]] bakal dibina pada bulan Oktober tahun yang sama. 1962-09-21: Di dalam ucapan perasmian Menteri Besar Selangor [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Bakar_Baginda|Dato' Abu Bakar Baginda]], antara lain beliau menyatakan:- \\ * Penduduk perlu kekal bekerja dan berusaha di kampung, berbanding mencari kerja di bandar. * Tanah-tanah yang diberi oleh kerajaan perlu dikerjakan, jika tidak ianya akan diberikan kepada pemohon lain. {{:gambar:c59a4a_3f06e1d17d9d4db0bfde9037e95f904e_mv2_d_3456_2592_s_4_2.jpg?600|Balai Raya Kg Bahagia Bangi, kini (2010)}} \\ Balai Raya Kg Bahagia Bangi, 2010 (Norazlan bin Nordin, 2016: {{ :laman:kemudahan_mysite.pdf ||}}[[https://kgbahagiabangi.wixsite.com/mysite/kemudahan|"Kemudahan"]]). **LATAR PERISTIWA: [[awal_bangi#kampung_bahagia|Sejarah Awal Bangi: 1950-an: Perkampungan Baru: Kampung Bahagia]]**. ===== 1962-10-27: Nasib Penoreh di Musim Hujan ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19621027-1-2-79-1.png?5|AKIBAT MUSIM HUJAN BANYAK PENOREH2 YG MENGANGGOR}} | 1962.10.27 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19621027-1.2.79.1|"AKIBAT MUSIM HUJAN BANYAK PENOREH2 YG MENGANGGOR". Berita Harian, 27 October 1962, Page 8]] | Mohd Noor bin Ali, warga Kampong Bangi, ialah antara penoreh getah yang terkesan oleh hujan yang turun sepanjang 12 hari berturut-turut. ===== 1962-11-03: Jalan Beranang-Kg Bangi ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19621103-1-2-74.png?5|Usaha gotong royong di-puji}} | 1962.11.03 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19621103-1.2.74|"Usaha gotong royong di-puji". Berita Harian, 3 November 1962, Page 8]] | Dalam suatu upacara gotong royong dan pembukaan projek luar bandar di Beranang, yang turut dihadiri Tun Abdul Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri / Menteri Luar Bandar), En Othman Mohd Din (pegawai pembangunan luar bandar daerah Kajang) mengumumkan pembinaan jalan raya sepanjang 5 batu dari Beranang ke Kg Bangi. \\ {{peta:jalan-beranang-bangi.png?600|Peta kasar jalan Beranang-Bangi}} \\ Peta jalan Beranang-Bangi secara kasar. ===== 1962-11-16: Banjir di Bangi & Kajang ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19621117-1-2-3.png?5|BANJIR}} | 1962.11.17 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19621117-1.2.3|"BANJIR". Berita Harian, 17 November 1962, Page 1]] | Jalan Kajang-Dengkil (Batu 28) ditenggelami air dan tidak dapat dilalui, manakala Jalan Semenyih-Bangi dinaiki air tetapi masih boleh dilalui. **LATAR PERISTIWA: [[banjir_bangi|Banjir Sekitar Bangi]]**. ===== 1962-11-21: Perkuburan Cina di Bangi ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:straitstimes19621121-1-2-66.png?5|New cemetery plan}} | 1962.11.21 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/straitstimes19621121-1.2.66|"New cemetery plan". The Straits Times, 21 November 1962, Page 8]] | Perkuburan Cina bakal dibina di Bangi. \\ {{peta:jiratcinabangi.png?600|Perkuburan Cina Bangi}} \\ Kemungkinan kawasan tanah perkuburan yang dimaksudkan. ===== 1962-12-20: Kursus Pertanian Pemuda Desa ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19621220-1-2-68-13.png?5|AHLI PEMUDA DESA MENJALANI KURSUS PERTANIAN}} | 1962.12.20 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19621220-1.2.68.13|"AHLI PEMUDA DESA MENJALANI KURSUS PERTANIAN". Berita Harian, 20 December 1962, Page 7]] | [[pemuda_desa|Pertubuhan Pemuda Desa]] Selatan Ulu Langat telah mengelola sebuah kursus pertanian moden, yang disampaikan oleh Mohd Yusoff bin Din di [[https://pusatfloracheras.blogspot.com/p/maklumat-am.html|Pusat Latihan Pertanian Cheras Kajang]]. Cawangan Bangi menghantar 3 orang wakil, antaranya Cikgu Mohammad bin Mohd Nor dari [[sejarahbangi-1930-1939#peruntukan_bagi_sekolah_bangi|SK Bangi]]. **CATATAN**: Pusat Latihan Pertanian Cheras kini dinamakan [[https://pusatfloracheras.blogspot.com/p/maklumat-am.html|Pusat Flora Cheras]] (Pusat Flora Cheras, 2017: {{ laman:pusat_flora_cheras_maklumat_am.pdf ||}}[[https://pusatfloracheras.blogspot.com/p/maklumat-am.html|"SEJARAH PENUBUHAN PUSAT FLORA CHERAS"]]). \\ Beberapa gambar lokasi ini pada tahun 2012:- \\ {{:gambar:p8082477.jpg?450|}}{{:gambar:p8082481.jpg?450|}} \\ (Sumber: Thrifty Traveller, August 10, 2012: {{ laman:pusat_flora_cheras_the_thrifty_traveller.pdf ||}}[[https://thriftytraveller.org/2012/08/10/pusat-flora-cheras/|"Pusat Flora Cheras"]]). **LATAR PERISTIWA: [[pemuda_desa|Pertubuhan Pemuda Desa]]** ===== 1963: Masjid Kariah Rinching Hilir ===== //"Sejarah masjid ini bermula pada tahun 1920 apabila ia mula-mula dibina dengan kayu dan dikenali dengan ‘Masjid Kayu’. Kemudian , ia dibina dengan batu pada tahun 1963 oleh kerajaan dan orang kampong menggantikan binaan masjid yang dibina daripada kayu asalnya. Dan terbaru , pada tahun 1996 , masjid ini telah diubah suai serta dibesarkan sekali ganda daripada saiz asal masjid mula-mula dibina."// {{:gambar:653-20111120_133305.jpg?600|Masjid Kariah Rinching Hilir}} \\ (Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2017: {{ :laman:masjid_rinching_hilir_-_portal_masjid_v1.0.pdf ||}}[[http://masjid.islam.gov.my/index.php?data=aW5mby1tYXNqaWQucGhw&id=653|"MASJID KARIAH RINCHING HILIR"]]). ===== 1963-01-23: Naik Taraf Jalan ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:straitstimes19630123-1-2-36.png?5|Better roads}} | 1963.01.23 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/straitstimes19630123-1.2.36|"Better roads". The Straits Times, 23 January 1963, Page 5]] | $50,000 diperuntukkan bagi penaik tarafan jalan dan perparitan di sekitar kampung-kampung di Dengkil dan Bangi. ===== 1963-03-11: Sharikat Penternakan ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19630311-1-2-58.png?5|Sharikat penternakan dapat hasil yang memuaskan}} | 1963.03.11 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19630311-1.2.58|"Sharikat penternakan dapat hasil yang memuaskan". Berita Harian, 11 March 1963, Page 7]] | Sharikat Kerjasama Penternakan dan Pasaran Ayam daerah Ulu Langat dan Kajang, ditubuhkan dua bulan sebelum ini, hasil gabungan 5 sharikat kerjasama di sekitarnya, antaranya di Rinching Hilir, Bangi. Sharikat ini dipengerusikan oleh [[dato_kampo_radjo|Dato' Kampo Radjo]]. ===== 1963-03-20: Datok Kampo Radjo Keluar UMNO ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:straitstimes19630319-1-2-46.png?5|Assemblyman ('I have been unhappy') quits Umno}} | 1963.03.19 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/straitstimes19630319-1.2.46|"Assemblyman ('I have been unhappy') quits Umno". The Straits Times, 19 March 1963, Page 5]] | | {{akhbar:beritaharian19630320-1-2-15.png?5|UMNO Semenyih dan pengundi2 terkejut Datok Kampo Radjo keluar UMNO}} | 1963.03.20 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19630320-1.2.15|"UMNO Semenyih dan pengundi2 terkejut Datok Kampo Radjo keluar UMNO". Berita Harian, 20 March 1963, Page 2]] | | {{akhbar:beritaharian19630402-1-2-15.png?5|MENGAPA SAYA KELUAR UMNO: DATO KAMPO JELASKAN}} | 1963.04.02 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19630402-1.2.15|"MENGAPA SAYA KELUAR UMNO: DATO KAMPO JELASKAN". Berita Harian, 2 April 1963, Page 2]] | | {{akhbar:beritaharian19630402-1-2-19.png?5|Usul di-bahath hebat}} | 1963.04.02 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19630402-1.2.19|"Usul di-bahath hebat". Berita Harian, 2 April 1963, Page 