====== A. Wahab Ali (1941-) ====== ===== Dirujuk oleh ===== * [[sejarahbangi-1950-1959#kampung_sungai_kembong|1959-01-03: Kampung Sungai Kembong]] * [[sejarahbangi-1960-1969#pementasan_sk_bangi|1962-03-25: Pementasan @ SK Bangi]] * [[sejarahbangi-1960-1969#karya_adik_a_wahab_ali|1964-10-14: Karya Adik A. Wahab Ali]] * [[sejarahbangi-1960-1969#a_wahab_ali|1968-05-26: A Wahab Ali]] ===== Perihal ===== {{:gambar:p1010090.jpg?250|}} \\ [[http://ppat.dbp.gov.my/galeri%20karyawan/senarai%20penulis/wahab.htm|A Wahab Ali]] ialah seorang tokoh budayawan kelahiran Bangi. Sedikit tentang beliau:- * //"A. Wahab Ali menulis puisi, cerpen, novel dan esei sastra. Namun beliau lebih dikenali sebagai seorang penyair yang kukuh ketika kemunculannya pada tahun 70-an. Nama beliau sebaris dengan Kemala, A. Latiff Mohiden, Muhamad Haji Salleh, Dharmawijaya dan lain-lain. Sajaknya yang terkenal ialah Bisikan di Kuala Terengganu. Beliau mempunyai gaya penciptaannya yang tersendiri iaitu romantik dan pemikiran yang bersesuaian."// ([[https://www.blogger.com/profile/13018264374158715870|djazlamzainal]], June 16, 2011: {{ :laman:dikir_orang_timur_a._wahab_ali_6_.pdf ||}}[[http://djazlamzainal.blogspot.com/2011/06/wahab-ali-6.html|"A. WAHAB ALI (6)"]]). \\ \\ * //"Dalam jagat penulisan kreatif, genre puisi menjadi pilihan A. Wahab. Kepenyairan A. Wahab dalam tahun 1960-an dan 1970-an telah berjaya mempelbagai dan memperkaya puisi dengan teknik yang baru dan gaya penulisan yang menarik. ... Sebagai ahli akademik, A. Wahab banyak menghasilkan penulisan esei, kajian dan kritikan sastera. Beliau juga sering kali diundang membentangkan kertas kerja terutamanya dalam bidang sastera."// (Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2000: {{ :laman:karyawan_malaysia_-_a_wahab_ali.pdf ||}}[[http://ppat.dbp.gov.my/galeri%20karyawan/senarai%20penulis/wahab.htm|KARYAWAN MALAYSIA: Prof. Dr. A. Wahab Ali]]). \\ \\ * //"A.Wahab Ali terkenal sebagai seorang penyair yang banyak mengungkapkan persoalan-persoalan semasa dalam bahasa yang lembut dan sederhana. Sajak-sajaknya juga kaya dengan daya renungan dan fikiran. Antologi-antologinya seperti Penemuan, Sajak-Sajak Orang Berdosa dan antologi-antologi bersamanya seperti Laungan, Puisi-Puisi Nusantara, Pilihan Puisi Baru Malaysia-Indonesia, Di Penjuru Matamu dan lain-lain jelas menunjukkan keistimewaannya ini. Tidak seperti kebanyakan penyair lain yang mudah meminjam kata-kata asing, A. Wahab Ali lebih gemar memilih kata-kata, lambang-lambang dan imej-imej daripada dunia Melayu yang beliau kenali. Menurut Muhammad Hj Salleh, A. Wahab Ali ‘memasukkan kita ke tengah dilemma manusia Melayu yang terhimpit oleh dua dunia yang tidak boleh disatukan.’ (Pilihan Puisi Baru Malaysia-Indonesia: hal. 64) Walaupun yang disampaikan itu adalah perkara-perkara yang berat, seperti masalah masyarakat peralihan, masalah kehilangan identiti, keruntuhan maruah dan lain-lain tetapi jarang sekali beliau menggunakan kata-kata yang bombastik bagi menyampaikan maksudnya. Kelembutan bahasanya mengingatkan kita kepada kelembutan bahasa penyair kita, A. Ghani Hamid."