====== Pembangunan Bandar Baru Bangi ====== ===== Dirujuk oleh ===== * [[west_country_estate|West Country Estate]] * [[sejarahbangi-1970-1979#pembinaan_ukm_dan_bandar_baru_bangi|1974-01-07: Pembinaan UKM dan Bandar Baru Bangi]] * [[sejarahbangi-1970-1979#visi_perancangan_bandar_baru_bangi|1975-08-14: Visi Perancangan Bandar Baru Bangi]] * [[sejarahbangi-1970-1979#penduduk_terawal_bandar_baru_bangi|1977-12-01: Penduduk Terawal Bandar Baru Bangi]] ===== West Country Estate ===== //"Pada tahun 1972 Tun Abdul Razak Canselor UKM yang juga Perdana Menteri Malaysia mengumumkan bahawa Bangi menjadi pilihan bagi Kampus tetap UKM. Keluasan kampus ialah 2,709.2 ekar. Seluas 5,118 ekar di Bangi dipilih menjadi kawasan perumahan dan perbandaran sebagai pemangkin bagi kemajuan UKM dan sebaliknya."// (Dr Shafie Abu Bakar, November 7, 2017: {{ :laman:dr_shafie_abu_bakar_40_tahun_bandar_baru_bangi_pencapaian_dan_kemajuan_-_rumusan.pdf ||}}[[https://drshafie.blogspot.com/2017/11/40-tahun-bandar-baru-bangi-pencapaian.html|"40 TAHUN BANDAR BARU BANGI : PENCAPAIAN DAN KEMAJUAN - RUMUSAN"]]). \\ //"Pada awalnya, Bandar Baru Bangi berasal daripada kawasan ladang kelapa sawit yang di kenali sebagai West Country Estate. Pada tahun 1974, Ladang kelapa sawit yang berkeluasan 5118 ekar ini mula dibangunkan setelah proses pengambilan tanah dibuat oleh kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan mulai 1972 sehingga 1978. Proses pengambilannya dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula dengan seksyen 1 yang melibatkan pembinaan rumah kos rendah, sederhana dan tinggi yang berjumlah 200 unit. Kerja-kerja membangunkan kawasan ini berakhir pada tahun 2007 dengan pembinaan 11040 unit kediaman, 308 unit kedai, 43 unit kilang dan sebuah kompleks pejabat."// (Taman West Country, Disember 2015: {{ :laman:latar_belakang_taman_west_country_taman_west_country.pdf ||}}[[https://westcountrybangi.blogspot.com/2015/12/latar-belakang-taman-west-country.html|"Latar Belakang Taman West Country"]]). //"Pembukaan Bandar Baru Bangi bermula semasa kawasan tersebut masih lagi dikenali sebagai West Country Estate iaitu sebuah ladang kelapa sawit yang berkeluasan 5118 ekar. Berikutan pengenalan Dasar Ekonomi Baru yang berhasrat ingin mennyusun dan membuka penempatan kaum Melayu dalam kawasan bandar. West Country Estate diambil oleh kerajaan secara berperingkat pada dari 1972-1978."// (Koleksi Arkib & Khas, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM @ Facebook, 17 Januari 2021: {{ facebook:pembukaan_bandar_baru_bangi_-_koleksi_arkib_khas_perpustakaan_tun_seri_lanang_ukm_-_posts_facebook.pdf ||}}[[https://www.facebook.com/arkib.khas/posts/2259783567479147|"Pembukaan Bandar Baru Bangi"]]). \\ {{peta:bandarbarubangi-1920an-marked.png?450|West Country Estate, dan sekitarnya, 1920-an}}{{peta:bandarbarubangi-kini-marked.png?450|West Country Estate, dan sekitarnya, kini}} \\ Kiri: [[west_country_estate|West Country Estate]], dan kawasan sekitarnya, 1920-an. (Survey Department, Singapore, 1927 @ National Archives of Singapore: {{ :laman:parts_of_seremban_and_jelebu_districts_with_portions_of_ulu_.pdf ||}}[[https://www.nas.gov.sg/archivesonline/maps_building_plans/record-details/f960734f-115c-11e3-83d5-0050568939ad|"Parts of Seremban and Jelebu Districts with portions of Ulu Langat and Kuala Langat Districts (Selangor), Kajang, Negri Sembilan"]]). \\ Kanan: Kawasan [[west_country_estate|West Country Estate]], dan kawasan sekitarnya, kini ([[https://mapcarta.com/Bandar_Baru_Bangi|Mapcarta]]). ^ ^ Petunjuk Peta (1920-an) ^ Kawasan yang sama kini ^ | {{peta:petunjuk-westcountry.png?50|West Country Estate}} | [[west_country_estate|West Country Estate]]. Sempadan sebelah timurnya sepanjang Sungai Langat. | \\ Bandar Baru Bangi Seksyen 1, 2, 3, 4, 6, 16, Padang Golf Bangi. | | {{peta:petunjuk-rekohill.png?50|Reko Hill Estate}} | \\ [[rekoh|Reko Hill Estate]]. Muara [[rekoh|Sungai Reko]] di sebelah selatannya. | \\ Bandar Baru Bangi Seksyen 5, SJK(T) Ladang West Country Timur, SMK [[rekoh|Jalan Reko]], Taman Tenaga, Taman Langat Jaya, Taman Reko Mutiara, Pusat Hentian Kajang, Taman Perindustrian Kajang. | | {{peta:petunjuk-sglui.png?50|Sungai Lui Estate}} | \\ Sungai Lui Estate. | \\ Bandar Baru Bangi Seksyen 8, 9, 10, 11, Kawasan Perindustrian MIEL. | | {{peta:petunjuk-belmontestate.png?50|Belmont Estate}} | \\ [[belmont_estate|Belmont Estate]]. | Kawasan Perindustrian Bangi, Bandar Baru Bangi Seksyen 12, Taman Desa Baginda, Kampung Berdua, Pejabat Tanah & Daerah Hulu Langat, Institut Latihan Islam Malaysia, Ibu Pejabat Agensi Dadah Kebangsaan. | | {{peta:petunjuk-bangifr.png?200|Bangi Forest Reserve}} \\ | \\ [[hutan_simpan_bangi|Hutan Simpan Bangi]]. \\ | \\ [[hutan_simpan_bangi|Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)]]. \\ | //"Dengan pemilihan tapak UKM, bererti juga berkait dengan pemilihan lokasi penempatan kawasan kediaman bagi tenaga pengajar, pekerja-pekerja yang berkait dengan UKM, iaitu Bandar Baru Bangi yang menjadi pemangkin bagi perkembangan UKM, bahkan pemangkin bagi perkembangan persekitaran. Bangi adalah tumbuh dan berkembang di atas tapak berasal dari estate Ladang Kelapa sawit dan juga getah West Country seluas 5.118 ekar yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mulai pada tahun 1974 beriring dengan pembangunan kampus UKM. (Shafie Abu Bakar, Bangi, Bandar Ilmu,2012: 1)."// (Dr Shafie Abu Bakar, January 6, 2018: {{ :laman:dr_shafie_abu_bakar_bangi_dalam_peta_azali.pdf ||}}[[https://drshafie.blogspot.com/2018/01/bangi-dalam-peta-azali.html|"BANGI DALAM PETA AZALI"]]). ===== 1972-1974: Perolehan oleh Kerajaan ===== //"Sejak lokasi Bangi dihebahkan mulai 1972 itu sebagai tapak kampus rasmi UKM, maka nama Bangi – termasuk kawasan kampus dan kawasan bakal menjadi Bandar Baru Bangi yang sebelum ini tidak diketahui, maka ianya mewangi dan mulai terkenal di seluruh negara. Peta Bangi yang seluas 5118 ekar itu, secara kasarnya berbentuk D (huruf besar D). Pada bahagian kanannya bersempadankan jalan raya lama dari Kajang ke Pekan Bangi (Bangi Lama) yang agak sempit dan berliku-liku, khususnya ke Pekan Bangi. Sebahagian besar di sebelah kanan ini bersempadankan kawasan Kampus UKM, Sungai Tangkas dan pada bahagian atasnya ialah Jalan Reko, manakala pada bahagian tengahnya ialah bersempadankan Kampung Sungai Merab (sebahagian Sungai Merab termasuk di dalam kawasan Bandar Baru Bangi). Kawasan ini kemudiannya dibelah oleh lebuhraya (Plus) Kuala Lumpur –Seremban, manakala pada sebelah kirinya bersempadankan kawasan Sepang. Kawasan yang berasal dari ladang kelapa sawit ini pada umumnya adalah tanah rata, tetapi mempunyai beberapa bukit, seperti Bukit Bandar Baru Bangi (termasuk Bukit Mutiara). Terdapat sebatang sungai, iaitu Sungai Reko yang hulunya dari kawasan Kajang mengalir mensempadankan antara Kampus UKM dengan kawasan Bandar Baru Bangi. Sungai berkenaan mengalir ke sungai Langat yang hulunya ialah Hulu Langat (Pangson – kawasan rekreasi Hulu Langat) dan sungai ini bermuarakan Kuala Langat. \\ \\ Semasa kawasan estate ini diambilalih oleh pihak kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, perkampungan atau kawasan yang ada ialah Pekan Bangi dan Kampung Teras Jernang, pada bahagian selatan Bangi, manakala pada bahagian kirinya, ialah Kampung Sungai Merab membawa kepada Sungai Ramal Dalam, Sungai Ramal Luar, Sungai Chua dan Pekan Kajang (masa itu Kajang masih bertaraf pekan yang tidak begitu teratur). Sempadan di bawah dari Kajang, ialah Jalan