2]] | | {{akhbar:beritaharian19630404-1-2-7.png?5|Usul 'tidak perchaya' di-kalahkan}} | 1963.04.04 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19630404-1.2.7|"Usul 'tidak perchaya' di-kalahkan". Berita Harian, 4 April 1963, Page 1]] | 1963-03-(19-20): [[dato_kampo_radjo|Dato' Kampo Radjo]], ketika ini ADUN Semenyih (termasuk Kajang dan Bangi), telah keluar daripada UMNO. Selain membangkitkan isu teknikal berikutan kekalahan speaker DUN yang dicalonkan oleh pihak Perikatan pada 4 Disember 1962, keputusan ini dipercayai disebabkan suatu peristiwa melibatkan En [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Aziz_Ishak|Aziz Ishak]], bekas Ketua Jawatankuasa Perhubungan UMNO Selangor dan bekas Menteri Pertanian dan Sharikat Kerjasama. \\ {{gambar:datokamporadjo-1963.png?200|Dato' Kampo Radjo}} 1963-04-(02-04): Beliau kemudiannya membuat usul tidak percaya di sidang DUN Selangor, tetapi ianya ditolak. **LATAR PERISTIWA: [[pemecatan_aziz_ishak|Pemecatan Aziz Ishak]]**. **LATAR PERISTIWA: [[dato_kampo_radjo|Dato' Kampo Radjo]]**. ===== 1963-05-29: Kursus Menanam Cendawan ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19630529-1-2-72.png?5|PELAJARAN TANAM CHENDAWAN DAPAT SAMBUTAN}} | 1963.05.29 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19630529-1.2.72|"PELAJARAN TANAM CHENDAWAN DAPAT SAMBUTAN". Berita Harian, 29 May 1963, Page 6]] | Penduduk kampung sekitar Beranang, Sungai Tekali, Bangi, dan Kajang Estet menyertai kursus penanaman cendawan menggunakan jerami batang padi sawah, anjuran Jabatan Pertanian Daerah Kajang, pimpinan En Goh Kim Swee. ===== 1963-07-09: Kursus Untuk Orang Asli ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19630709-1-2-82.png?5|Kursus untok pendudok Asli}} | 1963.07.09 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19630709-1.2.82|"Kursus untok pendudok Asli". Berita Harian, 9 July 1963, Page 7]] | Pegawai Penerangan Daerah Kajang, En Ishak Mohammad melaporkan kursus tatarakyat di sekitar daerahnya, termasuk [[awal_bangi#kampung_batu_5|Kampung Batu 5, Jalan Bangi]]. **CATATAN**: Kemungkinan kesinambungan siri kursus yang pernah [[sejarahbangi-1960-1969#kursus_kg_batu_5_bangi|dikelola di Kg Batu Lima Bangi pada tahun 1960]]. ===== 1963-08-26: Kampung Tarun Borga (Broga) ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19630826-1-2-83.png?5|Kampong Tarun Borga masok Bandar Kajang}} | 1963.08.26 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19630826-1.2.83|"Kampong Tarun Borga masok Bandar Kajang". Berita Harian, 26 August 1963, Page 7]] | Kampung baharu [[https://mapcarta.com/W608045866|Tarun Borga (Broga)]] dimasukkan ke dalam daerah Kajang. Penduduknya [[sejarahbangi-1950-1959#perkampungan_baru|dipindahkan ke perkampungan ini ketika zaman darurat dahulu]]. \\ {{peta:tarunbroga.png|Tarun Borga (Broga)}} \\ Lokasi [[https://mapcarta.com/W608045866|Tarun Borga (Broga)]], di sebelah timur Bangi-Kajang. **CATATAN 1**: Sejarah Tarun Borga (Broga): //"It is uniquely located within two states – one side is within the mukim of Semenyih, Hulu Langat, in Selangor and the other, falls under the mukim of Lenggeng, Seremban, Negri Sembilan ... To differentiate between the two, the Selangor side is called Tarun Broga. Incidentally, there is a Kampung Tarun on the outskirts of Broga town at the Negri Sembilan side. Similar to many towns in the former Federated Malay States, Broga developed because of tin mining; subsequently rubber was cultivated and, later, farming activities were predominant. Today, it is a popular eco and agro tourism destination."// (Eric Lim @ Museum Volunteers, JMM, March 8, 2021: {{ :laman:a_very_rough_guide_to_broga_museum_volunteers_jmm.pdf ||}}[[https://museumvolunteersjmm.com/2021/03/08/a-very-rough-guide-to-broga/|"A Very Rough Guide To BROGA"]]). \\ **CATATAN 2**: Broga pernah menjadi pencetus operasi besar-besaran memburu komunis di Semenyih, berikutan pembunuhan kejam sebuah keluarga di situ. Pengalaman ini diceritakan oleh salah seorang anggota {{ lampiran:the_suffolk_regiment_1685-1959_the_national_archives.pdf ||}}[[https://discovery.nationalarchives.gov.uk/details/r/6d67bff0-ee50-4cdc-9f78-3a418a3c74d1|The Suffolk Regiment]]: Arthur Campbell, 1953: {{ buku:2015.528178.jungle-green1953.pdf ||}}{{ buku:jungle_green_-_arthur_campbell.pdf ||}}[[http://harithsidek.blogspot.com/2012/08/jungle-green-kisah-penentangan.html|"Jungle Green" (Ringkasan)]] ([[https://sgp1.digitaloceanspaces.com/proletarian-library/singapore-malaysia/Arthur%20Campbell/Jungle%20Green%20(1668)/Jungle%20Green%20-%20Arthur%20Campbell.pdf|PDF 1]]/[[https://ia801606.us.archive.org/19/items/in.ernet.dli.2015.528178/2015.528178.Jungle-Green1953.pdf|PDF 2]]/[[https://archive.org/stream/in.ernet.dli.2015.528178/2015.528178.Jungle-Green1953_djvu.txt|Teks]]). Seterusnya, sebagaimana petempatan luar bandar lain yang dianggap pusat aktiviti komunis ketika itu, penduduk dari segenap pelusuk Broga dipindahkan ke Kampung Baru Broga: //"During the Malayan Emergency, a total of 993 residents in and around Broga were rounded up and resettled at the Broga New Village under the Briggs Plan in 1950. Three years later, 850 of them tried to escape from the village perimeter but all of them were arrested and remanded for ten days. In 1954, a Chinese primary school (today SJK (C) Kampung Baru Broga) was established within the new village and it started with an enrolment of 150 pupils. Earlier, it was believed that a Chinese school was set up in 1902 but it has ceased to exist.//" \\ {{:gambar:img_5391.jpg?500|}}{{:gambar:af1qipo0bqidgxh_nbyq287b4dkrfmb7yjtw3q_eq-dxw1186-h671.jpg?400|}} Kiri: Kampung Baru Broga: //"Photo source : Bumi Satu Kampung Dalam 2 Negeri – i Kampung Baru . Imbasan Sejarah Kampung Baru Cina Selangor – Published by Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru Kerajaan Selangor -First edition 2012 – pp 158 – 159"//. Kanan: Lagu patriotik komuniti Cina Kampung Baru Broga sekitar pertengahan 1950-an: //"Photo source : A History of Malaysia – Sino Interactions exhibition"// \\ (Sumber: Eric Lim @ Museum Volunteers, JMM, March 8, 2021: {{ :laman:a_very_rough_guide_to_broga_museum_volunteers_jmm.pdf ||}}[[https://museumvolunteersjmm.com/2021/03/08/a-very-rough-guide-to-broga/|"A Very Rough Guide To BROGA"]]). ===== 1963-10-13: Banjir di Jalan Bangi ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19631013-1-2-9.png?5|100 rumah utk mangsa banjir mula di-dirikan}} | 1963.10.13 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19631013-1.2.9|"100 rumah utk mangsa banjir mula di-dirikan". Berita Harian, 13 October 1963, Page 1]] | Banjir di sekitar Selangor dan sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia. Antara yang terkesan ialah Jalan Bangi (batu 5-6). **LATAR PERISTIWA: [[banjir_bangi|Banjir Sekitar Bangi]]**. ===== 1963-10-18: Anjing Gila ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19631018-1-2-85.png?5|KAJANG CHEGAH ANJING GILA}} | 1963.10.18 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19631018-1.2.85|"KAJANG CHEGAH ANJING GILA". Berita Harian, 18 October 1963, Page 7]] | Pegawai Haiwan daerah Ulu Langat dan Kajang, H. G. Thomes melaporkan perancangan kerja-kerja menyuntik anjing bagi menangani wabak anjing gila. Antara yang terlibat ialah Kajang dan Jalan Bangi. ===== 1963-11-07: Banjir di Kajang ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19631107-1-2-15.png?5|Banjir: Keluarga2 pindah}} | 1963.11.07 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19631107-1.2.15|"Banjir: Keluarga2 pindah". Berita Harian, 7 November 1963, Page 2]] | Banjir sedalam hingga 6 kaki di kawasan Kajang, termasuk Kg Jambu, [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung_Sungai_Balak|Kg Sungai Balak]], Kg Paya, [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Radio_Televisyen_Malaysia_Kajang|kawasan pemancar RTM]], memaksa sebahagian penduduknya berpindah ke rumah jiran-jiran. Jalan Kajang-Bangi-Dengkil turut ditenggelami air sedalam 4 kaki. \\ {{peta:banjir-kajang-1963.png?600|Kawasan banjir di Kajang}} \\ Kawasan banjir di Kajang. **CATATAN**: 8 tahun kemudian (1971), peristiwa banjir besar berlaku di Kajang, termasuk lokasi yang sama (Kampung Jambu). \\ **LATAR PERISTIWA: [[banjir_kajang_1971|Banjir Besar Kajang (1971)]]**. **LATAR PERISTIWA: [[banjir_bangi|Banjir Sekitar Bangi]]**. ===== 1963-12-20: Persatuan Belia Bangi ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19631220-1-2-95.png?5|Rasmi Pameran}} | 1963.12.20 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19631220-1.2.95|"Rasmi Pameran". Berita Harian, 20 December 1963, Page 7]] | Persatuan Belia Bangi membuat pameran perusahaan serta persembahan drama bagi mengumpul biaya modal projek kolam ikan sebanyak $8,000. Pameran dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor ketika itu, [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Bakar_Baginda|Dato' Abu Bakar Baginda]]. ===== 1964-01-04: Guru Bertemu Guru ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19640104-1-2-53.png?5|GURU BERTEMU GURU}} | 1964.01.04 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19640104-1.2.53|"GURU BERTEMU GURU". Berita Harian, 4 January 1964, Page 6]] | {{gambar:gurubertemu.png?300|GURU BERTEMU GURU}} ===== 1964-01-13: Perkhidmatan Negara ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19640113-1-2-60.png?5|ORANG KAYA ULU LANGAT BERSEDIA BERSUKARELA}} | 1964.01.13 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19640113-1.2.60|"ORANG KAYA ULU LANGAT BERSEDIA BERSUKARELA". Berita Harian, 13 January 1964, Page 5]] | Dato Empat Taslim bin Haji Sarkawi dari [[awal_bangi#kampung_batu_5|Kampung Batu 5, Jalan Bangi]] ialah antara yang mendaftarkan diri sebagai sukarelawan Perkhidmatan Negara. **CATATAN**: Maklumat lanjut berkenaan "Perkhidmatan Negara": //"Pada hari ini (25/11) dalam tahun 1963, Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Ismail bin Abdul Rahman telah mengumumkan pendaftaran untuk perkhidmatan negara. Pendaftaran tersebut ialah bagi rakyat persekutuan yang terdiri daripada pemuda berumur antara 21 hingga 28 tahun. Pendaftaran secara sukarela dibuka kepada kaum lelaki yang berumur lebih daripada 28 tahun dan wanita yang berumur lebih daripada 21 tahun. Masa pendaftaran dibuka selama sebulan bermula dari 9 Disember 1963 hingga 8 Januari 1964. Datuk Dr. Ismail menjelaskan, bahawa undang-undang Perkhidmatan Negara telah diluluskan pada tahun 1958. Bagaimana pun ia telah diisytiharkan buat kali pertama dalam tahun 1958. Antara lain undang-undang itu membolehkan kerajaan memanggil seseorang itu untuk berkhidmat dengan mana-mana pasukan keselamatan apabila diperlukan. Para majikan juga diseru melepaskan kakitangan mereka untuk mendaftar nama. Untuk tujuan itu, kerajaan membuka 163 pusat pendaftaran bagi memudahkan segala urusan. Mereka yang telah mendaftar tidak dibenarkan keluar dari Tanah Melayu tanpa surat kebenaran dari penguasa Tenaga Rakyat. Bagaimana pun suratsurat pengecualian disediakan bagi orang-orang tertentu yang telah dikecualikan. Pendaftaran untuk Perkhidmatan Negara yang diumumkan pada hari ini dalam tahun 1963 adalah penting untuk mempastikan kekuatan tenaga rakyat di samping sentiasa bersiap sedia membantu pasukan keselamatan menghadapi segala kemungkinan yang melanda negara."// (Arkib Negara Malaysia: {{ lampiran:hids_-_pendaftaran_perkhidmatan_negara_1963-1964.pdf ||}}[[http://hids.arkib.gov.my/#/index_peristiwa?q=perkhidmatan%20negara&day=&month=&year=|"PENDAFTARAN UNTUK PERKHIDMATAN NEGARA DIUMUMKAN"]]). ===== 1964-09-19: Kontroversi Politik di Bangi ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19640919-1-2-72-1.png?5|SOCIALIST FRONT SANGGOP KERJA SAMA}} | 1964.09.19 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19640919-1.2.72.1|"SOCIALIST FRONT SANGGOP KERJA SAMA". Berita Harian, 19 September 1964, Page 8]] | Pengerusi [[https://en.wikipedia.org/wiki/Malayan_Peoples%27_Socialist_Front|Front Sosialis Malaya]], En [[http://www.daulahrakyat.com/blog/?p=9757|Hasnol Hadi]] memperjelaskan kritikan mereka terhadap keputusan darurat pihak kerajaan, dan mendakwa ucapan [[pemecatan_aziz_ishak|En Abdul Aziz Ishak]] ([[https://en.wikipedia.org/wiki/Parti_Perhimpunan_Kebangsaan|Parti Perhimpunan Kebangsaan]]) dalam suatu mesyuarat di Bangi telah diputar belit oleh pihak Berita Harian. **LATAR PERISTIWA: [[penangkapan_front_sosialis|Penangkapan Pimpinan Front Sosialis]]**. ===== 1964-10-14: Karya Adik A. Wahab Ali ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19641014-1-2-97-6.png?5|ABU TA' MENIPU LAGI}} | 1964.10.14 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19641014-1.2.97.6|"ABU TA' MENIPU LAGI". Berita Harian, 14 October 1964, Page 8]] | Karangan [[https://www.subangjayamedicalcentre.com/doctor-info/dr-mohd-hafiz-mohd-ali|Mohd Hafiz bin Haji Ali]], adik kepada tokoh budayawan kelahiran Bangi, [[a_wahab_ali|A Wahab Ali]], disiarkan di Berita Harian. Ketika ini beliau murid Darjah 4 (umur 10 tahun) di [[sejarahbangi-1950-1959#temasya_budaya_kubu|Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir, Bangi]]. **CATATAN**: Kemungkinan besar, "[[https://www.subangjayamedicalcentre.com/doctor-info/dr-mohd-hafiz-mohd-ali|Mohd Hafiz bin Haji Ali]]" di sini adalah individu yang sama di dalam rujukan berikut (Perlu pengesahan):- * "Dr M Hafiz Ali" (Op 71 Hafiz Ali), > Februari 2008, di bahagian komen: {{ laman:dalu_dalu_the_makam_tuanku_tambusai_.pdf ||}}[[https://abdulhalimshah.blogspot.com/2008/02/makam-tuanku-tambusai.html?showComment=1386514763679#c1652387931355092433|"abdulhalimshah: The "Makam Tuanku Tambusai""]]. * abdulhalimshah, March 27, 2016: {{ laman:dalu_dalu_our_session_with_dr.a._wahab_ali_on_sunday_27_march_2016.pdf ||}}[[https://abdulhalimshah.blogspot.com/2016/03/our-session-with-dra-wahab-ali-on.html|"Our Session with Dr.A. Wahab Ali on Sunday 27 March 2016"]]. * Subang Jaya Medical Centre, 2020: {{ laman:dr_mohd_hafiz_bin_mohd_ali_sjmc.pdf ||}}[[https://www.subangjayamedicalcentre.com/doctor-info/dr-mohd-hafiz-mohd-ali|"Dr Mohd Hafiz Bin Mohd Ali"]]. ===== 1964-10-15: Tanah Rancangan Sungai Merab ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19641015-1-2-68.png?5|Hampir 200 keluarga di-beri kehidupan baharu}} | 1964.10.15 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19641015-1.2.68|"Hampir 200 keluarga di-beri kehidupan baharu". Berita Harian, 15 October 1964, Page 6]] | Kerajaan negeri menganugerahi tanah di sekitar [[sungai_merab|Sungai Merab]] dan [[https://mapcarta.com/15827530|Sungai Tekali]], kepada 183 buah keluarga dari Ulu Langat, Semenyih, Bangi, dan Dengkil, di bawah Rancangan Pembangunan Luar Bandar (Sungai Merab: 87 keluarga, Sungai Tekali: 96 keluarga). Setiap keluarga mendapat 6 ekar