// ([[https://srianggerik.wordpress.com/about-2/|Rasiah Halil]], 26 Mei 1988 (versi blog: 30 Januari 2016): {{ :laman:ulasan_sajak_orang_bestari_kini_oleh_a._wahab_ali_taman_ilham_rasiah_halil.pdf ||}}[[https://srianggerik.wordpress.com/2016/01/30/ulasan-sajak-orang-bestari-kini-oleh-a-wahab-ali/|"Ulasan Sajak ‘Orang Bestari Kini ‘ Oleh A. Wahab Ali"]]). ===== Sejarah ===== ==== 1838-1941: Asal-Usul ==== * **1838**: Datuk beliau, Haji Muhammad@Ahmad@Boyok, adalah antara pengikut [[https://id.wikipedia.org/wiki/Tuanku_Tambusai|Tuanku Tambusai]] yang berjuang bersama [[https://id.wikipedia.org/wiki/Tuanku_Imam_Bonjol|Imam Bonjol]] dalam [[https://id.wikipedia.org/wiki/Perang_Padri|Perang Padri]] (kedua-duanya bergelar [[https://id.wikipedia.org/wiki/Daftar_pahlawan_nasional_Indonesia|Pahlawan Nasional Indonesia]]). Setelah dikalahkan oleh pihak Belanda di Riau, Tuanku Tambusai dan pengikutnya (termasuk datuk beliau) melarikan diri ke Negeri Sembilan. \\ \\ * **1921**: Bapa beliau, Ali, dilahirkan di Ampangan, Negeri Sembilan. \\ \\ * **1923**: Sekeluarga berpindah ke Bangi. \\ \\ * **1924**: Datuk beliau meninggal dunia di Mekah. \\ \\ * **1941 (2 Mac)**: Beliau dilahirkan di [[sejarahbangi-1950-1959#kampung_sungai_kembong|Kg Sungai Kembong, Bangi]]. Ketika itu bapanya seorang petani (Menurut [[http://djazlamzainal.blogspot.com/2011/06/wahab-ali-6.html|djazlamzainal]]: //"seorang penoreh getah ( karet ) yang mengikuti Tarekat Ahmadiah"//. ==== 1948-1968: Pendidikan Awal ==== * **1948**: Mula bersekolah di [[sejarahbangi-1930-1939#peruntukan_bagi_sekolah_bangi|Sekolah Melayu Bangi (kini SK Bangi)]], sebelum berpindah ke beberapa sekolah lain, termasuk [[https://skpulaumerantipuchong.blogspot.com/|Sekolah Melayu Pulau Meranti]] ([[https://ms.wikipedia.org/wiki/Puchong,_Selangor|dibuka 1946]]). Selain itu beliau turut belajar agama dan pelbagai ilmu secara persendirian. \\ \\ * **1958**: Melanjutkan pengajian di [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Pendidikan_Sultan_Idris|Maktab Perguruan Sultan Idris]] (khabarnya turut mengikuti sekolah Inggeris secara tidak rasmi). \\ \\ * **1960**: Mula menulis sajak dan kritikan terhadap penulis-penulis veteran seperti {{ lampiran:pdfslide.net_kala-dewata-final-copydoc.pdf ||}}[[https://pdfslide.net/documents/kala-dewata-final-copydoc.html|Mustapha Kamil Yassin (Kala Dewata]], {{ laman:al-_fatihah_untuk_kala_dewata_bapa_azmil_mustapha_pena_kusisip_blog.pdf ||}}[[https://abushahid.wordpress.com/2011/11/30/al-fatihah-untuk-kala-dewata-bapa-azmil-mustapha/|1925-2011]]) dan [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Shahnon_Ahmad|Shahnon Ahmad (1933-2017)]]. Pada tahun-tahun berikutnya beliau mula menghasilkan karya-karya yang menyerlah, dan [[sejarahbangi-1960-1969#pementasan_sk_bangi|menyiarkan ulasan kritis di akhbar Berita Harian]]. \\ \\ * **1962**: Tamat