Reko yang kampung lama di sini ialah West Country – Penempatan pekerja estate yang nama kampung ini mengambil nama syarikat bagi estate berkenaan. Penduduk di sini pada peringkat permulaan kebanyakannya kaum India, iaitu pekerja bagi estate West Country. Berdekatan dengan West Country ini ialah kampung Sungai Tangkas yang menjadi kawasan penempatan orang asli yang dipindah dari kawasan kampus UKM dan penduduk yang baru. Oleh kerana Bandar Baru Bangi berasal dari kawasan ladang kelapa sawit, maka pada bahagian tengah kawasan yang menjadi Bandar Baru Bangi tidak ada perkampungan asal (kawasan kelapa sawit). Jadi bagi kawasan Bandar Baru Bangi tidak ada penduduk yang boleh mendakwa sebagai orang asal, mereka semuanya penghuni baru dari luar Bandar Baru Bangi. \\ \\ Mulai tahun 1972 kawasan kampus UKM dan kawasan Bandar Baru Bangi mulai menjadi kawasan yang dilawati orang ramai, khususnya apabila kedua-dua kawasan berkenaan diteroka. Bagi kawasan kampus, lawatan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin seperti oleh Dato` Razak bin Hussein selaku Canselor UKM dan turut melawat tapak UKM ialah Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Sultan Selangor bersama Menteri Besar Selangor pada masa itu, iaitu Dato` Haron Idris. Turut melawat peringkat permulaan rombongan kakitangan UKM dan pelajar-pelajar."// (Sumber: Dr Shafie Abu Bakar, January 7, 2018: {{ :laman:dr_shafie_abu_bakar_bangi_yang_mewangi.pdf ||}}[[https://drshafie.blogspot.com/2018/01/bangi-yang-mewangi.html|"BANGI YANG MEWANGI"]]). {{peta:sglangat-sampling.png?450|Kawasan ladang asal sekitar Bandar Baru Bangi-UKM}} \\ Kawasan ladang asal sekitar Bandar Baru Bangi-UKM (Muhammad Barzani Gasim, Mazen M. Jamil and Sahibin Abd Rahim, 2009: {{ :lampiran:water_quality_assessment_of_the_langat_r.pdf ||}}[[https://www.academia.edu/12936900/Water_Quality_Assessment_of_the_Langat_River_at_Kilometre_7_Jalan_Kajang_Bangi_Selangor_Malaysia|"Water-Quality Assessment of the Langat River at Kilometre 7, Jalan Kajang-Bangi, Selangor, Malaysia"]], m.s.3). //"Dari satu segi timbul kesedaran di kalangan tenaga-tenaga pengajar dan pekerja di UKM dan orang perseorangan luar dari UKM mencari peluang mendapatkan tanah (membeli) sebanyak mungkin di sekitar Teras Jernang, Sungai Merab, Sungai Ramal Luar dan Dalam dan juga Bangi yang harga tanah pada masa itu relatifnya masih murah. Ironinya kesedaran yang sepatutnya timbul dari pensyarah-pensyarah Ekonomi yang merupakan jabatan di bawah Fakulti Sastera UKM, tetapi tidak berlaku, sebaliknya pensyarah-pensyarah dari Fakulti Islam UKM yang banyak membeli tanah baik secara kelompok atau berseorangan di tempat-tempat yang disebutkan. Mereka menjadikan kawasan yang mereka beli sebagai kawasan kediaman kelompok dari kawan-kawan terdekat dalam satu fakulti, terutama Fakulti Islam. Beberapa daripada mereka menjadi penjual-penjual tanah kepada – terutama kawan-kawan terdekat atau sama seuniversiti, maka ramailah yang mendapat peluang memiliki tanah. Tetapi ada juga yang menghadapi masalah, kerana urusan jual beli dan pemilikan tanah berlarutan dan tidak dapat diselesaikan, bahkan hingga kini. Selain dari itu pihak bersendirian juga berusaha mendapat tanah untuk tempat kediaman, antaranya dari pemilik-pemilik asal di kampong-kampung atau membeli tanah dari mereka yang mendapat pampasan tanah kerana berpindah seperti di Sungai Tangkas, Kampung Baharu dan sebagainya. Lantaran itu demografi kependudukan di kampung-kampung berdekatan di Kajang, Bangi dan berdekatan UKM bukan lagi orang asal, tetapi didiami kepelbagaian penduduk dan berbagai negeri dan tempat."// (Dr Shafie Abu Bakar, May 31, 2014: {{ :laman:dr_shafie_abu_bakar_fenomena_bangi-ukm.pdf ||}}[[http://drshafie.blogspot.com/2014/05/fenomena-bangi-ukm.html|"Fenomena Bangi-UKM"]]). **Latar Berkaitan**: [[kg_sungai_ramal|Perihal Kampung Sungai Ramal]]. ===== 1974: Permulaan: Era PKNS ===== ==== Risalah Terbitan PKNS (1974) ==== {{:peta:1974-brochure-bbb-3.jpeg?500|Pelan perancangan Bandar Baru Bangi, 1974}}{{:peta:peta-lokasi-bbb-1974.png?400|Peta lokasi Bandar Baru Bangi, 1974}} \\ Pelan perancangan dan peta lokasi Bandar Baru Bangi, 1974: //"Tempat: Bandar Baru Bangi adalah sebahagian dari Kawasan Lembah Kelang dan dikenali sebagai satu kawasan pembangunan di daerah Selatan. Bandar ini terletak lebih kurang 14 batu dari Kuala Lumpur jika melalui jalan baru yang dicadangkan - Kuala Lumpur / Seremban Expressway dan kira-kira 18 batu jika melalui Route 1. Tapak: Cadangan kawasan bandaran yang luasnya melebehi 6,000 ekar ini berukuran 3 1/2 batu dan 2 batu. Penduduk-penduduk yang ada sekarang tertumpu dikawasan Melayu Sungei Ramal disebelah utara dan dipenempatan pekerja-pekerja ladang disebelah timor. Pada asasnya kawasan bakal bandar baru ini terdiri dari perusahaan pertanian getah dan kelapa sawit. Tapak ini terletak dalam kawasan tanah yang tidak rata, miring kehala lembangan Sungai Langat dimana terdapat aktiviti-aktiviti perlombongan yang masih dijalankan. Satu pematang curaian yang terdiri dari tanah-tanah tinggi terletak ditengah-tengah kawasan ini. Tapak bandar ini diapit oleh dua kompleks universiti, yaitu Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Pertanian Serdang. ... Disediakan oleh Yunit Perancang Bandar Baru Bangi 1974"// ^ RUMUSAN PELAN ^ ^ | {{:arkibgambar:1974-brochure-bbb-4.jpeg?220|Rumusan Pelan}} | **Penduduk**: Bandar ini adalah dirancang untuk menempatkan penduduk seramai 140,000 orang, dengan kemungkinan dicantumkan dengan bandar Kajang yang akan mempunyai seramai 40,000, diperengkat akhir pembangunan. Jumlah penduduk di-jangka akan meningkat seramai 20,000 dalam tahun 1977, 42,000 dalam tahun 1980, 77,000 dalam tahun 1985 dan 140,000 dalam tahun 1990. \\ \\ **Lorong-Lorong Berjalan Kaki / Berbasikal**: Perkara yang penting dalam rancangan Bandar Baru ini ialah konsep mengutamakan kegunaan lorong-lorong berjalan kaki dan lorong berbasikal, yang akan menyambungkan segala aktiviti-aktiviti satu-satu kawasan kediaman dengan yang lain dibandar tersebut. Lorong-lorong ini akan dapat dilihat sebagai satu tempat perkembangan bagi kawasan sekelilingnya dengan adanya kemudahan-kemudahan sosial, pelajaran dan lain-lain lagi disepanjang jaraknya. Tempat-tempat perhentian bas akan diadakan ditakat mana lorong-lorong tersebut bertemu dengan jalan besar. Lorong-lorong ini menyediakan rangka asas bagi menghubungkan kawasan-kawasan dan penduduk-penduduk sekitar. \\ \\ **Struktur Masyarakat**: Sekolah rendah dan kedai-kedai tempatan bagi kemudahan dan keperluan penduduk-penduduk seramai lebih kurang 4,000 orang adalah diambil sebagai ukuran utama dalam struktur masyarakat. Jarak yang paling jauh kepada kemudahan-kemudahan tersebut ialah 1/4 batu atau jangka masa 8 minit berjalan kaki. Berdasarkan kepada prinsip-prinsip diatas, satu yunit kawasan perumahan secara teori telah direka yang akan dapat memberi perbezaan kepada bentuk dan kepadatan penduduk-penduduk. Saiz struktur masyarakat ini akan berubah mengikut keadaan kawasan-kawasan sekitar. \\ \\ **Bentuk Perbandaran**: Satu struktur telah dibentuk didalam mana diharapkan kawasan perumahan didalam bandar tersebut akan dapat dibina sebagai satu entiti yang lengkap dalam erti bentuk pembinaan dan bukan sebagai satu siri pembangunan yang tidak ada perhubungan diantara satu kawasan sekitar yang berasingan. Lorong-lorong berjalan kaki dan berbasikal ini akan dapat mengukuhkan lagi bentuk bandar tersebut. Sektor penduduk yang mempunyai kenderaan akan