tanah getah, 2 ekar tanah dusun, dan sebuah rumah. Maklumat diberikan oleh En. Harun Mahmood, pegawai daerah Ulu Langat. \\ {{peta:kgsgmerab.png|Kampung Sungai Merab kini}} \\ [[https://mapcarta.com/15873512|Kampung Sungai Merab kini]]. **LATAR PERISTIWA: [[sungai_merab|Kampung Sungai Merab (1918)]]** ===== 1964-11-28: Warga Tertua Hulu Langat ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19641128-1-2-97-4.png?5|Tuan Hj Rabu (125) meninggal}} | 1964.11.28 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19641128-1.2.97.4|"Tuan Hj Rabu (125) meninggal". Berita Harian, 28 November 1964, Page 8]] | Warga tertua Hulu Langat, Tuan Haji Rabu bin Terono (125 tahun), meninggal dunia di rumah anaknya di Batu 12, Jalan Cheras, Kajang. Beliau berhijrah ke sini dari Jawa pada tahun 1885, untuk bekerja membuka ladang Cheras dan Benos. Meninggalkan 6 orang anak dan 71 orang cucu-cicit di sekitar Kajang, Ulu Langat, dan Bangi. ===== 1965-01-13: Sekolah Anika Jurusan ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19650113-1-2-38.png?5|DUA PER TIGA MURID DARJAH 6 KA-SEKOLAH ANIKA JURUSAN KAJANG}} | 1965.01.13 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19650113-1.2.38|"DUA PER TIGA MURID DARJAH 6 KA-SEKOLAH ANIKA JURUSAN KAJANG". Berita Harian, 13 January 1965, Page 3]] | Sebanyak 210 daripada 300 orang murid darjah enam Sekolah kebangsaan daerah Kajang melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di Sekolah Anika Jurusan dalam [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Sultan_Abdul_Aziz_Shah_(Integ)|Sekolah Menengah Melayu Kajang]], lapor guru besarnya, Cikgu Awalluddin bin Malulod. Sebahagian ibu bapa, termasuk En. Othman Ali, seorang penoreh getah dari Bangi, mengadu tidak mampu membayar perbelanjaan seperti buku dan tambang ke sekolah tersebut untuk anak beliau. **CATATAN 1**: //"Sistem Pendidikan Aneka Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata pelajaran aneka jurusan di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah tangga, Sains Pertanian dan Perdagangan."// ([[https://ms.wikipedia.org/wiki/Laporan_Abdul_Rahman_Talib|Laporan Abdul Rahman Talib @ Wikipedia]]). {{ akhbar:newspaper_article_-_pelajaran_aneka_jurusan_mulai_hari_ini_berita_harian_11_january_1965_page_1.pdf ||}}Sesi pertama bermula pada 10 Januari 1965. Ketua Pegawai Penasihat Pelajaran ketika ini ialah En [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Aminuddin_Baki|Aminuddin Baki]]. **CATATAN 2**: Perihal beberapa orang tokoh di Sekolah Melayu Kajang:- * Guru Besar terbilang Kuala Lumpur awal kurun ke-20, Muhammad Tambi bin Haji Hasan, pernah mengajar di sini. \\ {{:gambar:20160207_220208.jpg?200|Muhammad Tambi bin Haji Hasan}} \\ //"Muhammad Tambi bin Haji Hasan adalah nama besar dalam bidang pelajaran Melayu di Kuala Lumpur dan sekitarnya di awal kurun ke 20. Ini adalah kerana beliau telah mendidik ramai tokoh-tokoh pendidikan dan pembesar Melayu di Negeri-Negeri Melayu bersekutu . Beliau juga adalah Munsyhi bahasa Melayu . Ramai juga orang putih ( Inggeris ) yang belajar dengan beliau. Mula bertugas sebagai Guru pada tahun 1893 di Sekolah Melayu Mukim Ampang . Pada tahun 1896 bertukar di Sekolah Melayu Kajang , Jajahan Ulu Langat . Pada tahun 1901 bertukar ke Sekolah Gombak Lane sehingga bersara pada tahun 1926 . Tarikh dan tempat beliau meninggal dunia tiadalah dapat penulis akan maklumatnya."// (Waris Tuk Ungku Syeikh Muhammad Yusuf Al-Khalidi, Langkat, 2016: {{ :laman:muhammad_tambi_bin_haji_hasan_-_guru_besar_terbilang_kuala_lumpur_awal_kurun_ke_20_.pdf ||}}[[http://shahrirkamil.blogspot.com/2016/01/muhammad-tambi-bin-haji-hasan-guru.html|"MUHAMMAD TAMBI BIN HAJI HASAN - GURU BESAR TERBILANG KUALA LUMPUR AWAL KURUN KE 20"]]). \\ \\ * Toh Puan Fatimah bte Ismail, isteri kepada Yang Di-Pertua Negeri Melaka Kedua, TYT Tun Haji Abdul Malek bin Yusof, pernah menjadi pelajar sekolah ini: //"Tun Hj. Abdul Malek telah mendirikan rumahtangganya dengan Puan Khatijah bte Ahmad dan mereka dikurniakan dua orang cahayamata iaitu Halimah dan Habibah. Walau bagaimanapun, isterinya telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1950. Selepas itu, beliau berkahwin dengan isteri keduanya, Toh Puan Fatimah bte Ismail pada tahun 1964. Toh Puan Fatimah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langat dan Sekolah Melayu Kajang."// (Rozmal bin Malakan, 2013: {{ :laman:rozmal_bin_malakan_menteri_besar_n.sembilan_pertama_dari_dun_kota_parlimen_rembau.pdf ||}}[[http://rozmal.blogspot.com/2013/03/menteri-besar-nsembilan-pertama-dari.html|"Menteri Besar N.Sembilan pertama dari DUN Kota, Parlimen Rembau"]]). ===== 1965-02-24: Rayuan Peladang Kelapa ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19650225-1-2-87.png?5|Perlukan bantuan menanam kelapa}} | 1965.02.25 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19650225-1.2.87|"Perlukan bantuan menanam kelapa". Berita Harian, 25 February 1965, Page 11]] | Persatuan Peladang [[awal_bangi#kampung_batu_5|Batu 5 Mukim Bangi]], diketuai oleh Dato' Dagang Taslim bin Haji Sarkawi, memohon agar pihak kerajaan memberikan bantuan penuh penanaman semula kelapa, sebagaimana yang telah dijalankan untuk ladang getah. Ini kerana hasil kelapa kian berkurangan, dan harga kelapa di pasaran telah pun melambung tinggi: //"Persatuan Peladang batu 5 mukim Bangi akan mendesak Kementerian Pertanian supaya menggalakkan petani2 di-negeri ini menanam sa-mula kebun2 kelapa mereka dengan di-beri bantuan penoh seperti yang di-beri kapada penanam sa-mula getah di-negeri ini. Pengerusi Persatuan Peladang di-sini Dato' Dagang Taslim bin Haji Sarkawi memberi tahu Berita Harian bahawa betapa mustahak-nya kementerian ini menggalakkan petani2 di-negeri ini menanam sa-mula kebun kelapa mereka untok mengatasi kekurangan hasil kelapa di-negeri ini. Dato' Dagang Taslim juga menerangkan oleh kerana sedikit sahaja jumlah-nya petani2 di-negeri ini menanam sa-mula kebun kelapa mereka hasil kelapa telah merusot dan harga kelapa telah melambong tinggi. Sekarang harga kelapa di-kampong ia-lah 35 sen sa-biji harga minyak kelapa $1 sa-botol akibat kekurangan pengeluaran hasil kelapa di-negeri ini. Menurut Dato' Dagang Taslim lagi sebab-nya hasil kelapa merusot kerana banyak pokok kelapa sudah terlalu tua tidak di-tanam semula. Kalau-lah kerajaan menggalakkan petani2 di-negeri menanam sa-mula kelapa mereka dengan mendapat bantuan seperti menanam getah sa-mula sudah tentu kegiatan petani2 menanam sa-mula kelapa mereka akan bertambah di-negeri ini."// **CATATAN**: Keadaan industri kelapa pada tahun 1960-an: Menurut rekod tahun 1961, ladang-ladang kelapa diusahakan oleh sektor swasta dan peladang kecil. Jumlah hasil kelapa di seluruh negara ketika itu adalah yang tertinggi berbanding hasil tanaman lain, iaitu sebanyak 1,344,819 tan. Namun sumbangannya terhadap pendapatan negara tidaklah sebanyak getah dan kelapa sawit. Ini kerana ianya adalah sumber makanan utama masyarakat, oleh itu 70% daripadanya adalah untuk penggunaan domestik: //"Dating back to the mid-19th century, where a rough data of Malaysia’s coconut production amount was first recorded (on year 1961), coconut palms were being planted by private sectors and small landholders. It acted as a source of food to these households, while remaining ones would then be traded for other daily necessities. The total area of coconut plantations by that time were, however, not stated in any official documents. During year 1961, the total amount of production of this agricultural commodity hits top one among all crops, with the value of 1,344,819 tonnes. However, it did not bring the most income to Malaysia. The reason behind was because almost 70% of the total production was consumed domestically."