pengajian di [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Pendidikan_Sultan_Idris|Maktab Perguruan Sultan Idris]]. Kerjaya pertamanya ialah menjadi guru di Sekolah Kebangsaan Dato' Keramat, Kuala Lumpur. \\ \\ * **1962**: Novel beliau, "[[https://www.goodreads.com/book/show/12614983-angin-hitam|Angin Hitam]]", memenangi hadiah sagu hati peraduan novel Dewan Bahasa dan Pustaka. \\ {{:gambar:12614983.jpg?250|Angin Hitam}}{{:gambar:347.jpg?250|Cetakan Kedua}} \\ Kiri: Novel "Angin Hitam", Edisi 1972: //"Paperback, 283 pages. Published 1972 by Penerbitan Utusan Melayu Berhad (first published 1962). Original Title: Angin Hitam Dari Kota"// (goodreads: {{ :laman:angin_hitam_by_a._wahab_ali.pdf ||}}[[https://www.goodreads.com/book/show/12614983-angin-hitam|"Angin Hitam"]]). Kanan: Cetakan kedua (Pusat Dokumentasi Sastra H.B Jassin: {{ :laman:angin_hitam_a._wahab_ali_pusat_dokumentasi_sastra_h.b_jassin.pdf ||}}[[http://inlislite.dispusip.jakarta.go.id/hbjassin/opac/detail-opac?id=347|"Angin Hitam / A. WAHAB ALI"]]). \\ \\ * **1963**: Lulus peperiksaan [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Kementerian_Pendidikan_Malaysia|Sijil Kelayakan / Qualifying Test (QT)]] melalui pengantar Melayu. \\ \\ * **1966**: Mengambil peperiksaan [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Sijil_Tinggi_Persekolahan_Malaysia|Higher School Certificate (HSC)]] kali pertama (Gagal). Pada 6 Mac, sajak beliau berjudul {{ :akhbar:beritaharian19660306-1-2-15-2.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19660306-1.2.15.2|"Segera"]] tersiar di akhbar Berita Harian. Antologi puisi bersama "Laungan" turut diterbitkan. \\ \\ * **1967**: Lulus peperiksaan [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Sijil_Tinggi_Persekolahan_Malaysia|Higher School Certificate (HSC)]]. ==== 1968-1974: Mahasiswa ==== * **1968 (20 Mei)**: [[sejarahbangi-1960-1969#a_wahab_ali|Masuk sebagai mahasiswa di Universiti Malaya]]. Ketika ini beliau sedang menyiapkan novel berjudul "[[https://www.goodreads.com/book/show/25911291-pemburu|Pemburu]]", yang bakal diterbitkan pada tahun yang sama: //"136 pages"// ({{ :laman:pemburu_by_a._wahab_ali_goodreads.pdf ||}}[[https://www.goodreads.com/book/show/25911291-pemburu|Penerbit Karyawan Kuala Lumpur]]). \\ {{gambar:awahabali-1968.png?200|A. Wahab Ali @ 1968}} \\ (Gambar: [[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19680526-1.2.75|Berita Harian, 26 May 1968, Page 10]]) \\ \\ * **1969**: Sajak beliau dimuatkan dalam penerbitan "Himpunan Sajak : Sajak-Sajak Dalam Dewan Bahasa Sepuluh Tahun (Sept 1957-Sept 1967)". \\ {{:gambar:1317.jpg?250|Himpunan Sajak : Sajak-Sajak Dalam Dewan Bahasa Sepuluh Tahun (Sept 1957-Sept 1967)}} \\ (Pusat Dokumentasi Sastra H.B Jassin: {{ :laman:himpunan_sajak_sajak-sajak_dalam_dewan_bahasa_sepuluh_tahun_sept_1957-sept_1967_pusat_dokumentasi_sastra_h.b_jassin.pdf ||}}[[http://inlislite.dispusip.jakarta.go.id/hbjassin/opac/detail-opac?id=1317|"Himpunan Sajak : Sajak-Sajak