diletakan berhampiran dengan jalan besar manakala kawasan yang akan mempunyai perkembangan penduduk yang padat akan menggunakan lorong-lorong. Pembangunan yang penting ialah bentuk beberapa siri yunit perumahan, kawasan pusat dan kawasan perindustrian, dihubungkan antara satu sama lain melalui satu sistem yang menggunakan dua lengkungan jalan besar dan lorong berjalan kaki/berbasikal. \\ \\ **Pekerjaan**: Bandar ini akan mengujudkan 18,000 peluang pekerjaan dalam Taman Pekerjaannya yang luasnya 350 ekar. Taman Pekerjaan ini akan menyediakan kawasan-kawasan untuk perindustrian dan lain-lain pembangunan yang berkaitan, untuk memajukan lagi bandar tersebut. Keseluruhannya, Bandar ini akan menyediakan pekerjaan yang beranika jenis untuk lebih kurang 44,000 orang. \\ \\ **Perniagaan**: Kawasan membeli belah yang diperlui ialah 2.6 juta kaki persegi dan pelan bandar ini juga menyediakan lebih kurang 1.7 juta kaki persegi kawasan untuk pusat pejabat-pejabat. Selain daripada itu kawasan-kawasan perumahan juga akan mempunyai pusat-pusat tempatan yang biasanya dikaitkan dengan kemudahan-kemudahan sekolah dan sosial. | | {{:peta:bbb-pkns-developmentconcept-1974.png?220|Linear Development Concept}} | **Pusat Bandar**: Pusat Bandar berbentuk "linear" akan menempatkan kedai-kedai besar, peniaga-peniaga kecil serta pusat-pusat pejabat penting. Pusat bandar ini akan memberi berbagai-bagai jenis peluang kepada semua pertubuhan perniagaan sekawasan supaya dapat mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru. \\ \\ **Kawasan-Kawasan Lapang / Permainan**: Sistem kawasan-kawasan lapang adalah berasaskan kepada lembah-lembah sungai yang akan memisahkan satu-satu pembangunan yang pesat dengan yang lain. Taman-taman ini juga akan menjadi satu kawasan taman yang bersambungan diantara sungai, kawasan desa disempadan bandar dan kawasan perumahan di Bandar tersebut. Penggunaan kawasan lapang ini termasuk sukan, golf dan aktiviti aktif dan pasif yang diperlukan dari masa kesemasa. | | {{:peta:bbb-pkns-residentialconcept-1974.png?220|Residential Development Concept}} | **Perhubungan**: Sistem perhubungan adalah dirancangkan supaya dapat menampong kemungkinan milikan kenderaan yang besar jumlahnya dan juga memberi kesempatan untuk mengadakan satu sistem pengangkutan awam yang cekap. Jalan-jalan pengedaran adalah dalam bentuk lengkongan yang mencantumkan kesemua kawasan perumahan. Kesemua lorong-lorong berjalan kaki dan berbasikal adalah dirancangkan untuk memudahkan lagi perjalanan. Sistem perhubungan adalah direka dengan elemen "flexibility". \\ \\ **Peringkat Pembinaan**: Pembangunan-pembangunan akan dijalankan dibawah 4 peringkat menuju kearah utara dari kompleks Universiti Kebangsaan supaya perkembangan bandar ini akan mengukuhkan bentuk garis "linear" yang padat sepanjang pembangunannya. | (Sumber: PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS) @ Arkib Negara 2006/0033913W, 31/12/1974: {{ :arkibgambar:online_finding_aids_-_material_detail_-_947506.pdf ||}}[[https://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/947506|"PELAN STRUKTUR BANDAR BARU BANGI - 1974"]]). ==== Petikan Kajian ==== //"Bandar Baru Bangi merupakan sebuah bandar baru yang telah dimajukan secara berperingkat-peringkat sejak tahun 1974 yang merangkumi kawasan seluas lebih kurang 2925 hektar (7228 ekar). Secara am, matlamat utama pembukaan bandar ini adalah untuk menjadikan kawasan Bandar Baru Bangi sebagai satu pusat pertumbuhan wilayah bagi selatan Lembah Klang, memberi peluang yang luas kepada bumiputera dalam kegiatan ekonomi selaras dengan dasar negara ketika itu iaitu Dasar Pembangunan Negara dan menjadikan Bandar Baru Bangi sebagai bandar universiti dan seterusnya pusat kajian sains. Pembangunan peringkat awal Bandar Baru Bangi adalah berdasarkan kepada pelan struktur yang telah disediakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan selepas itu dikaji semula pada tahun 1979 dengan matlamat untuk mewujudkan pembangunan yang sederhana (moderate growth) bagi menampung seramai 75000 penduduk dalam tahun 2000."// (MOHD FIRDAUS SHAHARUDIN, SITI HAFIFAH ABDUL WAHID, JURIANSHAH MANTA, MOHD KASBI HAMAT @ JABATAN KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR, FAKULTI KEJURUTERAAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA: {{ :lampiran:kerajaan_malaysia_jabatan_perancangan_jalan_kementerian_kerja_jaya_kajian_pengangkutan_bandar_baru_bangi.pdf ||}}[[https://docplayer.info/30898759-Kerajaan-malaysia-jabatan-perancangan-jalan-kementerian-kerja-jaya-kajian-pengangkutan-bandar-baru-bangi.html|"PERANCANGAN PENGANGKUTAN BANDAR BARU BANGI"]]). //"Pembangunannya yang bermula pada tahun 1974 bagi memenuhi keperluan pembangunan kawasan pertumbuhan baru di Selatan Lembah Klang berlandaskan kepada Polisi Ekonomi Kebangsaan, yang mengkhususkan kepada Bumiputera. Dari tahun 1974 hinggalah tahun 2010, PKNS selaku peneraju pembangunan yang dipertanggungjawapkan telah menyiapkan sebanyak 11,763 unit rumah dan 308 unit lot kedai. Secara keseluruhannya, terdapat komponen pembangunan tertentu yang diperuntukkan oleh PKNS di kawasan Bandar Baru Bangi iaitu; 20 peratus khusus untuk kawasan perumahan, 11 peratus untuk kawasan perindustrian, 6 peratus untuk aktiviti komersial,15 peratus untuk keperluan kawasan rekreasi manakala 24 peratus selebihnya untuk tujuan keperluan lain yang dirasakan relevan."// (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), 2010: {{ :lampiran:pknsannualreport-part1.pdf ||}}[[https://www.pkns.gov.my/images/old/anual_report/PKNSAnnualReport-part1.pdf|"PKNS: Laporan Tahunan 2010"]]). //"Sejak tahun 1974, Bandar Baru Bangi telah dimajukan secara berperingkat-peringkat. Bandar Baru Bangi merangkumi kawasan seluas lebih kurang 2, 925 hektar (7, 228 ekar). Matlamat utama pembukaan Bandar ini ialah untuk menjadikan kawasan Bandar Baru Bangi sebagai satu pusat pertumbuhan wilayah bagi Selatan Lembah Klang dan seterusnya dijadikan Bandar Universiti dan juga pusat kajian sains."// (Lee Jun Seng, Lim Sook Yee, Livia binti Lahat, Low Yoke Yen @ UKM, 2006: {{ lampiran:fdocuments.net_projek-kajian-lalulintas-bandar-baru-bangi-engukmmy-pengurusan-strategi-lalulintas.pdf ||}}[[https://fdocuments.net/document/projek-kajian-lalulintas-bandar-baru-bangi-engukmmy-pengurusan-strategi-lalulintas.html|"KKKH 4543: Perancangan Pembangunan Bandar: Projek Kajian Lalulintas Bandar Baru Bangi]], m.s.12) //"Bangi mula dimajukan pada tahun 1974 dengan penghuni awal tidak sampai 1,000 orang. Pada tahun 1990, penduduknya dianggarkan seramai kira-kira 27,620 orang (PKNS 1990). Penghuni awal ini yang rata-rata berpendidikan menengah dan tinggi bekerja di institusi pengajian tinggi dan pusat penyelidikan, telah mengangkat nilai-nilai sosial yang baik sebagai asas perkembangan masyarakat bandar tersebut. Oleh itu, masyarakat Bandar Baru Bangi hari ini terpupuk melalui nilai-nilai budaya yang murni dan berjaya meneruskannya hingga kini. \\ ..... \\ Bandar Baru Bangi adalah sebahagian daripada zon pinggir Lembah Klang, dirancang berdasarkan konsep bandar taman. Bandar ini dilengkapi dengan kemudahan sosial seperti sekolah rendah dan menengah, pusat kesihatan awam dan swasta, surau, balai polis, pejabat pas, bomba, dewan serbaguna, kedai dan pasar harian yang diperlukan untuk kehidupan moden. Kawasan perindustrian menempatkan kilang-kilang yang mengeluarkan pelbagai jenis keluaran, menawarkan pekerjaan kepada penduduk sekitar Bandar Baru Bangi. Perancangan perumahannya pula dibuat dengan menerapkan konsep kejiranan bagi menggalakkan interaksi sosial dan perpaduan masyarakat. \\ ..... \\ Bandar Baru Bangi dibahagikan kepada 16 seksyen dan kawasan perumahan terdapat di Seksyen 1,2,3,4,5 dan 16 sahaja."