// \\ {{:gambar:coconutharvest.jpg?350|Coconut harvesting by a native orang asli family during the 1960s. (Image source from My Far East, Malaysia)}}{{:gambar:coconut-capture1.jpg?550|Sum of coconut production quantities in Malaysia from year 1961 to 2013. (Data source from FAOSTAT)}} \\ Kiri: //"Coconut harvesting by a native orang asli family during the 1960s. (Image source from My Far East, Malaysia)"//. Kanan: //"Sum of coconut production quantities in Malaysia from year 1961 to 2013. (Data source from FAOSTAT)"//. \\ (Sumber: Jocelyn Chin, April 5, 2016: {{ :laman:coconut_the_tree_of_life_in_malaysia_n_a_t_u_r_e_.pdf ||}}[[https://jocelynechin.wordpress.com/2016/04/05/coconut-the-tree-of-life-in-malaysia/|"Coconut, the Tree of Life in Malaysia"]]). ===== 1965-11-28: Cikgu A.P. Richards ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19651128-1-2-7.png?5|Tiada buku, perut pula kosong: Separoh gagal dlm ujian}} | 1965.11.28 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19651128-1.2.7|"Tiada buku, perut pula kosong: Separoh gagal dlm ujian". Berita Harian, 28 November 1965, Page 1]] | | {{akhbar:straitstimes19651128-1-2-36.png?5|PUPILS WHO FAIL BECAUSE THEY ARE -HUNGRY}} | 1965.11.28 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/straitstimes19651128-1.2.36|"PUPILS WHO FAIL BECAUSE THEY ARE -HUNGRY". The Straits Times, 28 November 1965, Page 4]] | | {{akhbar:beritaharian19651212-1-2-29.png?5|Latar belakang murid2 di-Kajang gagal kerana 'perut kosong'}} | 1965.12.12 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19651212-1.2.29|"Latar belakang murid2 di-Kajang gagal kerana 'perut kosong'". Berita Harian, 12 December 1965, Page 4]] | Di dalam majlis penyampaian hadiah tahunan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Kajang, salah seorang gurunya, Puan A.P. Richards mendedahkan faktor sebahagian besar (50 peratus) murid-murid beliau gagal peperiksaan adalah disebabkan "kurang pimpinan dan makanan", antaranya hadir ke sekolah dalam keadaan lapar dan dahaga, tiada buku dan alatulis, serta tidak cukup bimbingan ibu bapa (disebabkan kemiskinan), bukan kerana mereka tidak pintar. Beliau menyeru pihak pimpinan daerah, estet, dan kampung turut memikirkan penyelesaian masalah ini. \\ \\ Pada zaman itu ramai di kalangan masyarakat (termasuk di luar bandar seperti Bangi) cenderung menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris di bandar (contohnya sekolah ini), walaupun jauh dari kediaman mereka, demi peluang pekerjaan yang lebih baik kelak. {{:gambar:aprichards-19651220.png?200|Puan A.P. Richards}}{{facebook:73515620_1159468154252880_4672822674567725056_n.jpg?520|}} \\ **Kiri**: Puan A.P. Richards (Berita Harian, 20 December 1965, Page 5: {{ :akhbar:beritaharian19651220-1-2-32.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19651220-1.2.32|"Pendapat bahawa murid2 yang lapar mundor tidak-lah benar"]]). \\ **Kanan**: //"SRJK (Inggeris) 1, Jalan Semenyih, Kajang. Sekolah rendah saya dari tahun 1965 hingga 1970. Guru besar Mrs. AP Richards."// - Mazilan Jalal. (Facebook Bandar Kajang, 28 Oktober 2019: {{ facebook:bandar_kajang_-_posts_facebook_-_kajang_satu_ketika_dulu.pdf ||}}[[https://www.facebook.com/kajangharmoni/posts/1159469257586103|"KAJANG"]]: [[https://www.facebook.com/kajangharmoni/photos/pcb.1159469257586103/1159468150919547|SK Jalan Semenyih 1 & 2, 1987]]). Pendedahan Puan A.P. Richards ini telah mencetuskan beberapa maklumbalas daripada pelbagai pihak. Antara yang disiarkan di akhbar:- * 20/12/1965 (Membangkang): Dato' Dagang Darus bin Saidi, ketua Kampung Sungai Ramal, Kajang: //"Dato' Dagang Darus bin Saidi ketua kampong Sungai Ramal Kajang telah menafikan sama sekali kenyataan Puan A.P. Richard itu. Beliau menerangkan: "Walau pun pendudok2 kampong sekarang tidak mewah kerana harga getah murah tetapi ibu bapa telah berusaha sa-daya upaya bekerja menchari nafkah untok memberi makanan anak2-nya dan juga mengadakan buku2 pelajaran anak2-nya." Kapada ibu bapa yang miskin tiap2 tahun telah meminta bantuan dari Jabatan Kebajikan Masharakat untok membeli buku anak2-nya, kata beliau. Dato' Dagang Darus berkata lagi: "Orang2 kampong yang miskin tidak menghantar anak2-nya ka-sekolah Inggeris. Orang2 yang menghantar anak-nya ka-sekolah ini ia-lah orang2 yang banyak kebun getah, anak2 kerani dan orang yang makan gaji dengan kerajaan. Untok mengatakan orang2 yang berkemampuan yang belajar di-sekolah Inggeris itu tidak lojik. Sekolah Inggeris itu sendiri ada menyediakan asrama untok anak orang2 kampong yang jauh dari sekolah," kata beliau lebeh jauh. Menurut Dato' Dagang Darus murid2 yang belajar di-sekolah kebangsaan di-kampong2 walau pun ibu bapa mereka miskin namun mereka maju dalam pelajaran. Satu chuntoh ia-lah pada tahun 1964 sa-ramai 47 orang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Melayu Kajang mengambil pereksaan L.C.E. semuanya lulus. Dan sa-ramai 44 orang pelajar2 itu telah mendapat grade satu dan 3 orang dapat grade tiga. Ibu bapa pelajar2 ini semua-nya miskin. Pelajar2 itu kadang2 berjalan kaki berbatu2 jauh-nya ka-sekolah menengah tetapi mengapa mereka maju dalam pelajaran," dia berkata. Dato' Darus juga kesal terhadap kenyataan Puan A.P. Richard yang menyeru Pegawai Penerangan ketua kampong supaya memberi kursus kapada ibu bapa tentang kemundoran pelajaran anak2 mereka. Kursus tata ra'ayat memang di-adakan di-kampong2 untok memberi berbagai2 penerangan kapada ibu bapa termasok juga soal2 pelajaran, kata-nya."// (Berita Harian, 20 December 1965, Page 5: {{ :akhbar:beritaharian19651220-1-2-32.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19651220-1.2.32|"Pendapat bahawa murid2 yang lapar mundor tidak-lah benar"]]). * 22/12/1965 (Menyokong): Mat Ketil, Kajang: //"Saya menghantar anak2 saya ka-sekolah Melayu juga. Dua orang anak saya belajar di-Sekolah Inggeris. Kadang2 mereka tak sempat sarapan pagi kerana mereka harus bangun pagi pukol 6 pagi untok sempat sampai di-sekolah. Mereka naik basikal. Kadang terlambat bangun. Siapa-kah yang berkata hanya orang2 yang mampu sahaja yang menghantar anak2 mereka ka-sekolah Inggeris? Ini tidak-lah benar. Anak orang2 miskin juga banyak belajar di-sekolah2 rendah dan menengah Inggeris. ... Memang anak2 Melayu miskin. Ibu bapa tak mampu memberikan wang saku kapada anak2 mereka kalau anak2 yang bersekolah itu sa-ramai enam atau tujoh orang. Dato Dagang memberi chontoh pepereksaan tingkat tiga sekolah menengah Melayu Kajang sa-bagai bokti untok memperkuat da'awaan-nya. Tetapi Dato Dagang tidak menolak keterangan2 Puan Richards mengenai sekolah rendah Inggeris Kajang itu."// (Mat Ketil, Kajang @ Mimbar Pembacha, Berita Harian, 22 December 1965, Page 4: {{ :akhbar:beritaharian19651222-1-2-33.