Dalam Dewan Bahasa Sepuluh Tahun (Sept 1957-Sept 1967)"]]). \\ \\ * **1970**: Tamat pengajian di Universiti Malaya, dengan Ijazah Sarjana Muda Sastera (B.A. Hons). Beliau kemudian mengajar di Sekolah Menengah Dato' Harun Tanjung Karang, Selangor. Seterusnya menjadi timbalan editor di Dewan Bahasa dan Pustaka sehingga tahun 1971. \\ \\ * **1972-1974**: Kembali ke Universiti Malaya sekali lagi untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Sastera, dan menjadi tutor di situ. \\ \\ * **1973**: Menghadiri Kongres kedua Penyair dunia di Taipei. ==== 1975-2000: Karya dan Akademia ==== * **1975**: Dilantik sebagai pensyarah di Universiti Malaya. Turut menerbitkan buku kumpulan puisi perseorangan pertama berjudul "Penemuan", yang memuatkan karya sepanjang pengajian sarjana beliau di UM 1973-1974 (DBP, Kuala Lumpur). \\ {{:gambar:395.jpg?250|Penemuan : ( Antoloji sajak 1973 dan 1974 ) / A. WAHAB ALI}} \\ //"iv. 48 hlm ;18 Cm: Penemuan adalah antologi sajak perseorangannya yang pertama......."// (Pusat Dokumentasi Sastra H.B Jassin: {{ :laman:penemuan_antoloji_sajak_1973_dan_1974_a._wahab_ali_pusat_dokumentasi_sastra_h.b_jassin.pdf ||}}[[http://inlislite.dispusip.jakarta.go.id/hbjassin/opac/detail-opac?id=395|"Penemuan : ( Antoloji sajak 1973 dan 1974 ) / A. WAHAB ALI"]]). \\ \\ * **1976**: Dilantik menjadi Ketua Jemaah Hakim, Sayembara Novel GAPENA yang pertama. Karya beliau telah dimuatkan di dalam penerbitan Antologi puisi Anggota Keluarga Universiti Malaya berjudul "Bila Kita Berbicara". \\ {{:gambar:dsc_0244.jpg?300|Bila Kita Berbicara}} \\ //"Antologi puisi Anggota Keluarga Universiti Malaya. Terdiri daripada sebilangan nama yang tidak asing bagi penggemar dan penggiat sastera tanah air. Obeidellah Haji Mohamad, Jihaty Abadi, Nik A. Rahid, A. Wahab Ali, Goh Then Chye, Raja Mukhtarudin Dain, Dharmawijaya, Zurinah Hassan, Khoo Kay Kim, Nordin Selat, Ariffin Ramli, Ariff, Salmiah Ismail dan ramai lagi."// ([[https://psittacula.wordpress.com/about/|Psittacula Alexandri]], Mei 28,2008: {{ :laman:bila_kita_berbicara_bayan.pdf ||}}[[https://psittacula.wordpress.com/2008/05/28/bila-kita-berbicara/|"Bila Kita Berbicara"]]). \\ \\ * **1977**: Menerbitkan "Sajak Orang Berdosa" (Utusan, Kuala Lumpur). \\ {{:gambar:34665075.jpg?250|Sajak-Sajak Orang Berdosa}} \\ //"Paperback, 76 pages"// (goodreads: {{ :laman:sajak_orang_berdosa_by_a._wahab_ali.pdf ||}}[[https://www.goodreads.com/book/show/34665075-sajak-orang-berdosa|"Sajak Orang Berdosa"]]). \\ \\ * **1979**: Sebahagian daripada 30 buah cerpen beliau diterbitkan dalam sebuah kumpulan cerpen, "[[https://www.nlb.gov.sg/biblio/4140519|Daerah Pengalaman]]". \\ \\ * **1979-1985**: Melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di Australian National University, Canberra, Australia dalam bidang kesusasteraan bandingan. Tajuk disertasi beliau ialah {{ :laman:open_research_the_emergence_of_the_novel_in_modern_indonesian_and_malaysian_literature_a_comparative_study.pdf ||}}[[http://hdl.handle.net/1885/133210|"The Emergence of the Novel in Modern Indonesian and Malaysian Literature: A Comparative Study."]] ([[https://openresearch-repository.anu.edu.au/bitstream/1885/133210/4/b15600877_Wahab%2c%20Abdul.pdf|PDF]]). \\ \\ * **1981**: Puisi beliau dimuatkan di dalam penerbitan antologi puisi "Puisi-puisi Nusantara", selenggaraan [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Kamal_Abdullah|Ahmad Kamal Abdullah (Kemala)]]. \\ {{:gambar:a2decbba2c425adf8c613d8cb52cc0d5.jpg?400|}}{{:gambar:9dd55116e358bd841337e99833b0ab2e.jpg?400|}} \\ //"Himpunan 172 buah puisi karya 98 orang penyair dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Penyair-penyair yang terpilih untuk antologi ini adalah penyair-penyair penting tiap-tiap negara sejak zaman awal (tahun 20-an) hinggalah dewasa ini. Himpunan puisi ini merakamkan pandangan, cita-cita dan kehalusan rasa manusia Nusantara, yang selama ratusan tahun terpisah oleh batas-batas politik akibat penjajahan kuasa Barat."// (hanafiahibrahim @ Shopee: {{ :laman:puisi-puisi_nusantara_ahmad_kamal_abdullah_buku_terpakai_buku_preloved_shopee_malaysia.pdf ||}}[[https://shopee.com.my/Puisi-puisi-Nusantara-Ahmad-Kamal-Abdullah-Buku-Terpakai-Buku-Preloved-i.166559170.5856632940|"Puisi-puisi Nusantara / Ahmad Kamal Abdullah / Buku Terpakai / Buku Preloved"]]). \\ \\ * **1983**: Mengikuti Program Penulisan Antarabangsa di University of Iowa, Amerika Syarikat. Dalam tahun yang sama, karya beliau dimuatkan di dalam penerbitan "[[https://books.google.com.my/books/about/Lagu_kehidupan.html?id=lI25AAAAIAAJ|Lagu kehidupan: antologi puisi 25 penyair]]", selenggaraan {{ :laman:mengenang_dharmawijaya.pdf ||}}[[https://mimbarkata.blogspot.com/2015/06/mengenang-dharmawijaya.html|Kamaruzzaman Abdul Kadir (Dharmawijaya)]]. \\ {{:gambar:lagukehidupan.jpg|Lagu kehidupan: antologi puisi 25 penyair}} \\ //"Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka, ... 1983 ... Length: 302 pages"// ([[https://books.google.com.my/books/about/Lagu_kehidupan.html?id=lI25AAAAIAAJ|Google Books]]) \\ \\ * **1984**: Dilantik sebagai Profesor Madya. Puisinya "Setelah Menjangkau Empat Puluh" mendapat [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Hadiah_Sastera_Perdana_Malaysia|Hadiah Sastera Malaysia]] 1984/85. Pada tahun yang sama, karya beliau telah dimuatkan di dalam penerbitan antologi puisi "Bintang Mengerdip", selenggaraan {{ :laman:mengenang_dharmawijaya.pdf ||}}[[https://mimbarkata.blogspot.com/2015/06/mengenang-dharmawijaya.html|Dharmawijaya]]: //"Sajak ‘Perpustakaan’ oleh A. Wahab Ali adalah sebuah sajak yang sederhana sifatnya tetapi membawa maksud yang mendalam. Dengan bahasa yang mudah A. Wahab Ali membuat kita berfikir sejenak akan sumbangan para cendekiawan kepada dunia ilmu pengetahuan. Beliau mengingatkan kita bahawa dokumentasi mental inilah yang kekal walaupun para cendekiawan tersebut tiada lagi di dunia."