// (Katiman Rostam, Wan Maimunah Wan Ismail @ Akademika, UKM, Vol 50, No 1 (1997), m.s.29: {{ :lampiran:3066-6511-1-sm.pdf ||}}[[https://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/3066|"Pola Interaksi Sosial di Kawasan Perurnahan Terancang di Bandar Baru Bangi"]]). ==== Fasa / Seksyen 1 ==== //"Pembangunan Baru Bangi 1975 adalah bermula dengan Seksyen Satu yang mana tapak bagi sebuah masjid disediakan di Seksyen Satu, di pinggir bukit Bangi (bersempadan dengan Seksyen 2). Perumahan awal dibangunkan ialah perumahan jenis semi D (8 lorong), rumah teres dua tingkat (dua baris) dan perumahan teres setingkat type A dan B yang kesemua berjumlah 200 buah rumah."// (Dr Shafie Abu Bakar, May 10, 2015: {{ :laman:dr_shafie_abu_bakar_tapak_masjid_al-umm_setua_bandar_baru_bangi.pdf ||}}[[https://drshafie.blogspot.com/2015/05/tapak-masjid-al-umm-setua-bandar-baru.html|"Tapak Masjid Al-Umm Setua Bandar Baru Bangi"]]). \\ //"Ia (Seksyen 1) meliputi kawasan perumahan di Jalan 111 hingga Jalan 119 (Rajah 1). Kawasan tersebut dipilih kerana merupakan terawal sekali dimajukan dan didiami penduduk. Masyarakat kawasan tersebut adalah yang paling awal terbentuk dan menjadi peneroka serta pengasas masyarakat Bandar Baru Bangi keseluruhannya. Dalam banyak hal, merekalah yang banyak membuat keputusan (melalui Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi yang juga berpusat di Seksyen 1), menerajui kepimpinan, serta menanamkan nilai-nilai sosial murni di kalaugan penduduk setempat (Komunikasi persendirian dengan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi 1994). Oleh kerana masyarakat di kawasan tersebut merupakan yang paling awal ditubuhkan maka keadaannya lebih mantap."// \\ {{peta:bbb-seksyen1.png|RAJAH 1. Seksyen 1 Bandar Baru Bangi}} \\ "RAJAH 1. Seksyen 1 Bandar Baru Bangi" \\ (Katiman Rostam, Wan Maimunah Wan Ismail @ Akademika, UKM, Vol 50, No 1 (1997), m.s.29: {{ :lampiran:3066-6511-1-sm.pdf ||}}[[https://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/3066|"Pola Interaksi Sosial di Kawasan Perurnahan Terancang di Bandar Baru Bangi"]]). //"Pada 1975 kerja-kerja tanah dimulakan di BBB. BBB dimajukan oleh Pebadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). ... Dari tahun 1975 hingga 1995 perumahan dibina secara berperingkat-peringkat bermula (seksyen) 1 &16, 2 hingga 4, kemudian diikuti fasa 5 &6. Manakala Fasa 7, 8 dan 9 lewat dari pertengahan 1990an. Fasa 9 menjadi pusat Bandar. Fasa 10 & 11 kawasan industri, manakala fasa 12 &13 ialah kawasan agensi-agensi kerajaan, di sebelah kanan highway ke Seremban.Manakala seksyen 14 & 15 ialah kawasan West Country dan (15) sebelah kiri ke Tol Bangi. Perancangan pembinaan melibatkan:- \\ \\ * 11,040 unit kediaman \\ * 308 unit kedai \\ * 43 unit kilang \\ * 01 kompleks pejabat (Pejabat Daerah). \\ * 82 ekar kawasan lapang \\ \\ Penduduk mulai mendiami perumahan kediaman apabila kunci dikeluarkan oleh PKNS pada 30 November 1977 – khusus bagi Fasa Satu yang mula-mula berpindah."// \\ \\ (Dr Shafie Abu Bakar, November 7, 2017: {{ :laman:dr_shafie_abu_bakar_40_tahun_bandar_baru_bangi_pencapaian_dan_kemajuan_-_rumusan.pdf ||}}[[https://drshafie.blogspot.com/2017/11/40-tahun-bandar-baru-bangi-pencapaian.html|"40 TAHUN BANDAR BARU BANGI : PENCAPAIAN DAN KEMAJUAN - RUMUSAN"]]). Perihal perolehan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS):- * //"Historically, Bandar Baru Bangi was originally an oil palm estate which owned by West Country Estate covering 5,118 acres. Development of Bandar Baru Bangi started in 1974 after process of land acquisition had been completed by Selangor State Government from 1972 – 1978. The acquisition process has been done gradually starting with construction of residential area in Section 1 which involved a low cost, middle cost and high-end cost houses development which totaled up to 200 units."// (Mohd Syauqi Nazmi, Muhammad Taufiqurrahman Ramli dan Nik Nor Rahimah Nik Ab Rahim @ Economic and Technology Management Review, Vol 12 (2017): 29-39: {{ :lampiran:vol12_4.pdf ||}}[[http://etmr.mardi.gov.my/index.php/abstract/40-2017/volume-12/153-the-economic-valuation-of-environmental-resources-in-malaysia-a-case-study-of-taman-tasik-cempaka-in-bandar-baru-bangi|"The economic valuation of environmental resources in Malaysia: A case study of Taman Tasik Cempaka in Bandar Baru Bangi"]]). * //"About 1975 the Government (through PKNS) took over the land from the then owners of West Country Estate - Sipef NV (a Belgian company) to develop the South KL Educational Hub."// (Tanarata International Schools, 2013: {{ :lampiran:school-magazine-2012-13.pdf ||}}[[https://www.tanarata.net/index.php/school-life/the-chronicle-yearbooks|"The Chronicle 2012-2013"]], m.s.157). * //"In 1978, I married and started a family of my own. Meanwhile, there were vast changes taking place in West Country Estate. The landscape was being changed entirely! West Country Estate had been sold to Magnum Corporation, then to Sipef, which then sold it to the Selangor government's arm P.K.N.S. The region occupied by West Country Estate had been earmarked for development. A new township and an educational hub were built on the land occupied by the estate starting in the early 80s. ... When the land was acquired by the Government for development, most of the workers of West Country Estate were allocated houses in Section 5, Bandar Baru Bangi."// (Munaianty s/o Ponnusamy @ Tanarata International Schools, 2013: [[https://www.thestar.com.my/news/community/2014/12/02/penning-down-the-past-school-in-kajang-publishes-book-on-towns-history-its-people-buildings-and-nota|Kajang and Its Surrounds]], m.s.26-27). ===== 1977: Pembukaan UKM ===== "//Pada peringkat permulaan, untuk datang ke Bangi agak sukar. Sebelum kampus UKM dibuka, masih tiada lebuhraya seperti sekarang, jalan ke Bangi, ialah melalui jalan Kuala Lumpur ke Cheras dan Kajang yang masih sempit dan dari Kajang sampai ke tapak UKM. Untuk ke kawasan Bangi, sama ada masuk melalui kampung West Country, di jalan Reko dan melalui jambatan kayu yang uzur dan menyusuri jalan tepi estate kelapa sawit atau getah – jalan tanah merah ke kawasan tapak Bandar Baru Bangi, atau masuk melalui jambatan kayu Teras Jernang, ke kawasan tapak Bandar Baru Bangi. Pada masa itu belum ada jambatan konkrit pada hadapan kampus UKM, bahkan jambatan ini belum dibina pada permulaan kampus UKM diguna (Oktober 1977). \\ \\ Perlu diingat pada permulaan kampus tetap UKM diumumkan belum ada lebuh raya (belum siap) antara Kuala Lumpur dan Bangi, untuk ke Seremban masih menggunakan jalan lama – Kajang –Seremban, belum ada rancangan untuk membuka KLIA dan masih belum ada rancangan untuk membuka Putrajaya. Jadi pada peringkat permulaan Bangi dan Kampus UKM masih sunyi jauh di Selatan negeri Selangor.