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19651222-1.2.33|"Kenyataan ta' sarapan: Berita Kajang 'tidak benar'"]]). **LATAR PERISTIWA: [[kajang_high_school#pembukaan_sekolah_rendah|Sekolah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Kajang (kini SK Jalan Semenyih 1 & 2)]]**. **LATAR PERISTIWA: [[kajang_high_school#anguru-guru_dari_jaffna|Sedikit maklumat berkenaan Puan A.P. Richards, serta guru-guru komuniti migran Tamil dari Jaffna, Sri Lanka secara umum]]**. ===== 1965-11-28: Cukai Pintu ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19651128-1-2-36.png?5|Pendudok2 merayu minta turunKan bayaran chukai}} | 1965.11.28 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19651128-1.2.36|"Pendudok2 merayu minta turunKan bayaran chukai". Berita Harian, 28 November 1965, Page 5]] | Penduduk Sungai Kantan, Kajang memohon cukai pintu diturunkan, sebagaimana di kampung baru Sungai Chua, Bangi, dan Dengkil. ===== 1966-01-01: Bantuan Dana Sekolah Estet ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19660101-1-2-62.png?5|DUA SEKOLAH DALAM ESTET MENDAPAT BANTUAN $21,000}} | 1966.01.01 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19660101-1.2.62|"DUA SEKOLAH DALAM ESTET MENDAPAT BANTUAN $21,000". Berita Harian, 1 January 1966, Page 5]] | Pihak kerajaan pusat memberi bantuan dana $14,000 untuk sekolah estet [[sejarahbangi-1900-1909#getah_di_malaya|Prang Besar]] dan $7,000 untuk sekolah [[sejarahbangi-1900-1909#ladang_bangi_rekoh|estet Bangi]]. Derma disampaikan oleh En. [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Shariff_Ahmad|Shariff Ahmad]], setiausaha politik Menteri Pelajaran, En. [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Mohamed_Khir_Johari|Mohamed Khir Johari]]. ===== 1966-06-27: Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19660627-1-2-11.png?10|Upachara BBK di-dewan sempit meradangkan 6,000 penonton Ramai yang bersungut kerana ta* dapat lihat perayaan BBK}} | 1966.06.27 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19660627-1.2.11|"Upachara BBK di-dewan sempit meradangkan 6,000 penonton Ramai yang bersungut kerana ta' dapat lihat perayaan BBK". Berita Harian, 27 June 1966, Page 1]] | Dewan Orang Ramai Kajang tidak dapat menampung 6,000 orang yang berkunjung dari kawasan sekitar (termasuk Bangi), untuk menyaksikan upacara penutup [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Bulan_Bahasa_Kebangsaan|Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK)]], menyebabkan kekecohan pada malam itu. Sebelum ini, upacara ini dijalankan di padang terbuka. Kali ini, dewan tersebut dipenuhi "orang2 kaya dan berkad khas" sahaja. Speaker Dewan Negeri Selangor, Dato Abdullah Yasin turut berucap di dalam majlis tersebut. **CATATAN**: //"Bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an. Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996),Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998).Akhirnya pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN)."// (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017: {{ laman:dewan_bahasa_dan_pustaka_bulan_bahasa_kebangsaan.pdf ||}}[[http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/372|"BULAN BAHASA KEBANGSAAN"]]). **LATAR PERISTIWA: [[bulan_bahasa_kebangsaan|Bulan Bahasa Kebangsaan]]**. ===== 1966-11-17: Penyakit Ganjil di Maahad Hamidiah ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19661117-1-2-7.png?5|Penyakit ganjil serang pelajar2}} | 1966.11.17 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19661117-1.2.7|"Penyakit ganjil serang pelajar2". Berita Harian, 17 November 1966, Page 1]] | 13 daripada 32 orang pelajar diserang penyakit ganjil di asrama Sekolah Maahad Hamidiah, dan dibawa pulang ke rumah masing-masing (antaranya di Bangi). **CATATAN 1**: //"Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah mula ditubuhkan pada tahun 1977. 14 tahun sebelum diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah ini di bawah kelolaan Kerajaan Negeri dan Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri. Pada masa itu, SMKA Maahad Hamidiah dikenali dengan nama Sekolah Menengah Arab Pekan Kajang atau Sekolah Arab Kajang. Para pelajar pada masa itu berjumlah 121 dari tingkatan 1 hingga 4. Manakala kakitangan akademiknya adalah seramai 7 orang iaitu Encik Amir Khatim, Encik Tahar Husin, Puan Jemaah Saadon, Puan Saedah Sani, Puan Salihah Abdul Aziz, Puan Rohiyah @ Zainab Haji Taib dan seorang guru lagi. Pengetuanya yang pertama ialah Tuan Haji Abdul Aziz Andik Achok. Pengasas sekolah ini ialah Ustaz Haji Abdul Hadi Abdul Hamid, yang berasal dari Sumatera, Indonesia. Beliau menubuhkan sekolah ini pada tahun 1963. Bangunan asal sekolah ini terletak di Batu 14, Cheras bertentangan dengan Masjid Jamek, Kajang. Bermula 16 September 1984, pentadbiran SMKA Maahad Hamidiah telahpun berpindah ke kawasan baru yang bertempat di Jalan Sungai Ramal Luar, Kajang."// ( [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Agama_Maahad_Hamidiah|Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah @ Wikipedia]] ) **CATATAN 2**: Antara gambar-gambar terawal SMKA Maahad Hamidiah yang ada di Internet: Hari sukan, sekitar 1981-1983:- \\ {{:gambar:beratur-beratur_1470712313_o.jpg?300|beratur-beratur....}}{{:gambar:dengar-ucapan-sebelum-sukan_1470712253_o.jpg?300|dengar ucapan sebelum sukan}}{{:gambar:acara-menganyam-ketupat-pun-ada_1470712487_o.jpg?300|acara menganyam ketupat pun ada}} \\ Kiri: //"beratur-beratur...."//. Tengah: //"dengar ucapan sebelum sukan"//. Kanan: //"acara menganyam ketupat pun ada"//. \\ {{:gambar:yesmenang-lagi_1470712115_o.jpg?300|yes...menang lagi}}{{:gambar:olahragawan--olahragawati_1470712175_o.jpg?300|olahragawan & olahragawati}}{{:gambar:the-celebration_1471568382_o.jpg?300|the celebration}} \\ Kiri: //"yes...menang lagi"//. Tengah: //"olahragawan & olahragawati"//. Kanan: //"the celebration"//. \\ (Sumber: Alumni Maahad Hamidiah, 2008: {{ :laman:flickr-photos-alumni-maahad-hamidiah-albums-72157602235716395.pdf ||}}[[https://www.flickr.com/photos/alumni-maahad-hamidiah/albums/72157602235716395|"MAAHAD DULU-DULU"]]). **LATAR PERISTIWA: [[kg_sungai_ramal|Perihal Kampung Sungai Ramal]]**. ===== 1968-01-16: Saluran Bekalan Air Terbengkalai ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19680116-1-2-70.png?5|Kemudahan kerajaan kapada pendudok2 hanya separoh jalan}} | 1968.01.16 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19680116-1.2.70|"Kemudahan kerajaan kapada pendudok2 hanya separoh jalan". Berita Harian, 16 January 1968, Page 8]] | Aduan penduduk [[awal_bangi#kampung_bahagia|Kampung Bahagia Bangi]] mengenai pembinaan saluran bekalan air yang terbengkalai di kampung mereka. ===== 1968-01-17: Peneroka Tanah Haram ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19680117-1-2-112.png?5|Peneroka2 tanah haram di-saman oleh DO}} | 1968.01.17 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19680117-1.2.112|"Peneroka2 tanah haram di-saman oleh DO". Berita Harian, 17 January 1968, Page 10]] | Tanah seluas 26 ekar telah diterokai secara haram untuk ditanam sayur oleh beberapa orang di sekitar Batu 31 Jalan Bangi-Sepang. ===== 1968-03-23: Persatuan Belia Ulu Langat ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19680323-1-2-101.png?5|Belia Ulu Langat di-gerak semula}} | 1968.03.23 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19680323-1.2.101|"Belia Ulu Langat di-gerak semula". Berita Harian, 23 March 1968, Page 9]] | Persatuan Belia Ulu Langat aktif semula setelah setahun. Pimpinan lama, En. Mohd Lot dan Cikgu Noraishah Sujak mengadakan simposium gerakan belia pada 24 Februari. Antara pesertanya ialah wakil-wakil kelab belia Bangi, disokong oleh [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Kelab-Kelab_Belia_Malaysia|Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)]]. Pada 10 Mac, gotong royong menuai padi diadakan. Perancangan seterusnya ialah gotong royong tanaman sayur-sayuran pada 23 Mac. **LATAR PERISTIWA: [[noraishah_sujak|Cikgu Noraishah Sujak]]** adalah seorang guru di daerah Ulu Langat yang aktif dalam pelbagai aktiviti belia pada tahun 1960-an, terutamanya acara tahunan sempena [[bulan_bahasa_kebangsaan|Bulan Bahasa Kebangsaan]]. ===== 1968-05-26: A Wahab Ali ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19680526-1-2-75.png?5|Mahasiswa Wahab: Perempuan sering mendatangkan kechelakaan kapada saya, tetapi ilmu tidak}} | 1968.05.26 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19680526-1.2.75|"Mahasiswa Wahab: Perempuan sering mendatangkan kechelakaan kapada saya, tetapi ilmu tidak". Berita Harian, 26 May 1968, Page 10]] | Pada 20 Mei 1968, budayawan kelahiran Bangi, [[a_wahab_ali|A Wahab Ali]] masuk sebagai mahasiswa di Universiti Malaya. Beliau menceritakan usaha beliau untuk lulus peperiksaan [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Sijil_Tinggi_Persekolahan_Malaysia|Higher School Certificate (HSC)]], dan juga terpaksa menunda pernikahan beliau pada 14 April lalu, untuk mendapat tempat di universiti. Ketika ini beliau sedang menyiapkan novel berjudul "[[https://www.goodreads.com/book/show/25911291-pemburu|Pemburu]]". {{:gambar:awahabali-1968.png?200|A. Wahab Ali (1968)}} \\ **LATAR PERISTIWA: [[a_wahab_ali|Perihal A. Wahab Ali]]**. ===== 1968-06-22: Azmira Sa'adon ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19680622-1-2-85.png?5|Azmira Sa'adon ikuti kursus Bengkel Penulis}} | 1968.06.22 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19680622-1.2.85|"Azmira Sa'adon ikuti kursus Bengkel Penulis". Berita Harian, 22 June 1968, Page 9]] | Azmira Sa'adon ialah seorang penulis yang berasal dari [[awal_bangi#kampung_batu_5|Kampung Batu Lima Bangi]]. Ketika ini beliau berumur 20 tahun (lahir 1948), dan dikhabarkan selalu menulis di surat-surat khabar dan majalah, tetapi tidak pernah disiarkan. Beliau bersama 2 lagi dari Pusat Latihan Angkatan Belia Pelopor Negara Dusun Tua Ulu Langat (kini {{ lampiran:info_iktbn.pdf ||}}[[http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/iktbn-dusun-tua-info-korporat/iktbn-dusun-tua-info-iktbn.html|Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua]]), Ramlan Abdullah (21 tahun) dan Abdul Karim Mustaffa (19 tahun), telah dipilih oleh Kementerian Budaya dan Sukan untuk menyertai bengkel penulis di Pusat Akhbar Asia Tenggara, Jalan Ampang (kini {{ lampiran:perjalanan_50_tahun_mpi_dibukukan.pdf ||}}[[https://mpi.my/release/perjalanan-50-tahun-mpi-dibukukan|Malaysian Press Institute (MPI)]]). {{gambar:azmirasaadon1968.png|Azmira Sa'adon, 1968}} **CATATAN**: Pada 1 Jun 1969, beliau dilantik sebagai Yang di-Pertua [[sejarahbangi-1960-1969#persatuan_belia_jiwa_semangat|Persatuan Belia Jiwa Semangat Batu Lima, Bangi.]] Setelah itu, belum ada maklumat lain yang dapat diperolehi mengenai beliau sehingga kini. ===== 1968-07-24: Pembukaan SRJK(T) Ladang Broome ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19680724-1-2-127.png?5|Sekolah baru}} | 1968.07.24 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19680724-1.2.127|"Sekolah baru". Berita Harian, 24 July 1968, Page 10]] | Menteri Muda Pelajaran, En. [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Lee_Siok_Yew|Lee Siok Yew]] merasmikan pembukaan [[broome_estate|Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Broome, Bangi]]: //"Menteri Muda Pelajaran, Enche Lee Siok Yew telah merasmikan pembukaan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Broome, Bangi, berharga $14,000 hari ini."// **CATATAN**: Sekolah ini mula dibina pada tahun 1953: //"Sekolah ini asalnya dibina pada tahun 1953 di sebuah estet yang bernama Ladang Broome. Prasarana Sekolah ini telah dipertingkatkan secara berperingkat. Sekolah ini mempunyai 6 bilik darjah dan juga beberapa bilik lain."// {{:gambar:sjktbangi.png?600|SJK(T) Bangi kini}} \\ SRJK(T) [[broome_estate|Ladang Broome]] kini dikenali sebagai SJK(T) Bangi. (Sumber: Dr S Subramaniam, 2017: {{ laman:majlis_perasmian_bangunan_baru_bilik_komputer_sjk_t_bangi_dr_s_subramaniam.pdf ||}}[[https://drsubra.com/majlis-perasmian-bangunan-baru-bilik-komputer-sjkt-bangi/|"Majlis Perasmian Bangunan Baru & Bilik Komputer SJK(T) Bangi"]]). Lokasi asalnya ialah di [[sejarahbangi-1910-1919#ladang_bukit_tunggu_l|Ladang Bukit Tunggul]] (beberapa kilometer ke sebelah timur Bukit Tunggul dan Sungai Buah, iaitu sekitar Bandar Seri Putra-Bukit Mahkota kini). Ia kemudiannya berpindah ke lokasinya kini di Ladang Broome (berhampiran pekan Bangi) pada tahun 1962. Kini ia dikenali sebagai SJK(T) Bangi: //"Headmistress Mary Paripuranam said the school's history dates back beyond 1962, when it was located at the Bukit Tunggul Estate. The partially aided school moved to Bangi (the site of Broome Estate) in 1962."// (Esther Chandran, @ The Star, 2007: {{ akhbar:bridge_set_to_offer_an_easy_way_out_for_folks_-_the_star_-_www.thestar.com.my.pdf ||}}[[https://www.thestar.com.my/news/community/2007/08/15/bridge-set-to-offer-an-easy-way-out-for-folks|"Bridge set to offer an easy way out for folks"]]). **LATAR PERISTIWA: [[broome_estate|Broome Estate]]**. ===== 1969-05-13: Pembinaan Masjid Al-Falah Sg Ramal Dalam ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:laman:e-masjid-jais-gov-my-index-php-profail-show-id-399.png?5|MASJID AL-FALAH SG. RAMAL DALAM}} | 1969.05.13 | [[https://e-masjid.jais.gov.my/index.php/profail/show/id/399|"MASJID AL-FALAH SG. RAMAL DALAM". Jabatan Agama Islam Selangor, 2010]] | //"Pada tahun 1958,asalnya merupakan sebuah surau yang digunakan berkongsi dengan penduduk Sg. Ramal Luar. Lokasi surau itu adalah bersebelahan dengan tapak masjid sekarang. Pada 1962, seorang penduduk mewakafkan tanah dan sebuah surau dibina khas untuk penduduk di sini. \\ \\ Pada tahun 1969, ianya dinaiktaraf kepada masjid. Namun peristiwa 13Mei1969 merencatkan sedikit pembinaan masjid ini kerana buruh cina pada masa itu takut untuk meneruskan aktiviti pembinaan masjid ini. Selepas diberi jaminan kaum Melayu tidak akan mengacau buruh cina tersebut, barulah masjid ini di bina sepenuhnya. \\ \\ Pada 1992, masjid ini dibesarkan seperti yang terdapat sekarang."// Sekitar awal tahun 2018, bangunan masjid baru telah mula didirikan di tanah wakaf berhadapan bangunan asal: //"Dalam keadaan Sungai Ramal Dalam sebagaimana yang digambarkan membangun, khususnya dengan pertambahan penduduk, maka dilihat perlunya kepada pembinaan masjid yang baharu. Apalagi tapak bagi masjid ini sudah wujud, iaitu tanah wakaf bagi masjid berkenaan. Inilah menggerakkan Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Dato` Maulud dan Penolongnya Tuan Haji Ismail serta ahli jawatankuasa menggerakkan usaha mendirikan masjid yang bangunannya sudah dapat disaksikan kini, walaupun masih belum siap dan memerlukan dana."