// ([[https://srianggerik.wordpress.com/about-2/|Rasiah Halil]], 31 Januari 2019: {{ :laman:ulasan_buku_bintang_mengerdip_terbit_1984_taman_ilham_rasiah_halil.pdf ||}}[[https://srianggerik.wordpress.com/2019/01/31/ulasan-buku-bintang-mengerdip-terbit-1984/|"Ulasan Buku: Bintang Mengerdip (Terbit 1984)"]]). \\ {{:gambar:18db5227c7ad09f5774d3537817ce09f.jpg?400|}}{{:gambar:b2e28b9bf053b4d659906a98f6905f63.jpg?400|}} \\ //"BINTANG MENGERDIP memuatkan 64 puisi pilihan karya 25 penyair Malaysia yang terkenal. Penyair-penyair yang dipilih adalah hampir semua tokoh yang penting dalam genre tersebut, yang memberikan sumbangan bererti dalam tahun 1950-an, 1960-an dan 1970-an dan mereka terus berkarya dalam tahun 1980-an ini. Prof. Mohd. Taib Osman (yang memberikan kata 'Pengantar' antologi ini) dan Dharmawijaya (penyelenggara antologi ini) kedua duanya bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu ,Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Kedua-duanya juga adalah sarjana yang mengikuti perkembangan puisi Melayu moden secara dekat atau secara langsung sejak tahun 1950-an dahulu."// (hanafiahibrahim @ Shopee: {{ :laman:bintang_mengerdip_dharmawijaya_antologi_puisi_buku_terpakai_preloved_shopee_malaysia.pdf ||}}[[https://shopee.com.my/Bintang-Mengerdip-Dharmawijaya-Antologi-Puisi-Buku-Terpakai-Preloved-i.166559170.6662012745|"Bintang Mengerdip / Dharmawijaya / Antologi Puisi / Buku Terpakai / Preloved"]]). \\ \\ * **1986**: Puisi beliau dimuatkan dalam antologi puisi [[https://books.google.com.my/books?id=PBIuAAAAMAAJ|"Bunga Gerimis"]], selenggaraan {{ :laman:mengenang_dharmawijaya.pdf ||}}[[https://mimbarkata.blogspot.com/2015/06/mengenang-dharmawijaya.html|Kamaruzzaman Abdul Kadir (Dharmawijaya)]], terbitan {{ :laman:new_chapter_for_publishing_house.pdf ||}}[[https://www.nst.com.my/news/nation/2017/06/247739/new-chapter-publishing-house|Fajar Bakti]]. \\ \\ * **1990**: Antologi puisi bersama beliau "[[https://empirebookstore.wordpress.com/2017/06/11/puisi-baharu-melayu-1961-1986/|Puisi Baharu Melayu 1961-1986]]" diterbitkan. \\ {{:gambar:puisi-baharu.jpg?250|Puisi Baharu Melayu 1961-1986}} \\ //"Penyelenggara: Ahmad Kamal Abdullah | Ahmad Razali Hj Yusof. Penerbit: DBP. Tahun: 1990. Halaman: 941"// (Empire Bookstore, Jun 11, 2017: {{ :laman:puisi_baharu_melayu_1961-1986_empire_bookstore.pdf ||}}[[https://empirebookstore.wordpress.com/2017/06/11/puisi-baharu-melayu-1961-1986/|"Puisi Baharu Melayu 1961-1986"]]). \\ \\ * **1992**: Dilantik sebagai Profesor di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. \\ \\ * **1994**: Dianugerahi [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Anugerah_Penulis_S.E.A.