//" (Dr Shafie Abu Bakar, January 7, 2018: {{ :laman:dr_shafie_abu_bakar_bangi_yang_mewangi.pdf ||}}[[https://drshafie.blogspot.com/2018/01/bangi-yang-mewangi.html|"BANGI YANG MEWANGI"]]). \\ //"Pembangunan bagi fasa pertama bagi BBB yang bermula sejak 1975 siap pada akhir 1977. Pihak PKNS beroperasi dari pejabat sementaranya dari sederet kedai PKNS di Taman Mesra, Kajang. Iklan penjualan rumah di BBB ditawarkan kepada tenaga-tenaga pengajar, pegawai-pegawai dan pekerja-pekerja awam UKM, juga UPM (sebagai universiti 1973) serta orang awam sebelumnya. Rumah-rumah yang ditawarkan ialah rumah semi D dua tingkat, rumah teres dua tingkat dan rumah teres setingkat yang keseluruhannya berjumlah bagi peringkat permulaan adalah sebanyak 100 buah. \\ \\ Lokasi perumahan ini berada tidak jauh dari bangunan Masjid Al-Umm kini, dengan rumah semi D berada memanjang di tepi bukit (Mutiara kini), manakala rumah teres dua tingkat, dua baris menurun dari bukit berkenaan, sedang rumah teres setingkat berada di tanah rata di seberang jalan bagi rumah teres dua tingkat berkenaan. Dapat dikatakan bahawa sambutan dari pegawai-pegawai UKM, juga UPM adalah dingin, walaupun harga rumah-rumah berkenaan relatifnya murah. Harga bagi rumah semi D adalah dalam lingkungan RM70,000, rumah teres dua tingkat adalah RM37,000 dan rumah teres setingkat adalah RM24,000 (type A) dan teres setingkat (type B), ialah RM17,000. \\ \\ Tempahan dan pemilihan rumah yang dibuat adalah melalui pelan di atas kertas semasa pembinaan rumah-rumah di atas sedang rancak dibangunkan. Pada peringkat permulaan, pembeli-pembeli (UKM di Jalan Pantai Kuala Lumpur) tidak dapat melihat bangunan yang sedang dibina oleh kerana masih sukar ke sana dan jalan ke kawasan perumahan di atas masih jalan tanah merah yang digunakan oleh pekerja-pekerja kontrek. Cuma beberapa bulan sebelum perpindahan pembeli-pembeli baru dapat mengenali dan mempastikan rumah pilihan mereka dan dapat masuk ke lokasi dengan jalan-jalan masih bertanah merah dan belum bertar. Untuk sampai ke lokasi yang kemudian dikenal sebagai seksyen satu. Untuk datang ke lokasi dalam mana UKM masih belum dibuka, adalah datang dari kampus UKM Jalan Pantai ialah melalui jalan Cheras yang masih sempit dan kiri kanan pokok-pokok buah-buahan. Melalui jalan ini sampai ke Pekan Kajang yang pada masa itu disifatkan sebagai `Pekan Cowboy` (ada empat deret kedai lama), namun pekan ini sudah dikenali sebagai `Pekan Sate Kajang`. Dari Kajang melalui jalan yang masih sempit – Jalan Pekan Bangi. Pada pertengahan jalan tiba didepan kampus UKM. Manakala ke kanannya ke Bandar Baru Bangi, tetapi pada masa itu masih belum ada jambatan yang merentasi Sungai Reko sebagaimana yang ada kini. Untuk ke Bandar Baru Bangi hendaklah ke atas melalui jalan berjambatan kayu ke Kampung Teras Jernang ke kanan dan kemudian ke kiri ke Bandar Baru Bangi. Dari Kajang ke Kampus UKM dapat pergi dengan menaiki bas syarikat SUM berwarna merah yang berkhidmat antara Kajang dan Pekan Bangi. Dari Kuala Lumpur boleh juga menggunakan perkhidmatan keretapi ke Kajang (kini ada stesyen UKM). \\ \\ Perpindahan UKM dari Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur ialah secara bersiri pada bulan Oktober 1977 dan perpindahan bagi pembeli-pembeli rumah di BBB ialah pada 30 November 1977 (hari mula penyerahan kunci rumah). Bagi yang memilih kediaman di Bandar Baru Bangi, terutamanya dari pekerja-pekerja awam, di samping sebahagian pensyarah dan pegawai pentadbir, bagi mereka sudah cukup memuaskan, kerana dapat memiliki rumah, walaupun tidak mewah. Mereka tidak mimpi sebelumnya untuk memiliki rumah, khususnya bagi mereka yang luar dari Selangor. Pemilihan dibuat oleh kerana:- \\ \\ * Lokasinya adalah paling dekat dengan UKM. Membeli rumah di BBB adalah dekat dan mudah berulang alik, khususnya apabila segala keperluan siap. Ini bererti mengurangkan perbelanjaan kenderaan, menyelamatkan masa dan tidak tertekan dan tidak berkejar-kejar untuk menunaikan tugas. \\ \\ * Faktor kos rumah juga adalah menjadi perkiraan. Dengan harga-harga rumah yng disiapkan oleh PKNS yang disebutkan di atas adalah murah berbanding dengan rumah-rumah yang ditawarkan oleh pihak swasta yang juga rancak membangunkan projek perumahan dengan adanya UKM, misalnya perumahan di Bukit Kajang dan Bukit Mewah Kajang. Pada peringkat permulaan UKM menyediakan skim pinjaman perumhan bagi kakitangannya membeli perumahan di BBB dan tidak perlu meminjam dari bank. Penulis sendiri mendapat faedah dari skim pinjaman ini, walaupun tidaklah banyak. Bagi setengah pihak membeli rumah di BBB adalah sebagai prestej, kerana mendiami perumahan di `Bandar Universiti`. Ia seolah-olah bandar Cambridge bagi Universiti Cambridge dan Oxford bagi Universiti Oxford. \\ \\ * Kebanyakan yang bekerja di UKM bukan orang tempatan, bahkan luar dari Selangor. Memilih BBB sebagai membina identiti baru. Menghuni di BBB adalah membina komuniti dan masyarakat baru dan tiada siapa dapat mnendakwa dia orang asal, kerana tiada perkampungan dan kependukan sebelumnya, kerana ia adalah bekas ladang kelapa sawit. Bagi mereeka yang bertaraf rendah dan sederhana dan tiada rumah sebelumnya, dapat memiliki rumah di BBB sudah cukup menggembirakan dan syukur kepada Tuhan, walaupun pada peringkat permulaan masih banyak dengan kekurangan."// (Dr Shafie Abu Bakar, January 9, 2018: {{ :laman:dr_shafie_abu_bakar_takmilah_dan_redha_seadanya_peringkat_permulaan.pdf ||}}[[https://drshafie.blogspot.com/2018/01/takmilah-dan-redha-seadanya-peringkat.html|"TAKMILAH DAN REDHA SEADANYA PERINGKAT PERMULAAN"]]). ===== 1980-an: Bandar Ilmu ===== Pada awal perkembangannya, kebanyakan penduduk Bandar Baru Bangi terdiri daripada tenaga pengajar, penyelidik, serta para pekerja di institusi pengajian dan penyelidikan di sekitarnya:- * //"Sebagaimana maklum kelahiran BBB pada tahun 1977 adalah merupakan pemangkin bagi kemajuan UKM. Sebagai sebuah universiti terkenal sejak dari masa itu bersama wujudnya Universiti Malaya dan diikuti selepas UKM ialah USM dan UPM, maka pembukaan UKM turut sama membawa nama UKM. Dengan Bangi Bandar Ilmu pada peringkat permulaan, ia adalah Bandar Ilmu bagi UKM,. Ini ialah kerana pada peringkat awal bandar ini dihuni oleh tenaga pengajar dari UKM dan sebahagian dari UPM dan pekerja-pekerja bagi UKM."// (Dr Shafie Abu Bakar, December 11, 2019: {{ :laman:dr_shafie_abu_bakar_kewajaran_mengambil_tema_bangi_bandar_ilmu.pdf ||}}[[https://drshafie.blogspot.com/2019/12/kewajaran-mengambil-tema-bangi-bandar.html|"KEWAJARAN MENGAMBIL TEMA BANGI BANDAR ILMU"]]). * //"Bandar Baru Bangi is a new town located in the state of Selangor, Peninsular Malaysia. Its development is a direct result of the implementation of Malaysia's post-independence urban policy, which among other things aimed at creating new growth centres that could serve as the site for industries, offices, and homes for the people. Bandar Baru Bangi is one of these growth centres. The town was developed in stages starting in 1977. The land on which it now stands was formerly covered with oil palms and secondary jungle. These were gradually cleared to make way for houses, factories, shops, offices, and a golf course. When Bandar Baru Bangi was opened for settlement in 1978, there were about 150 families of Malay professionals who were drawn through migration to work at the National University of Malaysia (Universiti Kebangsaan Malaysia or UKM), University of Agriculture (recently renamed Universiti Putra Malaysia or UPM), and the few research institutes that were located nearby. Without any kin ties to one another, these early settlers of Bandar Baru Bangi occupied the houses that were built in Fasa Satu (translated as First Phase) of the town now considered as the oldest settlement. The number of settlers started to increase in the mid-1980s as more people, mainly Malays, moved into the town to avail themselves of the houses there, as well as to work in the factories, offices, universities, and training institutes found in and around the town. By 1990, the population of Bandar Baru Bangi stood at around 25,000 and rose to about 40,000 within ten years."