// (Dr Shafie Abu Bakar, March 3, 2018: {{ :laman:dr_shafie_abu_bakar_cabaran_bagi_mendirikan_masjid_al-falah_baru_.pdf ||}}[[http://drshafie.blogspot.com/2018/03/cabaran-bagi-mendirikan-masjid-al-falah.html|"CABARAN BAGI MENDIRIKAN MASJID AL-FALAH (BARU)"]]). {{:gambar:k5-masjid_al_falah_kg_sg_ramal_dalam.jpg?450|}}{{:gambar:645-dsc_0041.jpg?430|Masjid Al-Falah, 2017}} \\ **Kiri**: Masjid Al-Falah, 2010. (Jabatan Agama Islam Selangor, 2010: [[https://e-masjid.jais.gov.my/index.php/profail/show/id/399|"MASJID AL-FALAH SG. RAMAL DALAM"]]). \\ **Kanan**: Masjid Al-Falah, 2017 (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2017: {{ :laman:portal_masjid_-_masjid_al-falah_sg_ramal_dalam.pdf ||}}[[http://masjid.islam.gov.my/index.php?data=aW5mby1tYXNqaWQucGhw&id=645|"MASJID AL - FALAH"]]). Butiran masjid:- \\ //"Pengasas: YTM RAJA MUDA SELANGOR \\ Perasmi: DYMM Tengku Idris Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah \\ Tarikh : Dibina pada:1969-05-13 Perasmian pada:1974-07-05 \\ Kapasiti: 1500 orang Keluasan:124X 124 K.P"// **CATATAN**: Dirasmikan pada: [[sejarahbangi-1970-1979#perasmian_masjid_al-falah_sg_ramal_dalam|1974-07-05]]. **LATAR PERISTIWA: [[kg_sungai_ramal_dalam|Kampung Sungai Ramal Dalam]]**. ===== 1969-06-01: Persatuan Belia Jiwa Semangat ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19690602-1-2-104.png?5|Belia giat gerakan}} | 1969.06.02 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19690602-1.2.104|"Belia giat gerakan". Berita Harian, 2 June 1969, Page 8]] | Laporan mesyuarat agung ke-7 {{ lampiran:online_finding_aids_-_jisbali.pdf ||}}[[http://ofa.arkib.gov.my/ofa/collection/asset/1668566|Persatuan Belia Jiwa Semangat]] [[awal_bangi#kampung_batu_5|Batu Lima, Bangi]], antaranya menggiatkan lagi pertanian dan ternakan ikan darat. Selain itu, antara keputusan pemilihan persatuan: En. [[sejarahbangi-1960-1969#azmira_sa_adon|Azmira Sa'adon]] dipilih sebagai Yang di-Pertua, En. Sallehuddin Hasan sebagai Naib Yang di-Pertua, dan En. M. Said Jamal sebagai setiausaha. ===== 1969-09-03: Rompakan di Ladang Sungai Merab ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19690903-1-2-129.png?5|Polis berkas 5 yang di-shaki}} | 1969.09.03 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19690903-1.2.129|"Polis berkas 5 yang di-shaki". Berita Harian, 3 September 1969, Page 10]] | Seorang peladang di [[https://mapcarta.com/15831092|Ladang Sungai Merab]], En. K. Nagaya, telah dirompak oleh sekumpulan pemuda. Mereka kemudiannya berjaya diberkas. {{peta:ladang-sg-merab.png|Lokasi Ladang Sungai Merab kini}} \\ Lokasi [[https://mapcarta.com/15831092|Ladang Sungai Merab]] kini. ===== 1969-11-23: Pendalaman Sungai Semenyih ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{akhbar:beritaharian19691123-1-2-91.png?5|BANJIR DI-ULU LANGAT: BELANJA $1.4 JUTA DI-SEDIAKAN}} | 1969.11.23 | [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19691123-1.2.91|"BANJIR DI-ULU LANGAT: BELANJA $1.4 JUTA DI-SEDIAKAN". Berita Harian, 23 November 1969, Page 13]] | Menteri Besar Selangor ketika itu, [[https://en.wikipedia.org/wiki/Harun_Idris|Dato Harun Idris]] mengumumkan perancangan projek pendalaman [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Sungai_Semenyih|Sungai Semenyih]] sepanjang 14 batu, dari [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Semenyih|Ulu Semenyih]] ke Bangi, bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di daerah Ulu Langat. **CATATAN**: Projek ini adalah antara pelbagai usaha kawalan banjir di Sungai Semenyih, yang masih diteruskan sehingga kini:- * //"Pada suatu masa dahulu, iaitu tahun-tahun sebelum 1965, kawasan hilir sungai Semenyih merupakan kawasan limpahan banjir. Banjir sering berlaku di tebing-tebing sungai. Contohnya di kawasan Kampung Sungai Purun, Kampung Batu Tiga dan Rinching Hilir. Kini, banjir tidak berlaku lagi kerana sungai Semenyih telah diluruskan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS) dan terbinanya sebuah empangan di hulu sungai Semenyih."// ([[https://ms.wikipedia.org/wiki/Semenyih|Wikipedia]]). \\ \\ * Kejadian banjir terus berlaku, dan antara kemuncaknya ialah pada tahun 2016:- * Kampung Rinching Hilir, 7 May 2016: {{ laman:portal_rasmi_kampung_rinching_hilir_banjir.pdf ||}}[[http://kgrinchinghilir.blogspot.com/2016/05/banjir.html|"Banjir"]]. * Kampung Sungai Machang, 7 May 2016: {{ laman:jkkk_kg._sungai_machang_banjir_kilat_dan_ziarah_mangsa_banjir.pdf ||}}[[http://kgsgmachang.blogspot.com/2016/05/banjir-kilat-dan-ziarah-mangsa-banjir.html|"Banjir Kilat Dan Ziarah Mangsa Banjir"]]. \\ \\ * Berikutan itu, Pelaksanaan [[https://www.selangor.gov.my/hululangat.php/pages/view/363|Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Semenyih]] dilancarkan pada 1 November 2016, dan telah siap pada pertengahan tahun 2018:- * Zulfadli Sharifudin, Amirul Aiman Anuar, Nik Hafizul Baharuddin @ Utusan Malaysia, 28 Dis 2017, m.s. 26: {{ akhbar:utusan29122017akhirideritakami.pdf ||}}[[http://apps.water.gov.my/intranet/akhbar/dokumen/Utusan29122017AkhiriDeritaKami.pdf|"Akhiri Derita Kami"]]. * Portal Rasmi Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat, 15 Feb 2019: {{ laman:portal_rasmi_pdt_hulu_langat_rtb_sungai_semenyih_selesai_isu_banjir.pdf ||}}[[https://www.selangor.gov.my/hululangat.php/pages/view/363|"RTB Sungai Semenyih selesai isu banjir"]]. \\ \\ * Namun ia masih tidak dapat menyelesaikan masalah sepenuhnya: Banjir akibat limpahan tebing Sungai Semenyih masih dilaporkan dari semasa ke semasa:- * MynewshubTV (Sumber BERNAMA), 19 Feb 2019: {{ laman:mynewshub-tv-politik-penduduk-semenyih-mahu-masalah-banjir-ditangani.pdf ||}}[[https://www.mynewshub.tv/politik/penduduk-semenyih-mahu-masalah-banjir-ditangani/|"Penduduk Semenyih Mahu Masalah Banjir Ditangani"]]. * Ahmad Ismadi Ismail @ Sinar Harian, 11 Jun 2019: {{ laman:semenyih_banjir_kilat.pdf ||}}[[https://www.sinarharian.com.my/article/32046/EDISI/Selangor-KL/Semenyih-banjir-kilat|"Semenyih banjir kilat"]]. * Free Malaysia Today (Sumber BERNAMA), 5 Nov 2020: {{ akhbar:banjir_5_pps_dibuka_di_selangor_free_malaysia_today.pdf ||}}[[https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/05/banjir-5-pps-dibuka-di-selangor/|"Banjir: 5 PPS dibuka di Selangor"]]. **LATAR PERISTIWA: [[banjir_bangi|Banjir Sekitar Bangi]]**. ===== 1969-12-29: Pos Kad Permintaan Lagu ===== ^ ^ Tarikh ^ Butiran Keratan ^ | {{:laman:mudah-my-ahmad-jais-bangi-radio-1969-c425-89518719-htm.png?5|Ahmad Jais BANGI Radio 1969 C425}} | 1969.12.29 | [[https://www.mudah.my/Ahmad+Jais+BANGI+Radio+1969+C425-89518719.htm|"Ahmad Jais BANGI Radio 1969 C425". Mat The Private Collector @ Mudah.My, 28 March 2021]] | {{:gambar:147128036047246-ms1.jpg?400|}}{{:gambar:148128034570565-ms2.jpg?400|}} \\ //"Radio song request postcard. Lagu : - ; Singer : Ahmad Jais ; Postmark : BANGI 29 DEC 69 SELANGOR ; Mailed to Radio Malaysia, MALAY Section, Penang."// (Mat The Private Collector @ Mudah.My, 28 March 2021: {{ :laman:ahmad_jais_bangi_radio_1969_c425_-_hobby_collectibles_for_sale_in_saujana_utama_selangor_-_mudah.my.pdf ||}}[[https://www.mudah.my/Ahmad+Jais+BANGI+Radio+1969+C425-89518719.htm|"Ahmad Jais BANGI Radio 1969 C425"]]). | [[start|Laman Utama]] | [[sejarahbangi-1900-1909|1900-1909]] | [[sejarahbangi-1910-1919|1910-1919]] | [[sejarahbangi-1920-1929|1920-1929]] | [[sejarahbangi-1930-1939|1930-1939]] | [[sejarahbangi-1940-1949|1940-1949]] | [[sejarahbangi-1950-1959|1950-1959]] | [[sejarahbangi-1960-1969|1960-1969]] | [[sejarahbangi-1970-1979|1970-1979]] | [[sejarahbangi-1980-1989|1980-1989]] | [[sejarahbangi-1990-1999|1990-1999]] | [[pesanan|Hubungi Kami]] | [[start#pengakuan_pentingkami_bukan_ahli_sejarah|Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.]]