#1994|S.E.A Write Awards]]. \\ \\ * **1996-1997**: Menyandang Kerusi Pengajian Melayu di [[https://en.wikipedia.org/wiki/Leiden_University|University of Leiden]], Holland. \\ \\ * **1997-1999**: Dilantik secara kontrak sebagai Profesor di [[https://apm.um.edu.my/sejarah-apm|Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya]]. \\ \\ * **2000**: Menerbitkan buku ilmiah "Kritikan Estetik Sastera" (DBP, Kuala Lumpur). \\ {{:gambar:kritikan_estetik_sastera_dbp_1487796284_af974d19.jpg?350|}}{{:gambar:kritikan_estetik_sastera_dbp_1487796284_f9516f70.jpg?350|}}{{gambar:wahab.png|A. Wahab Ali @ 2000}} \\ //"Kritikan Estetik ialah kritikan yang membincangkan aspek dalaman karya sastera dari sudut keindahan atau estetik seninya. Kritikan ini akan membincangkan di mana letaknya keindahan karya sastera itu dengan bertunjangkan teori kritikan estetik. Sewaktu membaca karya sastera satu keharuan dan satu keindahan akan dirasakan. Keindahan yang memikat ini dibicarakan, berdasarkan karya itu sendiri secara keseluruhannya; bertitik tolak dari persepsi estetik seseorang pengkritik menikmati teks kesusasteraan atau teks karya seni itu.//" (MN Hadi @ Carousell, 2016: {{ :laman:kritikan_estetik_sastera_dbp_books_stationery_on_carousell.pdf ||}}[[https://www.carousell.com.my/p/kritikan-estetik-sastera-dbp-91265283/|"Kritikan Estetik Sastera (DBP)"]]). \\ Gambar kanan: A. Wahab Ali @ Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2000: {{ :laman:karyawan_malaysia_-_a_wahab_ali.pdf ||}}[[http://ppat.dbp.gov.my/galeri%20karyawan/senarai%20penulis/wahab.htm|KARYAWAN MALAYSIA: Prof. Dr. A. Wahab Ali]]). ==== Kini ==== Perihal beliau kini: pensyarah kontrak di Universiti Pendidikan Sultan Idris: //"Setelah pensiun beliau menyumbangkan tenaga akademianya di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Namun di bidang sastra, beliau tetap sebagai penyair dan ilmuan yang besar sumbangannya dalam dunia sastra Malaysia hingga ke hari ini."// ([[https://www.blogger.com/profile/13018264374158715870|djazlamzainal]], June 16, 2011: {{ :laman:dikir_orang_timur_a._wahab_ali_6_.pdf ||}}[[http://djazlamzainal.blogspot.com/2011/06/wahab-ali-6.html|"A. WAHAB ALI (6)"]]). ===== Sumber Rujukan ===== - [[sejarahbangi-1960-1969#a_wahab_ali|1968-05-26: A Wahab Ali]] - Perihal ringkas oleh Dewan Bahasa dan Pustaka:- * {{ lampiran:a-wahab-ali.pdf ||}}[[http://ppat.dbp.gov.my/galeri%20karyawan/senarai%20penulis/wahab.htm|Biodata Penulis]] * {{ lampiran:a.wahab_ali.pdf ||}}[[http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/database_stores/attach_download/85/2|"A.Wahab Ali"]]). - [[https://www.blogger.com/profile/13018264374158715870|djazlamzainal]], June 16, 2011: {{ :laman:dikir_orang_timur_a._wahab_ali_6_.pdf ||}}[[http://djazlamzainal.blogspot.com/2011/06/wahab-ali-6.html|"A. WAHAB ALI (6)"]] - Perihal asal-usul oleh [[https://www.blogger.com/profile/09238556448779778756|Abdul Halim Shah]] dan Hafiz Ali (adik kpd A Wahab Ali - rujuk ruangan komen):- * 2008: {{ laman:dalu_dalu_the_makam_tuanku_tambusai_.pdf ||}}[[http://abdulhalimshah.blogspot.com/2008/02/makam-tuanku-tambusai.html|The "Makam Tuanku Tambusai"]] * 2016: {{ laman:dalu_dalu_our_session_with_dr.a._wahab_ali_on_sunday_27_march_2016.pdf ||}}[[http://abdulhalimshah.blogspot.com/2016/03/our-session-with-dra-wahab-ali-on.html|"Our Session with Dr.A. Wahab Ali on Sunday 27 March 2016"]]