// (Sharifah Zaleha Syed Hassan, 2001: [[islam_civilsociety|"Islamization and the Emerging Civil Society in Malaysia: A Case Study"]]). {{peta:bangi-1983-tp.png?350|Bandar Baru Bangi (1983)}}{{peta:bbbangi-kini.png?500|Bandar Baru Bangi (2020)}} \\ Peta Bandar Baru Bangi: Kiri: 1983 (Harith Faruqi Sidek @ Kitab Tawarikh 2.0, July 04, 2013: {{ :laman:harithsidek-blogspot-2013-07-ishak-osmankakitangan-ukm-jadi-penduduk-html.pdf ||}}[[https://harithsidek.blogspot.com/2013/07/ishak-osmankakitangan-ukm-jadi-penduduk.html|"Ishak Osman,kakitangan UKM jadi penduduk terawal Bandar Baru Bangi."]]); Kanan: 2020 ([[https://mapcarta.com/Bandar_Baru_Bangi/|Mapcarta]]). ==== Sambutan Awal ==== Menurut beberapa kajian, pertambahan penduduk Bandar Baru Bangi pada peringkat ini tidak sepesat yang diharapkan, mungkin akibat beberapa faktor masalah serta kepincangan dalam implementasi perancangannya:- * //"Pembangunan Bandar Baru Bangi diharap menjadi pemangkin bagi pembangunan UKM. Bahkan antara tujuan dibangunkan Bandar Baru Bangi oleh PKNS, ialah bagi menyediakan kediaman bagi pekerja-pekerja di UKM dengan harga pada masa itu dapat disifatkan sebagai murah. Apa lagi pada permulaan pembukaan Bandar Baru Bangi yang pada peringkat awal menyediakan 200 unit perumahan di bekas ladang getah dan kelapa sawit itu, kurang mendapat sambutan pembeli, oleh kerana dianggap terasing di tengah ladang kelapa sawit dan getah dan amat kurang dari segi kemudahan, tiada sekolah, tiada kedai dan jalan yang tidak begitu baik. Untuk ke UKM dari Bandar Baru Bangi terpaksa melalui jalan kecil dan merentasi jambatan kayu. Jambatan ke UKM belum dibina, Jika mau ke Kajang terpaksa melalui Teras Jernang atau melalui jalan ladang bertanah merah menyusuri tepi bukit dan keluar melalui jambatan kayu uzur ke Jalan Reko ke Kajang."// (Dr Shafie Abu Bakar, September 1, 2018: {{ :laman:dr_shafie_abu_bakar_seminar_tentang_masjid_al-hasanah.pdf ||}}[[https://drshafie.blogspot.com/2018/09/seminar-tentang-masjid-al-hasanah.html|"SEMINAR TENTANG MASJID AL-HASANAH"]]). * //"Dari segi kediaman, ada tenaga pengajar dan kakitangan UKM yang sudah bertapak di sekitar PJ dan sebagainya. Jadi ada di kalangan mereka sanggup berulang-alik bila kampus Bangi dibuka, tetapi ramai daripada mereka, oleh kerana jauh dan tak larat berulang mencari kediaman tidak jauh dari UKM, walaupun terpaksa membeli rumah kedua. Untuk lebih selamat daripada membeli tanah yang entah bila boleh dirikan rumah, maka lebih selamat dibeli rumah dari syarikat-syarikat pemaju yang mengambil kesempatan dari tenaga-tenaga UKM bakal berpindah mendirikan rumah. Pada permulaan menjelang perpindahan tenaga dan pekerja UKM ada dua syarikat perumahan besar yang memajukan pembinaan perumahan, iaitu PKNS yang sengaja mendirikan Pejabat Pembangunan Bangi di Taman Mesra, Kajang – pihak pentadbir UKM berurus dengan PKNS terlebih dahulu dan sebuah Syarikat lagi ialah Metro Kajang yang antara pengasasnya Dato` Lim Kim Sai . Bekas Menteri Kabinet. PKNS menumpukan pembinaan rumah di Bangi, manakala Metro Kajang membina rumah seperti di Bukit Mewah dan Bukit Kajang. Kebanyakan kakitangan UKM memilih perumahan yang dibeli dari dua syarikat berkenaan, di samping ada syarikat-syarikat kecil lain. Tetapi pada peringkat permulaan kawasan perumahan Bangi kurang mendapat tarikan, kerana kawasan dianggap dalam hutan dan agak jauh dari kemudahan. Kawasan ini dianggap rendah standard dan pembeli-pembelinya dari kelas rendah dan rumah-rumah yang ditawarkan pada peringkat permulaan 200 buah, harganya memang rendah. Rumah teres setingkat type B (dua bilik) RM17,000, type A tiga bilik RM20,000, rumah teres dua tingkat sekitar RM37,000 dan rumah semi D RM70,000. Sesiapa yang mau memiliki bungalow boleh beli tanah PKNS di bukit-bukit Bangi seharga antara RM1.50 hingga RM2,00 sekaki persegi yang pada peringkat permulaan, jarang yang mau beli kerana dianggap mahal. Pada peringkat permulaan pihak universiti dan PKNS terpaksa mengadakan kerjasama kempen mengedarkan maklumat kepada tenaga pengajar dan pegawai UKM, termasuk yang belajar di luar Negara menawarkan rumah untuk dibeli. Tempat yang dianggap standard dan dikira orang kelas atas, lebih suka beli rumah sekitar Kajang (Bukit Mewah dan Bukit Kajang) yang antaranya dibina oleh Metro Kajang yang harganya dianggap lebih standard. Rumah teres dua tingkat sekitar RM50,000, manakala rumah bungalow dalam lingkungan RM100,000. Jadi ramai tenaga pengajar dan pekerja UKM membeli rumah sekitar Kajang yang dianggap lebih berstatus, manakala kelas dianggap rendah membeli rumah di Bangi (Bandar Baru Bangi) yang amat kurang dari berbagai kemudahan pada peringkat permulaan. Tiada kedai, tiada surau dan masjid, tiada Sekolah dan tiada sebarang pejabat. Pada peringkat permulaan untuk ke UKM terpaksa melalui Teras Jernang dengan meretasi jambatan kayu dan membelok ke kiri ke UKM. Belum ada jambatan berhadapan UKM yang ada kini. Untuk ke Kajang dari Bandar Baru Bangi terpaksa melalui jalan tanah merah tidak bertar antara kebun getah dan kelapa sawit melalui jambatan kayu yang uzur, masuk ke West Country dan membelok ke kiri ke Kajang atau ke kanan ke UKM."// (Dr Shafie Abu Bakar, May 31, 2014: {{ :laman:dr_shafie_abu_bakar_fenomena_bangi-ukm.pdf ||}}[[http://drshafie.blogspot.com/2014/05/fenomena-bangi-ukm.html|"Fenomena Bangi-UKM"]]). * //"Adapun penduduk yang berpindah peringkat awal ke Bandar Baru Bangi yang hanya lima-enam keluarga mengurus sendiri dari segi perpindahan. Pada dasarnya sebagaimana dikatakan, sambutan terutama dari kalangan warga pekerja di kampus UKM terhadap perumahan di BBB agak dingin dan tidak semua dari jumlah seratus rumah peringkat awal itu terjual. Ini ialah kerana beberapa sebab, antaranya: \\ \\ * Tiada kemudahan infra-struktur yang baik. BBB masih terasing tiada jalan yang sempurna. Untuk ke BBB terpaksa melalui jalan kampung teras Jernang dan untuk ke UKM dari BBB melalui jambatan kayu di kampung berkenaan. Jalan terus ke UKM belum dibina yang memerlukan penyiapan jambatan merentasi sungai di hadapan Kampus UKM. Untuk ke Kajang juga terpaksa melalui jambatan kayu di Teras Jernang atau melalui jalan ladang bertanah merah dan melalui jambatan uzur ke kawasan perumahan pekerja ladang West Country. \\ \\ * Ramai dari pekerja UKM pada peringkat awal masih berulang dengan kenderaan dari Petaling Jaya atau Kuala Lumpur. Bagi pekerja yang bertaraf tinggi menganggap tinggal di BBB pada peringkat awal sebagai tinggal di tempat `Jin bertendang`, kerana kawasannya yang terasing dari tidak mempunyai kemudahan. Tinggal di BBB dianggap tidak standard. Bagi yang berpendapatan tinggi, jika mau membeli rumah, maka mereka lebih suka memilih perumahan swasta seperti di Bukit Kajang dan di Bukit Mewah Kajang. Kerana apabila ura-ura UKM berpindah ke Bangi antara pihak pemaju hartanah, turut sama mem,bina perumahan secara swasta bagi dijualkan terutama bagi pekerja-pekerja UKM. \\ \\ * Tinggal di Bandar Baru Bangi, tidak ada kemudahan untuk mendapatkan keperluan barang-barang harian. Belum ada kedai yang dibuka (beberapa kedai teres setingkat dibina), tiada pasar untuk mendapatkan barangan dapur. Untuk mendapat a-barang keperluan, terpaksa ke Kajang. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak pula sukar untuk mendapat kemudahan pelajaran. Tiada sekolah dibina pada peringkat permulaan. Anak-anak terpaksa dihantar belajar di sekolah-sekolah di Kajang seperti sekolah Rendah Kebangsaan, Jalan Semenyih, Kajang atau disekolah Convent, Kajang. Ibu bapa terpaksa berulang-alik menghantar mereka ke Kajang. Antara mereka membuat giliran menghantar anak-anak dan menjemput mereka. Sekolah rendah BBB baru dibangunkan pada pertengahan 1980an. \\ \\ * Di samping tiada kemudahan sekolah, tiada kemudahan tempat ibadat. Pihak PKNS tidak memasukkan di dalam perancangan pembinaan rumah ibadat. Pendek kata tiada sebuah surau di BBB. Untuk mengadakan ibadat secara berjamaah, pada peringkat permulaan kalangan penduduk mengadakan usrah (konsep usrah mula dikenali pada masa itu, antaranya dianjurkan konsep usrah oleh Angkatan Belia Islam - ABIM). Usrah dan berjamaah diadakan secara bergilir-gilir dari rumah ke rumah. Untuk mendirikan solat Juma`at terpaksa ke Kajang – di Masjid Kajang atau ke masjid-masjid kampung berdekatan. Oleh kerana difikirkan perlu berjumaat di Kampus, UKM yang juga tidak disediakan masjid pada peringkat awal, maka beberapa tempat dijadikan tempat mendirikan solat Jumaat seperti pada peringkar awal di ruang legar hadapan bangunan pentadbiran UKM, kemudian berpindah ke ruang legar Fakulti Sains Kemanusiaan dan Kemasyarakatan (FSKK) dan kemudian di aras bawah bangunan perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM. Tempat ini agak lama didirikan solat berjumaat dan penduduk BBB sama menumpang bersolat Juma`at di tempat-tempat yang disebutkan tadi, sebelum masjid UKM didirikan (Masjid UKM dibina pada 16 Mac 1979 dan siap digunakan pada 16 April 1982). Adapun bagi penduduk BBB baru sungguhpun ada tapak bagi surau atau masjid di tapak Masjid al-Umm sekarang, tidak ada sebarang perancangan pada masa itu untuk didirikan surau atau masjid di tapak berkenaan. \\ \\ * Banyak lagi kemudahan-kemudahan yang belum ada di BBB seperti tiada kemudahan riadhah dan rekreasi, tiada kemudahan bas (ada syariakat Bus Sum berwarna merah berulang alik antara Kajang dan Pekan Bangi, tapi tidak masuk ke BBB pada peringkat permulaan, kerana tidak ekonomik dan tiada jalan pintas melalui jambatan hadapan UKM - belum dibina) dan berbagai lagi tiada kemudahan di BBB menyebabkan pda peringkat permulaan BBB tidak menjadi pilihan sebagai tempat kediaman.//" (Dr Shafie Abu Bakar, January 11, 2018: {{ :laman:dr_shafie_abu_bakar_takmilah_masalah_kependudukan.pdf ||}}[[https://drshafie.blogspot.com/2018/01/takmilah-masalah-kependudukan.html|"TAKMILAH : MASALAH KEPENDUDUKAN"]]). * //"Bangi was planned in 1975 as a university town to attract people away from the congested inner core of Malaysia by providing a complete range of housing, educational, industrial and commercial facilities, spread over an area of 1,612 hectares. It is located 30 km south of Kuala Lumpur. The location of the National university of Malaysia in its immediate vicinity led to the decision to plan Bangi as a university town. In addition to the university, other training institutions and research centres are located in the town. Demand of industrial land in Bangi is high because of its proximity to the federal highway linking Seremban, to KL and Port Klang. despite teh high demand for its industrial lots, the overall population residing in Bangi has remained consistently below the predicted totals. Employees prefer to live outside Bangi in teh nearby towns of Kajang, Petaling Jaya and Kuala Lumpur. The Central business district had yet to be developed in the eighties because the popualtion had failed to attain a minimum threshold of about 30.000 persons."// (D.R. Phillips and A.G.O. Yeh (eds.), New Towns in East and South-east Asia: Planning and development, New York 1987, 160, taken from International New Town Institute: {{ :laman:inti_-_international_new_town_institute.pdf ||}}[[http://www.newtowninstitute.org/newtowndata/newtown.php?newtownId=1394|"Bangi, Malaysia, Asia"]]). * //"Located about 30km from Kuala Lumpur and planned in 1975 to cover 1,612ha and for 100,000 persons, for the same goal of drawing population away from congested areas, Bangi was especially targetted to achieve the objectives of the NEP. The location of the National University of Malaysia in its immediate vicinity led to the decision to plan Bangi as a university town which helped to attract training and research facilities to locate there. Despite the high demand for its industrial lots, the overall population residing in Bangi remained well below its target due to the delayed provision of lowcost housing for the factory workers and lack of downtown facilities. Unable to create its own economic and functional independence Bangi's population growth has also been disappointing. The proximity and accessibility of Bangi to other surrounding major centers also permit its workers to live away from their workplaces."// (Weng-Huat CHEW, 1995: {{ :lampiran:4390306.pdf ||}}[[https://core.ac.uk/download/pdf/4390306.pdf|"Identity In Cityform: The Politics of Building Height"]]). ===== Suasana 1980-an ===== Catatan suasana Bandar Baru Bangi pada awal tahun 1980-an: //"Awal dekad 1980-an dahulu, tiada kereta langsung untuk menuju ke UKM. Biasanya saya menumpang teman-teman sekerja yang tinggal berdekatan untuk ke tempat kerja. Saya akan bayar bulan-bulan. Biasanya suami isteri yang bekerja akan membenarkan anak dara menumpang keretanya. Kereta tersebut mesti penuh dengan tiga orang penumpang yang bayar bulan. Tidak ada rasa cemburu buta. Semuanya nak ke tempat kerja. Kami pun dah mengenali hati budi pasangan suami isteri tersebut sebelum menumpang dan membayar secara bulanan. Saat ada acara di DECTAR pada malam hari, kami rakan-rakan serumah akan berjalan kaki dengan rasa gembira tidak terhingga daripada Fasa 1 menuju ke DECTAR. Tidak penat langsung! Kami akan berjalan kaki beramai-ramai pergi dan balik. Memang tidak ada kenderaan langsung. Cukup lenggang biarpun jam sudah menunjukkan ke angka 12.00 malam. Biasanya jika ada acara kebudayaan di DECTAR kami akan hadir. Itu sahaja hiburan yang ada untuk kami yang muda-muda ini. Hari Sabtu bila pulang daripada tempat kerja (12.45 tengah hari) kami akan terus ke Great Wall di Kajang. Untuk apa? Itulah satu-satunya tempat untuk kami lepak dan mencari barang-barang keperluan. Tidak ada pusat membeli belah yang gah seperti sekarang. Tetapi Great Wall dah tak ada. Ada Parkson, Warta, Billion, Metro Kajang dan sebagainya. Mahu ke Kuala Lumpur kita harus menaiki bas Foh Hup. Punyalah ramai orang tidak terkira. Tapak Parkson itulah stesen bas lama. Bas Sum akan berhenti di situ. Kami akan mengikut masa bas Sum. Kalau tidak akan ketinggalan untuk balik ke Bandar Baru Bangi (BBB). Semua yang balik ke BBB kami kenal mukanya. Komuniti kami cukup kecil. Penumpang pun tak ramai. Rakan-rakan mahu berdating pun susah. Semua komuniti BBB kenal.//" ([[https://www.blogger.com/profile/08950939256927942721|Saadah Jaffar]], 30 Januari 2013: {{ lampiran:teratai_bandar_baru_bangi_-_fasa_1.pdf ||}}[[http://teratai-seroja.blogspot.com/2013/01/bandar-baru-bangi-fasa-1.html|"Bandar Baru Bangi - Fasa 1"]]). {{:gambar:b5_copy.jpg?500|}}{{facebook:106297532_2681060058844260_2378178728507033879_n.jpg?320|Foto sekitar tahun 80an, Pekan Kajang.}} \\ **Kiri**: Bas Sum: //"Bila Bandar Baru Bangi dihuni sejak 1977, maka selepas itu perkhidmatan Bas Sum diminta memberi perkhidmatannya di Bandar Baru Bangi. Harga tiket pada masa itu ialah 5 sen bagi satu batu. Ini bererti untuk ke Kajang dari Bandar Baru Bangi ialah 30 sen. Kiaslah harga tiket bagi tempat lain. Di Bandar Baru Bangi tidak ada hentian rasmi sebagaimana di Pekan Bangi dan juga di Semenyih (tidak jauh dari pasar kedua-dua tempat)."