====== Batu Bersurat Pangkalan Kempas ======
===== Petikan Epigrafi Islam Terawal di Nusantara =====
Beberapa petikan dari "**Epigrafi Islam Terawal di Nusantara**" (oleh //Dr Othman Mohd. Yatim dan Abdul Halim Nasir//, 1990), m.s. 66-70), disusun semula untuk paparan laman ini:-
Batu bersurat tersebut diukir dengan nukilan dalam bahasa Melayu menggunakan huruf Kawi atau huruf Jawa kuno, di samping menggunakan tulisan Jawi. Makam dan batu bersurat Syeikh Ahmad Majanu itu kini dapat dilihat di Kompleks Sejarah Pangkalan Kempas, berhampiran Port Dickson.
Tulisan yang terpahat pada batu bersurat Syeikh Ahmad Majanu itu merupakan peninggalan epigrafi sejarah dalam bahasa Melayu yang menggabungkan huruf Kawi atau huruf Jawa kuno dengan tulisan Jawi berusia tua yang pernah dijumpai di Malaysia. Tulisan-tulisan pada batu bersurat tersebut telah dibaca oleh J.G. de Casparis dan tersiar di dalam JMBRAS, jil III, bhg I, 1980. Di sini kami perturunkan tulisan tersebut:
^ ^ ^
| {{gambar:kempas-kawi-01.png?400|Batu Bersurat Pangkalan Kempas, Penampang Utara}} | Pada penampang utara terdapat tulisan Kawi/bahasa Melayu/Jawa kuno seperti yang berikut: \\ \\ // bismi'llahi'l-rahmani'l-rahimi \\ dara buta buka ata- \\ tada milikna Ah- \\ mat Majanu berbawat \\ daya/seda ahmat \\ Pwan balat anak sadang \\ Ahmad Majanu ma malaga \\ pada alah // \\ \\ Menurut Casparis, ayat dalam nukilan Kawi pada penampang utara bermaksud begini: \\ \\ // "Dengan nama Allah yang maha Pengasih, lagi Penyayang, \\ makam ini \\ kepunyaan \\ Ahmad Majanu, wira yang berjuang. \\ Ahmad gugur \\ bersama-sama isteri Balat dan anak lelakinya. \\ Semasa berjuang \\ dia gugur." // |
| {{gambar:kempas-kawi-02.png?400|Batu Bersurat Pangkalan Kempas, Penampang Selatan}} | Pada penampang selatan terukir Kawi bahasa Melayu/Jawa kuno: \\ \\ // bismi'llahi'l-rahmani'l-rahimi \\ pertama Ahmad Maja- \\ nu masuk ke jalan tat- \\ kala raja-raja danan ba- \\ tun barah talang ketangkap \\ lalagi phana wassalam \\ 1385 // \\ \\ Nukilan Kawi pada penampang selatan bermaksud begini: \\ \\ // "Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Penyayang \\ Ahmad Majanu adalah yang mula-mula \\ muncul di tepi jalan \\ ketika raja \\ dan Tun (?) Barah Talanga ditangkap. \\ Akhirnya beliau ghaib \\ (dalam tahun Saka 1385)." // |
| {{gambar:kempas-jawi-01.png?400|Batu Bersurat Pangkalan Kempas, Penampang Barat(?)}} | Kedua-dua penampang bertulisan Jawi yang telah dibaca oleh Tuan Haji Jajuli berbunyi: \\ {{gambar:kempas-jawi-bacaan.png?400|}} |
| {{gambar:kempas-jawi-02.png?400|Batu Bersurat Pangkalan Kempas, Penampang Timur(?)}} | **Transliterasi tulisan Tuan Haji Jajuli ini adalah tambahan admin TMK Pulasan, bukan petikan dari sumber asal**:- \\ \\ // "Ini adalah dar al-ijaar bi-nikmati-Llah makam Syeikh Ahmad \\ Majnun malam raya pergi mulai sanah pada \\ Hijrah Salla-Llah 'alaihi wa-sallam dari \\ lapan ratus Hijrah nabi lebih dua malam \\ pada ... Sultan Mansur radhi-Allah 'anhu \\ ini ..." // \\ \\ **Bacaan Prof Shaharir M Z di bawah (perbezaan ditebalkan), juga tambahan admin TMK Pulasan, bukan petikan dari sumber asal**:- \\ \\ // "Ini adalah dar al-ijaar bi-nikmati-Llah makam Syeikh Ahmad \\ **Majnun** malam raya pergi mulai sanah pada \\ Hijrah Salla-Llah 'alaihi wa-sallam dari \\ lapan ratus **Hijrah nabi...(Mungkin tujuh puluh atau seerti dengannya)...** lebih dua malam \\ pada ... Sultan Mansur radhi-Allah 'anhu \\ **ini Amin** **...**" // |
Dalam nukilan huruf Kawi itu tercatat nama **Ahmad Majanu** yang terbunuh dalam suatu peperangan pada tahun 1385 (tahun Jawa atau tahun Saka yang bersamaan tahun 1463/64 Masihi). Manakala dalam nukilan huruf Jawi pula tercatat bahawa Ahmad Majanu meninggal pada tahun 872 Hijrah. (1467/68 Masihi). Tarikh yang berbeza yang tercatat pada nukilan Jawa kuno dan nukilan Jawi itu masih dipersoalkan.
\\ \\
Nukilan huruf Jawi tidak semua dapat dibaca oleh Dr J.G. de Casparis. Walau bagaimanapun, beliau memberi beberapa andaian dan makna ayat-ayat yang setengah-setengahnya sukar difahami. Menurut Casparis, dalam nukilan Jawi ada ejaan Melayu yang menyebut "delapan ratus tujuh puluh dua tahun (872 Hijrah)." Tarikh ini bersamaan dengan tahun 1467/68 Masihi.
\\ \\
Jika anda ada sebarang maklumat mengenai batu bersurat ini, sila **[[pesanan|hubungi kami]]**. Terima kasih.