// (Dr Shafie Abu Bakar, March 14, 2014: {{ :laman:dr_shafie_abu_bakar_bas_sum_kajang_juga_tak_mampu_bertahan.pdf ||}}[[http://drshafie.blogspot.com/2014/03/bas-sum-kajang-juga-tak-mampu-bertahan.html|"Bas SUM Kajang Juga Tak Mampu Bertahan"]]). \\ **Kanan**: Pangkalan bas Foh Hup di Kajang: //"Foto sekitar tahun 80an, Pekan Kajang."// (Faizal Zainal @ Selangor 10, 29 Jun 2020: {{ facebook:foh_hup_-_selangor_10_-_posts_facebook.pdf ||}}[[https://www.facebook.com/selangordarulehsan10/posts/2681060088844257|"Foh Hup Omnibus (1937 - 2002) : Berakhirnya sebuah legasi. Oleh : Harith Faruqi Sidek"]]). **LATAR PERISTIWA: [[kajang_1980an|Kajang 1980-1990-an]]** Klinik terawal di Bandar Baru Bangi waktu itu (sejak 1981?) ialah Klinik Ng, di Jalan 1/8C. \\ {{:facebook:882667_512051948840551_226948344_o.jpg?600|Klinik Ng Sdn Bhd}} \\ //"Klinik Ng Sdn Bhd adalah klinik yg paling awal berkhidmat di BBBangi, sejak 80an lagi.. dan ianya masih beroperasi sehingga ke hari ni!"// (ibangi.my : Bandar Baru Bangi Online Community, 13 Mac 2013: [[https://www.facebook.com/BandarBaruBangi/photos/lejen-legend-bbbangi-klinik-ng-sdn-bhd-adalah-klinik-yg-paling-awal-berkhidmat-d/512051948840551/|"Lejen / Legend BBBangi"]]). ===== 1980-1990-an: Bandar Melayu Islam ===== //"BBB sejak dihuni akhir November 1977 hingga kini adalah merupakan Bandar Melayu Islam, terletak berhadapan dengan kampus UKM dengan jalan keluar ke Highway ke Kuala Lumpur, ke KLIA dan ke Seremban adalah melalui Tol Bangi. Kawasan ini sejak awal tidak digemari untuk dihuni sama ada penduduk Cina dan India. Ada sekitar daripada mereka sama ada bekerja dengan PKNS atau terlibat dengan perniagaan. Dengan demikian perumahan di BBB yang terdiri dari 16 seksyen adalah terdiri dari orang Melayu (98%).. BBB dapatlah dikatakan dapat mengimbangi penduduk Kajang yang 50% Melayu dan 50% lagi adalah bukan Melayu."// (Dr Shafie Abu Bakar, December 13, 2019: {{ :laman:dr_shafie_abu_bakar_islam_dan_bandar_baru_bangi.pdf ||}}[[https://drshafie.blogspot.com/2019/12/islam-dan-bandar-baru-bangi.html|"ISLAM DAN BANDAR BARU BANGI"]]). //"The development of Bandar Baru Bangi coincided with the resurgence of Islam. Near the town was UKM, the workplace of the majority of its early residents and one of the hotbeds of resurgent Islam. There students and lecturers who were swayed by the arguments for reforms mounted by ABIM, PAS, and the Islamic Republic Group regularly organized socio-religious activities to stimulate the students' religious consciousness and to protest against the state for its role in perpetuating western cultural patterns. Elements of resurgent Islam penetrated Bandar Baru Bangi through UKM being introduced to the fledgling community by several religious activists who worked at the university. They organized usrah (study circle) on a weekly or fortnightly basis in the homes of individuals to discuss and appreciate the relevance of the eternal truths embodied in the Qur'an and Sunna of Prophet Mohammed to modern times. In the absence of any other form of religious gathering, the usrah later functioned as a context for small-scale social gathering as the host usually served food after the discussion and people stayed back to pray. It was during such occasions that the religious activists influenced those present to undertake Islamically inspired community-based projects."// (Sharifah Zaleha Syed Hassan, 2001: [[islam_civilsociety|"Islamization and the Emerging Civil Society in Malaysia: A Case Study"]]). **LATAR PERISTIWA: [[surau_masjid_bbb|Surau dan Masjid di Bandar Baru Bangi (1975)]]**. ===== 1987: Era Majlis Daerah Hulu Langat ===== //"Pembangunan Bandar Baru Bangi dilaksanakan secara berperingkat-peringkat oleh Perbadanan dan agensi-agensi kerajaan atau swasta yang memiliki tanah di bandar ini berdasarkan keperluan masing-masing dan kedudukan kewangan mereka. Di peringkat awal pembangunan Bandar Baru Bangi, Jabatan Kemajuan Bandar Baru Bangi bertindak sebagai pemaju dan pentadbir Bandar. Walaupun begitu, fungsi pengurusan Bandar telah diambilalih oleh Majlis Daerah Hulu Langat pada tahun 1987. Pembangunan fizikal Bandar Baru Bangi telah dijalankan mengikut seksyen dan permintaan pasaran bagi rumah-rumah kediaman, lot-lot kediaman, tanah-tanah perusahaan dan institutsi oleh orang ramai, agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta. Pada masa yang sama Perbadanan dengan kerjasama Majlis Daerah Hulu Langat menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur asas dan rekreasi atau riadah secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan kewangan Perbadanan dan pihak kerajaan."// (Bahagian Pentadbiran, Jabatan Kemajuan Bangi. Dipetik oleh Lee Jun Seng, Lim Sook Yee, Livia binti Lahat, Low Yoke Yen @ UKM, 2006: {{ lampiran:fdocuments.net_projek-kajian-lalulintas-bandar-baru-bangi-engukmmy-pengurusan-strategi-lalulintas.pdf ||}}[[https://fdocuments.net/document/projek-kajian-lalulintas-bandar-baru-bangi-engukmmy-pengurusan-strategi-lalulintas.html|"KKKH 4543: Perancangan Pembangunan Bandar: Projek Kajian Lalulintas Bandar Baru Bangi"]], m.s.13) {{:facebook:1915784_1498090903827833_8222686318757377096_n.jpg?400|}}{{:facebook:10241_1498090887161168_7748743255800210157_n.jpg?280|}} \\ Lambang Majlis Daerah Hulu Langat, pada sebuah papan tanda di Kajang ketika itu: //"Found this discarded signboard nailed on to a table in Shi Yar Temple in town. It was decades back when Kajang was under Hulu Langat District Council."// (Kajang Heritage Centre乌鲁冷岳社区文物馆, 29 Disember 2015: [[https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1498090917161165&id=1391604977809760|"Hulu Langat District Council"]]). ===== B B Bangi Kini ===== {{peta:petabbbangi.png?450|}}{{peta:bbbangi-gunatanah.png?450|}} \\ Kiri: "//Figure 7 : Maps of Sections In Bandar Baru Bangi (Sources: JTTS Sdn. Bhd., 2005)//" (Najihah Mohd Dlan, Rozilah Kasim @ CTMBE, 2012: {{ :lampiran:tgm069.pdf ||}}[[http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3445/|"Exploratory study for the neighbourhood facilities provision in Bandar Baru Bangi, Malaysia"]], m.s.192). \\ Kanan: "//Pelan Guna Tanah Bandar Baru Bangi"// (Dr Nor Kalsum Mohd Isa (Ketua Editor) @ MPKj, 2017: {{ :lampiran:laporan_interim_bandar_baru_bangi.pdf ||}}[[http://www.mpkj.gov.my/ms/rakyat/komuniti-program/perbandaran-rendah-karbon-bandar-baru-bangi-2035|"Laporan Interim: Pelan Tindakan Perbandaran Rendah Karbon Bandar Baru Bangi"]]). //"Figure 1 shows the distribution of housing construction in Bandar Baru Bangi. This township covers an area of 1.869 hectares. It has developed in stages since 1974, with a target population of one hundred and twenty thousand people. Bandar Baru Bangi was conceived as an urban university town with the distribution of the property as in Figure 1."// {{:gambar:bangi-development.png|}} \\ (Sumber: I. Ismail, A.I. Che-Ani, N.M. Tawil and H. Yahaya, 2014: {{ :lampiran:matecconf_bsfmec2014_01002.pdf ||}}[[https://www.matec-conferences.org/articles/matecconf/abs/2014/06/matecconf_bsfmec2014_01002/matecconf_bsfmec2014_01002.html|"The Trend of Housing Defect on Newly Completed House"]], m.s.3). Beberapa statistik berkaitan Bandar Baru Bangi kini: {{ :laman:bandar_baru_bangi_-_population_-_cityfacts.pdf ||}}[[https://www.city-facts.com/bandar-baru-bangi|"city-facts: Bandar Baru Bangi"]].